Bismillah..
Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya!!!! ^_^
Dah beberapa hari raya. Alhamdulillah.
Tahun ini adalah tahun beraya rumah mertua masing2. Memandangkan parent aku ada 2 orang lagi anak dara di rumah, tinggallah kami 4 beranak sahaja yang beraya pagi2 tu termasuklah bibik 2 orang. Memang sunyi dan tenang la bangun pagi tu. Tak riuh rendah dengan suara budak2.
Tapi kejap je. Lepas solat raya, mak lang dan auntie datang. So penuh la sikit rumah. Lepas tu nak dekat tengah hari sikit abang aku dua orang pun balik jugak. Yang balik ni spesis umah mak mertua sekangkang kera. Area KL dan Selangor juga. Haruslah depa balik kan. Nak tambah meriah lagi, mak ngah, pak cik Najmi, Kak Zah dan sedara belah mama pun datang juga. Meriah la kita...
Raya tahun ni raya paling simple sempoi dan selekeh bagi aku. Dengan muka tak touch-up apa2. Dengan jubah gedobos. Dengan tudung sarung gitu jek. Tak percaya silalah lihat bukti dibawah.
dengan mama di pagi raya |
2nd day raya aku cantik sikit. Sikit je. Tak banyak pong.. Baju pun molek sikit dari 1st day raya sebab 2nd day raya beraya 4 buah rumah. Wajib la kita pakai cantik2 kan. Bagi orang tengok kebaboom! sikit.
Hari tu memang hari menambahkan lelemak kat badan. Hari makan tak hengat dunia. Hari melantak suka hati kau dan hari kau tak fikir badan ko sekarang memang gemuk. Hoho. Meh aku nak listkan apa yang aku makan. Mengucap...
1st rumah - Rumah pak menakan sebelah Abah. Makan lemang dan nasi impit. Rendang sodap. -- ini best sebab aku dapat duit raya RM12. Keh3. Tak sangka u ollsss.. Umoq 25 ni pon ada yang sudi bagi I duit raya.
2nd rumah - Ni memang melantak habis. Makan nasi + ikan bakar + ikan sweet sour + paru2 sambal dan soto pedas kaw! Rumah orang jawa merangkap biras mama merangkap rumah mak SIL aku. Tu tak tambah lagi dengan kek2 yang sedap nak mampus dan kuih tat jem nenas pon yang sedap nak mampus. Ni memang aku macam ular sawa kekenyangan.
3rd rumah - Rumah Auntie merangkap adik mama. Makan nasi ayam dengan serawa durian. Nasi ayam tu nampak tempting sungguh! Tak dapek nak elak. Rumah ni memang tahap tu je aku boleh makan. Segala macam kek atau kuih memang aku tak pandang dah.
4th rumah - Pun rumah biras mama merangkap mak SIL aku yang lain. Last rumah kan. Nafsu makan memang dah menurun. Dorang masak pon simple sangat. Tau dah kitorg berjalan sakan. Ni makan maggie goreng je. Itupun aku amik sikit buat merasa. Dah STOP! tak larat nak sumbat.
Balik rumah memang sedap tido dah kenyang2 macam tu. Esok paginya bila timbang. Berat naik mencanak lebih dari sebelum puasa. Demmit.. Padan muka kau!
Sekarang ni dok pulun nak turunkan balik. Sia2 je berat aku turun masa pose aritu. *nangis tak berlagu*
P/s: Baru pasan. Tahun ni tak ada pic raya ramai2 la. huhuhu
0 manusia baik:
Post a Comment