Thursday, January 24, 2019

Wow!

0



Wow, last wrote was in July last year and from last year I have been posting 4 posts only. Hahah. Sadis. You see, when the laziness is really something in my life currently 😃.

I want to start share balik about what i'm going through in my life right now tapi tu lah. I need extra determination to start back. wish me luck.

So for today, itu je la kot. Hahaha

See you soon!

Wednesday, July 25, 2018

Masalah diri -

0



Sebelum Blog Bebel ni wujud, aku ada satu lagi blog. Not to mention the blog's name, it was a memory. Memory yang kena simpan erat. Dah nama pun memory. Kita jangan pandang belakang dan terus melangkah ke depan.

Kalau dulu panjang betul bebelan dan carutan aku. Membuak-buak idea menulis. Ayat sastera, ayat puitis, ayat membabi buta, ayat tersirat tersingkap semua bukan main lagi bermadah. Sekarang? aku tahu ayat pasar je. Lepas tu malas betul nak menulis sekarang. Adehh

Dulu otak fresh segar lagi sebab tengah menimba ilmu. Sekarang ni, menghadap komputer dengan tatacara kerja yang sama setiap hari, apa segala ayat bermadah helah dulu tu dah terkubur dah weii.. Yang pasti satu je aku nampak kemajuan, kurangnya ayat wechat!

Aku punyalah dok maki bebudak yang pakai ayat wechat ni sekali baru tersedar. Aku dulu pakai ayat macam mana ek? Hahaha! Throwback FB Alhamdulillah macam aku masih terpelihara dari ayat2 wechat ni tapi ayat dan statement yang poyo2 tu biasalah kan. Remajaaaa.. 😇

Sekarang hidup sebagai manusia yang berumur 30 tahun, apa semua kena jaga kalau tak kena kecam. Hahaha! Nanti orang kata tak sedar diri pulak kan. Umur dah masuk 3 series tapi perangai macam budak belasan. Aduuhh.. hakak nak buat macam mana dekkk.. jiwa remaja menebal lagi ni haaaa. Perangai kebudakan tu confirm akan keluar punya. Kadang2 hakak gaduh dengan anak hakak yang berumur 4 tahun tu dekk sebab hakak geram.. Asyik dia je nak menang. Hakak pun nak menang jugak!! Hahahaha! Ko nampak???!!

Aku memang tak sedar diri. Kalau kat kedai ke apa kalau waitress panggil aku hakak aku macam hangin sikit. Mula la scan orang tu atas bawah pastu dalam hati - "eh panggil aku hakak! aku rasa dia lagi tua dari aku kot! Sesuka bijan je panggil aku hakak!"

Kau rasa????!

Aku pun tak faham diri sendiri ni wei.. tolong lah!

Aku rasa kulit muka aku tegang bergetah lagi so tak adalah nampak tua sangat padahallll

aku ni dah la gemuk. lemak spare part siap boleh libas lagi kiri kanan. Muka tak payah cakap lah - mata kedut - gelap - macam orang tak tido 100 tahun. Aku pun tak sanggup nak tengok muka kat cermin. Takut tersumpah kat diri sendiri. Hohoho

Diet??? hakak baru sekali tak nak makan malam laki hakak dah risau siap suruh gak makan. Dia tak tahu ke bini dia ni macam lori simen dah haaaa.. Menangis hakak kat hujung katil.. Sob sob sob.

Akak nak join JK1M tapi anak2 hakak kecil lagi weiii.. Laki akak macam tak restu je akak keluar bila hakak serukan ke dia hakak nak join program ni.

Tapi kalau hakak gi spa dia bagi pulak.

Tak paham la kan..

Eishhh..

K lah. ni masalah sosial diri yang tak berkesudahan. Selagi tak kurus selagi tu lah dok bising.

K lah bye!😞😞

Monday, June 11, 2018

Kenapa la dengan kau ni

0



Apabila kau mengharapkan perhatian daripada orang sekeliling tapi kau tak memberikan benda yang sama dan kau komplen kenapa tak ada sesiapa yang hiraukan kau?

Please.. slap your own face.

Dalam dunia ni tak ada yang menerima je tau. Kau nak terima kau kena bagi la juga. People nowadays not that stupid tau. Kita boleh tengok sape yang kesah sapa yang ambil berat dan sape yang ada insiatif untuk ke depan dan sape yang memberikan perhatian.

Bila kau buat benda yang sama, orang lain akan buat benda yang sama. People give and take.

Tetapi bila orang mula bertanya dan ambil kesah tapi kau masih dengan perangai kebudak- budakan, diam dan merajuk bagai tanpa kesah inisiatif orang tersebut dengan mencuba, ingat orang lain nak heran lagi? Middle Finger.

Lain kali cermin diri sendiri dulu sebelum berkata-kata sebelum menilai.

Mungkin kita rasa kite yang terlebih bagus terlebih baik tapi tengok balik la kenapa benda tu berlaku pada kau dan cuba lihat pada keadaan yang lebih luas.

Dengan kawan-kawan kau boleh berlakon. Dengan family yang kenal kau, yang tahu serba sedikit aib kau, minta maaf laa..

Nasihat aku, cuba-cuba lah berziarah dan bertanya khabar dan bersosial dengan family kau.

Sekian. Kurang pahal di bulan puasa yang mulia ni. *Sigh*

Thursday, June 7, 2018

Ramadhan tiba

0



Alhamdulillah Ramadhan datang lagi.

2 tahun ramadhan tanpa mama. Alhamdulillah getting used. Tahun pertama berpuasa penuh dengan suami. Sebelum ni boleh la ngelat malas sahur atau sekadar meneguk air dan sebiji kurma. Tahun ni setakat 22 ramadhan, Alhamdulillah akak bangun sahur memasak untuk suami dan kakak akak walaupun ada hari yang terlambat bangun, sahur tak pernah miss lagi.

Kalau nak ikut malas, akak memang tak bangun dah tapi akak risau suami akak tak sahur. Kerja dia berat. Banyak di luar kawasan. Berpanas berhujan. Kalau buat kerja dengan perut kosong takut pengsan pulak suami akak tu. So akak gigih la bangun dan masak. Semoga dengan gigih akakk bangun masak pagi2 tu akak dapat lah beroleh keberkatan dan pahala kan. Aminn..

Untuk berbuka pula selalunya kakak akak yang masak. Akak just masak time weekend je. Nasib baik ada kakak akak tu nak tolong masak petang2. Akak selalu bila sampai rumah mesti dah flat. Lagi2 si kecil tu sampai rumah je nak menyusu. Memang akak tak sempat.

Persiapan raya??

Persiapan raya tahun ni ok sikit sebab suami sama-sama dengan akak pergi shopping. Heheh. Untuk anak-anak kita lebihkan. Anak- anak dah dua kan. Meriah sikit la tahun ni untuk family kecil akak ni. Untuk ibu ayah, kita sediakan seadanya. Seadanya pun habis banyak juga duit akak. Hehehe. Yelah, akak beli baju raya setahun sekali je kot.

Tahun ni raya patutnya giliran belah akak tapi disebabkan suami dah lama tak raya sekali dengan family belah dia, akak berkorban la tahun ni beraya sebelah suami. Lagipun, tahun depan kalau akak ikut giliran asal, kakak akak pulak nanti beraya sorang. Dah mama tak ada, abah pulak dah beristeri baru, kesian pulak akak nak biar kakak akak beraya sorang2. Akak pulak yang sedih nanti walaupun raya kedua ketiga lepas tu akak balik kampung suami, at least raya pertama tak ada lah sorang2 kan. Raya pertama tu yang penting pun.

Apa-apa pun, raya tetap tak akan sama bila mama tak ada. Adik beradik ramai pun, raya tetap rasa sunyi. Tiap kali raya mama la yang sibuk nak buat itu ini walaupun mama hanya mengarah je sebab mama tak larat nak berdiri lama. Sakit lutut. Anak-anak dah besar kan, mengarah je lah. hahaha. Rindu mama sangat. Al-Fatihah.

Moga Allah kembalikan rasa kekeluargaan dalam diri kami, di kalangan adik beradik aku. Abah kahwin lain bukan bermakna kita kena berpecah. Kalau tak ada makcik sekarang, sanggup ke anak-anak nak melayan abah? Bawak abah pergi ke sana ke mari? Masing-masing pun ada hal sendiri. Ada kerja sendiri. Kesian abah. Abah pun bukan kuat sangat macam dulu. Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik buat abah. Aminn.

Selamat berpuasa semua!


Friday, April 6, 2018

2018

0



2018 dah menjelma 3 bulan dah deknon. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan bertaubat.

1988 - 2018 -- dah 30 tahun akak hidup. tak sangka dah masuk 30th. Bila dah masuk 3 series ni orang kata dah matang tapi kenapa akak rasa macam tak je ye? huhu.

Tapi pengalaman hidup tu ada lah. Pengurusan hidup pun Alhamdulillah macam teratur sikit.

Macam ok~ nampak sangat tak yakin.

2017 banyak down episod.

2018 tak tahu lagi

Tapi kita terus je la melangkah dan cuba sehabis baik sedaya upaya untuk hidup dan berubah ke arah manusia dan muslim yang terbaik.

Suami akak tak keje kapal dah. So hidup akak tak mewah macam dulu dah. Hahaha

Akak tak apa..asal suami akak tu nak kerja cari rezeki. Laut ke darat ke asalkan bergerak. Jangan dok malas tanpa usaha. Tengok la akak jadi macam Rita Rudaini. Hehehe

30 tahun anak dah 2. Alhamdulillah.

35 nak tutup kilang tapi kalau rezeki Allah masih bagi akak carry on je lah. Takkan akak nak buang pulak ye dak? penat kot main.

Tahun ni dan tahun depan ingat nak cari keje lain yang lebih baik. Akak dah 5 tahun dengan company ni. Masa untuk perubahan! Doakan akak ye.

Ok tu aje lah.

Wassalam.

Wednesday, November 1, 2017

Plan mengandung anak kedua

0



Ermmm actually sebelum aku kahwin lagi aku plan nak anak gap dalam 2 3 tahun sekali. Hahaha gigih tak I sebelum kahwin lagi dah planning? Kikiki

Seriously, dari aku zaman belajar lagi aku selalu cakap, aku nak kahwin dengan lelaki yang tak merokok, kahwin dalam umur 24-25 tahun dan dapat baby cepat. Kahwin je esok dah mengandung. Hahaaha. Kata-kata tu kan satu doa dan Alhamdulillah, suami aku tak merokok, aku kahwin umur 25 tahun, sebulan lepas kahwin aku dah disahkan mengandung dan gap antara anak pertama dan kedua aku 3 tahun. Kita hanya merancang dan Allah lah yang tentukan segalanya. Dia tahu mana yang terbaik.

Lepas melahirkan anak pertama, aku tak ambil apa-apa perancang baik yang makan, suntik atau masuk dalam badan sana sini. Aku memang amalkan natural planning. Alhamdulillah disebabkan period aku kiranya teratur juga dan cycle pun tetap, aku boleh buat la natural planning ni. Bila time subur, memang aku jarak2 sikit la dengan suami aku sebab takut terbabas. Heheh. Suami aku pun jenis kerja jauhkan so memang senang dan berjalan lancar la planning aku.

By the time alya dah 2 tahun, aku rasa aku dah sedia untuk anak kedua dan memang itupun target aku. Tak mahulah gap jauh sangat kan. Lagipun aku target nak dua orang anak sebelum umur 30 tahun. Eh-2 semua kau nak target.. hahaha

Sebelum alya nak cecah dua tahun, bila bersama memang pakai protection. Kalau tak ada protection pun aku kira ikut period cycle. So sepanjang planning tu Alhamdulillah tak terbabas. Aku risau gak kalau terbabas. Suami aku dah la kerja macam tu tak ada kat umah. Macam mana pulak aku nak handle anak2 kecik sorang. Ikut kemampuan la kan. Aku sedar kemampuan aku yang cepat panas ni so untuk kedamaian semua orang baik kita gapkan bebetul. At least alya dah 3 tahun tu dia dah faham arahan sikit2. Boleh la nak diharapkan untuk menolong sikit.

So bila dah bersedia, no protection no apa dah sebelum suami aku naik kerja. Time subur, kita pulun, tup tup bulan depan tu aku dah tak period. Muahaha! Oii dalam hati aku dah gabra.. Aku ni jenis terlalu subur ke apa? Huisshh ni memang kena extra careful. Takut terbabas banyak kali memang macam kilang dah aku. Huhuu.. Di sini kita kena pentingkan quality daripada kuantiti ok. Walaupun orang kata anak itu rezeki which is memang tepat tapi kena berjaga-jaga je lah. Takut anak tak terjaga diri sendiri merana. Kan?

So itulah dia. Alhamdulillah walaupun kita target boy sebab girl dah ada, tapi siapalah kita nak tentukan semua tu. Macam aku kata, kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. Anak kedua perempuan juga pun dah rasa bahagia berganda. Alhamdulillah. Untuk boy, kita proses lagi InsyaAllah bila yang kedua dah 3 tahun.

Biarlah rezeki anak2 melimpah pada keluarga kami. Amiinn..

Aku doakan kawan2 yang lain pun dimurahkan rezeki berlipat kali ganda. aminn..

Abahku Kahwin Lagi

1



Ini mungkin tulisan panjang selain dari pengalaman waktu bersalin.

Lebih kurang 3 bulan mama pergi abahku kahwin lagi.
# Mengejut
# Last minit
# Tanpa perbincangan

Atas 3 sebab di atas tercetusnya konflik dalam keluarga. Terbinalah satu kepincangan yang mana kalau mama tengok mesti mama sedih.

Tanpa perbincangan dengan anak-anak, abah ambil keputusan untuk kahwin lagi. Tanpa sesi taaruf dan tanpa sesi suai kenal dengan bakal pasangan abah. Kalau ikut kaki par aku, itu ego orang tua. Bagi orang tua lebih2 lagi yang bergelar bapa, apa2 keputusan yang diambil tidak perlu disertakan dengan anak-anak. Entahlah.. Dan kata hati aku, akan ada masalah di kemudian hari. Instinct aku tak pernah salah setakat ni. Last2 memang betul. Hahaha!

Jujur aku kata ya, aku tak pernah marah abah kahwin lagi. Knowing abah, yes he would marry back kalau mama tak ada. Abah jenis lelaki yang manja. Semua pakai dan kelengkapan mama yang sediakan. Cuma abah cerewet bab makan. Itu mama malas nak layan. Abah nak makan ikut tekak abah, abah dipersilakan masak. Hahah tapi takpelah memang abah pandai masak pun. So bila mama tak ada, aku pasti 100% abah akan cari someone sebagai pengganti. Baru sebulan mama pergi, abah dah kata sunyi. Aku faham. Abah bertemankan mama lebih 40 tahun. Mama lah tempat abah bercerita dan bersembang. Tiba-tiba hilang kawan untuk bercerita, siapa yang tak terasa kan? Anak-anak nak take over tempat mama? Masing-masing ada keluarga dan hal sendiri. Sanggup nak teman abah 24 jam? Kerat jari tak ada siapa yang sanggup. Heh!

Tapi tindakan abah membelakangi kami sebagai anak-anak, memang buat aku terasa yang amat. Siapa kami pada abah? Bila abah announce abah nak kahwin lagi, dah ada tarikh yang ditetapkan dan belum pun lama mana lagi mama pergi. Tapi itu lah.. ego dan kesunyian orang tua, setakat manalah kami anak-anak nak faham. Daripada situ memang anak-anak mula tunjuk protes. Ada yang tak balik jenguk abah,  ada yang tak kesah tapi bila fikir balik apalah hak kita sebagai anak nak buat abah macam tu?

Kesian abah sekarang. Memang dia dah ada makcik untuk teman abah sekarang dan mungkin anak2 tiri yang boleh bagi abah happy tapi mana nak sama dengan anak2 sendiri? Kadang-kadang aku rasa nak nangis tengok abah walaupun geram dengan tindakan abah. Ia tak akan hilang sekelip mata tapi apalah dayanya orang tua yang berumur 70 tahun lebih nak puaskan hati anak2 yang ramainya dah berkeluarga. Mungkin kita tak Nampak apa yang abah Nampak. Mungkin kita tak fikir apa yang abah fikir. Kita anak je u ollss.. tapi hati orang tua?

Arwah mama memang tiada pengganti. Siapa lah yang boleh menidakkan kebaikan mama, kelembutan mama, keperihatinan mama dan ketegasan mama? Mama yang terbaik pada anak-anak. Mama mertua terbaik pada menantu. Bukan sempurna tapi mencuba sedaya mampu untuk jadi mama yang terbaik. Mungkin ada pincangnya tapi siapalah kita untuk menghakimi. Bila aku dah jadi ibu baru aku dapat rasa. Kita takkan dapat nak puaskan hati semua kehendak anak-anak. Ada yang baik ada yang buruk. Ada yang mampu ada yang tak mampu. Tapi usaha berterusan tu tetap ada dan mama tunjang dan akar pada keluarga kami selama ni. Perginya mama hilangnya seri. Perginya mama hilangnya harmoni. Perginya mama hidup penuh kesunyian. Perginya mama semua membawa diri. Perginya mama pohonnya makin rebah ke bumi.

Mama selalu menjadi rujukan pada institusi kekeluargaan. Selalu jadi kaunselor untuk yang memerlukan rujukan. Mama selalu menjadi idola pada orang luar. Tengok sempurnanya keluarga mama di mata orang luar. Tapi perginya mama kesempurnaan bagaikan tak pernah wujud.
Mama jenis yang beringat. Kesenangan anak-anak kemudian hari, mama banyak menyimpan. Abah pulak jenis boros. Memang padan lah kan. Bila mama pergi, banyak lah harta mama muncul. Harta sepencarian dengan abah pun semua atas nama mama dan disebabkan harta2 ni pun adik beradik aku jadi pentingkan diri dan bermasam muka. Bagi aku baiklah mama dan abah tak payah tinggalkan harta dunia ni pada anak-anak. Biarlah kami usaha atas kaki kami sendiri kalau begini jadinya. Aku tak suka! Terasa dulu aku ada keluarga yang bahagia tapi bila pasal harta je memasing bermasam muka. Apa nak dibuatnya musuh dengan adik beradik sendiri, dengan ipar duai? disebabkan harta?? Huh! tak sangka benda ni terjadi dalam keluarga aku.

Untuk beberapa bulan yang pertama memang aku terasa. Aku berdua dengan kakak aku dan anak2 tinggal di dalam rumah besar tu. Sunyi dia.. Allah.. nak menangis air mata darah sekalipun yang lain tak akan faham. Hujung minggu selalu ada yang balik untuk memeriahkan rumah besar tu tapi sekarang? Hari biasa ke hujung minggu ke rasa tetap sama. Sunyi. Macam duduk dalam gua. Orang lain tak akan faham. Kami yang duduk didalam rumah tu dengan mama dan abah dulu yang terasa sangat. Nampak dasar macam tak ada apa2 tapi cuba korek hati kami dalam2 barulah tahu macam mana keadaannya.

Yang lain hanya meluahkan keperihatinan melalui kata-kata tanpa tindakan yang sewajarnya. Selalu berkata di mulut perkataan kesian tapi balik jenguk pun tidak. Teratak tu boleh dikatakan bukan rumah keluarga lagi. Ianya rumah tinggal! Keperihatinan yang diluahkan semuanya palsu! Semuanya pentingkan diri sendiri. 

Nampak tak masalah family aku sekarang?
 1. Sebab abah kahwin tak menyempat
2.  Sebab harta

Panas dalam hati memang tak kan dilupa tapi kita ada akal untuk berfikir. Memang, tindakan abah salah, percaturan abah pun tak kena masanya tapi sampai bila kita nak buat abah macam tu? Sejak mama pergi boleh dikira dengan jari berapa kali je adik beradik aku balik ke teratak kami. Banglo yang besar tu semacam dah mati. Banyak bilik kosong yang dihuni jin je aku rasa sekarang. Abah balik jarang-jarang sebab kena bergilir dengan rumah makcik. Yelah, makcik pun ada anak kecil lagi. Tapi bila abah balik tu, aku rasa kesian sangat. Apalah daya aku nak layan abah lebih2 sebab terikat dengan anak kecil lagi. Diri sendiri pun aku tak terurus sangat. Kakak aku yang duduk sekali tu pun ikut kata hati dia semata. Mahu dilayan abah, dia layan. Kalau datang anginnya, pertanyaan abah pun dibiar bagai angin lalu. Siapa aku untuk menegur kakak aku yang nak menginjak usia 35 tahun? Aku hanya adik bongsu yang bagaikan tiada hak. Pengalaman hidup aku lagi nipis dari kulit bawang. Tapi aku sebagai ibu ada rasa. Faham dengan perasaan abah bila anak2 buat endah tak endah. Allahu, maafkan adik abah bagi pihak diri sendiri dan adik beradik yang lain.

Abah dah tua. Menghampiri usia 80an lagi. Mama dah tak ada. Doa ibu yang mustajab dah tak ada untuk mengiringi perjalanan hidup tapi redha abah masih ada lagi. Abah je la yang kami ada. Masa abah kita tak tahu bila. Masa kita pun kita tak tahu sampai bila. Aku tak mampu berbakti lebih pada abah tapi matlamat aku biarlah di usia tuanya dia tak berkecil hati lagi dengan aku. Sama macam matlamat aku pada mama dulu. Aku tak dapat nak menjaga di saat akhir mama sebab tengah sarat mengandung. Terima kasih pada kakakku sebab banyak mengorbankan setiap waktu untuk jaga mama. Kalau dia sedar, itulah waktu terbaik untuk anak2 untuk dapat menjaga orang tua. Mesti mama berterima kasih sangat3.

Hari ni, kami terima message dalam family group whatsapps. Abah meluahkan rasa yang aku rasa selama ini dipendam lumat dalam hati. Mungkin kerana rasa bersalah abah biarkan anak2 buat apa yang dirasa perlu pada mereka tapi di hati orang tua? Rasa bersalahnya aku bila akhirnya abah meluahkan kata terkilan dia.

Aku bukan anak yang baik, bukan solehah dan bukan sape2. Ibadat aku pun tunggang langgang. Tapi sejak jadi ibu hati aku cepat terusik bila mama atau abah tidak di santuni dengan betul dan sepatunya walaupun kadang2 aku pun membuat benda yang sama. Huhu manusia. Tapi kita ada iman walaupun sebesar kuman. Abah dan mama dah memberi pendidikan agama yang sepatutnya. Kita ada jiwa dan fikiran untuk kita muhasabah diri supaya beringat untuk tak membuat kesilapan yang sama berulang kali.

Mohon maaf pada kekurangan kata-kata. Saya adik bongsu yang punya hati sensitive.

Bukanlah nak membuka pekung di dada. Supaya ianya menjadi iktibar bersama. Siapa saje yang nak buka aib keluarga? Tapi hati ni tak tertahan. Mahu diluah pada siapa? Adik bongsu ini tak layak untuk menegur. Sendiri sudah besar panjang dan berakal.

Semoga keluarga kita sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t. Adik bongsu ini sayang semuanya. Walaupun tidak di zahir secara lahiriah tapi di lubuk hati ni penuh dengan kerinduan.

Ok nak nangis. Bye


Tuesday, September 12, 2017

12/9/2017 - Tiada ganti

0



Tiada kata yang dapat diucapkan pada rasa kerinduan ini. Allah Allah Allah..

12 September 2017.

It's supposed your 72 years birthday mama. Kalau kitorang nyanyi ramai2 lagu birthday mesti mama senyum lebar je pada anak-anak. Seronok atas peringatan dan perhatian daripada anak-anak sekali dengan cucu-cucu nakal mama join sama, seronok betul mama. Rindu nak nyanyi untuk mama.

Mama, no words can be describe how i miss u. Rindu nak share story dengan mama. Rindu nak meluahkan sesuatu pada mama. Rindu nak bertanya pendapat pada mama. Rindu nak lepak dalam bilik dengan mama. Rindu nak manja2 dengan mama. No words mama.. I miss you a lot.....

Cucu-cucu mama dah besar. Alya dah besar sungguh sampai dah boleh bersembang dengan dia. Kalau mama ada lagi mesti mama geram dengan dia. Hehe. Dia ingat lagi mama. Don't worry.. Macam yang mama minta, adik akan selalu ingatkan dia pada mama walaupun dia tak faham lagi.

Kalau tanya dia mana nenek, mesti dia jawab nenek dalam kubur. Kalau tunjuk gambar mama dia masih lagi ingat mama. Nampak tongkat mama, dia tahu itu mama punya. Barang-barang mama kalau ditunjukkan, dia masih lagi ingat dan tahu itu mama punya. InsyaAllah mama i will try my best untuk sentiasa dia ingat akan nenek dia yang tiada pengganti walaupun dia ada nenek baru sekarang.

How i miss your presence mama..

Al-Fatihah..

Thursday, August 24, 2017

Tragedi bi Bulan Februari: Bibik Baru Lari

0



Susulan dari cerita pasal maid baru  tahun lepas. Hahaha!

Boleh aku nak update balik sekarang? Hahah. Sekian lama dia sesat dalam draft sampai tak jumpa jalan keluar. Hehe.. Dah dah dah.. Jom throwback.

Ini tragedi di bulan Februari 2016 sebenarnya. Tertinggal sebagai darft rupanya dekat post aku tu. So mari lah kita rajinkan diri bercerita. Bulan lepas aku ada bercerita pasal family aku ada ambil maid baru dekat entry ini dengan harapan yang menggunung dia akan kekal lama macam maid2 sebelum ni tapi betullah orang cakap, langit tu tak selalunya cerah. Baru seminggu kerja maid tu lari dari rumah.

Dia tinggal semua baju bajan dia segala yang dalam atau luar. Yang dia bawa just HP dengan charger HP je. Macam benda dah plan dah. Huhuhu sedih aku nokkk..

Sebenarnya dari awal hati aku tak senang. Rasa tak selesa dengan bibik ni. Something fishy gonna happens kononnya. Last2 memang ye pun. Aku penah tanya dia ada 2 HP ke? Dia kata tak ada tapi selang beberapa hari aku nampak dia charge dua HP siap package nampak wallpaper dia dengan lelaki lagi. Itu aku dah tak sedap. Menipu pulak tu. Rasa ke tak selesaaan tu semakin menjadi-jadi. Nasib baik kat rumah ada mak ayah aku dan kebetulan laki aku baru turun kan. So aku tak ada ralat sangat nak tinggalkan Alya dengan dia sebab ada orang lain jugak.

Dia lari tu masa akak aku tengah mandikan Alya. Sebelum dia mandikan Alya tu, dia tengok la bibik tengah menyapu dekat luar rumah sambil kepala terteleng-teleng tengok luar pagar. Kat rumah masa tu semua ada ok. Aku dengan laki aku pulak otw balik rumah.

Sampai tu aku tanya la akak aku mana pergi bibik? Akak aku pun tak tahu sebab dia tengah mandikan Alya. Alya tak nak kat bibik lagi. Yelah baru lagi kan. Ok lah. Mungkin dia pergi ke kedai. Aku tunggu la kat rumah tapi sampai ke malam tak muncul2 si bibik ni. Hurmm so confirm la bibik ni lari. Menangis tak berlagu la aku lepas tu.

Puas aku telefon, aku message langsung tak berangkat dan balas. Telefon masih berdering dan message pun delivered ke tuan empunya badan tapi sampai ke sudah tak ada jawapan.

Pada ejen, aku bagitahu keadaan masa tu. Ejen macam terkejut tapi aku tak tahu la betul2 terkejut atau buat2 terkejut. Aku minta ganti dan kalau tak ada ganti aku minta balik duit aku RM3000 tu tapi maaf lah. Sampai sekarang nan hado! Bermacam-macam alasan yang diberi sampai satu tahap aku bosan. Tak apa lah mungkin bukan rezeki dah. Ada lah mana mana khilaf aku tu sampai jadi macam ni. Tak mampu dah nak cakap pape. Huhu. Husband aku pun redha aje lah.

Start dari bibik lari tu, aku pasrah lah cari pengasuh luar untuk jaga anak aku. Pencarian dalam masa beberapa bulan akhirnya membuahkan hasil. Bulan 6, selamatlah anak aku dalam jagaan orang lain.

Sejak daripada tu sampai lah sekarang ni, aku dah tak ambil bibik dah. Anak-anak aku pun ok dan aku senang hati. Cuma letih la sikit bila balik rumah kerja rumah pulak meniumbun. Ya Ampun! tu cabaran lain. Lain kali kita story mori.

Tuesday, August 22, 2017

Ibu anak dua

0



Cita-cita mahu anak 5 tapi 2 ni pun aku dah rasa restless. Haha! Macam mana lah orang beranak ramai tu boleh jaga seorang diri tanpa bantuan pembantu. I can't brain it. Husband dah surrender rasanya sebab dia ada tanya aku, "ayang nak anak berapa orang"? sambil tengah pegang baju yang dibasuh. Aku cakap nak 5. Muka dia start penyek. Hahaha!

Selalu bila husband balik dari bekerja dan bercuti 2 bulan, memang kebanyakan benda dia yang tolong buat. Aku just uruskan anak-anak je. Daripada basuh baju, basuh botol dan etc. memang kebanyakan dia yang buat. Aku bukan buli husband ya, itu tanggungjawab namanya dan dari situ juga dia boleh tahu susah payah aku dengan anak-anak masa dia tak ada. Kalau dia tak hargai juga aku yang jaga anak-anak dia tanpa dia, itu memang cari nahas.

Masa husband tak ada, kakak aku ada tolong sikit2 tapi aku tak boleh minta tolong sangat macam aku boleh minta tolong dengan husband. Dia tolong tengokkan kejap masa aku siap2kan barang-barang anak-anak aku pun dah cukup bagus. Tambahan lagi anak sulung aku sangat lah manja budaknya. Semua nak ibu padahal ada je benda dia boleh buat sendiri tapi nak juga ibu melayan dia. Ini kes cemburu dengan adik la sebab adik asyik dengan ibu je.

Nak diterangkan dekat budak umur 3 tahun keadaan sekarang ni manalah dia nak faham. Keadaan yang adiknya perlukan lebih sikit perhatian sebab masih kecil. Aku cakap beratus kali pun mana dia nak faham sangat. Cernanya sekejap je lepas tu mana dia kesah dah adik dia kecik ke tak, yang dia tahu dia nak ibu. Aduhai.

Ini baru anak dua kisahnya. Aku memang tak ada masa sebab si adik tak mahu letak. Dah biasa dimanjakan oleh pengasuh dan orang lain. Lepas tu kerjanya asyik nak melekap dengan ibu sampai overfeed. Macam mana ibu nak buat kerja? Nak buat kerja kenalah dukung dia tapi dia dah makin berat kesahnyaaa.. Huhu.

Walaupun segarang mana ibu ni, memang ibu lah yang akan dicari dulu. Walau selembut mana pun ayahnya, ibu yang garang ni juga dicari dulu. Itulah kuasa ibu namanya. Hehehe

I will just enjoy this moment. Bila rasa nak mengamuk aku start basuh pemikiran aku.

Anak bukan selamanya kecil. Mereka makin membesar dan makin kurang memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Just enjoy the moment walaupun badan longlai giler. Banyak mana sangat la masa kau dengan anak-anak. balik kerja pun dah maghrib. Anak tidur pun awal. So enjoy sementara anak-anak perlukan ibu bapa sekarang ni.

Kesabaran aku melayan anak-anak, ermm aku lihat makin tinggi. Hahaha!

Bertegas itu biasa dengan suara sedikit ditinggikan dan di keraskan kalau anak-anak terleka sampai tak dengar cakap. Marah itu ada tapi mengamuk itu dah kurang sikit.

Aku nak jadi yang rapat dengan anak-anak. Aku nak jadi ibu yang anak-anak sentiasa perlukan aku walau sebesar mana mereka. Aku nak jadi ibu yang dirindui selalu.

Doakan aku. Dengan cabaran anak-anak sekarang dengan masalah sosial, masalah media sosial dan segala jenis masalah yang buat aku pening, aku harap anak-anak aku dilindungi. Apa-apa pun biar keluarga yang jadi rujukan. InsyaAllah.

Ibu anak dua yang bercita-cita nak jadi ibu anak lima jika dizinkan Allah. 😁


Wednesday, July 12, 2017

Pengalaman bersalin anak kedua

0



Sebelum aku lupa, baik up cepat cepat. ini pun ada yang dah lupa lupa ni. Huhu.

Kita cerita kronologi la ye.

17/4/2017
Checkup dengan Dr. Ras di KPJ Kajang. Yes, Dr yang sama aku beranakkan Alya.
Masa ni aku dah 39 weeks 1day. Tak ada tanda2 sakit langsung. Contraction memain tu biasa. Itu awal lagi dah rasa tapi setakat itu saja lah. Yang serius punya tak ada.

Due aku sepatutnya 23/4/2017. Masa checkup ni, dr. siap seluk bawah lagi dan pasangkan CTG dekat aku untuk cek jantung baby sebab aku kata mild contraction tu ada dan perut kerap mengeras waktu ni. Dr. cek, bukaan baru 1.5cm. Actually, last checkup pun kena seluk dan bukaan 1.5cm. So, 2nd time kena seluk tu tak ada progress pun bukaan. Balik aje la lepas tu. Masa ni Dr. cakap, kalau tak beranakkan jugak minggu ni, kita admit dan induce. OMG! 😭

18-24/4/2017
Dr. bagi aku cuti seminggu. Macam2 aku buat dari hasil google cara untuk cepatkan bukaan dan cepatkan beranak tapi sepanjang minggu ni memang tak ada tanda2 langsung. So, tarikh overdue aku tu, aku preparekan diri untuk di inducekan pada 25/4/2017 nanti.

Nak kata date period salah, aku dah cukup kira dah masa tu. Agaknya baby seronok sangat duduk dalam perut ni.

25/4/2017
Masa untuk menyerah diri. Pagi aku dah datang jumpa Dr. Ras. Seluk bawah still sama macam last checkup. Teruslah kita naik labour room. Labour room kat KPJ ni satu2 tau. Sebab tu suami boleh teman duduk sekali sepanjang kita dalam labour room. I kan manja. Nak suami 24 jam je depan mata time sakit nak beranak ni. Lagi pun biar dia tengok macam mana kita bertarung nyawa nak bagi dia zuriat.

 Induce yang pertama masuk melalui bawah. Pukul 11 lebih macam tu rasanya masa masuk tu. Dari awal masuk sampai lah pagi esok harinya 26/4/2017 tu, aku tak ada rasa sakit yang kuat pun. Bukaan pun sangat slow progressnya. Seingat aku sampai malam tu bukaan baru 3cm.

26/4/2017
Awal pagi nak dekat subuh, bukaan baru 3cm jugak lagi. Nurse call Dr. Ras bagitahu progression slow tapi Alhamdulillah baby masih ok walaupun ketuban dan pecah. Dr. Ras suruh bagi induce ikut drip pulak.

Dari hasil bacaan aku, melalui drip ni la yang paling sakit. Walaupun aku kononnya dah prepare dari awal, hakikatnya aku tetap takut dengan rasa sakit tu. Pukul 8-9am macam tu, drip dipasang, tak lama lepas tu aku dah rasa contraction sikit2. Bukaan baru 4-5cm aku dah rasa sakit sangat, Alhamdulillah ada progress kalau tak aku rasa dah kena tolak dewan operation dah. Huhu tapi itulah, contraction diaaaa lagi sakit masa Alya dulu. Huhu.

Dr. assume petang pukul 4-5pm dah boleh beranak. Dalam pukul 10-11am aku dah tak tahan dah. Last2 surrender mintak epidural. Hapuslah sudah prinsip no epidural sewaktu beranak ni. Huhu. Laki aku pun dok nyanyi2 suruh amik. Agaknya tak sanggup kena tarik kolar lagi kot. Hehe.

11-12pm Dr. Epidural buat keje dia masukkan wayar drip tu kat belakang aku.

Pukul 3pm aku dah beranak!

Cehh.. kalau aku tahan sikit tu...

Menyesal pun tak ada guna. Dah selamat bersalin pun.

Time meneran ni yang best. Masa Alya, time meneran tu ambil masa 10minit jugak. Yang kedua ni, Dua kali teran je baby dah poop! keluar. Masa ni laki aku bagitahu baby melompat bila keluar. Lama sangat duduk dalam perut, bila time keluar tu yang tak sabar2. Dr. nurse semua terkejut. Konon keluar sikit2 tapi lain pulak jadinya. Hehe. Nasib la. Asalkan selamat. Alhamdulillah.

Kali ni 1st time bonding dgn baby lama dan terasa sikit sebab tak bape penat. Heheh. Masa Alya, aku memang tak larat. Tak ingat pun bonding time tu. Sian kan. Huhu. dan jahit kali ni, sikit saje.. Alhamdulillah.

Lahirnya mujahidah pada 26/4/2017 pada jam 2.58pm dengan berat 2.79kg.
Fresh from the oven

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini kronologi kelam kelibut namanya sebab nak cepat habis. Eishh makin malas dah nak menulis sekarang..

*****
26/2/2017, mama pergi

26/4/2017 Safya lahir.

Janji Allah. Dia bawa pergi satu nyawa yang sangat bernilai, dia bagi satu nyawa yang bernilai juga. Seriously, aku sangkakan mama aku sempat jumpa anak kedua aku ni tapi dah takdirnya tertulis begitu. Tak ada siapa pun yang dapat menghalang. Harapan dan rancangan kita yang buat tapi yang tentukan ianya berlaku adalah Allah s.w.t. Agaknya sebab tu baby tak keluar kot. Nak sama date dengan arwah nenek dia. 😁

Untuk yang baby kedua ni en.suami dan aku mengharapkan lelaki lebih2 lagi suami aku, aku? tak dapat lelaki pun tak apa. Panjang umur kita proses lagi. Hehehehe. 

Scan yang pertama untuk tengok jantina masa tu 20minggu kot ke kurang lagi dari 20minggu, tak nampak sebab kaki dok ngepit. Masa tu scan dekat klinik biasa. Lepas2 tu aku scan biasa je. Tak minta doctor dah nak tengok jantina. Harapan aku anak sihat sudah. 

Yang finalnya tahu perempuan masa aku dah start follow up dekat KPJ Kajang. Pengalaman pertama dengan Dr. Rasliza dekat KPJ Kajang aku puas hati, so untuk 2nd time kita repeat doctor yang sama walaupun harga untuk beranak naik RM1000. Menangis lah di bucu katil kejap tapi untuk keselesaan kita teruskan mana yang puas hati supaya tak ada rasa kecewa di kemudian hari.

Masa cek dengan Dr. Ras tu, aku minta tengok gender, tup2 kejap je Dr. Ras sebut haaa ni dia gegirl. Hahah.. ok la takpelah gegirl. Jimat duit nak beli baju bagai. Barang2 kakak dia banyak lagi boleh recycle lebih lebih laju baju bajan yang berlambak tu. Total lost beli barang baby kedua ni adalah dalam seribu. Ini aku kira sekali dengan buaian, side bed dengan segala barang nak hantar rumah pengasuh jugak. Heheh. Kalau harga barang2 tak naik aku rasa, tak sampai seribu pun aku boleh dapat untuk semua barang2 yang aku beli tu. Hurmm..

Habis sudahlah pengalaman bersalin ni walaupun tak 100% aku cerita sebab banyak lupa! Haha! tapi mana yang penting tu aku letak. At leastnya kalau aku lupa aku pernah amik epi ke tak, sini aku boleh refer. Hehehe. 

Alhamdulillah untuk kesempatan atas semua nikmat ni. Walaupun banyak khilafnya, Allah masih beri yang terbaik. Semoga Allah kuatkan hati ini untuk terus mencari sinarnya, untuk terus menuju ke arah kebaikan.

*****

Untuk isteri2 yang masih belum berkesempatan untuk menimang cahaya mata, jangan terus berputus asa. Sentiasa percaya pada Allah yang mana apa sahaj yang terjadi, ada hikmahnya yang lainnya Allah nak tunjuk. Banyak bukti depan mata aku, pasangan yang tidak ada cahaya mata sampai ke tua tapi masih elok bersama siap masih romantik lagi tau. Mungkin kepercayaan pada Allah tu maha kuat. Apa pun, teruskan berdoa, teruskan berusaha.

Cuma ingat je..yang ada anak ni pun satu ujian jugak. Kalau tak betul galasnya, lagi teruk balasannya. Huhu. Sama2 kita berdoa sentiasa berada dalam kebaikan. Amin..



Ini masa admite hospital sebab jaundice

Now @ 2 months old

Kakak dan adik 



Tuesday, July 11, 2017

A sweet comeback

0



Wow, its been a while since my last post.

Too much to tell.. Too much to story.. tapi yang pasti semua dah lain as my previous entry wrote, mama has passed away and everything change.

Nanti aku start cerita satu persatu. From the birth of my 2nd daughter until our sorrow Syawal this year. Stay tune kalau nak bacalah. Hehe

As for now, babai dulu k.

Thursday, March 2, 2017

Hilangnya doa seorang ibu..

0



12/9/1946 - 26/2/2017

Al-Fatihah untuk mama tercinta. Damailah mama di sana. Berehat lah setelah setahun mama bertahan untuk sakit mama. Tiada kata yang dapat digambarkan betapa rasa kehilangannya kami tapi Allah lebih sayangkan mama. Maafkan kami anak2 sekiranya sepanjang penjagaan kami, mama ada terguris rasa dan hati. Bukan lah niat kami. Kami cuma nak mama kuat untuk melawan sakit mama supaya kita dapat bersama lama lagi tapi dah takdirnya tertulis begitu. Hilangnya doa seorang ibu. Hilangnya 1 barakah dalam hidup kami. Atas doa2 mama lah selama ini kami dapat menjadi seorang manusia. Atas doa2 mama lah kami tak terjerumus pada perkara2 yang tak sihat dan atas doa2 mama lah kami bahagia dengan hidup kami bersama keluarga kami.

Rindu yang tak dapat diucap. Tak dapat nak move on lagi. Dengan orang lain gelak ketawa bagaikan perkara biasa tapi hakikatnya hati ini, Allah je yang tahu. Tak kuat lagi adik nak duduk bilik mama lama2 sebab barang2 mama banyak tak kemas lagi. Barang2 makeup mama, baju2 mama, buku2 mama semua tak beralih lagi. Tak ada lagi kekuatan kami nak kemas barang2 mama. Tak kuat juga adik nak tengok gambar2 mama. Pasti air mata ni laju je turun tak nak berhenti.

Mama yang tegas tapi lembut hatinya. Tak boleh langsung tengok orang dalam kesusahan walaupun poket mama makin kering, tak sudah2 berusaha cari dana untuk bantu orang susah.

Mama yang sentiasa pegang Al-Quran bila ada masa kelapangan. Khatam dah berapa banyak kali dah. Selalu ingatkan anak2 untuk sentiasa baca Al-Quran.

Mama yang sentiasa lembut dan rindu cucu2nya. Pantang kena bodek dengan cucu.. Layulah hati seorang nenek. Hehehe ini comel.

Mama yang terlalu banyak kebaikan.

Mama yang terlalu risaukan anak2nya. Lepas ni mama tak payah risau lagi dah. Kami InsyaAllah ok.

Mama... adik rindu.. bukan adik tak redha.. adik cuma rindu.. Setiap masa rindu. Rindu sangat..


Wednesday, February 1, 2017

Bebelan yang tiada penghujung

0



Kau pernah rasa tak bila kau nak tolong dan nak buat tapi kau tak dapat nak buat semua tu dan kau rasa marah sangat3??! Pernah tak? Rasa kecewa dengan diri sendiri. Pernah?

Itu apa aku rasa sejak mama sakit ni. Aku tahu keadaan aku yang semakin sarat ni tapi ermm entah la, tak dapat nak get rid perasaan tu. Entry lepas bukan main semangat lagi konon nak fikir diri sendiri dengan keadaan mengandung sekarang tapi emosi ni hishh entah la nak cakap macam mana.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Last week SIL ada message cakap sorry sebab tak pernah tanya keadaan aku. Dengan pregnantnya, suami tak ada dan mama pulak sakit. Then aku cakap tak apa. Dah biasa pun tak ada siapa ambil kisah. Honestly, aku dah biasa lone ranger. Dulu pernah la juga tagih perhatian like bila nak keluar ajak orang teman etc.2 tapi bila aku built up diri sendiri dengan mind set nobody cares you especially siblings, aku hidup secara independent unless bila something tu memang aku perlukan bantuan dari orang lain, then, time tu baru aku minta tolong. Selagi aku boleh dan mampu pergi dan buat sendiri, i'll do it by myself. Itu apa yang aku fikir dan buat sebelum kahwin dan bila dah kahwin, dapat pula suami yang kerja di lautan sana tu, aku jadi tak ralat sangat maybe sebab dah biasa. Even ada anak sekarang pun benda tetap sama.

Nak jalan sorang2? Pergi je la jalan.

Nak makan sorang2 dekat kedai? Makan aje la.

Nak shopping sorang2? Silakan, lagi heaven.

Orang nak staring? Biarlah itu mata dia. Nak kesian sebab sorang2? Apa je yang dia tahu pasal hidup kita?

Sometimes jalan sorang2 ni lagi best. Pergi je mana kita nak pergi tak payah tanya dan tunggu orang. Aku paling benci waiting. Hehehe. Jenis tak sabar nak menunggu orang nanti aku baran.

Rasa sunyi.. Sape yang tak pernah rasa sunyi? Hahaha.. Aku pernah nangis banyak kali kot sebab rasa diri ni sorang2 tapi what to do. Face it la! Kekadang tu biasa lah mainan emosi. Fikir yang bukan2 apa semua tapi what to do? You can say I'm the most emotional woman here. I don't care because I admit that I am. Dengan umur aku 29 tahun sekarang ni, I don't care anymore apa yang orang cakap dan fikir. I have kid to take care and coming soon kids. Nak fikir orang sekarang bukannya aku untung pape.

Kadang2 bila suami balik pun, aku banyak gaduh dengan dia. Suami jenis nak melekat je. Pergi mana2 nak berdua. Kekadang aku rimas! Hahaha. Tu la padahnya bila dah biasa sorang2. Dengan anak aku sekarang ni pun yang sikit2 ibu sikit2 ibu ni pun kekadang buat aku baran. Aku dah biasa sorang2 pastu dapat suami dan anak jenis melekat, pastu dah tak ada masa nak sorang2, layan blues sorang2, siapa yang tak baran? Hahah tapi aku bukan lah nak dorang yang aku sayang ni pergi dari hidup aku. Honestly, even dah almost 4 years kahwin dan almost 3 years jadi ibu, aku still dalam proses nak biasakan diri hidup berteman. Hahah. Dengan anak aku sekarang aku ajak berteman. Teman la ibu pergi mana2. Dah jadi ibu kan, aku kena la biasakan diri juga dengan keadaan yang beranak pinak ni. Huhu.

Agaknya Allah dengar kot luahan hati aku yang sentiasa sunyi ni sebab tu Allah kurniakan insan2 yang sentiasa ingin melekat. Hahaha TQ Allah.

Dulu aku cepat sentap kalau pape hal dalam family, banyak yang tak update kat aku. Bila dah mind set bertukar dulu2 juga, aku jadi 'nak bagitahu, bagitahu, tak nak sudah'. Hehehe. Aku malas dah nak hegeh2 bertanya melainkan keadaan tu patut dan wajib untuk aku bertanya. Nampak macam selfish kan tapi lantak la. Sape suruh dari awal pinggirkan aku. Hahaha. Aku tukar mind set ni masa baru nak up. Ego tengah tinggi melangit, perasaan dan emosi yang kurang kawalan. So, bila dah sebati dengan diri tu, agak payah nak tukar mind set tu especially bila aku rasa 'lebih baik begitu'. Hehehe.

Ok la cukup la sesi luahan hari ni. Patut panjang lagi tapi banyak kerja pulak. So adiosa!

Thursday, January 12, 2017

Sembang Cerita

0



Kau tahu, punya berzaman aku punya header tu baru aku perasan aku salah eja. Mana pegi S aku dalam word describes tu ya? Huhuhu. Ok lantak kan di situ. Ingat aku rajin nak mengedit balik sekarang? Memang tak la ye. Nak update pun sempot~

Aku rasa memang aku akan update sebulan sekali je kot. ahaks! Bagus la ye. Bulan 8 1 entry, bulan 9 aku lupa kot. Bulan 10 1 entry, bulan 11 eh3 lupa lagi kot. Hahaha. Asal terok sangat tah. Start aku mengandung ritu la ni penyakit malas nak update tu 'Nauzubillah' sikit. Maaf la ye.

So apa nak cerita hari ni?  Kita mulakan dengan pregnancy la ye.

Alhamdulillah kandungan dah 25 minggu i.e 6 bulan kot kan? Aku tak reti sangat kira2 ni. Meloya muntah apa semua dah tak ada lah. Alhamdulillah tapi aku still tak boleh nk gosok lidah bila time gosok gigi tu. Mulalah teruwek uwek jugak. So bape bulan kiranya tak gosok lidah ni. Bau mulut sendiri pun aku tak tahan sekarang. Anak dara aku yang dah pandai cakap tu pun selalu tak nak aku peluk cium dia sebab dia kata ibu busuk. Huhhuhu.. sadis rasa diri.

Itu satu hal lah. Ermm..malas aku dah kurang dah tapi sebab sakit pinggang dan cepat penat, aku still tak buat kerja iye2 sangat. Memasak lagi aku out. Dah lama kot tak masak. Ada masak untuk bagi anak aku makan je. Diri sendiri? apa yang ada je aku makan. Nafsu makan kali ni tak sekuat nafsu makan masa pregnant kan alya. Kali ni macam terkawal sikit. Tak adalah sikit2 lapar sikit2 nak mengunyah tapi berat tetap maintain naik banyak ok. Stress aku. Huhuh. Disebabkan aku yang overweight ni, setiap 2 hari kena cek BP and pregnant kali ni kena minum air gula 2 kali!. Masa alya sekali saje tau. Adehhh..

Mencabar sikit la pregnant kali ni. Disebabkan laki aku dah naik keje awal bulan 1 aritu, aku makin cepat letih dan kuat marah sikit. Badan letih kan, mood mesti ke laut je. Sian alya tapi slow2 aku control la. Takkan setiap masa dia nak kena marah je. Aku pun selalu slow talk dengan dia. Alya kene dengar cakap ibu tau, kena baik2. Ibu tak larat. Ibu tak suka nak marah2. Alya suka ke ibu marah2? haaa.. pandai pulak dia geleng kepala. So dari situ dia mendengar kata sikit dan tak buli ibu sangat . Hehehe. I love my daugther.  Sakit pinggang pulak tak payah nak cite. Nak menangis rasa. Huhu. Kalau ada en.suami boleh jugak release pain tu dengan mintak tlg dia urut. Ini dia tak ada tertahan tahan la kau seorang diri. Hurmm.. rindu laki ku. Tu la bila dekat gado2. dah jauh baru terasa. Hehehe Dasar isteri tak tahu untung. I love my husband.. gituuu..

Apa lagi mencabar? Ermm Mama aku masuk hospital. Aku tak tahu pernah cerita tak dalam ni. Mama ada breast cancer sebelum ni lama dulu masa aku sekolah lagi. Dah treated tapi tahun 2016 yang lepas cancer tu datang balik dan serang bahagian badan mama yang lain i.e tulang. Kalau dulu mama buat kimo dan time tu badan mama still kuat lagi nak melawan tapi sekarang ni mama just ambil ubat je. Badan mama tak kuat dah nak buat kimo. Mama makin lemah la dengan tak lalu makan, badan tak larat aje. Makan muntah makan muntah. So, sabtu lepas mama masuk hospital sebab condition mama makin teruk.

Time mama sakit mesti masa aku tengah mengandung. Sebelum ni pun mama tak boleh nak jalan. Kenapa tah dengan kaki mama. Pijak lantai je sakit tapi masa tu badan mama sehat lagi cuma tak boleh jalan je la. Nak kemana-mana kena naik kerusi roda. Time tu aku tengah ngandungkan alya. So memang tak larat la nak kendong atau papah mama. Nasib baik ada akak aku yg x keja time tu. Dia lah yang jaga mama. Kali ni pun keadaan mama terok masa aku tengah ngndong jugak. Pun aku tak dapat nak jaga mama sangat. Nak kendong atau papah mama pun tak dapat sebab condition aku ni. I is sad tau. Boleh layan mama gitu2 je la. Nak buat lebih2 tak mampu. Ada sekali tu akak aku keluar. Aku la yang jaga mama. Masa tu perut tak besar lagi. Boleh la konon dengan yakinnya untuk jaga mama. Dengan alya yang sikit2 ibu sikit2 ibu tu, aku cuba la kan. Sekali kauu.. 2 hari badan aku sakit. Sakit yang sakit sangat tau. Dari pinggang, punggung sampai ke kaki. Huwaaa! nak nangis. tapi aku tak tunjuk sangat yang aku sakit. Tahan sorg2 je. Aku tak nak layan sangat sebab ada anak sorang tu nak dibagi perhatian jugak kan. So telan aje la panadol dan time malam tu aku gunakan sebaiknya untuk dapat tidur dan rehat yang cukup.

Start dari time tu aku tahu aku tak boleh paksa badan. Mama takpe, biar adik beradik yang lain jaga. Anak aku, kalau aku sakit, sape nak jaga? Aku bawak nyawa jugak dalam perut ni. Kalau ada pape macam mana? Terkilan la jugak sebab tak dapat nak jaga mama lebih2 tapi aku kena fikir mendalam juga. Kan?

Papepun, tolong doakan mama sehat sepenuhnya ye sape2 yang baca ni. Doakan untuk kami sekeluarga ye. Doa anda InsyaAllah mungkin antara doa2 yang termakbul oleh Allah. Kita tak tahu kan. Terima kasih banyak2.

Ok lah. Dah tak lalu nak taip dah. Harini berkesempatan sikit nak menulis sebab hari ni aku half day dan kebetulan pagi ni tak banyak sangat keje.

InsyaAllah jumpa lagi kita next entry nanti ye. Bye!

Monday, December 5, 2016

Pregnancy: 2nd: 2nd trimester 20 weeks 2 days

0



Alhamdulillah.

2nd journey for pregnancy is begin. Macam last post aku sebelum ni, yang 2nd ni lain bebeno rasanya dari segi morning sickness semua tu tapi Alhamdulillah getting better cuma tak larat tu memang kuat la.

Semalam tend tu buat scan untuk 20 weeks ni. Baby tak duduk diam. Lain bebeno macam kakak dia tapi bila kakak dia keluar, dia lah paling champion. Lasak tak yah cite. Hehehe. Nak tengok gender jugak semalam. Kot2 la nampak kan tapi tak bernasib baik. Baby kepit. Huhu. Doc kata datang balik 24 weeks nanti scan gender.

16 weeks dah rasa gerak2 dalam perut ibu. Sekarang ni lagi kuat rasa gerak dia. Harap jangan melasak sangat lah bila dah keluar nanti pening kepala ibu nak jaga sorang2 time ayah keje. huhuu. tapi pape pun, Alhamdulillah moga membesar dengan sihat ye anak.

Walaupun ibu macam tak take care sangat macam sebelum ni sebab kakak dia sangatlah clingy mengada terlebih lebih manja teramat sangat, tapi ibu try my best to give the best. In Sha Allah.

Ok. ada mood lagi nanti kite story morry ye.

Monday, October 24, 2016

Pregnancy dan Alya

0



Ketemu jua mood untuk menulis tapi ni pun tak pasti panjang ke pendek atau boleh settlekan untuk arini ataupun bersambung ke hari2 esoknya. Huhuhu..

So, ada beberapa announcement ni. Ecehh..macam kesah plak. Hahah tapi takpelah sebagai kenang-kenangan dalam blog je.

Firstly, Alhamdulillah aku tengah pregnant anak kedua. Dah 3 bulan dah. Pls doakan aku dan kandungan sihat sampai melahirkan. Orang kata pengalaman melahirkan anak ni berbeza-bezakan. Harap yang kedua ni dipermudahkan lah. Amin..

Aku tulis all in one post la ye. Ni nak selit sekali pengalaman setakat 3 bulan mengandung ni. Betul la orang kata pengalaman mengandung setiap anak tu berbeza. Masa anak pertama dulu aku memang tak ada morning sickness. Ada sekali je muntah teruk berturut-turut 3 hari sebab aku minum teh tarik pastu just loya biasa dan pening kepala. Tapi untuk kali ni memang masyuk la. Muntah+loya+sakit kepala. Package semua cantikkk je. Huhu. Tambah lagi pemalas ya amat. Lain dari yang first kan, ada la termerungut sikit tapi tak ada niat pun. Huhu. Aku happy je mengandung second ni tapi biasalah mood bila mengandung ni, semedang moody. Semedang semua benda tak kena. Teruk tak tahu nak cakap macam mana. Well, ada jugak orang mempertikaikan perangai malas dan moody aku ni tapi.. susah nak cakap. Itu bukan aku. Aku memang pemalas tapi bukan pemalas tahap mega punya. Aku yang biasa sangat rimas dan sakit mata tengok keadaan rumah yang tak terurus. Semalas malas aku at least seminggu sekali time weekend aku akan buat major cleaning tapi time mengandung ni, ko bayangkan dah 3 bulan aku tak tak buat cleaning. Sakit mata tetap sakit tapi perasaan malas tu lagi kuat. Aku cuba lawan. Pleaseee la tolong faham bila hormon malas mengandung tu menguasai diri. Aku tak boleh lawan. Orang tengok dan mengata cakap aku mengada-ngada tapi woii! lepak baring2 lagi best kot. Tak boleh nak explain lah. Lantak la org nk cakap pape. Tunggu nanti dia mengandung and dia jadi pemalas mcm aku, memang aku tembak dia balik. siyes!

Laki aku pun kesian. Dia baru balik 2 minggu. Sekali je aku pernah masakkan untuk dia itupun kuey teow goreng je. Siankan? Bilik pun aku tak kemas. Macam mana anak sepahkan macam tu jugak lah aku biarkan. Aku kemas sikit2 je sebab takut jalan terpijak nanti sakit kaki. Huhuhu. Abang, ayang mintak maaf. Harap2 la kemalasan ni tak berpanjangan dan harap2 la aku punya keloyaan kemualan dan kepeningan ni tak berpanjangan jugak. Penat wehh..ingat sakit ni diminta-minta ke? Ingat aku senang hati nak buat2 sakit? Penat tau nak menahan sakit. Penat tau rasa tak terdaya. Kesian kat anak aku sebab asyik kena marah je. Yelah, bila dah sakit kepala anak pulak buat perangai kau ingat kesabaran tinggi? Nak menahan sakit lagi nak melayan perangai anak lagi. Penat tau marah2.
Masa mengandung anak sulung pun aku pening2 gak tapi aku tak malas. Tak larat je kekadang sebab penat+mengah tapi aku still gagah lagi nak kemas bilik dan rumah siap boleh sental bilik air lagi dengan keadaan perut makin besar tu. Relax je. Allah hai, moga Allah ampunkan dosa aku yang banyak merungut ni. Bukan sebab apa, rasa macam tak berguna kekadang. Rasa macam buat ramai orang sakit hati and rasa macam dah susahkan semua orang lagi2 laki aku. Aku cuma harap satu je. Harap laki aku paham. Harap dia kenal aku yang sebelum ni dan paham keadaan aku yang sekarang ni dan jangan dia terasa hati dengan aku. :(

Sekarang ni muntah2 tu dah slow down. Alhamdulillah. Malas dan sakit kepala je kuat lagi. Loya pun kalau tak kena makanan dengan tekak memang meminta la rasa loya tapi Alhamdulillah tak teruk sangat macam memula. Sakit kepala aku ni entah la apesal teruk sangat. Ada sampai satu tahap aku tak boleh angkat kepala. Dia punya merengat tu macam orang hantukkan kepala aku kat dinding dengan sangat kuat! Aku sedih gak kekadang sebab orang macam tak paham. Macam fikir aku buat2 sakit tu. Aku kalau boleh tak nak layan sangat sakit tu so aku akan buat macan biasa dengan harapan sakit kepala tu tak kuat sangat tapi tak boleh! Nak menangis rasa. Mama sakit sekarang pun aku dah lama tak urut sebab tak larat. Minggu lepas je sempat melayan selera mama nak sup sayur sebab sebelum ni, sebelum akak aku yg dah kawen tak duduk sekali, aku yang masak segala bagai untuk mama makan tgh hari sebelum pegi keje. Mama agak suka dengan masakan aku tapi bila start mengandung ni aku memang tak masak langsung akak aku je masak tapi mama tak berkenan sangat sebab akak aku masak pedas sangat. Mama tak suka. Allah hai, rasa bersalah sangat. Harap diberi kekuatan untuk masak balik. Serius aku teringin nak melayan balik tekak laki dan mama aku.

Ok la enough cerita pasal pregnancy symptom ni. Meh nak cite pasal anak aku pulak.

Alhamdulillah Alya si me bulat tu dah 2 tahun pada 1/9 hari tu. So sekarang dia dah 2 tahun 1 bulan la kiranya. Aku nak share perkembangan dia sahaja ni at the same time nak cerita bangganya aku sebagai ibu.

Serius cakap, aku ibu yang garang dan sedaya upaya aku nak yang terbaik untuk anak aku. Garang aku bukan la sesuka hati nak garang cuma sekarang je la dengan keadaan berbadan dua ni aku banyak 'ter'marah dia sikit. Garang aku, aku nak mengajar dia dengar dan faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh dan akibatnya. Aku sedang belajar dan belajar dan takkan berhenti belajar sampai anak aku dah pandai berfikir sendiri dan mengatur hidup sendiri. In Sha Allah. Aku cuba dan dirikan prinsip memanjakan anak pada tempatnya dan bukan membabi buta dan apa juga perkembangan minda dia sekarang bukan dipaksa-paksa.

Dari segi pembelajaran, target awal aku, nak alya tahu dan kenal no dan huruf for both malay and english. Alhamdulillah tu dah lepas cuma huruf je kena pertingkatkan sikit ingatan dia. Nombor tak ada masalah. Lepas dan coming soon aku akan ajar dia dari no sebelas sampai 20 pulak dan sekarang tengah dalam proses nak memperkenalkan dia dengan no. bahasa arab pulak. Ada kemajuan sikit tapi dia suka sangat dengan no. sittatun. Huhu sebut Arba'atun terus lompat sittatun dan no. lepas2 tu pun sittatun jugak. Sabo je lah. Budak kuat main pun ye jugak dia ni.

Aku suka belikan Alya buku bergambar dengan warna2 yang menarik dan Alya pun suka sangat. Sampai koyak2 buku dia kerjakan sebab terlampau suka tu. Lagi sekali, ibu hanya mampu bersabar. Dan Alhamdulillah dengan buku2 bergambar tersebut banyak vocab dia yang terbina. Banyak benda yang dia dah kenal. Warna, binatang, shape banyak yang dia dah kuasai. Dengan umur 2 tahun 1 bulan aku rasa pencapaian tu dah lebih dari expectation aku dan cikgu yang mengasuh dia pun puji melambung dia sebab dia lagi hebat dari abang yang berumur 4 tahun yang cikgu tu jaga. Alhamdulillah. Terselit rasa bangga yang amat. Konsep aku, aku akan ajar bila dia nak belajar. Bila dia tak dah ikut apa aku baca so dah. Kita stop belajar. Aku baca jangan paksa bila anak2 umur Alya tu tak belajar dah. Tak ada apa yang masuk tapi manfaatkan minit2 yang dia nak belajar tu. Itu waktu yang memang meresap terus. Ajar bila dia rasa minat dan stop bila minat dia dah hilang. Jangan paksa kalau tak dia tak nak buat dah. Aku tak letak expectation yang tinggi pun kat Alya sebab kang tak capai apa aku nak, aku plak sakit hati so baik kita flow biasa saje. Kan?

Dengan ajaran yang atas tu, terbinalah vocab2 dia yang banyak untuk dia membebel macam sekarang ni. Macam orang tua. Ada yang pelat dan ada yang tak pelat. Tapi takpe kita masih belajar. Alya jugak dah faham sangat dengan arahan dan akibat tertentu kalau dia buat sesuatu yang tak sepatutnya. Tapi dah nama bebudak kan. ni kena ikut mood dia jugak. kalau mood baik tu, Allah.. sejuk perut ibu. Kalau tak ada mood tu memang tercabar rasa ibu ni. huhuhu. tapi takpelah setiap saat tu pembelajaran. Aku nak berkongsi. Alya jenis tak boleh makan sejuk i.e ice-cream atau ais dengan kuantiti banyak. Dia cepat selsema dan batuk dan bila batuk, batuk sampai muntah2. Selalu aku pesan kat dia, tak boleh makan aiskrim banyak2  dan selalu nanti Alya muntah dan amazingly one day bila makcik dia approach nak belikan aiskrim, dia siap cakap "nanti muntah". Nampak tak minda anak2 tu cane? Walaupun dia baru 2 tahun 1 bulan? Hebatkan dorang? ;)

Untuk manners, itu bukan ajar macam buku. Itu sentiasa. Alhamdulillah Alya bukan jenis tantrum tak semena. Banyak sisi positif dia. In Sha Allah sentiasa dalam proses jugak mendidik ke arah sahsiah yang positif dan terpuji. Ibu pun jenis perangai 'terkehel' jugak sentiasa tapi akan usaha mendidik yang terbaik la. In Sha Allah.

Apa yang boleh aku bangga? Sebab menjadi isteri pelaut bukan mudah. 6 bulan kita mendidik anak sorang2. Nanti apa2 yang salah ibu jugak yang dipersalahkan sebab nanti orang mengata tak pandai jaga anak. Huhu. So apa2 perkembangan minda dan perangai yang positif yang Alya tunjukkan memang jadi kebangaan aku sebagai ibu. Sape yang tak bangga kan?

Sebenarnya banyak explanation aku nak tulis ni. Berjela tapi itu je la nak membebel. Malas nak tulis. Huhuh. Tolong doakan yang terbaik untuk semuanya. Kita sambung lagi membebel dua bulan lagi ke? tengok lah kalau rajin. Heheh

Tuesday, August 2, 2016

Postdated: Pasal Raya 2016

0



Rindunya dengan blog. 2 bulan tak update! Huhu..

Kekangan wey.. Keje dekat ofis banyak. Hujung bulan 6 ritu pindah ofis. Lagi lah busy dengan packing n unpacking semua. Pastu dengan raya lagi. Haaa hari ni baru ada masa. Fuh!

Sebelum tu..

Selamat berpuasa
Selamat Hari Raya semua!

Hahaha tak kira! Walaupun dah lepas nak wish jugak. Kempunan nanti tak dapat wish dalam blog. Setiap tahun tak pernah miss kot. Tahun ni je ter forward ke depan. Hehehe

Nak cita pasal raya..

Secara ringkas, Alhamdulillah raya bertiga tahun ni dengan hubby. Hubby turun kapal masa pertengahan puasa. So, dapat lah beraya n shopping baju raya anak sama2. Rasa terisi la sikit tahun ni. Alya pun bukan main lagi ayah dia ada. Sikit2 ayah sikit2 ayah tapi bila ibu hilang tetap cari ibu jugak. =p

So below is the most valuable picture. The picture for all of us. Tema tahun ni kengkonon oren hitam. Tapi semua org x nak pakai hitam. Family aku mama n abah je pakai hitam. Aku pakai hitam  nak nampak effect kurus tapi yang lain semua perasan dah kurus so depa pakai kaler oren, huhu.

nnaqi.blogspot.com
The clan's

nnaqi.blogspot.com
With mama n abah. Alya spoil la. dan cantik pic ni sibuk nak susu nak susu. haishh
Petang raya tu gerak ke kampung hubby dekat Kampar. Pic tak dapat nak tepek sebab xde dalam simpanan sekarang tapi tak ada pun pic dengan family hubby. Raya kedua dorang tak pakai baju raya dah. Duduk rumah je nyambut orang datang. So tak dapat nak beraya sangat. Huhu.. Lagi pula, Alya demam pulak raya ketiga. Kira memang tak beraya sangat tahun ni. Takpelah, yang penting duit raya Alya banyak. Hehehe Alhamdulillah buat tabungan dia..

Itu lah ringkasnya. Hahaha

Seminggu je cuti. Pastu dah masuk keje balik.

Tak ada yang extra vaganza.

Tapi Alhamdulillah dapat bersama family tercinta.

Itu nikmat yang lebih bernilai.

^_^

Thursday, May 26, 2016

Alya: 1 tahun 8 bulan++

0



Dah lama tak cerita pasal si bambam buat hati jantung I tu kan. hehehe.

Alhamdulillah dia membesar dengan jayanya sekarang. Bulan depan (Jun) dia dah 1 tahun 9 bulan @ 21 bulan. Oi anak! nak 2 tahun dah! Hahaha adoiyai pun. Cepatnya masa berlalu (ayat cilche).

Untuk perkembangan dia semasa 1 tahun 8 bulan (May) ni, memang banyak. Aku pun terkejut jugak. Baru ni SIL ada cakap yang Alya ni tergolong dalam kanak2 yang jenis mengikut atau terms dia jenis "Parrot". Aku tak sempat lagi nak google ada ke tak terms ni. Hehe tapi apa yang SIL aku cakap, jenis macam ni cepat belajar dan senang untuk di ajar. Alhamdulillah gitu.

Tapi apa yang aku tengok pun, Alya memang cepat belajar. Orang kata tak sesuai dengan umur dia 21 bulan ni because she has absorbed so much things compare to other kids yang sebaya dia. Tapi tatau la kan, masing2 mempunyai tumbesaran yang berlainan. Aku tak suka compare kan Alya dengan mana2 kawan yang seusia dia. Mungkin Alya lebih tang ni tapi kurang tang tu and same goes to ther kids. So its not fair to compare them. Aku blog walking dan baca perkembangan anak2 dorang masa baya Alya, semua menunjukkan perkembangan yang berbeza. Yang sama tu sama lah kan. Tapi nak menunjukkan setiap kanak2 perkembangan dia lain2. So, stop judge anak sendiri dan anak orang lain k. Yang penting, semoga anak kita terus membesar dengan sihat dan normal serta soleh dan solehah. Amin.

Alya ni aktif. Terlampau aktif. Mungkin sebab tu otak dia cepat menangkap apa2 yang diajar. Daripada apa yang aku baca pun, kanak-kanak yang aktif ni memang otak dorang "besar" sikit. Hehehe. Tapi tu la, aktif dia boleh membuatkan ibu dia bertukar hijau dan mengurut dada setiap saat. Huhuhu. Tapi bila time kita menghadap buku, bila di tanya dan Alya dapat jawab, ibu dia menjadi bunga sakura yang nampak cantik dan lembut. Muahaha! Propa sangat!

Meh aku nak list perkembangan si bambam tu semasa 1 tahun 8 bulan ni:

1. Vocab dan sebutan
Alhamdulillah vocab Alya semakin hari semakin bertambah. In Sha Allah dalam perbualan seharian mungkin ada lah vocab baru yang akan dicerna oleh Alya. Senang nak bagi arahan dan nak menerima arahan dari permaisuri kecik tu. Kalau tak dok nangis je tapi tunjuk semua benda tak kena, memang boleh bikin amarah. Huhu.

Setakat ni apa yang dia boleh sebut? Meh aku senaraikan mana yang ingat sekarang.
* Atok, nenek, ibu, ayah, opah, mak pak sedara dia semua dah boleh sebut dah.
* cucu (susu), nak,, jap. mana, nanak (tak nak), aiskem (aiskrim), beyon (belon), ball, ecah (pecah), awan (cawan), oyen (boleh jadi airoplane dgn orange), bash (bus), oyi (lorry), car, ayan (jalan), jom, lets go!, andi (mandi), suar (seluar), aju (baju), pepesh (pampers), otoi (botol), acut (kasut), atash (atas), ajam (tajam), tup (tutup), kak (buka), baby, adik, abang, kakak, atan (makan), inum (minum), acam (masam - untuk masam dan makanan yg x sedap untuk dia), edash (pedas), anash (panas). encet (handset), acut (takut), ecum (vacoom) dan banyakkkkk lagi. Hahaha! jenuh aku nak ingat nak tulis ini ha! Orang yang tak biasa dengar memang akan tak faham la. Dia amik yang hujung2 dia.
* Haiwan2 pun dia dah banyak tahu. Segala giraffe, elephant tu, In Sha Allah kalau tunjuk kat dia dan tanya, dia boleh kenal mana dia giraffe semua.

Sebutan dia macam aku cakap tadilah. Dia banyak ambil perkataan yang hujung je. Ada je word yang clear tapi banyak still yang hujung je la. Budak 1 tahun 8 bulan. What do you expect? Janji kita jangan cakap pelat dengan dia. Kalau Alya cakap cucu (susu) aku tanya balik dengan ayat yang betul "nak susu?". Process of learning la kan. Kita pun belajar bukan terus dapat 4 flat.

Cuma sekarang Alya tak pandai lagi nak mencantumkan dua ayat. Macam nak makan, nak susu semua tu. Kalau dia nak dia just akan sebut atan (makan) which is benda apa dia nak tu. Actually bukan tak pandai tapi tak banyak dua ayat dia boleh gabungkan lagi. Kurang practice tu. Hehe. Tapi kalau dengan aku, bila dia minta apa2 ke, aku akan tanya balik la. Nak susu? Gitu.. Slow2 kita belajar ye sayang.

2. Memori
Memori Alya memang kuat. Dia suka buku bergambar. Kadang2 dia akan ambil buku dia dan duduk atas riba kita. Dari situ aku akan tanya pelajaran yang lepas banyak mana dia ingat. Wow! mak kau impress! Not all, tapi 70% dia boleh ingat walaupun dia tak pandai sebut lagi, tapi dia ingat!. Kalau aku tanya mana spoon, mana umbrella, mana mouse apa semua laju dia tunjuk. Aku memang salute dgn memori dia padahal baru sekali ajar.

3. Tindakan dari pemerhatian
Macam SIL aku cakap, Alya ni "parrot". Jenis mengikut. Setakat ni, dia banyak dah tunjuk minat perbuatan orang dewasa dia buat. Aku rasa semua ni normal, Anak2 memang cepat meniru ni which is menyapu, mengelap, mengemas dan etc. Kalau pegang penyapu, memang si bambam tu sebok nak pegang jugak. Terpaksa bagi dia penyapu lagi satu dan terpaksa jugak aku menyapu sejam lebih sebab nak bagi dia puas pegang sapu. Mengelap pun pandai dah. Kalau tumpah apa2 ke, bagi kain lap, memang terus lap. Segala jenis goyangan ke tarian ke lompatan ke mesti nak ikut, Sebok je! Hhahaha. Tapi memang funny tengok gelagat dia. Apa yang orang buat semua nak tiru. Hehehe.

Aku senyum bila tengok dia solat. Alhamdulillah. Betul pulak letak tangan dia lepas angkat takbir. Tapi dia tak ada rukuk. Terus sujud. Hehehe.

4. Respon pada arahan
Ini dah A dah tapi ikut mood. Kalau rasa nak dengar arahan, dia ikut. Kalau tak nak, kau jerit la tepi telinga dia sekalipun. Buat donno aje lah. Sila menyabarkan diri. Hehehe.
Kalau dia ikut tu, kau puji la melambung kat dia. Mesti senyum lebar pastu lepas tu ringan je bontot. Ngada sangat. Geram ibu!

5. Berdikari dan berani dan kurang sabar
Turun tangga tak nak pegang. 2 kali dah jatuh tangga nasib baik tak tergolek. Nauzubillah. Mula nak pakai baju sendiri tapi setakat ni, tak dapat, mengamuk. Dia mengamuk, mak kau yang hijau. Haha! Dengan orang dah berani. Tak takut dah macam dulu. Keluar rumah pun berani sorang2. Mak kau yang seriau tau!. Kurang sabar tu yang paling tak tahan. Nak susu pun tak nyempat! Hahaha. Ni bukan setakat mak kau hijau. Ini dah tukar biru kuning oren semua dah.

Nampak tak aku yang tak penyabar. Fuh! Cobaan!

5. Fast learner.
Macam aku habaq awai tadi la. Memory dia memang tip top. Pada masa yang sama fast learner. Aku ajar sekali dia dah tahu. Sama jugak dengan apa jua jenis perbuatan aku buat depan dia. Cepatttt je belajar.
1 2 3-10 in BM dan BI, dua2 dia dah tahu sebab setiap kali naik turun tangga aku mesti ajar dia. Tapi cuma tak ada lah perfect. Ada rongak je. Bila start kira, terus ke two. One nya mana nak?? Lepas lapan terus sepuluh. Sembilan nya mana nak?? Haaa nampak?? Hahaha! Orang kata anak aku bijak, aku amin dan Alhamdulillah je dalam hati. Rongaknya, aku je yang tahu. Hahahah!

ABC dia kurang minat sikit nak ikut. Even aku berlagu bertarannum macam mana pun, kejap je dia ikut pastu dia suruh nyanyi lagu lain. Sekarang ni dia suka lagu rain rain go away. Dah boleh nyanyi sendiri dah. Butir perkataan tu kalau ko dengar betul, ko paham la tu tapi campur la bahasa german nya ye. Biasalah~. Twinkle2 little star expert dah tapi campur bahasa la jugak. Apa lagi? Banyak nursery ryhmes dia tahu lah. Lagu didi and friends pun bukan main minat lagi.

Berzikir pandai.. SubhanAllah, LailahaillAllah. Alhamdulillah boleh. Sekarang nak ajar Al-Fatihah. Tak menunjukkan minat pun tapi lantak. Mak kau baca jugak walaupun dia tak fokus.

Kalau barang jatuh je, Allauakbar keluar dari mulut dia. Alhamdulillah. Sebab tu aku tengah kontrol diri melatah bukan2 depan dia. Sebut Allahuakbar je. Huhu. Nak tahu macam mana dia boleh laju je sebut Allahuakbar tu? Sebab semua orang bila dia buat aktiviti dia ke apa ke yang memeningkan kepala mesti cakap "Allahuakbar! bertuah punya budak!" Haaaa see? aktif dia macam mana? Hahahha.

6. Lain-lain
Lain2 apa ya? Salam orang dah biasa tapi memilih. Cium peluk pandaiiii.. Aku ajar peluk siap tepuk belakang sekali. Hhaha! bila aku suruh tepuk dia pun tepuk. Dah la tangan gebusss geram je rasa. Dulu, bila kat tangan ada barang, dan dia nak ambil barang lain, dia akan campak je barang kat tangan tu. Sekarang ni, slowly dia belajar untuk letak dulu barang kat tangan tu slow dan baru ambil barang lain. Aku ni kan suka membebel. Setiap masa la mulut ni dok membebel kat dia kalau campak2 barang tu. Memebebel sambil jengil mata. Alhamdulillah slow2 terdidik. Tapi kekadang campak jugak. Huhu. So yang lelain tu, kadang2 tindakan dia spontan. Spontan yang tak disangka. So, aku tatau bila dia belajar. Itu dari pemerhatian dia tengok orang la tu. So dia ikut. Yang baik Alhamdulillah, Yang tak berkenan mak kau tepuk dahi. Huhu Istighfar je lah.

Makanya, untuk nak listkan semua memang tak daya la aku. Hehehe

OK lah! aku list 6 je dulu ek. Banyak lagi si bambam ni boleh buat tapiiii adoiii! Hahaha. Jadi la dari tak ada. Ni pun panjang dah karang ni. (panjangnya~).

Last but not least, kita belanja 2 gambar bambam.

Selalu buli nenek, kali ni nenek lumur dia dengan bedak sejuk. Redha tahap pasrah dah dia tapi suka! Bila tanya cantik ke? Relax je jawab "antikkkkkkkkkkkk~"

Memang tak boleh jadi model. Suruh senyum dia buat muka macam tu.