Bismillah..
Assalamualaikum..
Dah nak dekat kahwin ni kan, risau psl berat je. Nnti lemak berlipat lipat tak cantik pulak pakai bajunya. huhu.. Struggle giler sekarang ni tapi dalam struggle tu tak menahan jugak dr makan sodap. keh3. tak tertahan nafsu makan saya. :(
Tapi so far Alhamdulillah berat dah turun 2kg lebih. Ok la tu. Slow2 but practical. Kan?? Current weight? Ermm pagi tadi timbang 65.9kg. Sama dgn berat semalam sebab malam tadi tak excercise.
Last weekend adalah hari melantak. Hari sabtu beraya ke rumah mak lang. Menu? nasi goreng dengan ayam bakar dan mihun soto plus cocktail buah. Itu memang balun habis la. Sampai umah timbang berat naik ke 67.8kg. 1kg lebih makanan yang aku lantak tu. Hehe.
Hari Ahad pulak buat makan2 untuk kawan2. Hari tu memang penat. Bangun awal pagi pukul 6 lebih. Lepas solat subuh terus turun ke dapur. Mencatat sejarah sebab selalunya lepas subuh setiap hujung minggu aku qadak tidur balik. Keh3. Siap2 masak semua dalam pukul 9 lebih. Pagi tu rasanya aku tak makan apa sangat. Style aku, kalau dah penat buat keje memang tak lalu nak makan. Tak ada selera. Ada la aku merasa nasi ayam akak aku. Itupun tengok ayam yang sangat menyelerakan. Ambik lah jugak sepiring. Nasi pun secoet je. Bila kawan2 datang barulah aku melantak banyak sikit. Makan nasi ayam lagi. Kuantiti banyak jugak lah sebab perut aku dah mula meragam minta makanan tapi still dalam kuantiti yang terkawal.
So hari Ahad tu makanan aku adalah nasi ayam, salad buatan sendiri (yg ni aku makan byk) dan mihun dan kueyteow (beraya rumah kwn). Rasa total kalori aku amik lebih 1200kcal. Tapi bila malam timbang berat aku 66.4kg sahaja. Tak pelik sebab memang aku penat sangat hari tu buat kerja. Makan memang kerap tapi sikit2. So semalam dan hari ni berat aku 65.9kg. Target untuk dicapai hujung minggu ni nak berat 65.5kg. Memang kene pulun.
Setakat ni cara aku untuk diet adalah:
Hari biasa/kerja:
Pagi: Oat+susu manis+kismis
Tgh hari: Makan macam biasa tapi kuantiti sikit. Kurangkan nasi
Malam: Makan macam biasa juga tapi kuantiti sikit
Snack in between samada buahan atau apa2 yang boleh kurangkan lapar.
Air putih tak kurang dari 1500ml. Lagi banyak lagi bagus.
Green tea every morning
Hari minggu:
Makan tak menentu dan tak terkawal. keh3
Aku makan macam biasa tapi aku pastikan jumlah kalori aku ambil sehari tak lebih dari 1200kcal. Macam mana nak tau berapa kalori kita amik? Sape2 yang pakai smartphone senang. Aku download myfitnesspal dalam hp. Banyak menu makanan malaysia dalam tu. Senang dan mudah. Setiap kali ko makan ko isi je dalam apps tu.
Dan untuk monitor berat aku, aku download weight history. Tiap2 hari record dan kita boleh tahu berapa dah turun dan berapa lagi yang nak diturunkan. Kat situ pun boleh tau berapa BMI kita semua. Senang cite macam2 adalah..
Dan untuk excercise pulak pon aku download circuit training dan daily work. Sonang jo. Kau ikut la step dia tu sampai pengsan. Dia pun ada timing dia. So kita boleh tahu berapa minit kita dah excercise.
Semua ada dalam phone kan?? Silalah pakai smartphoneeee..
Dannnnn untuk menaikkan semangat aku tiap2 hari aku bukak website kevinzahri dan baca success story orang2 yang dah berjaya turunkan berat badan. Orang yang dulu lagi gemuk dari aku pon boleh kurus apatah lagi aku kan??
Itu je la cara aku so far. Alhamdulillah turun la 2 kg. Ada lagi 8.9kg lagii nak turun. Wish me luck!!
P/s: Baru turun 2kg dah sibuk kan?? Haha. Aku sukalah! Susah kot nak turunkan berat!
Tuesday, August 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 manusia baik:
Post a Comment