Wednesday, April 3, 2013

Mahu kelihatan muda??

0



Bismillah.

Assalamualaikum.

6 months to go until my wedding *In Sha Allah*.

Aku percaya pada mana-mana bride to be pun mesti nak nampak cantik on wedding korang kan. So, aku pun tak terlepas jugak. I ni muka pun ala kadar je kan. So, wajib lah mencari alternative untuk mencantikkan muka ni *perghhhh*. I just want to share dengan korang apa yang aku ambil sekarang ni untuk kononnya nampak ok skit dari sekarang. Semata-mata nak kahwin. Kalau tak ada niat nak kahwin tu aku rasa aku biar je muka ni tak semenggah sampai bila-bila.


Inilah yang saya makan sekarang!!
You all mesti dah kenal kan apa tu. Sekarang ni tengah heboh kecoh famous dengan menda alah ni. Aku ni jenis manusia yang tak berapa nak percaya sangat dengan supplement atau pil2 atau apa2 benda yang bercampur dengan bahan-bahan yang aku tak tahu. Jenis penakut sikit nak makan. Tapi rumpai laut ni betul2 dari dasar laut alam semulajadi dan tak campur dengan apa2 bahan kimia. So, aku agak konfiden sikit untuk ambil.

Meh aku share kat sini apa kebaikannya rumpai laut ni. Ini pun aku copy paste dari orang lain ye.


TAHUKAH ANDA?
KHASIAT RUMPAI UNGU INI ADALAH SETANDING DENGAN ALGA SPIRULINA DAN CENDAWAN GANODERMA…. MEMILIKI KHASIAT SEPERTI SAYURAN BAYAM, KUBIS,TERUNG,ANGGUR…. PERSIS DENGAN PROTIN DAN KOLAGEN IKAN MERIN, WALIT, DAN SOYA…. MAKA…. SETIAP KEPERLUAN TUBUH BADAN KITA..BOLEH DIPENUHI OLEH TUMBUHAN INI…. AJAIB BUKAN…
WARNA MEMAMG MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM SESUATU PERKARA.
* WARNA CERAH BERMAKSUD KUALITI DAN JUMLAH GIZI BERADA PADA TAHAP SEDERHANA SERTA TINGGI KANDUNGAN AIR
* WARNA GELAP SEPERTI UNGU MEMILIKI POTENSI TINGGI DALAM DUNIA PERUBATAN DAN KOSMETIK. MELANIN WARNANYA DISELAPUTI SEJUMLAH BESAR PROTIN, VITAMIN DAN ZAT GALIAN YANG AMAT TINGGI SERTA KANDUNGAI AIR YANG BESAR.
KAJIAN TERPERINCI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH BANYAK PIHAK MENUNJUKKAN BAHAWA SAYUR SAYURAN YANG MEMPUNYAI WARNA TERANG SEPERTI JINGGA DAN UNGU ~ KUBIS UNGU, TERUNG,ANGGUR,BAWANG.TURNIP,KELADI DSB.. MEMILIKI KANDUNGAN VITAMIN DAN ZAT GALIAN LEBIH TINGGI DARIPADA SAYUR SAYURAN BERWARNA HIJAU DAN PUTIH….
MEMILIKI KUASA ANTI PENUAAN DAN ANTIOKSIDA TERTINGGI DARIPADA SEMUA JENIS SAYURAN BERWARNA UNGU LAIN…
Kelebihan dan khasiat Pure Marine Kolagen
Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
Melancarkan kitaran darah
Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)
Cara Basuh Dan Penggunaannya
Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng
Campurkan sedikit tepung gandum dan asam keping sekiranya perlu untuk hilangkan bau hanyir laut
Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen (Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)
Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
Bersihkan muka terlebih dahulu
Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali
Cara Membuat Minuman Dari Pure Marine Collagen
Campurkan 2 ke 3 sudu besar pati pure cologen yang dibuat tadi bersama jus oren.
Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300)
Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
Boleh bertahan sehingga 3 ke 4 minggu
Nah. Dengan cara-cara masak dan guna sekali aku copy. Hehe. Aku makan rumpai laut yang warna ungu. Rumpai laut tu diberi oleh bakal mak mertua aku *ihik*. Concernkan bakal mak mertua I. Mak pun makan tau. Semalam tepon siap bergurau lagi. "Mesti nani tak kenal mak bila jumpa nanti" sebab salah satu khasiatnya, dia buatkan muka kita nampak tegang.
Aku baru consume benda ni start dari 1 April hari tu. Sangat-sangat lah baru lagi. Mula-mula aku makan tu, ilmu kurang lagi pasal cara pemakanan dia so aku hanya makan 1 sudu je malam sebelum aku tido. Pastu malam tadi bakal mak mertua aku call, dia explain panjang lebar lagi cara pemakanan dan pemakaian dia.
Cara makan dia yang lebih afdhal adalah dengan 3 sudu untuk tiga kali makan. Tiga kali makan tu untuk pagi sebelum gosok gigi, tgh hari sebelum makan dan malam sebelum tido. Tapi disebabkan tgh hari tu aku kerja dan macam leceh pulak nak bawak office (rumpai kene berkeadaan sejuk), aku hanya makan pagi dan malam sahaja. 
Barulah aku tahu rumpai laut yang kita dah buat agar2 tu boleh dipakai sebagai masker. Ni la gamaknya bila malas nak google kan. Hoho. Malam tadi aku try la sapu rumpai laut tu dekat muka, tangan dan kaki. Tak sapu satu badan sebab malas nak bogel. Kalau korang rajin, silalah sapu satu badan. Aku habaq kat hang! gila tegang muka aku. Siap kaki tangan pun dok tegang jugak. Tak yang susah2 nak beli msaker kat luar. hehehe. 
Hasil singkat dia yang aku rasa adalah jerawat aku dah tak gatal. Aku sekarang ni dalam proses menternak jerawat sebab nak period. Memang gatal-gatal jerawat dekat dengan sideburn aku ni. Tapi bila pakai malam tadi, yang aku perasan, jerawat bawah dagu, macam dah kecut sikit dan jerawat gatal tu tak gatal langsung. Alhamdulillah.
Lain-lain effect yang aku rasa, badan kuat sikit pastu tenaga macam bertambah. Sebelum ni aku memang longlai sikit orangnya. Jalan pun tak bermaya macam orang kalah judi. Kaki ni rasa berat dan nak bangun pagi pun susah tapi dalam dua hari ni, Alhamdulillah bertenaga la sikit. Bertenaga sampai ke tengah malam ok! I susah nak tidur awal sekarang. Macam makan pil kuda rasanya. *macam pernah makan pil kuda* hehe.
Tu je la setakat ni effect dia. Nanti bila dah sebulan ke consume kan, aku tengok pulak perubahan pada fizikal aku. Means pada kulit muka dan badan la ye. Tungguuuuuuu..

Oh, sape2 nak beli, search je dekat internet. Ramai dah jual benda ni. 



0 manusia baik: