Dah lama tak cerita pasal si bambam buat hati jantung I tu kan. hehehe.
Alhamdulillah dia membesar dengan jayanya sekarang. Bulan depan (Jun) dia dah 1 tahun 9 bulan @ 21 bulan. Oi anak!
nak 2 tahun
dah! Hahaha adoiyai pun. Cepatnya masa berlalu (ayat cilche).
Untuk perkembangan dia semasa 1 tahun 8 bulan (May) ni, memang banyak. Aku pun terkejut jugak. Baru ni SIL ada cakap yang Alya ni tergolong dalam kanak2 yang jenis mengikut atau terms dia jenis "Parrot". Aku tak sempat lagi nak google ada ke tak terms ni. Hehe tapi apa yang SIL aku cakap, jenis macam ni cepat belajar dan senang untuk di ajar.
Alhamdulillah gitu.
Tapi apa yang aku tengok pun, Alya memang cepat belajar.
Orang kata tak sesuai dengan
umur dia 21
bulan ni because she has absorbed so much things compare to other kids yang sebaya
dia. Tapi tatau la kan, masing2 mempunyai tumbesaran yang berlainan. Aku tak suka compare kan Alya dengan mana2 kawan yang seusia dia.
Mungkin Alya
lebih tang
ni tapi kurang tang
tu and
same goes to
ther kids. So its not fair to compare them. Aku blog walking dan baca perkembangan anak2 dorang masa baya Alya, semua menunjukkan perkembangan yang berbeza. Yang
sama tu sama lah kan. Tapi nak menunjukkan setiap kanak2 perkembangan dia lain2. So, stop
judge anak
sendiri dan anak orang lain
k. Yang penting, semoga anak kita terus membesar dengan sihat dan normal serta soleh dan solehah. Amin.
Alya
ni aktif.
Terlampau aktif. Mungkin sebab tu otak dia cepat menangkap apa2 yang diajar. Daripada apa yang aku baca pun, kanak-kanak yang aktif ni memang otak dorang "besar" sikit.
Hehehe. Tapi tu la, aktif dia boleh membuatkan ibu dia bertukar hijau dan mengurut dada setiap saat.
Huhuhu. Tapi bila time kita menghadap buku, bila di tanya dan Alya dapat jawab, ibu dia menjadi bunga sakura yang nampak cantik dan lembut.
Muahaha!
Propa sangat!
Meh aku nak list perkembangan si bambam tu semasa 1 tahun 8 bulan ni:
1.
Vocab dan sebutan
Alhamdulillah vocab Alya semakin hari semakin bertambah. In Sha Allah dalam perbualan seharian mungkin ada
lah vocab baru yang akan dicerna oleh Alya. Senang nak bagi arahan dan nak menerima arahan dari permaisuri kecik tu. Kalau tak dok nangis je tapi tunjuk semua benda tak kena, memang boleh bikin amarah.
Huhu.
Setakat ni apa yang
dia boleh sebut? Meh aku senaraikan mana yang ingat sekarang.
* Atok, nenek, ibu, ayah, opah, mak pak sedara dia semua dah boleh sebut dah.
*
cucu (susu), nak,, jap. mana, nanak (tak nak), aiskem (aiskrim), beyon (belon), ball, ecah (pecah), awan (cawan), oyen (boleh jadi airoplane dgn orange), bash (bus), oyi (lorry), car, ayan (jalan), jom, lets go!, andi (mandi), suar (seluar), aju (baju), pepesh (pampers), otoi (botol), acut (kasut), atash (atas), ajam (tajam), tup (tutup), kak (buka), baby, adik, abang, kakak, atan (makan), inum (minum), acam (masam - untuk masam dan makanan yg x sedap untuk dia), edash (pedas), anash (panas). encet (handset), acut (takut), ecum (vacoom) dan banyakkkkk lagi. Hahaha! jenuh aku nak ingat nak tulis ini ha! Orang yang tak biasa dengar memang akan tak faham la.
Dia amik yang hujung2
dia.
* Haiwan2 pun dia dah banyak tahu. Segala giraffe, elephant tu, In Sha Allah kalau tunjuk kat dia dan tanya, dia boleh kenal mana dia giraffe semua.
Sebutan dia macam aku cakap tadilah. Dia banyak ambil perkataan yang hujung je. Ada
je word yang clear
tapi banyak still yang
hujung je la.
Budak 1 tahun 8 bulan. What do you expect? Janji kita jangan cakap pelat dengan dia. Kalau Alya cakap cucu (susu) aku tanya balik dengan ayat yang betul "nak susu?".
Process of learning la
kan. Kita pun belajar bukan terus dapat 4 flat.
Cuma sekarang Alya tak pandai lagi nak mencantumkan dua ayat. Macam nak makan, nak susu semua tu. Kalau dia nak dia just akan sebut atan (makan) which is benda apa dia nak tu. Actually bukan tak pandai tapi tak banyak dua ayat dia boleh gabungkan lagi.
Kurang practice
tu.
Hehe. Tapi kalau dengan aku, bila dia minta apa2 ke, aku akan tanya balik la.
Nak susu?
Gitu.. Slow2
kita belajar ye sayang.
2.
Memori
Memori Alya memang kuat. Dia suka buku bergambar. Kadang2 dia akan ambil buku dia dan duduk atas riba kita. Dari situ aku akan tanya pelajaran yang lepas banyak mana dia ingat. Wow!
mak kau impress! Not all, tapi 70% dia boleh ingat walaupun dia tak pandai sebut lagi, tapi dia ingat!. Kalau aku tanya mana spoon, mana umbrella, mana mouse apa semua laju dia tunjuk.
Aku memang salute
dgn memori dia padahal baru sekali ajar.
3.
Tindakan dari pemerhatian
Macam SIL
aku cakap, Alya
ni "parrot".
Jenis mengikut. Setakat ni, dia banyak dah tunjuk minat perbuatan orang dewasa dia buat. Aku rasa semua ni normal, Anak2 memang cepat meniru ni which is menyapu, mengelap, mengemas dan etc. Kalau pegang penyapu, memang si bambam tu sebok nak pegang jugak. Terpaksa bagi dia penyapu lagi satu dan terpaksa jugak aku menyapu sejam lebih sebab nak bagi dia puas pegang sapu. Mengelap pun pandai dah.
Kalau tumpah apa2
ke,
bagi kain lap,
memang terus lap. Segala jenis goyangan ke tarian ke lompatan ke mesti nak ikut, Sebok je!
Hhahaha.
Tapi memang funny tengok gelagat
dia. Apa yang orang buat semua nak tiru.
Hehehe.
Aku senyum bila tengok dia solat.
Alhamdulillah. Betul pulak letak tangan dia lepas angkat takbir. Tapi dia tak ada rukuk.
Terus sujud.
Hehehe.
4.
Respon pada arahan
Ini dah A
dah tapi ikut mood. Kalau rasa nak dengar arahan, dia ikut. Kalau tak nak, kau jerit la tepi telinga dia sekalipun. Buat donno aje lah.
Sila menyabarkan diri.
Hehehe.
Kalau dia ikut tu, kau puji la melambung kat dia. Mesti senyum lebar pastu lepas tu ringan je bontot.
Ngada sangat.
Geram ibu!
5.
Berdikari dan berani dan kurang sabar
Turun tangga tak nak pegang. 2 kali dah jatuh tangga nasib baik tak tergolek.
Nauzubillah. Mula nak pakai baju sendiri tapi setakat ni, tak dapat, mengamuk.
Dia mengamuk,
mak kau yang
hijau.
Haha! Dengan orang dah berani. Tak takut dah macam dulu. Keluar rumah pun berani sorang2.
Mak kau yang
seriau tau!.
Kurang sabar tu yang paling tak tahan. Nak susu pun tak nyempat! Hahaha. Ni bukan setakat mak kau hijau. Ini dah tukar biru kuning oren semua dah.
Nampak tak aku yang
tak penyabar.
Fuh!
Cobaan!
5.
Fast learner.
Macam aku habaq awai tadi la. Memory
dia memang tip top. Pada masa yang
sama fast learner.
Aku ajar
sekali dia dah tahu. Sama jugak dengan apa jua jenis perbuatan aku buat depan dia.
Cepatttt je belajar.
1 2 3-10 in BM dan BI, dua2 dia dah tahu sebab setiap kali naik turun tangga aku mesti ajar dia.
Tapi cuma tak ada
lah perfect. Ada
rongak je.
Bila start
kira,
terus ke two. One
nya mana nak?? Lepas lapan terus sepuluh. Sembilan nya mana nak??
Haaa nampak?? Hahaha! Orang kata anak aku bijak, aku amin dan Alhamdulillah je dalam hati.
Rongaknya, aku je yang tahu.
Hahahah!
ABC dia kurang minat sikit nak ikut. Even aku berlagu bertarannum macam mana pun, kejap je dia ikut pastu dia suruh nyanyi lagu lain. Sekarang
ni dia suka lagu rain rain go away. Dah boleh nyanyi sendiri dah. Butir perkataan tu kalau ko dengar betul, ko paham la tu tapi campur la bahasa german nya ye. Biasalah~. Twinkle2 little star expert
dah tapi campur bahasa la
jugak. Apa lagi?
Banyak nursery
ryhmes dia tahu lah.
Lagu didi and friends pun bukan main
minat lagi.
Berzikir pandai..
SubhanAllah, LailahaillAllah.
Alhamdulillah boleh.
Sekarang nak ajar Al-Fatihah. Tak menunjukkan minat pun tapi lantak. Mak kau baca jugak walaupun dia tak fokus.
Kalau barang jatuh je, Allauakbar keluar dari mulut dia.
Alhamdulillah. Sebab tu aku tengah kontrol diri melatah bukan2 depan dia.
Sebut Allahuakbar
je.
Huhu. Nak tahu macam mana dia boleh laju je sebut Allahuakbar tu? Sebab semua orang bila dia buat aktiviti dia ke apa ke yang memeningkan kepala mesti cakap "Allahuakbar!
bertuah punya budak!"
Haaaa see? aktif dia macam mana?
Hahahha.
6.
Lain-lain
Lain2
apa ya? Salam orang dah biasa tapi memilih.
Cium peluk pandaiiii.. Aku ajar peluk siap tepuk belakang sekali.
Hhaha! bila aku suruh tepuk dia pun tepuk. Dah la tangan gebusss geram je rasa. Dulu, bila kat tangan ada barang, dan dia nak ambil barang lain, dia akan campak je barang kat tangan tu. Sekarang ni, slowly dia belajar untuk letak dulu barang kat tangan tu slow dan baru ambil barang lain. Aku ni kan suka membebel. Setiap masa la mulut ni dok membebel kat dia kalau campak2 barang tu. Memebebel sambil jengil mata.
Alhamdulillah slow2
terdidik. Tapi kekadang campak jugak.
Huhu. So yang lelain
tu, kadang2
tindakan dia spontan.
Spontan yang tak disangka. So, aku
tatau bila dia belajar. Itu dari pemerhatian dia tengok orang la tu. So
dia ikut. Yang
baik Alhamdulillah, Yang
tak berkenan mak kau tepuk dahi. Huhu Istighfar je lah.
Makanya, untuk nak listkan semua memang tak daya la aku.
Hehehe
OK
lah!
aku list 6
je dulu ek. Banyak lagi si bambam ni boleh buat tapiiii adoiii! Hahaha. Jadi la dari tak ada. Ni pun panjang dah karang ni. (panjangnya~).
Last but not least,
kita belanja 2
gambar bambam.
|
Selalu buli nenek, kali ni nenek lumur dia dengan bedak sejuk. Redha tahap pasrah dah dia tapi suka! Bila tanya cantik ke? Relax je jawab "antikkkkkkkkkkkk~" |
|
Memang tak boleh jadi model. Suruh senyum dia buat muka macam tu. |
0 manusia baik:
Post a Comment