Monday, September 30, 2013

Cuti Kahwin

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Sejak beberapa bulan yang lepas lagi aku dah sibuk runsing pasal cuti kahwin ni. Mana tak nya. Kerja tak sampai setahun lagi tapi sibuk nak cuti kahwin pulak bagai. Dah la aku sorang je staffnya. Semua hal dalaman office, aku je la yang bertanggunggjawab. Entah lulus ke tak aku pun tak pasti.

Eh cop.. 2/10 ni dah masuk setahun la aku kerja tempat baru.

Ok sambung.

Kerja Encik Tunang pun tak macam laki kawan2 aku yang lain. Dia ada kat atas darat ni kejap je pun so ingat nak cuti lama sikit kan untuk spend time togehther. So planning nak amik cuti sebulan pada bulan December tahun ni dan yang pasti unpaid leave. Cuti aku dah habis untuk kahwin nanti. So option yang tinggal just unpaid leave je.

Over tak aku nak cuti sebulan? Hehhehe. Macam la laki aku tak balik kan lepas tu. Memang la tapi feeling pengantin baru ni lain sikit. Lagipun sian laki I sorang2 kat rumah nanti. Dia start keje balik pun 2 bulan lepas wedding kitorang. Nak adapt dengan new environment katanye. Haruslah I pun kena ada sekali dengan dia. Hikhikhik. Ngadenye..

Sebelum ni bos bagi hint sebulan macam susah nak approve. Lama kot kan. So aku mintak 3 minggu sahaja. Pun still lama tapi aku harap je tu. Bos still kata macam tak boleh tapi discuss dulu dengan big boss. Dengan Encik Tunang pun aku khabarkan peluang nak cuti lama tu tipis. Dia dah down dah. Siap macam nak majuk2 lagi. Alahai orang tua ni. Aku bukannya keje kapal macam dia boleh cuti lama2 direct macam tu. Aku ni kuli orang kot. Risau gak bos fikir aku ni over amik kesempatan semua tapi so far keje dia bagi semua aku buat tauuuu..Huhu

Tapi hari ni, baruuuuu je kejap tadi bos bagitahu cuti 3 minggu aku approve!!!! yeeeehaaa!! Alhamdulillah.. Nampak tak betapa excitednya aku sampai aku terus update tang2 tu jugak. Haha! TAPI!! in 1 condition katanya..

Aku kena bagitahu kalau aku ada cuti ke oversea, bila date pergi dan balik aku. Huhuhu. Macam apa kan tapi nak cuti lama punya pasal semua tu small matter sajorkkkk! Keh3.. Eh tapi ada lagi... Aku kena pastikan aku balik on time dan pastikan aku settlekan semua kerja aku bila aku dah balik sini.

Ok Noted bos! harus laaa..memang dah keje aku pun tu..

Tadi terus aku msg En Tunang jugak. Kebetulan kapal dia tak pergi ke tengah kan.. Laju je dia tepon balik. Sonok la dia tu. ;p

Jap..betapa hebatnya aku kan berani nak amik unpaid leave lama. Unpaid leave kot. Confirm2 tak ada gaji tu. Tapi ni dah discuss dengan En. Tunang dan dia sanggup nak tanggung bayar kete aku semua.. So, ok lah..Lagipun ni pun dia yang suruh tau.. Dia yang berani nak tanggung. Lagipun, dia tengah keje giler2 atas kapal sampai tak mahu balik ni ha. Kenduri dah la lagi sebulan. Giler.. Bila aku suruh balik dia kata nak cari duit lebih untuk aku jugak. Ces.. Fineeee duduk la atas kapal tu. Sehari sebelum nak nikah baru nak turun pun tak pe. (--')

Kalau sebelum ni, bila dah turn dia turun kapal, gigih dia talipon opis tanya bila turun semua kan tapi sekarang ni, aku yang kena push dia tepon ofis tanya bila nak turun. Ni dah lebih dari sepatutnya dia ada atas kapal tu tau. Aku pulak yang risau ni. Huhu..

Hari ni kena push lagi sebelum kapal dia pergi ke tengah balik..


Wednesday, September 25, 2013

Followers: Kisah sadis follower yang sikit

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Berjumpa kita lagi di petang hari sepoi2 bahasa ini..

Aku baru je lepas berblog walking dengan tanpa meninggalkan jejak. I ni pemalu. So untuk meninggalkan jejak di blog lain sangat lah mustahil... Malu nak nyampuk pun ada. Boleh gitu? Hewhewhew

Bila tengok jumlah follower aku sadis kan? Sadis, sedih, menyedihkan, pathethic.... 3 orang je? alahaiii.. tak payah ada langsung pun tak pe kot. -- Ibaratnya lah.. padahal aku suka tau sebenarnya ada follower ramai2 ni. Menunjukkan bebelan aku dalam blog ni tak sia-sia tapi apakan daya, akibat sendiri yang malas dan malu nak tinggal jejak kat blog orang, kau redha je la dengan follower 3 orang tu. Followers 3 orang tu pun bukannya tak kenal. Kenal sangat.. Family and fren jugeeeee.. Tambah sedih kan?? Huhu..Tak pelah.. yang penting I still have the chances to share my stories here with or without somebody read it. Tapi bila tengok jumlah orang skodeng blog aku tu, boleh tahan gak. AT LEAST ada orang tengok gak kan? Intai2 ke? Jeling2 ke?

Ke................ Tak ada?? Ke aku yang perasan sendiri?? Huhuhu..Hoi! sedih tau! *muka duckface yang masam*



Actually, ni blog kedua aku. Blog pertama aku dah hide dari tatapan umum atas sebab2 tersendiri.  Sayang nak tutup terus sebab banyak jugak kenangan dalam tu. Ayat2 yang macam tak cukup akal. Jiwang terover-over. Emo terlebih-lebih. Perkataan-perkataan nak muntah seperti 'ittew', kittew dan seumpanya. Nostalgia tuuuu.. Mana boleh tutup terus. Kalau rasa rindu2, aku belek balik blog tu pastu senyum sorang2. Hehehe. Sukewwww!!

Blog lama tu banyak la juga followers aku. Lebih 60 kot. Tak la menyedihkan macam blog yang ni ha. Aku pun dulu agak rajin tinggalkan jejak. Mula2 tu sedih la jugak nak hide blog tu. Siap fikir lagi, habislah hilang followers aku yang ramai ni. Mampu ke nak dapat balik angka macam ni walhal nak dapat 1 pun payah kot. Yang ada sekarang ni pun aku paksa diorang follow. Kihkihkih.. Dengan family2 and kawan bergonjeng takpe main paksa2. Aku memang selalu buat. Hehehe

Tapi ttu la. Aku suka je kalau orang follow kan. Follow sebab suka baca apa yang aku membebel. Ermm.. aku sebenarnya tak berapa berkenan amalkan konsep 'I follow u , u follow me back' atas sebab hanya untuk tambah follower walaupun dia tak berapa suka baca sangat dekat blog tu. Aku suka kau amalkan 'I follow u , u follow me back' atas sebab kau memang tertarik dengan blog tu. Dalam hal aku, kalau orang follow aku, then bila aku baca blog balik blog tu memang best dan tak ada perkataan2 nak muntah itu, aku confirm follow without doubt!

Maafkan saya kalau bunyiknya macam aku poyo kan. Sebab tu aku tak ada followers! Kihkihkih. Yang penting, itu semua tak menghalang aku untuk menulis dekat sini. Aku memang jenis suka share apa aku rasa. So itulah yang aku buat kat blog ni. Kalau tak ada orang yang sudi nak baca pun takpe. Aku baca sendiri balik. Huhuhu..

Aku ni ada masalah hilang ingatan jugak kekadang tu. So bila tulis sini, bila time tu lupa, aku baca balik dan wallahhh! aku ingat balik moment2 tersebut. Tak ke best tu? Kira blog ni untuk memory jangka panjang aku. Anak2 boleh la baca balik kot kan apa mak dia ni suka membebel dan jadi penulis tak bertauliah sini. Itu main reason dia sebenarnya.


Oklah, aku menulis ni pun secara curi2. Tak de koje kan, kita curi tulang jap. Jom sambung balik jadi pekerja yang berdedikasi.

so pada sape yang membaca ni, silalah follow saya! Siannnn kat saya..Ngeh3

Bye!

Tuesday, September 24, 2013

Aku tahu aku ni...........................................................................

0

Bismillah

Assalamualaikum

Kalau perasan la kan.. Entry dulu2 yang aku letak gambar muka aku, aku tak cover kan. Sekarang ni sibuk pulak letak watermark pastu cover mata dan mulut. Bajet retissss ke??? Hehe

Idok la bajet retissss tapi aku ni sedor diri. Muka sempurna cuma tak secantik Nelydia Senrose je. So kita cover la muka kita tu dari tontonan umum. I malu tauuuuu.. Huhu.. Tambah dengan pipi yang tembam nih. Aishhh segannya la nak kasi tempek terang terangan kat sini. Tapi dah sebab gatal sangat nak show off gambar kan.. Kita kasi letak jugak pastu cover mata and mulut tapi pipi tembam tu still obvious. Acane tu???? Heiiii entah la.. Aku dgn diri sendiri pun aku tak paham. Ko nak sorok tapi ko tunjuk gak! Memang kena bagi penampo jepun laju2 dekat diri sendiri.

Maap laa.. Pompuan gedik tahap gaban memang macam ni. Suka hati la kan nak letak gambo tu macam mana. Ko nak togelkan muka ke. Ko nak cover satu muka tu ke. Suka hati lah ye. Asal bahagia. Tatau nak cakap apa dah.. Huhu..

Tapi sebenonya saje je nak cover muka tu sebab takot orang photoshop muka I letak pic bogel.............................................................................................................................

OMG!! BAJET MUKA CUN PULAK??!!! Agagagaga!

Hoi! pe salahnya?? Orang kata sediakan payung sebelum hujan tau! Hahahaha.. Suka hati aku la nak perasan pong~~

Ok la Ok la..

Sebenarnya takut orang meluat.

"Eh, pompuan ni macam bagus je. Muka takdelah SEBERAPA tapi POYO GEDIK dia................ Eiii buat aku stresssss je!"

Aku tak nak lah orang cakap camni kat aku kan..Hukhukhuk..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Walaupun hakikatnya aku ni memang COMEL!!

AGAGAGA!

Bye!

Friday, September 20, 2013

Picture: Flashback balik cerita lepas

0

Bismillah

Assalamualaikum

Entry untuk tatapan mata sahaja tanpa membebel banyak2 macam selalu. Kita mulakan dari yang mula2 terjadi.

1. Weeding Nogha + Zakhree - May 2013

Bridesmaid hancusss..
Ada story yang memalukan disebalik gambar ini. Korang pernah tak dengar bridesmaid lambat? Haa.. jarangggggggg sangat kan.. Ini lah dia kami2 di atas ni. Orang dah settle akad nikah baru ekau nak tunjuk muka. Maka berdoyong doyong la kami kelam kabut masuk dengan menebalkan muka 100 inci! Hoho.. Malu seyyyyyy!
Ala tomei tomei
Ini mase reception. Kitorg dah dipecat dari menjadi bridesmaid dan telah digantikan oleh orang lain yang lebih punctual. *SEDIH*. 
Hehe. Tak lah.. Si pengantin ni ramai bebeno kawan rapatnya. Kitorg kawan rapat masa matriks dan yang jadi bridesmaid ni kawan rapat masa Uitm. So konon to be fair and square dia buat la gitu. Ye dok Nogha?? Ok la.. tak la terasa hati sangat. Kui3

2. Wedding Fasha Sanda + Hanafiah - August 2013

Camwhore memasing
Ini pun ada alkisah gak. Alkisah memanjang la aku ni kan tapi yang ni pun agak memalukan jugak la. Alkisahnya kami2 ni tak dapat pergi ke majlis pernikahan sahabat kami ni so konon nak pergi masa khatam Quran lah belah malamnya. Dressed up dah cun comei superb dah. Semangat giler lah nak pergi ni. Sekali bila sampai pengantin kata tak jadi, postponed ke esok paginya. Cesssss.. Kalau tahu pakai seluar jek. Fasha sendat tu saje tau tak nak bagitahu sebab nanti kitorg tak datang. hewhewhew. Siann sebab majlis dia esoknya pon tak dapat pegi jugak sebab secara kebetulan kami2 ni ada benda yang tak dapat dielakkan.. So tapelah ye..
dengan si pengantin baghuuu
Disebabkan tak dapat pergi ke majlis Fasha makanya kami pergilah ke majlis bertandang beliau. Awat skema tatau.... Tak rugi pergi situ tau sebab dapat perhatian 100% dari pengantin sebab kawan fasha yang lain mana datang. Kitorg je ghajin nak gi Kuala Pilah tu. Hehehe.. *Padahal rasa bersalah sebab tak gi majlis dia sebelum ni*
Lama jugak la kitorg lepak sana. Daripada panas terik sampai hujan sepoi2 bahasa. Hujan sebab Fasha kena paksa nyanyi oleh family in law dia. Hehe. ;p
Aku suka pic ni walaupun aku nampak kepoh giler!!! awwwww I likeeeee!!
Motip gambar? tade..

3. Celebrate befday budak mulot longkang - September 2013

Aku tengah tak puas hati dengan budak Ijad tu sebab tu aku panggil dia budak mulot longkang. Hoh! Tatap pic je la ye. 
Ringkasan, makan2 dekat PickNik, Dutamas. 
Conclusion: Mahal. Portion sikit tak puas. 
Food: Average jeeeee.. 

While waiting for the food.

Laparrrrr!! 

Lambat!! sebab Nik Micheal tu yg masak sdri kot.

Dah kenyang.. bercamwhoring puleksss

Tak tau dah nak buat gaya apa..

Dalam tak nak membebel aku banyak gak aku taip kan. Pompuan memang macam ni. Hoho. K bye!



Thursday, September 19, 2013

Luahan perasaan yang sweet macam gula-gula..

0

Bismillah

Assalamualaikum

Hari ni nak menggedik mengada ngada la *walhal mmg setiap masa menggedik mengada pon*.

Ekceli dah dua hari tak berasmaradana dengan En.Tunang dalam tepon sebab dia on the sea dua hari ni. Tadi dia dah sampai ke darat call la kejap khabarkan dia dah sampai. Tetiba pulak I jadi dia rindu dengan dia. Boleh tak luah dekat sini? Hehehe *muntah*

In Sha Allah lagi seminggu pulang lah dia ke pangkuan tunang dia yang comel *sangat* ni. Nak kira seminggu tu rasa macam pejam celik dah seminggu kan tapi I yang menanti ni rasa macammm SEMINGGU!! LAMA TU!! pastu kan kalau dia dah balik tu maknanya tak lama nak mengakad la ni! adoiyaiii! dah puas ke bujang?????! Hahaha..

Teringat la balik kenangan-kenangan lama dia mengorat dulu. Dia mengorat ala2 gelojoh sikit. Aku pun terima dengan gelojoh2 jugak lah. Boleh gitu? Hehehe.. Tapi dalam gelojoh2 kitorg pun In Sha Allah disatukan.. Amin..

Nak cakap pasal peel pakcik sorang ni memang tak banyak sebab dia ni tak banyak karenah sangat kecuali bab membebel dia tu. Tu siyes tak leh tahan. Aku tahaaaannn je bila dia dah start membebel tu. Kang melawan kang jadi tunang derhaka lak. Hehe.. Cumaaa ada satu ni je lah yang buat aku teringat lebeh.. Jeles!

Jeles pakcik ni boleh tahan jugak lah. Sebab tu aku suka kenalkan dia dengan kawan2 laki aku yang selalu aku keluar ke ape ke kan dengan harapan dia tak lah nak jeles sangat. Alhamdulillah taktik aku berjaya. Hehehe. So tak adalah asyik nak bergadoh je sebab jeles ni. Tak kuasa mak!

Tapi ada sekali dia jeles tahap super saiya punye.. Sebab?? sebab aku still lagi contact dengan crush aku dulu. Dalam fb, dalam phone memang still contact lagi sampai satu tahap dia suruh aku delete fb hamba Allah tu depan dia dan call hamba Allah tu depan dia jugak bagitahu jangan call aku lagi. Terkebil kebil la jugak aku macam mana nak cakap kan.. Hahaha.. Cite lama ni. Sekarang sume steady. Tak ada contact2 apa dah. Nak kahwin pun kan. Luka lama jangan diingat kembali. hoho..

Pada En. Tunang, silalah pulang cepat. Teringin nak makan nasi kukus *tetiba*.

Friday, September 13, 2013

Selamat Ulang Tahun ke 67 Mama :)

0

Bismillah

Assalamualaikum..

12/9/2013 -- Birthday mama yang tercinta

Di usia yang masuk 67tahun semalam, Alhamdulillah mama masih kuat tapi kuat cara orang tua la. Sakit2 tu tetap ada tapi so far Alhamdulillah tak ada yang serius. Mengadu penat2 tu perkara biasa.

Mama masih busy dengan persatuan dia sana sini. Bekerja gaya orang muda. Tak reti duduk diam dekat rumah. Kalau dihitung 7 hari tu, adalah 2 hari duduk rumah. Itupun bukan duduk rumah gaya orang malas tapi ada je kerjanya. Berkebun la mengemas sana sini la buat itu buat ini. Memang jenis tak duduk diam mama ni.

"Mama kalau duduk rumah 3 hari boleh demam".

Tu lah bila mama cakap bila anak2 suruh duduk rumah diam2. Tak payah nak drive meredah KL tiap2 hari. Dah mama cakap macam tu. Kami ni boleh cakap apa lagi kan. Nak anak2 drive kan untuk mama? masalahnya semua pun bekerja. Mama pulak tiap2 hari keluar ke KL. Geng mama... Abah. Sama je lah couple ni. Memang sepadan. Jenis tak duduk diam.

Siang macam superwoman. Bila malam mulalah ngadu mama penat..Mama sakit kepala..Mama sakit badan..Mama sakit itu sakit ini. Kami ni tak larat dah nak cakap apa.. Urut je la kepala ke badan ke kalau mama nak di urut.

Tapi Alhamdulillah di usia mama 67 tahun ni mama tak ada lah penyakit amnesia ataupun nyanyuk tu. Ingatan mama memang bagus. Mungkin sebab masa muda mama aktif dan kuat. Dengan izin Allah.

Dan semalam kami rai mama secara kecil-kecilan saje. Abgcih+k.dut, Abgdy+k.mona, nini dan cucu ada balik raikan mama. Abgdy+k.mona belanja satay. Abgcih+k.dut belikan kek. Aku dgn nini? Tukang makan. Hehe.. Bibik pulak masak la sikit2. Lauk ringkas untuk cukup syarat. Dalam penat, seronok la mama tengok cucu2 dia. Macam2 ragam. Rumah riuh la sikit malam tu. Luar biasa tu kalau hari biasa. Selalunya hujung minggu baru meriah. Pakat2 balik.

kek besar Abgcih+K.dut..Kek kecil nini tiba2 keluarkan. Seprais!!
Kek nenek yang cucu dah balum coklat tepi2 tu.

Cucus cucus yang balik

nenek dengan cucus.. terpaksa crop kepala nenek sebab nenek tak pakai tudung

Mama, selamat ulang tahun yang ke 67 tahun, Semoga mama sentiasa sihat dan kuat untuk mama nikmati lagi saat2 indah mama dengan abah, anak2, menantu dan cucu2 yang membesar dengan bijak. Semoga apa sahaja yang mama buat Allah permudahkan. Adik sayang mama walaupun perangai adik ni Nauzubillah teruknya. Huhu. 



Tuesday, September 3, 2013

Bride to be#10 - Gelabah ayam

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Orang selalunya lagi seminggu baru nak berdebo debo tapi aku ni jenis kalut sikit. 1 bulan 4 minggu memang dah buat aku gelabah tahi anjing. Hoho. Semoga Allah permudahkan semuanya dan lindungi keselamatan aku. Amin.

Kerja aku sekarang? Sibuk nak buat props untuk bergambar. Aku tak ada photobooth. Mula-mula memang nak buat tapi macam membazir je. Purpose nak pakai pelamin tu sebab nak bergambar lah. So, kita bergambar je kat pelamin dengan pakai props tu bagai. Jadilah photobooth jugak kan. Sesuai la dengan poket aku ni. Nanti melebih lebih nak bayo pakai apa. Kalau daun2 kat pokok2 mak aku tu berharga tak apa gak. Aku petik je dah setel semua hutang bagai. Kuikuikui

Props2 tu aku buat sendiri dengan bantuan akak aku. Jadi tak jadi aku tak tahu lah tapi jenuh la jugak. Orang tak kreatip kan tapi sibuk nak buat semua bagai. Gamaknya ada la senonoh tak senonoh gak props aku tu. Tak sedo diri gitu la dia. Nanti kita tengok ye hasilnya. Bila dah siap kita tunjuk.

Ermm lepas tu kepala aku dok pk pasal doorgift pulak. Pastu pasal hiasan hantaran lagi. Pastu pasal borang nikah lagi. Pastu pasal nak edar kad lagi. Pastu pasal pasal pasal pasal pasal pasallllllllllll.. warghhhh aku dah start stress melampau ni. Rambut pun banyak dah gugur. L

Aku memang jenis kalut. Maaf la ye. Pompuan gedik memang macam ni. Dah la gedik pemalas pulak tu. Memang package aku ni. Nasib la tunang aku dapat aku ye. Harap2 dia jenis redha yang beristiqamah. Huhu.

Awal2 dulu ngade2 kata awal lagi. Bila dah kesuntukan masa baru nak gelabah ayam. Ginilah gamaknya. Padan la dengan muka aku kan.


Takpe2 banyak lagi masa. K bye…

Wednesday, August 28, 2013

Bride to be#9 - Tempah baju nikah

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Tengah dalam mode mengantuk sebenarnya ni. Penat semalam tak habis lagi. Semalam pergi mana???

Heee.. Semalam dengan jayanya aku dah pergi tempah baju untuk nikah. Sanggup meredah dari Puchong ke Ampang semata-mata kerana tailor yang mek Azni kata superb. So, dengan izin bos untuk pulang awal jam 5 petang semalam, gigih aku memandu kereta meredah jalan time orang dah habis kerja. Peak hour katenye kan tapi Alhamdulillah jalan clear sangat kot! Puchong paham2 je la kan. Kalau tak sesak bukan Puchong namanya tapi semalam memang clear. Lepas tu masuk mex highway menghala ke jalan Ampang. Niat menghala ke Ampang Park stesen la kononnya tapi last2 sesat gara2 GPS tak function!. Kuang hajo. Sesat dalam KL hazab kau! Walaupun aku ni anak jati KL tapi nan hado aku suka dengan KL. Sesak!! Tapi Alhamdulillah semalam KL pun tak sesak sangat padahal masa tu dah pukul 530 lebih2 sikit kot. Nasib aku kan. Alhamdulillah. Pastu pusing2 punya pusing jumpalah aku dengan KLCC dan suruh si mek tu tunggu depan KLCC. Amik je dekat situ.

Mulalah si mek tu membebel kata dia pulak kene tunggu aku bagai. Ehhh banyak cekadak pulak. Aku dah amik ni kira bersyukur tau. Keh3. Tak bertengkar mulut ngn makcik sorang ni memang tak sah. Siap dia nak mencarut kat aku pulak tu. Hahaha. Nasib baik tak terkeluar kalau tak ada yang kena tinggal tepi jalan.

Nak menempuh ke Ampang dari Jalan Ampang tu tak ada lah jauh sangat kan tapi yang hazabnya traffic light. Gila kejap lampu dia. Buat aku hangin je. Tambah dengan perut lapar kan. Dosa berganda ganda aku dapat semalam sebab marah2 kat orang. Huhu.

Bila si mek tu cakap kat Ampang aku ingat area Ampang point je. Hehe. Rupanya2 dalammmm lagi. Dah masuk dekat carrefour Ampang tu, kau kena masuk dalammmm lagi. Jenuh jugak lah. Tapi tak apa lah. Demi sepasang baju nikah.

Tailor si mek ni seorang Auntie Chinese from Indonesia. BM dia quite good sebab Cina Indonesia kan memang fasih berbahasa Indonesia. Bahasa Indonesia dan Malaysia kan tak jauh beza sangat. So senang sangat nak ber'communicate' nak bagitahu kita nak macam mana macam mana. Lepas tu dia pulak bagi suggestion macam ni macam ni. So kita paham. Senang.

Pasal harga, aku tak tahu lagi. Auntie tu pun tak tahu nak letak banyak mana. Tunggu dia jahit dulu. Kalau susah mungkin harga dia tinggi sikit. Aku tak kisah sebab tahu kain lace with beads memang payah sangat orang nak ambil sebab sulit sikit nak menjahit dia. Banyak kerja. So bape2 yang auntie tu letak kita bayar je la ye. In Sha Allah masih dalam bajet.

Agak lama jugak kat rumah Auntie tu. So far design yang dibincangkan memuaskan hati aku. Kita tengok final dia nanti macam mana. Harap2 la sangat puas hati. Baju nikah kot.

Jangkaan siap adalah bulan 10 nanti. So, nanti kita reveal teaser ye lepastu tengok hasil puas ke idok.

Siyes gua tak sabar! hhehe..

Tuesday, August 20, 2013

Kisah berat badan saya - Perkembangan lepas seminggu

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Dah nak dekat kahwin ni kan, risau psl berat je. Nnti lemak berlipat lipat tak cantik pulak pakai bajunya. huhu.. Struggle giler sekarang ni tapi dalam struggle tu tak menahan jugak dr makan sodap. keh3. tak tertahan nafsu makan saya. :(

Tapi so far Alhamdulillah berat dah turun 2kg lebih. Ok la tu. Slow2 but practical. Kan?? Current weight? Ermm pagi tadi timbang 65.9kg. Sama dgn berat semalam sebab malam tadi tak excercise.

Last weekend adalah hari melantak. Hari sabtu beraya ke rumah mak lang. Menu? nasi goreng dengan ayam bakar dan mihun soto plus cocktail buah. Itu memang balun habis la. Sampai umah timbang berat naik ke 67.8kg. 1kg lebih makanan yang aku lantak tu. Hehe.

Hari Ahad pulak buat makan2 untuk kawan2. Hari tu memang penat. Bangun awal pagi pukul 6 lebih. Lepas solat subuh terus turun ke dapur. Mencatat sejarah sebab selalunya lepas subuh setiap hujung minggu aku qadak tidur balik. Keh3. Siap2 masak semua dalam pukul 9 lebih. Pagi tu rasanya aku tak makan apa sangat. Style aku, kalau dah penat buat keje memang tak lalu nak makan. Tak ada selera. Ada la aku merasa nasi ayam akak aku. Itupun tengok ayam yang sangat menyelerakan. Ambik lah jugak sepiring. Nasi pun secoet je.  Bila kawan2 datang barulah aku melantak banyak sikit. Makan nasi ayam lagi. Kuantiti banyak jugak lah sebab perut aku dah mula meragam minta makanan tapi still dalam kuantiti yang terkawal.

So hari Ahad tu makanan aku adalah nasi ayam, salad buatan sendiri (yg ni aku makan byk) dan mihun dan kueyteow (beraya rumah kwn). Rasa total kalori aku amik lebih 1200kcal. Tapi bila malam timbang berat aku 66.4kg sahaja. Tak pelik sebab memang aku penat sangat hari tu buat kerja. Makan memang kerap tapi sikit2. So semalam dan hari ni berat aku 65.9kg. Target untuk dicapai hujung minggu ni nak berat 65.5kg. Memang kene pulun.

Setakat ni cara aku untuk diet adalah:

Hari biasa/kerja:

Pagi: Oat+susu manis+kismis
Tgh hari: Makan macam biasa tapi kuantiti sikit. Kurangkan nasi
Malam: Makan macam biasa juga tapi kuantiti sikit
Snack in between samada buahan atau apa2 yang boleh kurangkan lapar.
Air putih tak kurang dari 1500ml. Lagi banyak lagi bagus.
Green tea every morning

Hari minggu:

Makan tak menentu dan tak terkawal. keh3

Aku makan macam biasa tapi aku pastikan jumlah kalori aku ambil sehari tak lebih dari 1200kcal. Macam mana nak tau berapa kalori kita amik? Sape2 yang pakai smartphone senang. Aku download myfitnesspal dalam hp. Banyak menu makanan malaysia dalam tu. Senang dan mudah. Setiap kali ko makan ko isi je dalam apps tu.

Dan untuk monitor berat aku, aku download weight history. Tiap2 hari record dan kita boleh tahu berapa dah turun dan berapa lagi yang nak diturunkan. Kat situ pun boleh tau berapa BMI kita semua. Senang cite macam2 adalah..

Dan untuk excercise pulak pon aku download circuit training dan daily work. Sonang jo. Kau ikut la step dia tu sampai pengsan. Dia pun ada timing dia. So kita boleh tahu berapa minit kita dah excercise.

Semua ada dalam phone kan?? Silalah pakai smartphoneeee..

Dannnnn untuk menaikkan semangat aku tiap2 hari aku bukak website kevinzahri dan baca success story orang2 yang dah berjaya turunkan berat badan. Orang yang dulu lagi gemuk dari aku pon boleh kurus apatah lagi aku kan??

Itu je la cara aku so far. Alhamdulillah turun la 2 kg. Ada lagi 8.9kg lagii nak turun. Wish me luck!!

P/s: Baru turun 2kg dah sibuk kan?? Haha. Aku sukalah! Susah kot nak turunkan berat!


Tuesday, August 13, 2013

Kisah berat badan saya - Edisi reveal habis habisan

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Entry kedua pada hari yang sama.

Entry ni aku nak reveal pasal berat badan aku tapi start dari zaman matriks di Londang, Melaka
matriks 2006-2007

matrik 2006-2007
 Tak ada gambar full pulak dalam simpanan aku sekarang tapi tengok daripada ketembamam pipi dan tangan boleh agak kot kebesaran aku tahap mana. Masa masuk Matrik ni berat aku dalam 73-74kg macam tu. Berat yang paling heavy seumur hidup aku. Tapi lepas je sesi orentasi, berat aku turun lebih kurang 1-3kg dan selepas 1 tahun dekat Matrik berat aku turun dalam range 3-4kg. Sebab apa turun? Sebab aku duduk dekat kolej yang paling ke dalam/jauh dan di tingkat paling atas iaitu tingkat 4. Tapi kadar masuk kalori aku pun banyak juga dan aku agak rajin makan malam. Sebab tu tak berapa nak turun sangat. 

Uitm 1st year 
Untuk Uitm dia ada part by part penurunan. Lepas Matrik, cuti agak lama lah. So dalam masa cuti tu memang aku menternak lemak lagi. Hasilnya macam dalam gambar 1st tu. Boooolat nak mamsss! plus hitam logam!. Zaman tu memang aku langsung tak timbang berat badan. So aku tak tahu condition badan aku dah teruk masa tu. Langsung tak kesah dengan berat badan. Mulut tetap merungut baju tak muat la apa la tapi tak ada inisiatif tuk aku muatkan baju tu. Aku rasa masa tu berat aku dalam range 72-73kg. Back to berat asal sebelum matrik.

Uitm 1st year
Life dekat Uitm quite hectic juga. Even aku tinggal dekat floor 1 di kolej tapi kelas berbatu jauhnya. Oleh itu, aku banyak berjalan. Ke sana ke mari. Berat turun la sikit sebab malam aku tetap makan. Berapa aku tatau sebab aku tak timbang. Aku just perasan bila ada certain baju aku muat sikit. Hasilnya jadi macam picture atas ni.
Uitm 2nd year - sem5
Untuk 2nd year, aku dan start duduk luar. Menyewa rumah dengan kawan2. Lagi bebas lagi sedap makanan luar. Tiap2 malam memang makan tapi aku ada kesedaran sikiiiittt je masa ni nak kurus. Try to diet excercise etc. Aktif tetap aktif sebab sem 5 ni kelas agak padat dan memang sentiasa bergerak laju time ni. Walaupun naik kereta tapi student ada parking area sendiri kan. Nak berjalan hazab jugak la. Lagi2 kalau dah lambat. Memang marathon jawabnya. Gemuk still gemuk tapi orang ada cakap aku kurus sikit bila aku balik rumah. Gambar 3rd tu masa dinnner tuk final student sebelum kitorg melangkah ke alam practical.


Uitm 2nd year - sem6
Masa presentation Viva ni ramai gak la cakap I kurus sikitttttt.. Hehe. Suka la hatikan. Aku pakai tu baju akak aku. Pinjam sat. Aku ni manalah ada baju cantik. Terpaksalah pinjam baju akak aku. Akak aku kecik daripada aku tau sebelum ni. So bila dapat pakai baju akak aku maknanya aku dah turun la.. Masa ni kalau tak silap aku la kan berat aku dalam 67-69kg. Pipi tu tak leh nak buat apa la kan. Memang keturunan tembam. Tapi sila tengok dekat tangan I. Beza jugak kan dari masa matrik dulu? Sebab kurus? Final sem adalah masa practical. Aku practical dekat Bangsar. Naik tren dan berjalan lebih kurang 15 minit jugak untuk sampai ke opis. Oleh itu tiap2 hari aku berbau bacin sebab peluh. Hoho. Nasiblah ekau. Pergi balik berjalan 15 minit. Tgh hari tak bape makan sangat. Makan dalam kuantiti sikit. Tapi malam aku memang makan sebab tak tahan. hehe. So, itulah hasilnya....
penganggur terhormat
Lepas habis Uitm, aku menganggur 3 bulan. Bulan pertama berat aku dalam 68kg. Cutikan. Seronok la makan tido makan tido. Mama abah tak bagi keje. So hidup itu je lah. Makan tido makan tido. Naik bulan kedua dan seterusnya, berat aku turun sehingga 10kg. Dalam gambar ni berat aku 57kg. Incredible kan? Dalam masa 2 bulan lebih aku boleh kurus 10kg. Aku sendiri pon tak sangka. Sebab kurus? Sebab aku patah hati. HAHA! Heart broken for 1st time. Reason sebab aku gemuk dan gelap. Kebetulan ada program biggest loser kat tv. Apa lagi...Aku terinspirasi la. Aku memang tak lalu makan. Itu bonus untuk aku kurus. Kalau ikutkan aku memang boleh tak makan sehari tu tapi sebab aku tak mahu kene gastrik, aku amik jugak nasi kurang dari segenggam. Hanya untuk alas perut. Aku memang tak lalu langsung2 dan aku excercise bagai nak gila. Duduk rumah tak ada buat apa. Aku follow biggest loser tu dari pagi sampai malam. Bukak tv bukak U-tube sampai aku flat tak larat nak excercise dah sehari tu. Bila kalori lagi banyak keluar dari kita ambil itulah hasilnya. 10kg dalam 2 bulan. Gila kan? 
1st year kerja
Masuk keje, berat naik turun. Hati dah pulih masa ni. So seronok la makan. Paling berat masa keje 1st place ni adalah 65-66kg. Hahaha! Naik balik 10kg. Kuang ajo btol lelemak ni. 

latest raya 2013
Sekarang?? Kalau ikut timbang malam 2nd raya tu berat adalah 68.5kg*mengucap*. Kalau ikut pagi ni, berat adalah 66.8kg. Aku pulun excercise 2 malam. Alhamdulillah turunlah sikit. Dan untuk kahwin ni, target aku untuk turun kepada 60kg. Caranya?? Excercise tiap2 malam dan jaga makan.

Sebenarnya boleh je nak kurus.. Tapi aku ni jenis pantang nampak. Terus tak tahan nak ngap. Lepas tu bila tahap malas nak excercise tu, semedang je la malas sampai langsung tak buat dah. Badan aku ni macam badan orang lain la kecuali badan orang2 yang metabolisme yang tinggi nak mampus tu. Kalau aktif gerak banyak memang senang sangat nak turun. Kalau malas pun memang senang sangat lah nak naik. *grrrrrrrr*

Aku tak percaya cara pantas ke apa. Pil2 ni semua. Aku takot bila aku stop tiba2 nafsu makan mencanak naik macam gergasi. Takoootttt.. So sebab tu aku guna dua cara sahaja. Excercise dan makan. Aku kira berapa kalori intake aku. Kalori intake ni aku belaja dalam website. Aku beli e-book Kevin Zahri. Kalau rajin aku ikut, aku turun. Kalau malas lain lah result dia kan.... Perangai malas aku ni buat aku rasa nak lempang diri sendiri 1000x. Geram gak..huhuhu..

So, tunggu la resutnye. Tengok samada aku berjaya atau tak turunkan sampai 60kg. Wish me luck. Nak kawen ni WOiiiii!