Bismillah.
Assalamualaikum.
Nak PRU kan. Meh sembang sikit pasal politik.
Sikit je la. Aku pun bukan hebat sangat. Nak cerita sikit je. Asyik pasal kawen kan. Aku sendiri pun bosan.
Aku nak sembang sini pasal satu kejadian yang buat aku rase *wat de hel?*
*krik krik krik*
Ok. aku penat cari mende yang patut aku tunjuk dalam blog ni tapi tak jumpa2 sudah. Nyesal tak print screen awal2. huhu.
Aku just cerita secara tulisan disini sahaja boleh kan? Source dia dari muka buku sebenarnya. Di share oleh kawan aku yang fanatik pro pembangkang. situasi dimana sekumpulan pro pembangkang angkat kaki di sebuah restoran bila pelayan restoran tersebut pakai topi BN. dan yang bestnye, dorang bangga buat macam tu!
Bila aku baca tu, tersentak banyak jugak lah. Wei! ini negara demokrasi kan. Hak masing2 untuk tunjuk sape yang kau sokong. Kan??? kan????!
Dari situ aku boleh nampak. Kalau macam tu pun dia boleh buat, tak mustahil dengan kawan or family pun dia boleh buat musuh. Bagi aku la kan, too fanatic can killing your soul.
Dalam berpolitik aku lebih suka yang rasional dan matang. Present the facts and evidences when you want to show the truth. The real one ok!
Apa jasa kau? tunjukkan. Apa janji kau? tunaikan dan tunjuk hasilnya.
Sekadar kau cakap pung pang pung pang, semua orang boleh buat tapi at the end haprak pun tade, its bullshit tau sebenarnya. *randomly*
Aku ni boleh je nak sembang panjang2 tapi aku malas nak menaip malam ni. Takat tu je la aku sembang ye. Tapi ni bukan takat sembang kosong. Aku baca sendiri status yang dibuat oleh hamba Allah ni dengan mata aku sendiri. Wallahi bukan propa punya. Cuma aku tak print screen je masa aku baca tu. Sekarang dah nyesal sendiri. Demn!
Ok lah. sampai sini je la ye. Aku ngantuk. Nasihat aku, korang tu dah ada otak dan akal yang elok Allah bagi. Pandailah fikir. Jangan fikir untuk masa sekarang. Think for the future sekali. Also the pro and cons.
Aku tak sabar sebenarnya 5 mei ni. Kita tengok lah nanti ye. Daaaaaaaaaaaaaaaaa
Sunday, April 21, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 manusia baik:
Post a Comment