Thursday, May 14, 2015

Tolong jadi Ibu. Jangan jadi B******G..

0

Bismillah

Assalamualaikum

Indahnya apa yang Allah ciptakan kan? Menjadikan keperibadian seorang ibu sebaik-baiknya untuk melahirkan dan menjaga anak-anak. Allah..

Semasa bujang, hidup aku dikelilingi dengan anak-anak buah yang comel-comel dan nakal. Ada je keletah dan kerenah diorang. Paling aku suka; baby. Bau dia. Manja dia. Allahuakbar. Naluri ibu tu memang aku tak boleh nak tolak. Nak sangat baby2 comel zuriat aku sendiri. Time tu mulalah ::Bila nak kahwin ni?:: ^_^

Dah kahwin, berdebar-debar sebab 2 kemungkinan bila dah kahwin ni samada Allah akan kurniakan zuriat atau tak. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku bukan insan yang solehah tapi satu aku percaya dan tanamkan. Apa2 yang berlaku, itu sudah tertulis takdirnya. Dengan usaha dan tawakal, apa yang terjadi, kalau Allah dah kata Kun Faya Kun! Maka terjadilah ia. Baik kata Ya ataupun Tidak. Rancang lah kita sebagai manusia dia macam mana pun. Walau berbulan perancangannya, kalau Allah kata Tidak! maka tidak lah jadinya. Allah Maha Besar.

Maka setiap apa yang Allah kurniakan dan berikan itu semuanya bersebab. Jika Allah tak bagi pun bersebab. Jangan ada keraguan pada-Nya. Percaya..

So bagi aku, kalau Allah kurniakan zuriat pada aku awal, Alhamdulillah seperti yang diimpikan. Mungkin itu juga satu ujian pada aku. Berjayakah aku menjadi ibu yang sempurna? Berjayakan aku mendidik anak aku menjadi insan soleh solehah? Berjayakan aku mengawal kesabaran aku? Semua aspek di ambil kira tau. Dan begitu jugalah kenapa Allah tak bagi. Mungkin ada sebab dan hikmah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah ye sayang. ^_^

Alhamdulillah dalam sebulan perkahwinan aku sah mengandung. Alhamdulillah. Tapi dah mengandung tetiba takut dan seram datang. Layak ke aku? Boleh ke aku? berjaya ke aku? Waaaa!! tetiba macam tak bersedia nak menjadi seorang ibu bila tiba-tiba fikir diri yang tak sempurna ni. Allah Allah Allah.. Apa nak buat ni?? Janin dah ada di dalam perut.

Tapi kuasa Allah S.W.T. dilahirkan satu perasaan yang.... entahlah.. rasa halusss je.. rasa lembutt jee.. penangan nak jadi seorang ibu kut. Hehe dan dihadirkan perasaan keibuan yang tak berbelah bahagi dan ditanamkan satu tekad dan azam untuk menjadi seorang ibu yang baik. Alhamdulillah. Allah Maha Besar.

Sifat yang baran dan tak sabar, Allah kurangkan apabila kita menatap wajah anak. Dari nak marah terus tak jadi nak marah. Hehe. Rasa tak sampai hati nak marah anak Syurga ni. Rasa bersalah nak marah. Geram pulak rasa tak boleh nak marah. Hahaha.

Itu kuasa Allah kan.. Semua kuasa Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------

Untuk ibu-ibu di luar sana yang tegar membuang dan membiarkan anak2 Syurga ni menjadi jasad yang tak bernyawa, tolonglah pandang wajah anak tu. Rasailah kasih sayang anak tu pada anda tatkala mereka masih dalam perut lagi. Bangganya mereka berada di dalam rahim ibu mereka. Bangganya mereka untuk manjadi anak yang akan dibelai dan di sayangi ibu mereka. Allahuakbar.

Kalau tak nak pun adik2, tolonglah jangan diseksa jasad mereka dik. Pilu hati akak tengok tubuh kecil mereka dibiar lemas dalam pam tandas. Dibiarkan terseksa di dalam almari. Allahuakbar. Bagilah mereka pada orang2 yang selayaknya dik. Akak tahu, mungkin keadaan yang adik cipta dengan dosa adik sendiri membuatkan adik bertindak macam tu. Tapi mereka tu anak2 syurga yang tak bersalah sayang. Janganlah dibunuhnya mereka sedemikian rupa dik. Allahuakbar.

Ya Allah, kembalikan lah sifat keibuan mereka Ya Allah..

Sebab dosa adik.
Sebab adik tak dapat nak kawal nafsu
Sebab adik tak dapat nak melawan godaan syaitan
Sebab adik tidak pandai menjaga diri,

Adik dah menjadi Pembunuh..

Maafkan akak dengan kata2 akak yang ini. Ramai lagi suami isteri yang mendambakan dan menantikan kelahiran zuriat2 comel dalam hidup mereka dik. Ramai lagi yang berusaha untuk mendapat anak-anak comel yang macam adik dapat. Tapi adik langsung tak menghargai apa yang Allah kurniakan. Jangan sampai Allah tarik nikmat adik sebagai wanita suatu hari nanti. Allahuakbar.

Merintih la mereka dik. Mengharapkan adik membelai dan mencium mereka. Merintih la mereka mengharapkan mereka di layan seperti seorang manusia tapi malangnya mereka dilahirkan dari rahim yang selayaknya digelar binatang.

Allahuakbar..

Maafkan akak. Akak tak dapat mengawal perasaan amarah ni dik. Melihatkan wajah suci anak-anak Syurga tu. Dibiarkan jasadnya tidak dibalut..malah direndamnya di dalam air. Allahuakbar. Mereka layak untuk hidup dik. Mereka tak berdosa!

Doa akak moga Allah berikan hidayah padamu dik. Moga kau sedar atas dosa besarmu ini. Moga kau jadi insan yang solehah dan selamat dunia akhirat. Peluang kedua sentiasa ada untukmu dik. Jagalah dirimu. Jagalah auratmu dan jagalah kemaluanmu. Jauhilah dirimu dari lelaki yang membawamu ke neraka.

Maafkan akak atas kata-kata kasar akak. Ini hanyalah luahan pendek dari seorang ibu yang merinith setiap kali melihat anak-anak syurga itu di layan seperti binatang. Akak tak tahan dik. Maafkan akak.

Salam dari seorang ibu,

Puchong, Malaysia.

0 manusia baik: