Thursday, November 7, 2013

Solemnization Day - 1 Nov 2013

1

Bismillah

Assalamualaikum semua :)

1 November 2013 (Jumaat) jam 3.14 petang 

Tarikh dan detik keramat yang tak akan dilupakan. Alhamdulillah, memang sangat2 lega bila semua dah settle. Taka da dah keluh kesah penah takut semua. Semua dah legaaaaaa..

Nak cerita detik-detik time nikah ni memang tak tercerita agaknya. Perasaan tu berbaur-baur. Sebelum hari kejadian relax lagi sampai family aku kata gaya aku tak macam orang nak nikah esok. Hehehe. Aku tak tahu nak gelabah untuk apa and macam mana. Bilik pengantin pun aku relax lagi tak kemas. Ekekeke.

Tu sebelum hari nikah. Memang gamble tak rasa pape. Bila tiba hari kejadian, dengan dah siap make-up segala bagai barulah ko kelam kabut rasa takut semua bagai. Hehehe. Tangan sejuk tapi belum sampai tahap menggigil yang amat. Jantung dah dup dap dup dap tak sekata. Mulut dah merapu cakap takut2. Hahaha. Ko berlagak sangat kan sebelum tu. Hamek kau!

Dari bilik nak turun ke bawah tu tak tahu nak rasa apa lagi dah. Dengan semua orang pandang lagi kan. Sangat cuak jadi perhatian. Tapi muka tetap kene maintain senyum lebar ok. Bilik dah duduk dan nampak En.Tunang dah duduk tengah2 menghadap abah, time tu aku dah rasa ‘omaiii..aku nak kawen dah ke?’ Tetiba takut yang amat2!! Takut nak jadi bini orang. Huhu

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah la aku ni dah jadi bini orang. Terror gak hamba Allah yang dulu aku panggil En.Tunang dan sekarang aku panggil suamiku. Hoho. Berkat praktis berbulan-bulan tu. Asal jumpa je itulah benda yang dia akan sebut. ‘Aku terima nikahnya bla..bla..bla..’ Bagus betul suami aku ni. 'Practice make perfect'. Terjadilah hasil yang mengkagumkan. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

Malas nak sembang banyak. Kita layan gambar saje ye..







Gambar nikah tak banyak sangat n x teratur pun aku letak. Lantak pi la kan. Aku tggu OP je bagi ni. Kalo rajin aku tambah lagi gambar kat sini. Hihuu.. kalo rajin ek. ;p


Update: 30/12/2013: Video semasa akad nikah.

Abang aku ada rakam rupanya. Nasib baik. Hehe





1 manusia baik:

hafizah said...

salam sis,tahniah on ur wedding..sy tertarik baca all ur entry psal kawen ni..bole x sis share pasal mcmne nk contact auntie yg bt bju nikah tu.sbb sy mmg xtau nk anta baju nokah sy kt mane.huhu.mohon emel kan kt sy,hafizah1890@yahoo.com

tq sis..