Thursday, May 15, 2014

Pregnancy: The beautiful feeling as mother.

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Rasa dah lama tak tulis blog di malam hari. Selalu siang time office hour saje. Malam masa rehatku kononya. Hehe. Apa-apa lah.

Malam ni tetiba rasa nak emosional pulak. Sebagai bakal ibu ni, In Sha Allah.

Semalam.. bermula detik checkup di kpj kajang. Actually ada 2 pilihan sebenarnya. Hukm or kpj Kajang. Finally ive decided to deliver at kpj kajang. Selepas di ambil kira pelbagai perkara. Jarak masa keadaan dan review yang baik from bloggers. Harap2 pilihan yang terbaik so far. Enough said. The emotional part pulak.

Maybe tak berapa emo bagi sesetengah yang membaca but it was so touching to me. The moment that i know my baby is growing fast in my tummy. Waa rasa nak nangis pun ada.

Dari sebesar kacang ke sebesar.. i can say besar limau barli kot from apps that i download. Hehe. Dalam masa 5 month and half. Masa memula checkup berat dia ringan sangat and sekarang 600gram++.. Almost 1kg.

Masa tengah scan, tengok gelagat dia pusing kiri pusing kanan. The way dia sleep. The way kaki dia tendang perut ibu dia. Dia menggeliat. It was so wonderful tau. And guess what? Gaya tidur was same like mine!! Mengiring dan letak tapak tangan kat bawah muka. U can imagine how can? So cute!
I like to sleep in that way and if my husband ada, aku suka tarik tangan dia and letak sama-sama dengan tangan aku. Terasa selamat. Wellllll i kan memang manjaaaa.. hehe..

I told ayah dia and he was so excited. Mengharapkan dia ada sekali masa tu to feel the beautiful moment with his wife. Oh, my husband sangat suka pergi scan. Suka tengok gelagat anak dia dalam perut ni. Kalau boleh hari2 nak scan. Hehe..

Sekarang makin banyak dan kerap aku rasa dia dok bergerak dalam perut ni. Sebelum ni sikit2 je. Sekarang banyaaaĆ kkkk sangat and aku suka!! Haha.. kalau tak gerak tu aku risau and try usap2 and goyang2 perut sikit. Mesti dia tension dengan mak dia ni kan. Suka kacau dia tido.. hehe..

Anddd yes aku teruja untuk tunggu dia keluar! Sapa yang tak kan? Setiap bakal ibu mesti teruja! And i hope my baby dalam keadaan sehat sejahtera. Tak sabar ibu nak jumpa baby. Hehe.

Perut pun makin besar. Badan pun makin besar. Kesemputan dan kemengahan tu makin2 terasa. Keberatan perut juga hampir terasa. Sakit di pinggang juga ada menyerang. Bak kata simptom pada ibu mengandung bila perut makn besar ni semua hampir terasa dah. Penat tu memang penat but just enjoy je la. Tension mcm mana nak turun balik berat je ni. Hahaha..

Apa2 pun, i was lucky to feel this. Alhamdulillah. Allah bagi kesempatan yang sangat berharga.

And this is latest u.. Ibu baru scan hari tu. Anak ibu tidur masa ni.

Anak ibu dah besar sikit. 13weeks. 

This is u sayang. 1st time ibu scan and tengok sayang. U r soooo little. :)


Baby, ayah dan ibu tunggu sayang keluar. Please survive sampai sayang keluar dan membesar dengan sehat dan sempurna ye. Ibu ayah tak sabar nak jumpa baby. Kita jumpa lagi 4 months lebih ye sayang. Please be a good anak to ur ibu and ayah. We always pray for u. We love u sayang!

P/s: i already knows my baby's gender. Hehe. Try to hide when typing this entry. Takut termention he or she. Hehehe. Poyo kan tapi buat masa sekarang biar family dekat je tau. But if u smart enough, u can see from my perut. Kan orang ada kata bentuk perut mcm ni utk anak apa rite? But.... sorry.. i refuse to put my picture here. Hehehe..


Wednesday, May 7, 2014

Hubby dan kapal

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Amikk.. sekali 2 entry kan. Entry ini ditaip pada 18/4/2014.. Ini entry lama2 yang semangat nak taip tapi malas mahu di publish ataupun idea sekerat-kerat. So mengambil masa berhari-hari untuk disiapkan. Hehe. Sabo je la..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kalau nak ikutkan, banyak entry yang mentioned hubby aku kerja kapal kan? Hari ni aku nak detail kan lagi kerja yang hubby aku buat dari pengetahuan aku yang minima ni.

Hubby aku mula kerja kapal akhir tahun 2010. Awal tahun 2011 kami start bercinta (tu pun nak bagitahu). So secara rasminya aku dah tahu kerja dia tu sejak bercinta lagi. Hubby aku tak ada apa2 sijil or degree bahagian perkapalan tau. yang ada hanyalah sijil mengenai electrical dan wiring ni. 

Oleh sebab nak join kapal ni, hubby kena ambil ujian atau sijil untuk membolehkan dia kerja di atas kapal. Ujian tu seingat aku dipanggil ujian boset. Procedure nak naik kapal sebenarnya banyak jugak lah. Kena buat medical checkup, kena ada passport untuk offshore. Tapi yang utamanya dulu kau kena ambil ujian boset ni. Sebab ujian tu adalah kunci segalanya untuk join kapal. Bayaran dia kalau tak silap dalam RM1500 atau lebih sikit kot. Aku pun tak hengat..

Rezeki pertama suami aku adalah dari company X. Tak lama pun dalam company ni. Dalam setahun je kot. Company ni ada problem sikit dalam menjaga staff2 dia. Malas la nak cerita. Aku pulak yang sakit hati nanti. Aniaya orang yang nak mencari rezeki. Hubby aku try cari kerja lain. Banyak CV yang dia hantar dekat company2 kapal ni dan akhirnya rezeki dia dapat dengan Alam Maritim. Sebuah company yang bagus dan menjaga jugak lah staff2 dia. Diterajui oleh seorang Haji. Bila orang yang beragama berniaga, In Sha Allah dia tak akan aniaya orang2 bawahan dia. In Sha Allah. Disebabkan kerja kapal ni adalah secara kontrak, hubby aku tak payah pun nak bagi resign letter untuk lompat ke company lain. So senang di situ. 

Hubby aku mula dari bawah. Dari kuli yang kena bersihkan deck kapal (bahagian depan kapal kalau tak silap) hinggalah dia jadi oiler sekarang. Aku tanya hubby aku oiler ni tahap mane? Dia kata orang kedua dari bawah. Oiler ni bahagian yang menjaga  dan maintain enjin2 kapal. Kalau kapal jalan, enjin rosak, oiler ni lah yang bertanggunggjawab untuk menengok enjin2 kapal sambil diperhatikan dan dipantau oleh senior dorang yang berpangkat engineer. Ok lah. Nak berjaya kena sabar kan. In Sha Allah lepas dah settle hal anak dan semua yang perlu, hubby nak ambil test lain pulak untuk naik pangkat dan tambah gaji. Gaji sekarang cukup2 makan untuk dia sorang je. Yang menampung anak bini adalah allowance. Dia tak nak macam tu. Nak ambil test tu bukan makan belanja sikit tau. Berpuluh ribu jugak lah. Sebab tu dia kena kasi settle keperluan yang wajib dulu baru decide nak kumpul duit untuk ambil test tu pulak. Test tu kira macam ambil diploma laa.. oh, sebab tu la aku tak boleh berhenti kerja. Kalau kapal dia naik tu tak jalan, makan gaji je tau. so, mane nak dapat belanja2 lain tu. Haaaa..jangan ingat orang kapal ni kaya tau. Yang kaya pangkat2 atas tu je.

Kapal yang hubby aku naik bukan satu jenis kapal je tau. Kapal laut ni macam2 bahagian dia jugak. Ada kapal untuk penumpang, ada kapal untuk accommodation, ada kapal untuk hantar barang dan ada kapal2 lain yang aku pun tak tahu. Kapal untuk penumpang ni, adalah kapal yang menghantar penumpang2 daripada petronas atau shell dari port ke pelantar atau sebaliknya. Sama lah yang lain ikut fungsi2 kapal tersebut. Paham sendiri lah ye. Malas nak explain satu2. Hehe

So pembahagian kapal yang dia akan naik bergantung pada kekosongan. Mana ada kosong, situ kau akan naik. Kalau dapat kapal yang jalan, Alhamdulillah ada rezeki berganda di situ. Kalau naik kapal yang tak bape jalan atau dalam maintainance, ermm alamatnya mungkin makan basic je la kau. 


Kapal2 yang selalu hubby aku naik kebanyakkannya  main dalam Malaysia sahaja. Kalau pergi luar pun still dalam Asia dan diwajibkan untuk berada di atas kapal 2 bulan sahaja atau lebih sehingga 3 bulan sahaja. Tak boleh lebih daripada itu. Itu yang aku tak bape ralat sangat lah untuk hubby aku terus kerja kapal lepas kahwin. Still kuat lagi untuk menanggung rindu. Hehehe

Ok.tu je la aku nak cerita pasal hubby aku dan kapal. Tahap kerajinan aku sampai disini nampaknye. Hehehe. Nanti sambung lagi apa bestnya bila hubby ni kerja kapal laut. 

Nanti bila aku rajin aku citer pulak kelebihan bersuamikan orang kapal laut ni. Hehe

Buhbye!!!
 
ini contoh kapal yang hubby aku naik. Besar kapal berbeza2 ye bergantung pada fungsinya    



 Ehsan: Pak Cik Google

Ini contoh baju yang hubby aku pakai. hubby panggil dia coverall. Tapi dia punya satu suit dari atas sampai bawah. Kaler pun macam2.
  Ehsan: Pak Cik Google

Pregnancy: Bujang kembali dengan perut boyot

0



Update: 29/4/2014 -- ini sebenarnya entry lama tapi terperap lama sebab malas nak publish. Boleh?? hehe..

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

Aku dah kebujangan kembali untuk 3 bulan. Keberangkatan hubby ke Kemaman diiringi dengan senyuman menawan sambil bertakung air mata. Konon nak tunjuk diri sendiri kuat la tu. Huhu. Tapi bila masuk bilik, alahaiii sunyinya rasa. Kalau tak selalu gaduh2 manja dengan hubby.

Takpelah. Ini dugaan untuk kami. Sabar dan pasrah je la ye. I kan kuatttttt!!

Hari ni nak cite keeksaitedan aku sebagai bakal ibu. Kan haritu meroyan dalam ni kata tak rasa baby gerak la apa kan. Alhamdulillah sekarang aku dah rasa. Walaupun tak nampak lagi tendangan padu si kecil dalam ni disebabkan ketebalan perut yang melampau, tapi aku dapat rasa pergerakan dia. Tak tahu lah apa yang dia buat. Bersenam agaknya. Hehe

Selalunya hubby yang dengar dia gerak2. Untuk 3 bulan ni nan hado la ye. Tunggu la dia gerak2 sambil usap2 perut sendiri. Huhu. Waaaaaaa!! Rindunya dekat suamiku!!! Baru sehari dia pergi kot. *sob sob sob*

Selalunya baby akan aktif start dari maghrib sampailah ke tengah malam. Kadang2 tengah tidur rasa jugak dia gerak. Tapi kadang2 tidur mati, tak de lah nak rase kan. Time baby gerak2 tu, belai2 perut sikit then dia senyap. Hehe. Comel jek….

Alhamdulillah lah semuanya mengikut perancangan yang baik dari Allah S.W.T. Dari awal mengandung sampailah sekarang tak adalah teruk sangat walaupun kadang2 rasa restless jugak. Hari tu hubby cerita isteri kawan dia ada yang teruk2 morning sickness pastu ada yang mengidam bukan2 sampai susah nak cari. Kesian dekat kawan dia. Kawan dia pun kata bersyukurlah isteri kau tak ada benda2 teruk. Morning sickness teruk ke mengidam teruk2 ke. Aku sampai pening kepala ni ha. Huhu.

Hubby pun berterima kasih la kat isterinya yang comel ni sebab mengidam benda yang senang dapat sepanjang dia balik ni. Tak ada lah teruk sangat dia nak mencari. Hehe. Aku bukan mengidam. Banyak pada teringin sebenarnya. Teringin pun benda yang memang senang sangat nak dapat. Samada nak bawak ke tidak. Tu je. Tapi Alhamdulillah, sepanjang suami balik ni apa yang teringin aku nak makan tu, banyak yang dia tunaikan. Sian suami perabis duit. Huhu. Nasib baik dapat suami yang tak berkira pasal makan ni sebab dia pun kaki makan jugak. Hehe.

So, bila suami dah start bekerja ni, dia siap pesan jangan teringn benda bukan2 sepanjang abang tak ada ni. Nak apa2 tunggu abang balik. Huhu. Sedap je dia pesan gitu ye. Kalau nak something kena tunggu 3 bulan baru dapat. Tersiksa jiwa batin I tauuu.. huhu. Dah tu dia balik kita dah 8 bulan pulak tu. Kalau baby tak nak kuar lagi boleh la gigih mencari nanti. Kalau tak sempat? Jangan baby meleleh air liur nanti dah leee..

Tuesday, April 22, 2014

Pregnancy: 19 weeks and 20 weeks

0



Bismillah

Assalamualaikum

At 19 weeks of pregnancy

Alhamdulillah dah 19 minggu usia kandungan aku. Kejap je wei!! ^_^

Kerja aku kat office ni kejap banyak kejap sikit kejap tak de langsung. Bila time keje sikit dan keje tak ada langsung tu, aku suka buat aktiviti meng’google’.  Last week aku google pengalaman bersalin lepas datang seriau sorang-sorang sebab kebanyakan yang aku baca semua kata sakit! Gatal lagi pi baca kan. Kan dah takut. Tapi lepas-lepas tu dorang rasa seronok after tengok muka baby. Alahaii tak sabar pulak. Huhu

Lepas tu aku google pulak senarai barang-barang baby. Banyak okay! Tapi kak ipar dah janji nak bagi baju sikit untuk baby aku. Baju untuk rumah katanya. So, tak payah la beli ye. Marilah kita berjimat. Duit yang save untuk baby kita boleh bukak tabung untuk dia. Alhamdulillah. Rezeki orang nak bagi.
Setiap kali masuk minggu baru untuk kandungan aku, mesti aku google untuk tahu perkembangan2 kandungan aku pada minggu tu. Teruja dia lain macam tau. Macam syok sangat tau!! nampak tak teruja aku tu? Huhu

Ni dah masuk 19 minggu, orang kata within 18weeks to 20weeks you will feel the baby movement. Aku macam~~ iye ke? Sebab aku tak rasa lagi tau. Masa memula kandungan dah masuk 18weeks aritu, teruja la sikit sebab ingat dapat rasa baby gerak. Pergi checkup pun, masa nurse scan, dia tanya “haaaa baby gerak tu. Tendang2. Rasa tak?” aku macam blur. Panas hati pun ada gak. Huhu. Nurse tu bukan main excited tapi aku tak rasa pun pape. Sedihh wooo.. =(

Tapi hasil daripada kerajinan aku meng’google’ ni, ada orang minggu ke 21 baru rasa. Okay dah lega sikit kat situ. Dan hasil bertanya dari banyak doctor dan nurse, untuk kandungan pertama memang payah sikit nak rasa movement baby tu. Kita 1st time dan tak pernah rasa gerak2 dalam perut kecuali rasa perut sakit nak berak, memang normal untuk tak rasa pergerakan baby tu walaupun kandungan dah mencecah 18weeks-20weeks tu. Faktor perut tebal pun boleh diambil kira T_T. Okay lah. 

Bertambah lega sikit. Aku menunggu dengan sabar je sekarang. Tiap2 hari bercakap jugak dengan baby walaupun tak rasa dia bergerak lagi dan selalu suruh hubby bercakap dengan baby dan tekap telinga kat perut suruh hubby dengar. Hubby cakap dengar macam air kerkocak bila dia bercakap-cakap tu. Aku assumed baby gerak la tu kan. Hehe tak sabarnya ibu nak rasa anak ibu bergerak.

Untuk minggu ke-19 ni, badan makin bulat tapi tahap kemalasan tu rasany tak menurun lagi kot. Heehe. Sebabnyaaaa.. asal buat keje sikit aku mengah. Aku penat. Mungkin badan bertambah berat kot. Tapi sebab mengah tu la aku jadi macam~~ nak buat keje ke tak nak. Hehehe. Masak tak payah cakap lah. Aku dah lama tak sentuh senduk dengan kuali ni. Kesian la suamiku. Huhu
Perut pun makin besar tapi tak besar sangat. Hari tu gi scan kat klinik swasta pun doc kata perut aku tak besar sangat tapi as long doc cek normal semuanya, aku tak risau apa. Asalkan baby normal dan sehat. Ye tak? No need to worry..

At 20 weeks of pregnancy
Update: 22/4/2014

Last Friday lepas balik dari kerja terus shoot balik Ipoh melawat mak mertuaku. Dah lama tak balik katanya. Weekend pun membusy aje kerjanya. This week nak gi shopping baju baby pulak. Ada warehouse sale dekat Glenmarie. Wajib lah kita terjah ye. Sale kot.

Oh, awal bebeno shoppingnya?? Kekdahnya dah suami kerja jauh kan. Kita kena prepare awal2. Adalah jugak tukang mengangkut barang. Nanti bila hubby dah start kerja mid of May ni tak larat pulak nak menyopping sorang2 kan. Biarlah awal dari tak de langsung. Lagipun hubby balik semula ke sini lepas raya nanti. Aku pun dah agak kesaratan masa tu. Awal tak awal, jom lah kita shopping hujung minggu ni.

Apa dah ke lain tulisnya. Mukaddimah pasal balik Ipoh tapi tetiba merewang ke shopping pulak. Ini lah symptom orang mengandung ye. Huhu.

Ok. masa otw balik Ipoh tu badan rasa sihat walafiat lagi cuma ada rasa selesema sikit. Tup2 sampai je Ipoh badan dah tak selesa. Demam2 panas kat dalam. Mula lah start bersin2, hingus meleleh semua. Heiii.. tak suka betullah balik kampong dalam keadaan tak sihat. Tak dapat feel bercuti di kampong tau. Asyik nak tidur je kejenya.

Badan tak sihat satu hal, lepas tu mula rasa sakit2 bawah perut especially lepas kencing. Dia sakit2 tegang macam tu. Ingatkan baby gerak2 dengan lasaknya. So fikir ok lah. Relax jap.

Bila esoknya start kerja, sakit2 pun still ada. Macam kerap la pulak kan. Risau pulak tetiba rasanya. Tangan pun start gatal mengoogle. Kot2 ada jawapan dari sakit bawah. Jalan punya jalan, jumpa satu website www.drzubaidi.com. Ada tulis masalah2 ibu mengandung ni dah ada juga terjawab persoalan sakit2 dibawah perut itu. Salah satunya kelahiran bayi pra-matang.

Huuuu.. aku dah takut dah. Tepon hubby suruh bawak buku merah. Balik kerja kena shoot terus pergi klinik swasta yang selalu kitorang pergi. Doc tu kata maybe ada kencing kotor. Dia cek lah kencing aku semua. Yes! Memang ada.. patut la sakit2. Doc bagi ubat semua. Harap2 baby tak ada apa2. Eh, aku ada scan jugak baby padahal baru je scan 7/4 hari tu. Hehe. Baby Alhamdulillah ok. makin beso dan makin berat. Dah menghampiri 300g dah. Dah nampak tulang rusuk dia semua. Cuma tak nampak boy ke girl je lagi. Pastu sibuk nak menyopping kannn.. Takpe. Kita shopping kaler2 unisex je semua.

Hubby sekarang tiap2 hari aktif bercakap dengan baby. Aku kurang sikit. Bagi hubby je cakap banyak. Nanti bila hubby dah start kerja, 3 bulan dia tak boleh cakap dengan baby. Kita kasi dia can dulu ye.

Bila hubby start cakap je, dia tekap telinga dia kat perut aku. Dengar baby gerak2 dalam perut. Aku suka tengok. Pastu sibuk tanya dengar apa sebab tak rasa lagi baby gerak walaupun dah 20 minggu tau. Terkilan pun ada tapi takpelah tiba masanya akan rasa jugak. There’s nothing to be worry about. Kita cool saje.

Ok. Dah dulu. Malas dah nak menulis.

Buhbye!!





Wednesday, March 26, 2014

Pregnancy: Best tak bestnya pregnant ni

0


Bismillah

Assalamualaikum

Masa aku dapat anak buah masa umur 13 tahun, aku suka sangat sebab ada baby dekat rumah. Tapi bila baby tu makin besar dan pandai melawan, aku suka gaduh dengan baby tu sampai la sekarang baby tu dah tingkatan 1. Kadang2 terasa gak baby tu merampas takhta sebagai anak manja dalam rumah masa tu sebab mak aku sikit2 bela baby tu.. sikit2 baby..sikit2 baby.. I tak suka tau..

Tapi bila umur makin meningkat, anak buah pun bertambah sorang2 sampai dah 13 orang sekarang ni, naluri keibuan tu semakin la terserlah. Aku jadi suka kalau akak aku ke kak2 ipar aku ke bersalin tiap2 tahun. So, tiap2 tahun ada baby baru. Tapi aku notice, aku suka baby dari baby sampai umur 3 tahun je. Lepas 3 tahun aku mula geram dengan baby tu sebab sombong dan pandai menjawab. Buat I geram sangat2 tauuu!

Memandangkan aku suka baby2 yang baru lahir ni, aku pun macam tak sabar la nak kawen dan dapat baby cepat2. Dari zaman belajar aku canang. Lepas kawen je, aku nak terus dapat baby. Hari ni nikah esoknya aku dah ngandung sehari. Hahaha boleh gitu? Punyalah teruja nak baby.

Bila baby aku umur 3 tahun camne? Of kos la aku suka. Anak aku kot. Giler ke apa tak suka dan sayang anak sendiri. Aku geram dengan anak orang je. Hehe.

Memandangkan aku geram dengan anak2 orang yang macam tu,percaya atau tak aku dah prepare fizikal dan mental kalau2 anak aku pun jadi sombong dan pandai melawan dekat orang lain. Huhu. Tapi kalau anak sendiri buat macam tu patut ke aku rasa dia comel? Hurmm.. Anak sendiri apa buat semua nampak comel ye dak. Takpe kite tengok nanti bila dia dah besar.

Sejak ngandung ni banyak bezanya aku rasa dari aku sebelum mengandung. Ada yang best and ada yang tak best kan.

Yang tak best  tu biasalah bila kesihatan diri tu terjejas sikit. Antibody tak bape kuat sangat. Muntah2. Pening2. Cepat penat dan mengah. Badan tak larat je memanjang. Benda yang biasa berlaku la kan pada ibu2 mengandung ni.

Itu dari segi keadaan badan. Dari segi perangai pun boleh membuatkan orang mengucap dekat aku. Lebih2 lagi laki aku.

Aku malas masak
Malas kemas bilik
Malas basuh baju
Malas bangun pagi
Malas nak drive kete
Makin mengada-ngada tahap mintak sepak terajang
Manja terlampau
Cepat nak marah dan melenting
Tak suka bau busuk
Tak suka bau yang kuat melampau
Dan banyak lagi..

Bab2 bau ni, boleh buat aku melenting. Cepat naik angin kalau ada bau tak menyenangkan menyinggah kat hidung aku ni.

Yang part malas2 tu sebab aku cepat letih dan mengah kan. Pastu badan tak larat sokmo, menjadi-jadilah kemalasan aku. Bila dah sikit2 letih. Sikit2 mengah, terus aku tak lalu nak buat. Hewhewhew. Ngade2 kan.

Tapi yang best bila semua bertabah dengan perangai aku. Yang melenting pun akak aku je sebab tak tahan tengok aku mengada-ngada sangat. Hahahah

Bila manja terlampau ni aku jadi kuat merajuk. Sikit2 nak merajuk dengan hubby aku. Hubby aku je tau. Orang lain aku tak merajuk. Hehehe. Tapi nasib la hubby aku penyabar orangnya. Memang dia sabarrrr je dengan perangai hantu aku ni. Dah la kuat merajuk kan. Nak Tarik perhatian hubby aku. Tu pun dia layan je tapi panas gak hati ni sebab kadang2 ni malas nak pujuk dia terus buat lawak bodoh. I ni pujuk yang romantik2 tapi dia pergi bantai pujuk buat lawak bodoh. Dah tentu lah aku gelak sebab hubby aku buat lawak yang tak bape nak lawak pun aku gelak jugak. Huhuhu

Lepas tu… yang best bila apa yang aku nak makan, nak melantak, semua org tak kesah, semua orang layan.. Sukanya! Kalau macam tu mengandung selalu pun takpe. Hahah! Lebih2 lagi hubby aku. Aku siap buat list nak makan apa dan kat mana. Dia follow jugak. Ikut satu2 list aku ni. Setakat ni 2 dah tertunai. Ada lagi 7 on the way. Hehehe

Program diet aku pun secara otomatik stop! Aku nak rasa semua makanan. Nak bagi anak aku makan puas2. Hehehe. Walaupun aku asyik nak makannn je,  aku taleh nak telan banyak2 tau. Aku cepat kenyang. Kalau makan kat luar, aku amik nasi besar tapak tangan je. Yang lebih aku ratah lauk. Kalau aku amik nasi banyak, for sure aku tak boleh nak rasa nikmat lauk pauk depan mata aku tu. Sedih tauu..

Tapiiii yang paling best bila kau tahu ada nyawa yang tengah kau bawak dalam perut ni walaupun kadang2 kau lupa kau tengah mengandung. Hehhe. Seronok je kan kalau pegi scan tengok ada nyawa gerak2 dalam perut. Allah…tak terkata.

Mintak maaf la sebab entry banyak pasal mengandung je kan. Orang teruja melampau macam ni la. Doakan yang baik2 untuk aku ye.

Tapi pada yang tak ada rezeki lagi tu, jangan lah down ye. Percaya pada Allah. Dia dah menjanjikan benda lain yang lebih baik untuk korang. Korang jangan putus percaya tu tau. Tak baik. Perancangan Allah tu lagi baik daripada perancangan manusia. Ingat tu! Aku boleh bercakap macam ni sebab hidup aku pun ramai jugak dikelilingi oleh pasangan yang Allah tak beri rezeki zuriat pada mereka tapi sebab percaya pada perancangan Allah, Alhamdulillah bahagia ke akhirnya dan hikmah lain dapat kat mereka. Alhamdulillah.

Ok lah. tatatititutu