Monday, October 24, 2016

Pregnancy dan Alya

0



Ketemu jua mood untuk menulis tapi ni pun tak pasti panjang ke pendek atau boleh settlekan untuk arini ataupun bersambung ke hari2 esoknya. Huhuhu..

So, ada beberapa announcement ni. Ecehh..macam kesah plak. Hahah tapi takpelah sebagai kenang-kenangan dalam blog je.

Firstly, Alhamdulillah aku tengah pregnant anak kedua. Dah 3 bulan dah. Pls doakan aku dan kandungan sihat sampai melahirkan. Orang kata pengalaman melahirkan anak ni berbeza-bezakan. Harap yang kedua ni dipermudahkan lah. Amin..

Aku tulis all in one post la ye. Ni nak selit sekali pengalaman setakat 3 bulan mengandung ni. Betul la orang kata pengalaman mengandung setiap anak tu berbeza. Masa anak pertama dulu aku memang tak ada morning sickness. Ada sekali je muntah teruk berturut-turut 3 hari sebab aku minum teh tarik pastu just loya biasa dan pening kepala. Tapi untuk kali ni memang masyuk la. Muntah+loya+sakit kepala. Package semua cantikkk je. Huhu. Tambah lagi pemalas ya amat. Lain dari yang first kan, ada la termerungut sikit tapi tak ada niat pun. Huhu. Aku happy je mengandung second ni tapi biasalah mood bila mengandung ni, semedang moody. Semedang semua benda tak kena. Teruk tak tahu nak cakap macam mana. Well, ada jugak orang mempertikaikan perangai malas dan moody aku ni tapi.. susah nak cakap. Itu bukan aku. Aku memang pemalas tapi bukan pemalas tahap mega punya. Aku yang biasa sangat rimas dan sakit mata tengok keadaan rumah yang tak terurus. Semalas malas aku at least seminggu sekali time weekend aku akan buat major cleaning tapi time mengandung ni, ko bayangkan dah 3 bulan aku tak tak buat cleaning. Sakit mata tetap sakit tapi perasaan malas tu lagi kuat. Aku cuba lawan. Pleaseee la tolong faham bila hormon malas mengandung tu menguasai diri. Aku tak boleh lawan. Orang tengok dan mengata cakap aku mengada-ngada tapi woii! lepak baring2 lagi best kot. Tak boleh nak explain lah. Lantak la org nk cakap pape. Tunggu nanti dia mengandung and dia jadi pemalas mcm aku, memang aku tembak dia balik. siyes!

Laki aku pun kesian. Dia baru balik 2 minggu. Sekali je aku pernah masakkan untuk dia itupun kuey teow goreng je. Siankan? Bilik pun aku tak kemas. Macam mana anak sepahkan macam tu jugak lah aku biarkan. Aku kemas sikit2 je sebab takut jalan terpijak nanti sakit kaki. Huhuhu. Abang, ayang mintak maaf. Harap2 la kemalasan ni tak berpanjangan dan harap2 la aku punya keloyaan kemualan dan kepeningan ni tak berpanjangan jugak. Penat wehh..ingat sakit ni diminta-minta ke? Ingat aku senang hati nak buat2 sakit? Penat tau nak menahan sakit. Penat tau rasa tak terdaya. Kesian kat anak aku sebab asyik kena marah je. Yelah, bila dah sakit kepala anak pulak buat perangai kau ingat kesabaran tinggi? Nak menahan sakit lagi nak melayan perangai anak lagi. Penat tau marah2.
Masa mengandung anak sulung pun aku pening2 gak tapi aku tak malas. Tak larat je kekadang sebab penat+mengah tapi aku still gagah lagi nak kemas bilik dan rumah siap boleh sental bilik air lagi dengan keadaan perut makin besar tu. Relax je. Allah hai, moga Allah ampunkan dosa aku yang banyak merungut ni. Bukan sebab apa, rasa macam tak berguna kekadang. Rasa macam buat ramai orang sakit hati and rasa macam dah susahkan semua orang lagi2 laki aku. Aku cuma harap satu je. Harap laki aku paham. Harap dia kenal aku yang sebelum ni dan paham keadaan aku yang sekarang ni dan jangan dia terasa hati dengan aku. :(

Sekarang ni muntah2 tu dah slow down. Alhamdulillah. Malas dan sakit kepala je kuat lagi. Loya pun kalau tak kena makanan dengan tekak memang meminta la rasa loya tapi Alhamdulillah tak teruk sangat macam memula. Sakit kepala aku ni entah la apesal teruk sangat. Ada sampai satu tahap aku tak boleh angkat kepala. Dia punya merengat tu macam orang hantukkan kepala aku kat dinding dengan sangat kuat! Aku sedih gak kekadang sebab orang macam tak paham. Macam fikir aku buat2 sakit tu. Aku kalau boleh tak nak layan sangat sakit tu so aku akan buat macan biasa dengan harapan sakit kepala tu tak kuat sangat tapi tak boleh! Nak menangis rasa. Mama sakit sekarang pun aku dah lama tak urut sebab tak larat. Minggu lepas je sempat melayan selera mama nak sup sayur sebab sebelum ni, sebelum akak aku yg dah kawen tak duduk sekali, aku yang masak segala bagai untuk mama makan tgh hari sebelum pegi keje. Mama agak suka dengan masakan aku tapi bila start mengandung ni aku memang tak masak langsung akak aku je masak tapi mama tak berkenan sangat sebab akak aku masak pedas sangat. Mama tak suka. Allah hai, rasa bersalah sangat. Harap diberi kekuatan untuk masak balik. Serius aku teringin nak melayan balik tekak laki dan mama aku.

Ok la enough cerita pasal pregnancy symptom ni. Meh nak cite pasal anak aku pulak.

Alhamdulillah Alya si me bulat tu dah 2 tahun pada 1/9 hari tu. So sekarang dia dah 2 tahun 1 bulan la kiranya. Aku nak share perkembangan dia sahaja ni at the same time nak cerita bangganya aku sebagai ibu.

Serius cakap, aku ibu yang garang dan sedaya upaya aku nak yang terbaik untuk anak aku. Garang aku bukan la sesuka hati nak garang cuma sekarang je la dengan keadaan berbadan dua ni aku banyak 'ter'marah dia sikit. Garang aku, aku nak mengajar dia dengar dan faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh dan akibatnya. Aku sedang belajar dan belajar dan takkan berhenti belajar sampai anak aku dah pandai berfikir sendiri dan mengatur hidup sendiri. In Sha Allah. Aku cuba dan dirikan prinsip memanjakan anak pada tempatnya dan bukan membabi buta dan apa juga perkembangan minda dia sekarang bukan dipaksa-paksa.

Dari segi pembelajaran, target awal aku, nak alya tahu dan kenal no dan huruf for both malay and english. Alhamdulillah tu dah lepas cuma huruf je kena pertingkatkan sikit ingatan dia. Nombor tak ada masalah. Lepas dan coming soon aku akan ajar dia dari no sebelas sampai 20 pulak dan sekarang tengah dalam proses nak memperkenalkan dia dengan no. bahasa arab pulak. Ada kemajuan sikit tapi dia suka sangat dengan no. sittatun. Huhu sebut Arba'atun terus lompat sittatun dan no. lepas2 tu pun sittatun jugak. Sabo je lah. Budak kuat main pun ye jugak dia ni.

Aku suka belikan Alya buku bergambar dengan warna2 yang menarik dan Alya pun suka sangat. Sampai koyak2 buku dia kerjakan sebab terlampau suka tu. Lagi sekali, ibu hanya mampu bersabar. Dan Alhamdulillah dengan buku2 bergambar tersebut banyak vocab dia yang terbina. Banyak benda yang dia dah kenal. Warna, binatang, shape banyak yang dia dah kuasai. Dengan umur 2 tahun 1 bulan aku rasa pencapaian tu dah lebih dari expectation aku dan cikgu yang mengasuh dia pun puji melambung dia sebab dia lagi hebat dari abang yang berumur 4 tahun yang cikgu tu jaga. Alhamdulillah. Terselit rasa bangga yang amat. Konsep aku, aku akan ajar bila dia nak belajar. Bila dia tak dah ikut apa aku baca so dah. Kita stop belajar. Aku baca jangan paksa bila anak2 umur Alya tu tak belajar dah. Tak ada apa yang masuk tapi manfaatkan minit2 yang dia nak belajar tu. Itu waktu yang memang meresap terus. Ajar bila dia rasa minat dan stop bila minat dia dah hilang. Jangan paksa kalau tak dia tak nak buat dah. Aku tak letak expectation yang tinggi pun kat Alya sebab kang tak capai apa aku nak, aku plak sakit hati so baik kita flow biasa saje. Kan?

Dengan ajaran yang atas tu, terbinalah vocab2 dia yang banyak untuk dia membebel macam sekarang ni. Macam orang tua. Ada yang pelat dan ada yang tak pelat. Tapi takpe kita masih belajar. Alya jugak dah faham sangat dengan arahan dan akibat tertentu kalau dia buat sesuatu yang tak sepatutnya. Tapi dah nama bebudak kan. ni kena ikut mood dia jugak. kalau mood baik tu, Allah.. sejuk perut ibu. Kalau tak ada mood tu memang tercabar rasa ibu ni. huhuhu. tapi takpelah setiap saat tu pembelajaran. Aku nak berkongsi. Alya jenis tak boleh makan sejuk i.e ice-cream atau ais dengan kuantiti banyak. Dia cepat selsema dan batuk dan bila batuk, batuk sampai muntah2. Selalu aku pesan kat dia, tak boleh makan aiskrim banyak2  dan selalu nanti Alya muntah dan amazingly one day bila makcik dia approach nak belikan aiskrim, dia siap cakap "nanti muntah". Nampak tak minda anak2 tu cane? Walaupun dia baru 2 tahun 1 bulan? Hebatkan dorang? ;)

Untuk manners, itu bukan ajar macam buku. Itu sentiasa. Alhamdulillah Alya bukan jenis tantrum tak semena. Banyak sisi positif dia. In Sha Allah sentiasa dalam proses jugak mendidik ke arah sahsiah yang positif dan terpuji. Ibu pun jenis perangai 'terkehel' jugak sentiasa tapi akan usaha mendidik yang terbaik la. In Sha Allah.

Apa yang boleh aku bangga? Sebab menjadi isteri pelaut bukan mudah. 6 bulan kita mendidik anak sorang2. Nanti apa2 yang salah ibu jugak yang dipersalahkan sebab nanti orang mengata tak pandai jaga anak. Huhu. So apa2 perkembangan minda dan perangai yang positif yang Alya tunjukkan memang jadi kebangaan aku sebagai ibu. Sape yang tak bangga kan?

Sebenarnya banyak explanation aku nak tulis ni. Berjela tapi itu je la nak membebel. Malas nak tulis. Huhuh. Tolong doakan yang terbaik untuk semuanya. Kita sambung lagi membebel dua bulan lagi ke? tengok lah kalau rajin. Heheh

0 manusia baik: