Tuesday, June 30, 2015

Kena tinggal lagi =P

3

Photobucket
Photobucket 









Wahhh akhirnya dapat kecik kan jugak image atas ni. Hahaha.

Dah 3 hari aku jadi single mom balik. Haip! bukan single mom kehilangan suami tau!. Single mom sebab suami dah pergi berlayar balik. Lepas 2 bulan cuti, kembali lah dia kepada kerjaya kesayangan dia tu. Raya kali ni tanpa dia la gamaknye.Huhu

Semua orang rasa kesian kat aku. Even mak mertua aku pun rasa kesian kat aku dan anak. Siap nangis2 lagi..Hahah. Yelah dah la sekarang puasa. Sikit lagi nak raya. Suami pulak tak ada kat sisi. Sedih la kan.. Tapi....

Entah lah. Sedih of course la sedih. Sape yang tak sedih. Macam beraya sorang2 je kan tapi tu lah. Suami keluar cari rezeki. Dah itu kerjanya aku nak halang macam mana kan. Terima saja lah dengan redha.

Sebelum ni kena tinggal masa bukan bulan puasa atau raya. So takdelah terasa sangat kan. Tapi Alhamdulillah kali ni ada anak sebagai peneman. Terubat la sikit rasa sunyi tu.. Sibuk pulak nak fikir baju raya anak.. Hehe

Percayalah.. bukan senang nak jadi isteri kepada pelaut ni Tanpa call tanpa khabar berita kadang2 tu. Kalau orang yang tak kuat boleh meraung tau sebab rindu. Hahaha. Sesetengah orang, kalau tak call 2 hari pun dah meroyan. Cuba bayangkan 2 bulan tanpa berita. Macam mana rasa agak2? Hehehe

Suami memang tak putus la bagi semangat. Dia tahu isteri dia ni macam mana kan. Aku ni boleh tahan cengeng jugak. Manja sangat dengan suami. So dia memang bagi semangat tak putus2 la tapi at the same time dia tahu aku kuat dan boleh hidup. Kita dah jadi isteri dia nak tak nak kena lah kuat kan.

Kalau rindu sangat aku nangis je. Hahaha. Nangis bersungguh kauuu. Lepaskan semua. Membebel sorang2. Lepas tu lega dah. Jalani hidup macam biasa balik. Macam tak ada pape. hahaha.

Ada anak ni lagi kena kuat.

Allah.. Semoga Allah bantu aku.

Ok lah. Nak balik rumah dulu.

Bye!

Monday, June 29, 2015

New Style

0

Photobucket
Photobucket


Rasenya dah bape lama tak tukar design blog. Bila keboringan melihat yang sama je wujud, jadi inilah hasilnya. Tak seberapa tapi bolehlah kan..

Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia berblogging ini (ayat kau!) baru hari ni lah aku rajin nak belajar buat header sendiri  dan godek2 html. Kalau sebelum ni apa di copy, itu jua lah yang di paste. Tak berani nak menanggung risiok gamaknya. Tapi masih lagi mencari solution macam mana nak kecik kan Greetings atas ni. Hahaha. Tapi biar je la kan.

Style yang ni mungkin nak menggambarkan sikit kematangan. Zaman kartun2 comel and animasi2 tu semua rasa dah tak sesuai kot bila dah bergelar isteri dan ibu ni. Simple is more. Minimalis kan apa yang boleh diminimalkan. Ecewah! tapi sifat kebudak-budakan tu sorry lah~ tak boleh nak buang lagi. Huhuhu.

So marilah kita enjoy the new design of my blog. Lama sikit bile dah boring kita tukar lain ya.

Da!

Wednesday, June 10, 2015

Alya: Perkembangan dia 9 bulan ni

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Hari ni bukak email yahoo. Tengok pulak email dari Baby Centre; My Baby This Week -- 9 months old 1st week. Oleh sebab tu meh nak share dan sepadankan dengan perkembangan Alya sekarang.

Hampir berjalan

Bayi yang berusia sembilan bulan semakin hampir untuk berjalan sepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu.

Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!). Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.

Komen Ibu: Alya bukan jenis aktif sangat merangkak sebab dia suka berdukung. Dia tak suka merangkak! tapi boleh merangkak. So aktiviti merangkak naik tangga tu Alhamdulillah takde. Kurang sikit ghisau mak kau! Hahah! One step Two step dah boleh sambil dipimpin. 

Alya suka sangat mengcangkung/bertinggung! Dia dah pandai berdiri sendiri tanpa dibantu tapi bila nak bertinggung kena hold something la untuk balance kan badan dia. Kan badan demok. So, bila nak bertinggung tu tak bape nak stabil lagi. Heheh. So far Alhamdulillah..

Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

Komen Ibu: Letak objek dalam bekas tu Alya masih lemah lagi. Ibu suruh letak dia pandang je pastu teruskan main. Hehe Saboo je la. 

Kalau ambil mainan dari tangan dia memang dia dah pandai protes. Yang bahaya dia mesti terlentangkan badan dia kat belakang. Bahaya ooo. Dia hempas kuat pulak tu badan dia. Kalau takde alas kat belakang confirm terhentak kepala tu. Itu yang ibu geram. Haishh..

Kalau ibu kata "Nak", kadang2 dia bagi. Kadang2 tak. Tengok la mood suka hati dia tu macam mana. Kalau ibu golekkan bola dan ibu suruh ambil balik dia pandang je ball tu. Errmm.. Ibu kena banyak lagi berkomunikasi dengan Alya ni. Bagi dia mainan gegelung bertingkat tu, dia pandai longgokkan je setakat ni. Susun tak reti lagi. Takpelah slow2 ye sayang. 

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.

Komen Ibu: Oooo yang ni betul. Kalau ibu jauhhh sikit dari dia mesti dia nangis2 nak ikut. Kalau ibu bersiap pagi2 nak pergi kerja mesti nak ikut. Bibik kena umpan dia keluar jalan2. Dengan orang lain mesti Alya liat sikit especially dengan orang yang jarang dia nampak tapi sekarang aku perati, kalau orang slow2 attract dia, pujuk pelan dan bukan main rentap atau paksa dia, dia akan ok je. Tapi dia takkan kasi orang tu dukung dia. Dia boleh setakat senyum dan gelak je kalau orang agah dia. Hahaha. Hei kalau tak lagi nyombong tau! Masam je muka tu takde expression langsung. 

Alya kalau resah, yes mesti dia nak puting dia. Dalam keadaan ramai orang lagi dia resah. Dia akan berkepit dengan ibu dan hisap puting.

Cuba untuk membuat perjalanan

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.

Komen Ibu: Macam aku bagitahu kat atas tadi la. dia memang suka berkepit! Heheh

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.


Komen Ibu: Alya sangat terer dah sebut2 tu semua. "Ma Da Dedi Bu Abu Bah AAAAAAAAAAA" itu ayat2 yang dia terer. Kalau dia sebut Dedi tu mesti ayah dia nyampuk "Ayah! bukan Dedi! Ayah ni orang kampung. Mana main Dedi2'.. Hahahahah.. Sabo je la laki aku ni. 

Kalau ibu cakap no! je mesti dia stop kejap pastu senyum2 sengih2, pastu sambung balik buat. Eiii geram je ibu. Cheeeeccckkkyyyy sangat muka tu! Geget2 kang baru tahu!. Kalau orang panggil nama dia mesti melilau kepala dia dok cari2. Kalau orang tu ada di sebalik dinding, dia bukan pergi tengok di sebalik tu tapi dia ngintai pakai kepala je sambil mulut nganga. Kalau tengok real memang geram lah. Comel sangat!

Macam aku bagitahu entry lepas, perkembangan seseorang bayi tu memang tak sama. Ada yang 9 bulan pun tak pandai berdiri lagi tapi takpe jangan stress! Saba je. Bila anak dah bersedia mesti dia akan buat jugak. Macam Alya ni. Kan dia overweight. Badan demok debab2. So orang expect dia ni semua lambat! jalan pun mesti lambat sampai aku penah stress tau. Hahaha! But once Alya dah tunjukkan dia boleh dalam masa singkat, aku pun jadi lega selega leganya.. Alhamdulillah. Sebab tu jangan pandang rendah pada anak sendiri!!.

Untuk zaman sekarang, parents memang selalu letakkan high expactation pada anak2 dorang termasuklah aku. Kesian pun ada. Umur kecik lagi dah kena bersaing kaw2. Belajar tak hingat punya sampai dorang tak dapat nak enjoy zaman kanak2. Tapi tu la dunia semakin laju. Apa pun, ibu nak Alya membesar jadi anak yang solehah. Dunia ni takkan dihisab kat akhirat nanti. Hanya amalan je. In Sha Allah ibu cuba sedaya dan sehabis baik untuk didik Alya. Moga Allah bagi ibu kekuatan dan kesabaran. Ameen.

Semoga Allah memberi keberkatan pada kita semua untuk menjadi ibu bapa yang terbaik pada anak2.

Thursday, May 28, 2015

Alya: Budak 8 bulan ni dah tahu apa sekarang?

0

Bismillah

Assalamualaikum

Ayat cliche: Pejam pejam celik cepat betul masa berlalu kan?

Hehehe..

Dulu aku rajin nak membaca sebab tengah belajar kan. Tapi selalunya aku rajin baca novel. Sebab tu result semedang '4.0 flat'. Akhirnya tak dapat nak teruskan cita-cita jadi accountant. Mengira pun lembab. Hahaha. Ok3 tak nak cerita pasal dulu2. Dah lepas dah pun. Elok je sekarang kerja. Tapi kerja pun malas. Fine.. Malas dan Nanie tak dapat dipisahkan.

Jadi mak2 ni malas tu kene kurangkan walaupun hakikatnya malasss je tapi kang tak terbela pulak anak aku and hubby aku. Hubby ok lagi. Dah besar. Dah pandai jalan and uruskan diri sendiri. Anak? dengan kencing beraknya. Dengan jalan pun belum lagi. Kesian anak aku kalau aku 'melempiaskan' kemalasan aku kat dia. Huhu

Si tecit cenonet debab ni sekarang macam2 dah pandai. Umur baru 8 bulan 4 minggu. Membesar dengan jayanya. Baju banyaaaaakkkkkk dah kecik. Rasanya minggu lepas elok lagi baju tu. Especially baju tidoq sebab banyaknya sebelum ni shopping baju jalan je. Siannn.. Nampaknya ibu kena marah lagi la dengan nenek sebab shopping baju awak. Sian ibu tengok. Pakai baju macam incredible hulk dah. Pakai butang tapi tetap nampak dada and perut. Nanti ibu shopping senyap2 jangan bagi nenek nampak ye.



Anak ibu dah pandai meniarap lepas merangkan lepas tu sekarang dah pandai berdiri sendiri dah. Meniti je masih tengah berusaha sebab awak ni berani sangat. Tengah berdiri boleh pulak angkat atau lepaskan dua-dua tangan tu tak paut apa2. Tak sedar diri tu baru pandai berdiri je. Berdiri pun terhuyung hayang gayat lagi. Hahaha Anak2..

Tapi ok lah.. Cepat jugak awak ni. Ibu ingat dan orang2 lain ingat anak ibu ni lambat skek jalannya. Merangkak pun ala mengensot. Macam mana tu?? Huhu. But u proved them wrong sayang!!. Alhamdulillah. Anak ibu memang serba boleh.


Lepas tu sekarang dah pandai babai2 dah. Atok marah. Apa plak babai2. Assalamualaikum la! Hehehe

Yelah atok.. Assalamualaikum anak ibu! sambil babai2. Dia pun balas balik babai2..

Ala comelnye je tangan gebu tu hayun2. 



Dia punya manja, tak dapat nak describe macam mana. Anak ibu kan. Ayah pun sampai jeles. Hehehe. Budak tecit ni pantang nampak ibu dia, mulalah nak berkelek je.. nak melekatt je.. ibu memang tak boleh nak buat kerja lah. Kalau ibu tak ambil dia tu, mulalah menjerit jerit suruh ambik. Girl kan. Memang kaki jerit aje dia ni. Atuk dengan nenek pun geram.

Tapi dia dengan bibik ok sebab bibik yang jaga dia masa ibu kerja kan. Kalau nak buat kerja kemas2 ke apa boleh la bagi kat bibik kejap. Kalau tak ada bibik, aku memang tak boleh buat kerja. Dok je la melepak dengan dia. Dengan ayah pun dia tak mahu. Dengan ayah boleh main tapi ibu kena ada sekali. Dengan orang lain? lagi la takmo. Menggeliat badan nak lepaskan diri. Biasaaa dia tu!

Kalau bawak jalan, no 1 dia ni. memang kaki jalan. Macam ayah. Mengkekek2 dalam kereta kalau dapat jalan tu. Alahai anak.

Tapi ibu suka anak ibu manja2 ni. Manja2 takpe. Jangan mengada ngada. Itu ibu cubit.

Perkembangan baby lain2 ye semua. Kita jangan banding2 kan anak. Ada yang cepat ada yang lambat. Tapi kita tetap kena monitor semua perkembangan dia. Kalau rasa ada yang was2 bwk la pergi jumpa pakar. In Sha Allah.





Friday, May 22, 2015

Nafkah suami

0

Bismillah

Assalamualaikum semua

Nak share sikit. Tanggungjawab seorang suami pada isteri. Tanggunggjawab dalam Islam ye. Mengikut syarie yang DIWAJIBKAN pada setiap suami walaupun si isteri bekerjaya dan ada duit sendiri! Ini bukan peraturan yang dibuat oleh manusia ok. Ini yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Dayus menjadi seorang suami apabila tak melakukan apa yang sepatutnya. DAYUS tau??! Seorang isteri bekerja bukan untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang suami. Tugas dia hanya membantu sahaja! MEMBANTU!! BUKANNYA MENGAMBIL ALIH!




Kalau seorang suami tak melakukan apa yang dipertanggungjawabkan olehnya, dan semuanya ditanggung oleh isteri, wajarkah suatu hari nanti si isteri mengamuk dan mengungkit benda ni? Wajar tak?? WAJAR???

Fikir la sendiri. Kalau tak tahu agama, BELAJAR! BERTANYA! Jangan hanya tahu kahwin, melepaskan nafsu dan beranak ramai je tapi tak tahu tanggungjawab. Mungkin boleh terlepas di dunia tapi ko menghadap la di akhirat nanti. LELAKI DAYUS!!

Oh ye.. meh nak bagitahu satu benda. DALAM ISLAM, SUAMI TIADA HAK UNTUK BERTANYA HATTA SATU SEN PUN HARTA ISTERI MAHUPUN MEMPERTIKAIKAN APA YANG ISTERI ADA. MALAHAN ISTERI SANGAT BERHAK UNTUK TAHU PENDAPATAN SUAMI DAN MENGGUNAKAN HARTA SUAMI KE ARAH YANG BETUL DAN SEPATUTNYA. PAHAM? Kalau isteri tak redha suami menggunakan duitnya dan hartanya, maka berdosalah si suami.

Sila menilai balik diri anda. Sila bertanya dan merujuk pada yang arif kalau sedar diri tu bodoh bab2 ni. Jangan bodoh sombong. Jangan berlagak pandai walhal diri tu sangatlah bodoh bab2 ni. Ok?

Disclaimer: Tak ada kena mengena dengan laki aku tau..

Thursday, May 14, 2015

Tolong jadi Ibu. Jangan jadi B******G..

0

Bismillah

Assalamualaikum

Indahnya apa yang Allah ciptakan kan? Menjadikan keperibadian seorang ibu sebaik-baiknya untuk melahirkan dan menjaga anak-anak. Allah..

Semasa bujang, hidup aku dikelilingi dengan anak-anak buah yang comel-comel dan nakal. Ada je keletah dan kerenah diorang. Paling aku suka; baby. Bau dia. Manja dia. Allahuakbar. Naluri ibu tu memang aku tak boleh nak tolak. Nak sangat baby2 comel zuriat aku sendiri. Time tu mulalah ::Bila nak kahwin ni?:: ^_^

Dah kahwin, berdebar-debar sebab 2 kemungkinan bila dah kahwin ni samada Allah akan kurniakan zuriat atau tak. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku bukan insan yang solehah tapi satu aku percaya dan tanamkan. Apa2 yang berlaku, itu sudah tertulis takdirnya. Dengan usaha dan tawakal, apa yang terjadi, kalau Allah dah kata Kun Faya Kun! Maka terjadilah ia. Baik kata Ya ataupun Tidak. Rancang lah kita sebagai manusia dia macam mana pun. Walau berbulan perancangannya, kalau Allah kata Tidak! maka tidak lah jadinya. Allah Maha Besar.

Maka setiap apa yang Allah kurniakan dan berikan itu semuanya bersebab. Jika Allah tak bagi pun bersebab. Jangan ada keraguan pada-Nya. Percaya..

So bagi aku, kalau Allah kurniakan zuriat pada aku awal, Alhamdulillah seperti yang diimpikan. Mungkin itu juga satu ujian pada aku. Berjayakah aku menjadi ibu yang sempurna? Berjayakan aku mendidik anak aku menjadi insan soleh solehah? Berjayakan aku mengawal kesabaran aku? Semua aspek di ambil kira tau. Dan begitu jugalah kenapa Allah tak bagi. Mungkin ada sebab dan hikmah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah ye sayang. ^_^

Alhamdulillah dalam sebulan perkahwinan aku sah mengandung. Alhamdulillah. Tapi dah mengandung tetiba takut dan seram datang. Layak ke aku? Boleh ke aku? berjaya ke aku? Waaaa!! tetiba macam tak bersedia nak menjadi seorang ibu bila tiba-tiba fikir diri yang tak sempurna ni. Allah Allah Allah.. Apa nak buat ni?? Janin dah ada di dalam perut.

Tapi kuasa Allah S.W.T. dilahirkan satu perasaan yang.... entahlah.. rasa halusss je.. rasa lembutt jee.. penangan nak jadi seorang ibu kut. Hehe dan dihadirkan perasaan keibuan yang tak berbelah bahagi dan ditanamkan satu tekad dan azam untuk menjadi seorang ibu yang baik. Alhamdulillah. Allah Maha Besar.

Sifat yang baran dan tak sabar, Allah kurangkan apabila kita menatap wajah anak. Dari nak marah terus tak jadi nak marah. Hehe. Rasa tak sampai hati nak marah anak Syurga ni. Rasa bersalah nak marah. Geram pulak rasa tak boleh nak marah. Hahaha.

Itu kuasa Allah kan.. Semua kuasa Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------

Untuk ibu-ibu di luar sana yang tegar membuang dan membiarkan anak2 Syurga ni menjadi jasad yang tak bernyawa, tolonglah pandang wajah anak tu. Rasailah kasih sayang anak tu pada anda tatkala mereka masih dalam perut lagi. Bangganya mereka berada di dalam rahim ibu mereka. Bangganya mereka untuk manjadi anak yang akan dibelai dan di sayangi ibu mereka. Allahuakbar.

Kalau tak nak pun adik2, tolonglah jangan diseksa jasad mereka dik. Pilu hati akak tengok tubuh kecil mereka dibiar lemas dalam pam tandas. Dibiarkan terseksa di dalam almari. Allahuakbar. Bagilah mereka pada orang2 yang selayaknya dik. Akak tahu, mungkin keadaan yang adik cipta dengan dosa adik sendiri membuatkan adik bertindak macam tu. Tapi mereka tu anak2 syurga yang tak bersalah sayang. Janganlah dibunuhnya mereka sedemikian rupa dik. Allahuakbar.

Ya Allah, kembalikan lah sifat keibuan mereka Ya Allah..

Sebab dosa adik.
Sebab adik tak dapat nak kawal nafsu
Sebab adik tak dapat nak melawan godaan syaitan
Sebab adik tidak pandai menjaga diri,

Adik dah menjadi Pembunuh..

Maafkan akak dengan kata2 akak yang ini. Ramai lagi suami isteri yang mendambakan dan menantikan kelahiran zuriat2 comel dalam hidup mereka dik. Ramai lagi yang berusaha untuk mendapat anak-anak comel yang macam adik dapat. Tapi adik langsung tak menghargai apa yang Allah kurniakan. Jangan sampai Allah tarik nikmat adik sebagai wanita suatu hari nanti. Allahuakbar.

Merintih la mereka dik. Mengharapkan adik membelai dan mencium mereka. Merintih la mereka mengharapkan mereka di layan seperti seorang manusia tapi malangnya mereka dilahirkan dari rahim yang selayaknya digelar binatang.

Allahuakbar..

Maafkan akak. Akak tak dapat mengawal perasaan amarah ni dik. Melihatkan wajah suci anak-anak Syurga tu. Dibiarkan jasadnya tidak dibalut..malah direndamnya di dalam air. Allahuakbar. Mereka layak untuk hidup dik. Mereka tak berdosa!

Doa akak moga Allah berikan hidayah padamu dik. Moga kau sedar atas dosa besarmu ini. Moga kau jadi insan yang solehah dan selamat dunia akhirat. Peluang kedua sentiasa ada untukmu dik. Jagalah dirimu. Jagalah auratmu dan jagalah kemaluanmu. Jauhilah dirimu dari lelaki yang membawamu ke neraka.

Maafkan akak atas kata-kata kasar akak. Ini hanyalah luahan pendek dari seorang ibu yang merinith setiap kali melihat anak-anak syurga itu di layan seperti binatang. Akak tak tahan dik. Maafkan akak.

Salam dari seorang ibu,

Puchong, Malaysia.

Wednesday, April 29, 2015

I love Babywearers!

0


Bismillah

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share minat aku sekarang.

Apa minat aku?

Ber'babywearers

Apa tu?

Dalam Melayunya gendong anak pakai kain atau seumpama dengannya.

Oooo macam mana tu ye? tak dapat nak bayang.

Ok bawah ni adalah contoh cara Ibu Indonesia gendong anak pakai kain batik lepas.
ihsan google

Dan ini pulak gendong moden ibu2 sekarang. Bezanya ada ring sahaja. Kalau yang jenis tak reti nak selit2 pakai kain batik lepas tu, boleh la pakai yang ni. Yang ni kita panggil dia RING SLING.

ihsan google

Sebenarnya ada banyak cara dan teknik lain untuk gendong baby. Bawah ni aku share antaranya.

MEI TAI
Ihsan google


SOFT STRUCTURED CARRIER (SSC)

Ihsan google

WRAP


Ini baby carrier yang kebanyakan ibu2 luar sana guna sekarang. Ini yang dah dimodenkan tau. Orang dulu2 pun memang dah aktif kendong baby macam ni tapi dulu guna kain batik lepas sahaja. Hebat kan? Lagi2 wanita dulu2 kan jenis kerja kuat. Bersawah la. Berkebun la. Dah kerja macam tu dari pagi sampai petang mana boleh nak tinggal anak. Dulu bukannya macam sekarang. So solution dia bawak baby sekali lilit dengan batik. Boleh buat kerja.

Tapi untuk kendong baby ni bukan sekadar kendong macam tu je tau. Bawah ni teknik kendong baby yang betul. Kena support peha dan kaki dia. Tak boleh biar tergantung. Ia bagi tekanan kat kaki baby nanti. Tak elok.


ihsan google

close up
ihsan google


front and side view





Untuk ber'babywearers pun ada rules dia. Rules ni untuk keselesaan kita dan baby.
Betul cara pemakaiannya, ibu senang badan tak sakit, baby pun boleh tidur lena tau.




Jenis pemilihan carrier pun ada panduan tau. Kita tak boleh main sauk macam tu je sebab ini penting untuk menjaga tulang belakang baby kita. Kalau salah pilih boleh effect tulang belakang. So ini tips untuk ibu2 memilih carrier yang tepat untuk baby2 anda.



Serius benda ni banyak membantu aku. Lagi2 Alya jenis tak boleh nak berenggang asyik nak berkepit je. Asal tggal je meraung macam kena pukul. Anak manja kan. Nak berteman selalu. Nak dukung macam biasa? Memang tak larat la woi. Alya tu walaupun baru nak masuk 8 bulan tapi berat dia dah 10.9kg tau. Lagi berat dari beras 10kg tu. Huhu. Tak daya nak dukung lama2. Nak tampung berat aku lagi. Berat dia lagi. Serius aku tak larat. Nak buat kerja pun tak leh weh..
Lagi2 kalau nak keluar ke, Alya memang tak nak duduk dalam stroller. Lenguh nak dukung berjam2 tu wehhh..

Selalu hujung minggu memang aku akan fully concentrate dia. Bibik tak akan jaga dia kalau weekend melainkan kalau aku nak pegi mandi ke solat ke ataupun ada hal kena keluar baru bibik akan jaga weekend.

So weekend pun aku ada juga keje nak buat dalam rumah tu. Nak buat stok makanan dia untuk semggu. Nak kemas2 sikit. Macam mana nak buat kalau tak nak letak? Bibik pun ada keje lain. Gendong la jawabnya...

Dalam banyak2 carrier tu aku lagi prefer ring sling. Lagi senang pakai bagi aku. Oh ye, cara2 nak pakai carrier2 di atas tu silalah google atau youtube ye. Aku pun banyak belajar dari situ. 

Kalau korang nak lagi info dalam berb'babywearers' ni, boleh la pegi ke FB Malaysia Babywearers. Boleh click link tu. Situ lagi banyak ibu2 lain boleh bantu. Info aku bagi ni sikit je. Basic je.

Ok lah. tu je nak share hari ni. Semoga bermanfaat!

Thursday, April 9, 2015

Flashback: balik kisah hati dulu2.

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Tadi saje2 melawat ke blog lama aku. Dah lama sangat tak menjenguk. Sihat ke tidak dia dah lama aku abaikan padahal dulu-dulu di situ lah banyaknya aku meluahkan perasaan. Gitu..

Seronok jugak bila baca balik apa yang aku tulis masa zaman2 nak up to. Paling banyaknya entry-entry yang berunsur kegedikan dan syok sendiri. Hahaha. Adoi la pun, Rindu pulak nak menulis balik dekat blog lama tu. Tapi takpelah. Dibiarkan sebagai kenangan. Banyak entry sakit di situ jugak.

Teman-teman blog yang rajin komen-komen entry aku dulu pun banyak yang dah tutup blog dorang. Aku try bukak satu-satu tadi. Takde dah. Tiba-tiba rasa sedih. Hilang kawan. =(  Aku rindu seorang bro tu. Rajin jugak komen entry-entry aku dulu. Bro Ah Fatt. Tapi dah tutup blog dia. Hai Bro! Kalau kau terbaca blog aku ni sila2 lah contact aku ye. Rindu dengan tulisan2 kelakar ko dulu. Aku dah tak rajin berblog walking sekarang. Rajin menghendap blog sendiri je sekarang. Kikikiki.

Baca satu-satu entry aku dulu, menghidupkan berjuta kenangan. Sedih tetiba. Nak nangis tak boleh sebab kat office. Tulisan aku membayangkan keadaan aku dulu. Emosi aku. Perangai aku. Cara aku menangani sesuatu benda. Cara aku berdepan dengan masalah. Serius banyak benda aku dah lupa apa yang terjadi dulu. Peristiwa2 penting yang banyak luput dari ingatan. Kisah2 yang buatkan aku happy dan sedih, yang buat aku ketawa gila2. Bila baca balik apa aku tulis dulu seronok rasanya. Itulah bestnye berblog ni. Kan?

Aku mula tulis di blog tu tahun 2008 umur 20 tahun. 3rd yr year di UiTM Segamat aku rasa. Sampailah tahun 2011. Dah habis belajar pun masa tu. Cepat masa berlalu kan. Tapi aku rasa aku mula berblog awal lagi dari tahun 2008 tu tapi entah mana blog tu entah. Aku delete kot. Mungkin lagi budak2 contentnya. Dan sekarang 2015 umur 27 tahun aku masih lagi menaip di sini tapi di laman yang berlainan. Passionnya masih ada tapi tak sekuat dan sehebat dulu. Huhu. Tapi bangga jugak kat diri sendiri sampai sekarang masih bertahan. Kawan2 aku ramai yang dah kecundang. Hahaha..

Zaman baru nak up orang kata. Nak masuk awal 20-an. Ayat semua gedik2. short form yang aku sendiri baca balik pun rasa memualkan. Hahah! Tulisan sendiri tu kot! hahaha! Teruk betullah bahasa dan tulisan aku tapi yang aku bangga sikit English aku agak power masa ni berbanding sekarang. Hahah! Yelah tengah belajar kan. Every week penuh dengan presentation yang mewajibkan aku untuk berspeaking. Tapi bila masuk kerja ni kurang sikit penggunaan bahasa tu. Pelik kan?

Bila nak masuk pertengahan 20-an Alhamdulillah ada jugak penambahbaikan bahasa dan tulisan aku. Bila baca balik boleh tak aku tetiba hembus nafas lega. Hahaha! Ada jugak tu kesedaran. At least kan aku takdelah terus menerus terjerumus ke kancah tulisan mintak penampar! hhaha!

Aku nampak jugak lah kematangan dalam entry lama aku yang banyak2 tu. Hehehe. Lega sendiri bila baca. Takdelah teruk sangat aku ni dulu. Hahaha!

Banyak2 entry, aku tertarik dengan entry yang ni. Dulu entry aku memang banyaaaaakkkk giler dengan entry emosi dan perasaan tapi yang ni paling best.

Hati dah terisi dan di akhir kalam aku ini....

"Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. kali ini biarlah yang terakhir sebab aku dah tak larat la nak amik port pasal benda-benda perasaan dan laki2. aku simpan kata-kata dia. aku pegang janji2 dia. aku percaya dia. moga dia tak khianati perasaan aku pada dia sebab aku dah tak nak tanggung beban kesakitan akibat dikecewakan. moga Allah berkati aku dah dia. Amin."



8 January 2011. Tarikh dia mengakui hati dia pada aku dan akhirnya memang Allah makbulkan doa aku sampai saat aku menaip dia, dia lelaki ajnabi terakhir yang aku bercinta dan Alhamdulillah dia masih lagi kotakan janji dia. Masih awal lagi kan nak percaya dan simpan terus janji2 dia tapi bagi aku saat ni pun dah cukup lama sebab memang ini lah yang terlama bagi aku. Yang sebelum ni pun tahan setahun setengah je kottt.. Yang sekarang ni, termasuk jadi isteri dia dah 4 tahun jugak aku dengan dia. 

Aku tak banyak bercinta dan aku tak suka bercinta banyak kali. Matlamat aku jelas. Prinsip aku pun jelas. Bercinta bukan untuk suka2 dan main2. Bercinta hingga ke syurga. Masa yang pertama aku mengaku prinsip dan matlamat aku goyah. Aku tak telus dan aku sedikit suka bercinta suka2 masa tu sebab pasangan aku waktu tu pun tak jelas matlamat dia. Yelah muda lagi kot masa tu. Then lepas putus, aku sakit aku kecewa. Sejak dari tu aku tetap dengan matlamat aku. Kali ni no play2. Kalau nak katakan nak dan serius. Kita main parents lepas ni. Suka jumpa dorang. Kalau setakat nak main2. Sorry naik lorry. I dont like. Nak lebih2 tak boleh, Kawan ok. That's all. Tapi Alhamdulillah suami aku ni yang kedua dan In Sha Allah yang terakhir. Aku jumpa jugak dia. Hehehe.

Tak sangka jugak aku. Aku ingat aku single and solo lama tapi umur 25 dah kahwin. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku untuk hidup berteman seawal usia tu dan sekarang Allah perkenankan lagi doa aku dulu2 dan saat nak kahwin dengan zuriat yang comel dan bijak. Alhamdulillah, Banyak benda yang Allah perkenankan yang sekarang aku aku sedar tapi aku masih sombong dengan DIA. Allahuakbar! teruknya aku! =(

Takpelah. Yang dah berlalu biarkan. Kita pandang ke depan. Banyak lagi dugaan yang menanti. Perbaiki diri. In Sha Allah.

Dan pada umur 27 tahun, inilah gaya tulisan aku sekarang. Kadang2 datang mood giler, gilerlah gaya tulisan. Kalau datang mood serius, serius la gayanya pulak. Tapi takdelah gedik2 sangat macam dulu. Hahaha!

Oklah. penat dah. Babai!




Tuesday, March 24, 2015

Rindu

0

Bismillah

Assalamualaikum

Rindu..

20hb 3 hari tu birthday dia..

Rindu..

Lagi 37 hari lagi..

Harap2 abang okay kat sana..

Kali ni lain rasa bila abang naik kapal

Selalu dapat calling2

Sekarang tak..

Dah lama tak dengar suara abang..

I miss U.. Sob Sob Sob

*Nangis*

Wednesday, March 4, 2015

Alya: 1st solid food

0

Bismillah

Assalamulaikum

Alhamdulillah dah masuk bulan baru untuk tahun 2015 ni. Sekejap je rasa kan. Dah masuk bulan 3. Tup3 tengok nanti dah masuk setengah tahun. Fuhhh!

Last update 6th February. Sepanjang bulan lepas banyak benda terjadi. Mostly yang baik la. Alhamdulillah tapi ada jugak yang sedih. Yang sedih tu tak ada apa sangat lah cuma en suami dah pergi belayar semula selepas 7 bulan dia berehat.

Besar pengorbanan en suami tu. Ingat senang ke nak tinggalkan anak dan isteri lepas lama berkepit. Lagi2 dengan anak. Itulah harta dunia akhirat kami. Tapi nak buat camne kan. Demi anak juga ni. Rezeki dia la kali ni.

Aku? Haishh utk mggu pertama ni lelah la sikit sebab nak uruskan anak sorg2 kan sebab selalu en suami yang selalu handle most of the things tapi orang kata alah bisa tegal biasa. In Sha Allah boleh. Nak manja2 sangat tak boleh la.. kesian en suami yang tengah kerja kat laut tu. Cekalkan aje hati ni.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengok muka happy bila dapat makan..

Cukup part tu.

Masuk bulan 3 ni si kecik debab tu dah 6 bulan. Bulan yang di nanti oleh mak2 terlebih excited mcm aku ni. 1st solid food akan di bagi pada umur ni! Yeay!!

Untuk hari pertama aritu aku bg pisang lenyek yang di campur dengan susu dekat alya. Amboiii bukan main lagi si kecik tu. Bukan makanan yang di hulur ke dia tapi dia yg kejar makanan tu. Alahai anak ibu. Kak ipar aku ada record video tp mcm x proper pulak nak share sini sebab akak aku x pakai tudung pulak dlm video tu. Tapi kalau tengok video tu memang syok la. Macam2 ragam anak ibu sekarang, Pening kepala. Hehe

Tak ada masalah lah bila nak bagi makan ke si kecik ni. Penerimaan yang positif. Alhamdulillah. Takdelah omak kau risau takut x mau makan. Kan ada sesetengah kes yang ada baby2 yang tak mau makan ni kan. Aku sebenarnya dah test dekat Alya masa dia 5 bulan aritu. Bagi dia rasa cukup syarat je. Tengok2 dia nak lagi. hehe tapi tak boleh la time tu kan. Aku tunggu jugak dia 6 bulan baru bagi.

Dan semalam cucuk untuk 6 bulan. 1st time dia nangis sebab cucuk. Selama ni bile time nak cucuk je dia tengah tido. Nangis kejap je pastu tido balik. Hehe. Berat dia pulak confirmlah obese. Hehe. 9.2kg masa 5 bulan naik 0.5kg. Jadilah 9.7kg. Ibu dah tak larat dah nak dukung nak. Kalau duduk, nak bangun angkat dia sekali, aku pernah nak tumbang tau. Dekat berat aku lagi. Berat dia lagi. Nasib baik tak betul2 tumbang. Kalau tak tahu lah apa jadi kat Alya. Jatuh macam nangka busuk dengan ibunya kot. Huhu.

Nurse cakap dah obese. Memanggggg pun tapi aku tengok BMI dia macam dah turun sikit. dari 22 turun ke 20 semalam. So, aku kena risau sangat ke? Rasanya macam tak kot. Aku risau dia tak sehat je sekarang sebab batuk dan selsema. Balik ni kena buat percussion la dekat dia sebab dah seminggu dah ni tak baik2 lagi. Risau ibu.

Apa lagi? itu je la.. next checkup dia 8 bulan pulak.

Entry aku pasal anak je kan? Ini sebab aku tak tahu nak cerita apa dah.. Bye!