Wednesday, June 10, 2015

Alya: Perkembangan dia 9 bulan ni

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Hari ni bukak email yahoo. Tengok pulak email dari Baby Centre; My Baby This Week -- 9 months old 1st week. Oleh sebab tu meh nak share dan sepadankan dengan perkembangan Alya sekarang.

Hampir berjalan

Bayi yang berusia sembilan bulan semakin hampir untuk berjalan sepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu.

Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!). Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.

Komen Ibu: Alya bukan jenis aktif sangat merangkak sebab dia suka berdukung. Dia tak suka merangkak! tapi boleh merangkak. So aktiviti merangkak naik tangga tu Alhamdulillah takde. Kurang sikit ghisau mak kau! Hahah! One step Two step dah boleh sambil dipimpin. 

Alya suka sangat mengcangkung/bertinggung! Dia dah pandai berdiri sendiri tanpa dibantu tapi bila nak bertinggung kena hold something la untuk balance kan badan dia. Kan badan demok. So, bila nak bertinggung tu tak bape nak stabil lagi. Heheh. So far Alhamdulillah..

Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

Komen Ibu: Letak objek dalam bekas tu Alya masih lemah lagi. Ibu suruh letak dia pandang je pastu teruskan main. Hehe Saboo je la. 

Kalau ambil mainan dari tangan dia memang dia dah pandai protes. Yang bahaya dia mesti terlentangkan badan dia kat belakang. Bahaya ooo. Dia hempas kuat pulak tu badan dia. Kalau takde alas kat belakang confirm terhentak kepala tu. Itu yang ibu geram. Haishh..

Kalau ibu kata "Nak", kadang2 dia bagi. Kadang2 tak. Tengok la mood suka hati dia tu macam mana. Kalau ibu golekkan bola dan ibu suruh ambil balik dia pandang je ball tu. Errmm.. Ibu kena banyak lagi berkomunikasi dengan Alya ni. Bagi dia mainan gegelung bertingkat tu, dia pandai longgokkan je setakat ni. Susun tak reti lagi. Takpelah slow2 ye sayang. 

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.

Komen Ibu: Oooo yang ni betul. Kalau ibu jauhhh sikit dari dia mesti dia nangis2 nak ikut. Kalau ibu bersiap pagi2 nak pergi kerja mesti nak ikut. Bibik kena umpan dia keluar jalan2. Dengan orang lain mesti Alya liat sikit especially dengan orang yang jarang dia nampak tapi sekarang aku perati, kalau orang slow2 attract dia, pujuk pelan dan bukan main rentap atau paksa dia, dia akan ok je. Tapi dia takkan kasi orang tu dukung dia. Dia boleh setakat senyum dan gelak je kalau orang agah dia. Hahaha. Hei kalau tak lagi nyombong tau! Masam je muka tu takde expression langsung. 

Alya kalau resah, yes mesti dia nak puting dia. Dalam keadaan ramai orang lagi dia resah. Dia akan berkepit dengan ibu dan hisap puting.

Cuba untuk membuat perjalanan

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.

Komen Ibu: Macam aku bagitahu kat atas tadi la. dia memang suka berkepit! Heheh

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.


Komen Ibu: Alya sangat terer dah sebut2 tu semua. "Ma Da Dedi Bu Abu Bah AAAAAAAAAAA" itu ayat2 yang dia terer. Kalau dia sebut Dedi tu mesti ayah dia nyampuk "Ayah! bukan Dedi! Ayah ni orang kampung. Mana main Dedi2'.. Hahahahah.. Sabo je la laki aku ni. 

Kalau ibu cakap no! je mesti dia stop kejap pastu senyum2 sengih2, pastu sambung balik buat. Eiii geram je ibu. Cheeeeccckkkyyyy sangat muka tu! Geget2 kang baru tahu!. Kalau orang panggil nama dia mesti melilau kepala dia dok cari2. Kalau orang tu ada di sebalik dinding, dia bukan pergi tengok di sebalik tu tapi dia ngintai pakai kepala je sambil mulut nganga. Kalau tengok real memang geram lah. Comel sangat!

Macam aku bagitahu entry lepas, perkembangan seseorang bayi tu memang tak sama. Ada yang 9 bulan pun tak pandai berdiri lagi tapi takpe jangan stress! Saba je. Bila anak dah bersedia mesti dia akan buat jugak. Macam Alya ni. Kan dia overweight. Badan demok debab2. So orang expect dia ni semua lambat! jalan pun mesti lambat sampai aku penah stress tau. Hahaha! But once Alya dah tunjukkan dia boleh dalam masa singkat, aku pun jadi lega selega leganya.. Alhamdulillah. Sebab tu jangan pandang rendah pada anak sendiri!!.

Untuk zaman sekarang, parents memang selalu letakkan high expactation pada anak2 dorang termasuklah aku. Kesian pun ada. Umur kecik lagi dah kena bersaing kaw2. Belajar tak hingat punya sampai dorang tak dapat nak enjoy zaman kanak2. Tapi tu la dunia semakin laju. Apa pun, ibu nak Alya membesar jadi anak yang solehah. Dunia ni takkan dihisab kat akhirat nanti. Hanya amalan je. In Sha Allah ibu cuba sedaya dan sehabis baik untuk didik Alya. Moga Allah bagi ibu kekuatan dan kesabaran. Ameen.

Semoga Allah memberi keberkatan pada kita semua untuk menjadi ibu bapa yang terbaik pada anak2.

0 manusia baik: