Sunday, April 21, 2013

Bride to be #3

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Nampaknya masa semakin berlalu dengan pantas. Kejap je dah akhir bulan 4. Dok sibuk lah kira tik tok tik tok. Untuk progress wedding ni, berjalan la sikit-sikit. Settlekan satu satu. Meh nak listkan some of the things yg tengah ada dalam kepala hotak sekarang yang mana aku kena buat:

1. Pelamin settle booked tapi kena ubah sikit tang konsep or decorations dia. Tambah sikit2 je tapi still follow the same design yang booked aritu. 
2. Baju majlis settle. Just baju nikah yang kene fikir ape design dan mane nak tempah. Maybe dalam bulan 9 baru tempah kot. Aci tak? Tak kelam kabut sangat kot. Then kita fikir pasal shawl tuk nikah dengan veil. Sekarang pun sibuk tengah cari gak. Survey2 gitu je.
3. Doorgift baru je survey Sabtu baru ni dekat GM Klang. The cheapest so far and maybe decided to buy at there je. Tapi kene mintak kelulusan dari parent dulu. Hehe.
4. Kad kahwin pun dah tahu konsep and design macam mane nak tempah nanti. More economical. Just a simple card je. Mahal sangat pun nanti orang buang jugak. Huhu. Akan ditempah bulan 6 nanti dengan tunang. Kena tunggu dia balik dulu. 
5. Same goes tu TQ tag, badges for family and bunting. Pun dah tahu mana nak tempah and what kind of design.Tunggu bulan 6 and wedding card, tq tag, badges and bunting can considered to be settled. Ecewah.... Some people prefer DIY those things macam TQ tag and badges tapi aku ni jenis kayu so marilah kita sedar diri. :)
6. HIV test macam biasa lah. wajib untuk B2B ni. So kita buat bulan 6 jugak. Validity dia pun 6 month je so ngam ngam choi la kan buat dalam Jun.
7. Photography and videographer pun dah booked. Also cheapest dari banyak2 yang aku cari. Quality pun not bad. Ikut harga la kan tapi bagi aku ok je pic dengan video dia. 

What else? untuk time ni, takat ni je la aku boleh fikir. Semua nak fikir sekaligus mahu naik gila aku. huhu.

Kalau untuk family aku especially my parent, diorang tolong fikirkan untuk catering, canopy, meja and kerusi tu semua lah. Aku nak fikir tak boleh sebab mama tak kasi. Siap kena marah lagi bila trying to give my opinion. *sape nak kawen ni? (=_=')* and oh ye! untuk tok kadi ni semua pun katanya abah aku nak fikirkan. OK. so kita biyo je dulu.

Oh, ada lagi aku nak kena fikir. Decoration bilik pengantin dengan baju flower girl. Fuhhhhh~ 

Eh ada lagi................. hantaran! beli and decorate. Perghhh.. Nak sangat DIY hantaran kan. Ha silalah pecah kepala fikir macam mane nak decorate nanti ye.

Ok dah. Aku tak mahu fikir dah. Cukuplah dulu. Nanti fikir lagi. Jangan aku demam sebab nak kahwin ni sudah lah. Nanti banyak benda tak jalan. 

Ok. entry untuk take note kat diri sendiri kalau terlupa. 


0 manusia baik: