Wednesday, January 16, 2013

Fiance to be #5

0

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah detik detik tu dah makin hampir. Kalau nak countdown ermm tinggal 11 hari lagi. What?? 11 hari?? Waaaaa! Takut!! Boleh tak kalau nak takut sebab nak sarung cincin nanti? Boleh tak? Boleh tak? :(

Hari tu merungut dengan cik abang. Dah la tangan gelap. Malu nak suruh mak dia sarungkan cincin. Huhuhu. Pastu boleh cik abang cerita kat mak dia. Teruk btol! Malu i!

Ermm persiapan semua setakat ni still on-going la. Few dah setel. Dah tak payah nak fikir banyak sangat tapi selagi majlis tak selesai selagi tu tak akan berhenti untuk berfikir. :)

Ok. Ni nak share sikit things pasal tunang ni.

Perkara
Status

Baju tunang + tudung
Selesai
Sdn Bhd
Make up
Selesai
My beloved fren
Hantaran
90%
DIY
Photographer
Selesai
Kawan cik abang
Makan
Selesai
Sdn Bhd
Bantal tunang
Selesai
Pinjam kawan
*apa lagi ek? Rasa tu je kot.

Tunang aku tak buat besar besar pun. Sesimple yang mungkin. Pelamin tak ada. Doorgift tak ada. 

Untuk baju tunang aku beli dekat jakel. Jahit dengan ah so cina dekat klang dan tudung beli dekat jln TAR sajo… tudung murah n cantik! Hehehe..

Untuk makeup I booked kawan I saje. I believe her to make me pretty on my special day.

Hantaran makan bajet sikit sebab aku beli sekali dengan bakul sebanyak 8 buah. So banyak makan duit kat situ la tapi tu memang niat dari awal pun. Mungkin boleh guna masa nikah nanti. Hantaran memang 100% buat sendiri. Well peringkat awal memang banyak ada ubah2. Biasalah banyak pendapat kan. So aku kutip sikit2 yang orang komen then aku gubah campur2 semua dari komen2 orang. Maybe tak secantik daripada orang pro ubah tapi buat sendiri kan. Rasa best lah sikit.

For photographer, yang ni cik abang yang uruskan dengan kawan dia sebab dia nak sponsor. Hehe. Dia tahu bakal tunang dia ni tak ada banyak duit tu yang dia offer diri. Hehehe. So, dah warning kawan dia ni. Kalau hasil cantik dan harga reasonable, memang continue amik dia time kahwin nanti. Bagus pulak photog tu bagi gerenti. Good3.. :)

Untuk makan pulak sdn bhd. Mak aku buat ala2 konsep rewang rasanya. Mak aku masak satu lauk ni dan lauk2 lain dibahagi antara kakak2 aku, makcik2 aku tuk masakkan dan nanti gather lauk2 tu kat umah time ceremony nanti.  Owh lupa, khemah diuruskan oleh my abah. :)

Bantal tunang aku pinjam dari kawan aku je. Senang. Malas nak fikir lebih2. Huhuhu
 
Ok tu serba sedikit pasal persiapan tunang aku. Ermm maybe nanti I will share pictos dalam ni k. :)


Wednesday, January 9, 2013

Yeay2!! dapat bunga! :p

0

Bismillah

8.1.2013 -- 2nd year annivesary


1st time ever dapat bunga. Bunga tipu sebab dia tak suka bunga betul. cepat mati. kalau bunga tipu ibaratnye cinta dia tak mati2. Awwww!! haha geli uolllsss!

Romantik pulak pakcik sorang tu malam tadi. Lepas berjaya merembat dua bentuk cincin untuk bertunang akan datang ni, dia boleh buat seprais time nak pergi makan.

Two words -- Terkejut dan terharu.

Ada lah rasa nak meleleh sikit tapi tahannn.. cover ayu kononnya. ;p

Time kaseh pakcik tuk seprais and bunga tu. pakcik dah buat saya terharu. huhu.

Owh, bila dah semalam tersenyum dan tersengih macam kerang busuk, suddenly aku teringat dekat memori berkasih dulu dengan hamba Allah sorang lagi tu. boleh? tengah2 time romantik tu? spoill tau.. hahaha..

Nope. Aku teringat dia sebab sangat2 berterima kasih dengan dia. Kalau lah taste dia tak tinggi and tak tinggalkan aku yang tak ikut piawaian taste dia ni, kompem I tak merana--kurus and jumpa pakcik I sekarang ni yang Alhamdulillah much300x more better than him.

Walaupun kepercayaan pada laki berkurang, tapi yang aku boleh cakap as for my experience.

"Bersamalah lelaki yang menerima kita dengan seadanya walau macam mana pun keadaan kita. In Sha Allah, jika dia yang sedemikian, dia akan menyayangi kita tanpa bersyarat dan ikhlas".

Dia tak akan sia2 kan kita dan tak sabar2 nak mengambil tanggungjawab dari ibu bapa kita. dia nak galas segala tanggunggjawab tu. dia nak jaga sejaga jaganya.

Kita pun kenelah ikhlas. ikhlas terima dia dan apa adanya. ^_^

Tuesday, December 18, 2012

Kenangan lama

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kawan matrix yang selalu hangout togeder geder..

Giler bila dah start imbau dolu2 pyer memory mcm ni la gamaknye.


 Siyes, bab someone dalam almari tu aku memang tak ingat. Sape la yg aku admire dulu. hahaha! Tapi bila dia sebut "imam" tu terus ting!!!!. hahaha! ye, aku suke jenis stok2 ustaz dan jejaka2 kaki surau sebab tu dulu masa matrix aku rajin p surau walaupun surau jauh okay dari kolej aku! hahaha!

Aku kan ade short memory problem. hehehe. bile bagi hint baru ingat. tang aku bagi buku tu pun aku tak hingat. ade ke?? hahaha!

Well, itu semua kenangan zaman berhingus. Sekarang dah 5 tahun sebenarnye dah tinggal zaman tu. Since 2007 okay! waaaahh kejap je dah 5 tahun. huhuhu. Semua masing2 banyak dah keje. dah tunang. dah kawen. dah beranak. dah segala galanye!

Ape pon, siyes rinduuuuu!!!


Thursday, December 13, 2012

Ingat orang keje kapal ni semua busuk ke?

0

Bismillah.

Assalamualaikum.

Orang: Bf/kawan keje ape? kat mane?
Aku: Keje bese2 je atas kapal.

Orang muda: Waaahhh kaya laa..banyak duit.
Orang tua: Tak pe ke kene tinggal?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Normal la bila orang tanya pasangan kite keje ape kat mane kan? tujuan mungkin sekadar nak amik tau atau nak membandingkan. Who's know. So, kita fikir yang positif saje ok.

Seringkali orang kaitkan keje kapal banyak duit n bla bla bla. Yes, memang tak dinafikan lah. Memang patut dapat banyak duit kalau kau keje separuh mati atas kapal tu. Time tak ada projek mungkin bolek relax sikit tapi bila ada projek, nak tido pun payah. Dan dorang memang compulsory to gain so much money bila keje tanpa insurans dan jaminan dari majikan. Yelah, kalau dah kapal mesti pergi belayar ke laut. Laut tu kite tak boleh nak predict tahap ketenangan dia macam mana. Tetiba nak mengganas pun boleh kan dan dengan kehadiran lanun2 lagi. Risiko tak risioknye keje kapal ni. Minta dijauhkan.

Anything you want, you must work harder. Itu lah orang2 kapal....

About kene tinggal. Dah biasa dah orang tanya macam ni. We both have been together almost 2 years. So banyak dah soalan2 berkenaan ni. Dan selalunya bila orang tanya tak takut or tak pe kene tinggal mesti ada hidden meaning disebalik soalan tu. Masuk tersirat yang dah paham sangat dah.

Tak takut ke dia main kayu 3. Buat perangai tak senonoh.

Well, the key is, trustworthy. If you trust your partner, soalan tu tak patut ditanya.

Sape la yang suka kene tinggal kan. Tapi demi untuk mencari rezeki, aku relakan juga. Niat dia baik dan selalu niat yang baik Allah tunjukkan dan permudahkan jalan tu. Alhamdulillah keje dia tak da sampai 6 - 12 bulan belayar tapi just 2 month. Sekarang ni masa cepat je berlalu. 2 bulan tu tengok dah nak habis dah. So, its not a big deal sangat.

As what I said, trustworthy tu sangat2 la penting in relationship. Mula2 dengan dia memang tak yakin. Dengan past experience yang sadis berkaitan pulak dengan pantang nampak pompuan kan, buat aku lagi makin risau lah. Tapi slowly, bila dah lama dengan dia and get to know him deep and better, kepercayaan pada dia semakin menebal. Apa yang buat aku yakin dengan dia?

1. Buka jenis kaki pompuan/suka nak pandang2 pompuan.
2. Dia menjaga solat dia.
3. Anything he do he will tell me even mende yang kecik2 sekalipun. Jujur
4. He is responsible towards his mother and family.
5. I know he love me. ;p

Lelaki yang sentiase ingat and bertanggunggjawab terhadap mak dia merupakan lelaki yang paling layak dijadikan suami dan In Sha Allah patut dipercayai.Plus dengan menjaga solat, Allah akan menjaga iman dia, akhlas dia dan hati dia dari terjebak dengan benda2 yang tak sepatutnya.

Sebenarnya, semua tu terpulang pada diri masing2 in how u control it. Pandai jaga diri, ingat asal usul, ingat Tuhan, ingat keluarga. In Sha Allah, datang segala godaan, kau boleh tepis. Berdoa juga senjata untuk mengawal diri dan nafsu tau.

So, pasal dia main kayu tiga tu, tak kesah pun. Kalau dah memang dia untuk aku, Allah permudahkan dan kalau bukan, Allah tunjukkan jalan. Aku dah set awal2, aku tak mau meraung mcm dulu. Macam orang tak ada iman sebab kecewa. Sekarang aku serah hati pada Allah kalau aku kecewa. Dia tahu jalan mana yang aku patut lalu. Aku letak redha dan pasrah aku 100% pada Dia sebab Dia tahu mana yang terbaik. Aku cuma usaha je supaya benda tu tak berlaku.

Semua orang memang mempunyai kitaran hidup yang sama tapi the way how we want it to be happen whether beautiful or ugly, it depends on us how to draw it.










Wednesday, December 12, 2012

Fiance to be #4

0

Bismillah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, persiapan dah mula buat past by part. Sekarang ni dah 50% setel.

Semalam baru sudah borong perhiasan untuk barang2 hantaran. Yang ni aku over budget tapi tak pe. memang sengaja pun sebab nanti boleh recycle balik guna untuk nikah nanti. especially yang tang raga2 tu. hehe. Just nanti ubah deco je lah.

Jenuh jugak lah dok membeli. Bila nampak yang tu tetiba image deco dalam kepala ubah pade image lain pastu nampak yang lain berubah pulak yang lain. Pusing kelapa. Last2 terduduk aku dekat tempat borong tu. Nasib baik dia pakai kapet. Bersih sikit la. hehe.

Ok. Tempat borongan adalah di Balakong. Nama kedai Fah Lean dengan Wang ape tah. Dekat Fah lean aku banyak beli barang2 hiasan tapi dekat Wang ape tah aku beli bakul/ raga atau ape je korg nak panggil. Kat Wang ape tah tu la aku rasa aku membazir lebih sikit sebab bakul dia memang quite expensive tapi kat situ banyak choice dan aku rasa apa aku beli cantik. bahaha!

Dekat Fah Lean ada juga bakul2 tu tapi banyak yg buat dari kayu. So, kayu memang lain tapi kalau yg buat dari rotan atau besi murah lagi la dari Wang ape tah. Aku tak mo kayu tapi kayu memang banyak choice la compared than other design/material.

Lagi satu, aku banyak borong bunga jgk. Aku pakai bunga fake je tapi cantik. hehe. Nak pakai real/fresh flower nanti dulu. Itu time nikah nanti.

Sekarang ni tak leh nak reveal lagi how my bakul/raga look alike. Tak sempat nak tangkap pic dan memang tak mahu pun lagi tangkap pictos. Nanti bila aku dah start memunggah segala macam baru aku reveal ok.

Sesape yang nak beli bahan2 deco untuk buat hantaran, boleh la pi kat Fah Lean tu. Google je. Yang Wang ape tah tu aku tak tahu la nama penuh dia tapi dia dekat sangat dengan Fah Lean. Tak susah pun nak cari. Nama penuh dia nanti aku tanya balik kazen aku sebab dia yang tukang guide. Harga kat Fah Lean bagi aku ok lah. Tapi mungkin ade yg lagi murah. Aku tak rajin nak mensurvey. So gi jela satu tempat tu. Malas nak fikir banyak. hehe

Wednesday, November 28, 2012

Rindu blog lama i ;(

0

Bismillah. Assalamualaikum..

Tiba2 rindu pulak dekat blog lama dulu. Tapi apakan daya. Banyak coretan pahit dalam tu yang takmo dikenang dah. :)

Hidup harus diteruskan. That's why a new blog were made. 



Flawlessnyeee skin aku~ =_="

0

Assalamualaikum..

Semalam aku bersembang dengan kawan2 dalam whatsup. Kembang kempis je hidung aku bila dia puji teringin kulit aku yang flawless. Aku macam............ flawless ke??? dengan whitehaed yang suke beranak pinak dengan tang hidung ni. Aku tak rasa pun kulit aku flawless. Plus dengan kulit yang hampir serupa dengan mamak ni. Errrr.. Flawless ke??? huhuhu

Aku malas nak cari definisi flawless dalam google tapi bagi aku flawless ni kulit yang PUTIH gebu yang memang tak ada cela. Even whitehead pun tado!. Of coz la bukan macam warna kulit aku kan tapi kawan aku tu kata tak apa gelap sikit asal licinnn..heeee

Tapi dalam hati aku bersyukur la jugak kan. Walaupun kulit tak berapa nak cerah tapi aku tak ada masalah jerawat mawat ni. Syukurrr sangat3!. Mungkin faktor genetik la jugak kot. Dalam family aku yang perempuan2 ni, akak aku sorang je yang ada masalah jerawat ni. Yang lain Alhamdulillah memang tak ada. Mak aku masa muda pun tak ada gak bila aku tengok gambar2 lama dia. Memang tak boleh ada sebab mak aku dulu ratu kebaya. Jatuh la saham kalau ada. keh3!

Kalau nak tengok aku ada jerawat, time nak datang period je la tapi pandai dia cari port nak tumbuh tu. Selalu dekat dahi yang nak hampir dengan rambut tu. Aku tak tahu tang dahi ke kepala? hehe. tapi tang situ la so bila aku pakai tudung memang tak nampak. Tu nampak macam tak ada cela tapiiii hakikatnye... hehehe

Cara aku jaga muka? Well aku ni jenis pemalas banyak. Aku basuh muka pakai pencuci muka just pagi bila bangun tidur je sebab tidur malam tu kan, aku rasa macam minyak berkumpul je kat muka pagi tu. Tapi petang ke tengah hari ke aku basuh muka pakai air paip biasa je la. Time amik wudhuk tu pun kira basuh muka jugak la bagi aku. hehee.. malas tak malasnye aku. 

Untuk kosmetik, ermmm aku tak pakai mende pun. Aku just pakai safi balqis UV yang penutup kaler biru tu. pastu tempek bedak compact ke.. bedak baby johnson ke.. tu je la.. Nak make up lebih2 kalau nak kuar pi jalan2 je tapi kalau nak pegi keje pakai basis yang tu je. Kadang2 tak pakai pun safi balqis tu. Just tempek bedak baby. Selesai! terus pi keje. Gincu atau lip balm pun aku selalu tak pakai gi keje. hehehe.. Bayangkan punyalah huduh muka time tu. Tapi aku pedulik hape. Tak ada sape pun nak tengok dan aku pun tak ada nak ngorat2 sape2. Gila ke nak ngorat orang lagi. Mengamuk cik abang tu. Aku nak kuar ngn laki pun dia dah berat nak lepaskan. huhuhu.

Oh ye, time nak tempek bedak tu selalu aku mulakan dengan Bismillah. Untuk apa? Aku pun tak pasti mukjizatnye Bismillah bila bersolek tapi yang aku pasti mukjizat Bismillah ni sangatlah besar bila disebut. Bukan setakat time tepek bedak je. time nak drive, nak makan, atau nak mulakan sesuatu keje tu memang patut la kita baca Bismillah. Kalau time teringat2 tu bila tengah nak mula buat sesuatu keje tu memang aku baca tapi kadang2 tu terlupa jugak. heiii..

Ni aku ada google mukjizat di sebalik Bismillah ni. Sama2 kita tambahkan ilmu ye.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahualam

Tuesday, November 27, 2012

Fiance to be #3

1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah proses persiapan dah start sikit demi sikit. Last weekend berjaya merembat kain nikah untuk dijadikan hantaran dan berjaya juga merembat kain tunang untuk tunang nanti walaupun yang tu tak ada dalam senarai bajet tapi selepas dihasut oleh suara kak ipar yang sumbang akhirnya kain tu menjadi milik aku.. huhuh.. 

Panjang betul mukaddimah. 

Ok. Proses akan dibuat slow2. Tengok kain nikah rasa macam tak sabar nak hantar kat tailor pastu nak pakai terus. Cantik sgt kain tu!! hahaha! (sendiri beli sendiri puji). Nak tengok tak kain nikah I macam mana? Aku tunjuk untuk teaser je k. Tak leh la nak tunjuk semua nanti time nikah I tak surprise la. hehe..


 kain nikah

kain tunang

Ok.. itu dia. tengok macam tu je pun nampak cantik kan? keh3.. Biar la tak cantik kat mata orang. Asalkan cantik kat mata aku. 

Kain2 berjaya dirembat di Jakel, Kuala Lumpur. Sekarangkan diorang buat sales sampai 2 January. Sebelum terlambat baik gi cepat kan. Memula aku malas nak pegi lagi tapi bila akak ipar aku tanya terus aku paksa dia teman aku pegi tengok. hehehe. Tu la sape suruh tanya. Hehehe.. Tapi ada bagusnya sebab Cik abang sorang tu pun dah dok bising2. Jangan buat last minit~ Jangan buat last minit~.. Macam baca mentera je kat telinga aku. Agaknye dia malas la tu nak dengar aku bising2 kat dia. hehehe

Untuk harga, sejujurnya memang dah lari bajet aku la kan tapi bila dah beli rasa berbaloi pulak. Beads memang full lah and bila bawah lampu je shining2 gitu. So i likee i rembat dan itupun hasil pemilihan dari kak ipar i. So, dia bangga disitu. 

Harga asal kain ni package sekali dengan kain lelaki, dalam 1000 lebih tapi lepas diskaun dapat 700 lebih tapi lepas penjual situ dapat hembusan bayu dari kak ipa and abang I, dptlah kurang byk lagi. Lagi2 dorang memang pengunjung setia jakel tu. Hehehe..

Kain dah setel. Sekarang pening pale nak hantar baju tuk dijahit. Nak cari tailor yang jahit cantik dan murah. I kan semua nak murah.. Nak murah cantik and berkualiti lak tu. Ada? Kalau ada tolong lah recommendkan ye. Aku ni tak banyak cerewet orangnye. Taka da mintak itu ni. Nak minta jahit pun design biasa. Takde extravaganza pyer design. Ok?


Lepas ni kite setelkan pulak hal lain ye. Nanti nak pi cari barang tuk hantaran pulak.


Oh ya, last entry ada bgtaukan mama tak bagi buat pelamin. Last weekend ada discuss dengan adik beradik. So, adalah inlude nak pasang khemah satu kan. Takut ramai sangat kan. Sekali bila mama masuk dalam discussion tu, mama tak bagi pulak pasang khemah. 

Ayat mama:

Mama: tak payah2 khemah2 ni. Jemputan nanti buat family2 je. Kite2 dan sedare je. Kawan2 pun tak payah jemput!! 

Aku: Huaaaaaaaa!!! dalam hati je laaaa..=(

So, pelamin anganku dah musnah. Nak jemput kawan2 pun musnah juga. Sedey tauuu.. 

Oleh itu kepada kawan2 yang saya tak dapat nak jemput tu, ampun maaf la. Bukan tak nak jemput. Nak sangat korang dalam majlis tu tapiiii apakan dayaaaa.. Aku tak nak jadi anak durhakaaaaa~~~ sayuuuuu

      

Friday, November 16, 2012

Fiance to be #2

0

Assalamualaikum..

Alkisah malam ni agak sayu sikit dlm perjalanan nak menjadi tunangan org (InsyaAllah)..
Sebelum ni dah banyak angan2. nak buat itu nak buat ini. dah plan bagai ngn kak ipo n kwn2. siap kwn i volunteer tuk create mini pelamin tuk i tp semuanya hancus musnah begotu sajooo.. kenapakah??

I: mama, k.mona ade kwn offer pelamin, baju n mekap rm650. sume dlm 1 package ok x?

Ma: diammm tak berkutik..

I: xpun kwn adik pun ade leh tlg wat pelamin. DIY la.. mini pelamin. blh x?

Ma: nak buat ape pelamin2 tu semua. buat ringkas je. xpayah pelamin2. buat kite2 je keluarga. tak payah nk hebat2 sgt. mekap pun kalo blh x payah..(sile gune nada tegas)

I: ........................

Ma: mama sebok la ceramah dkt org itu ini suh buat sederhana.. jgn membazir. ttbe mama plk yg buat.

I: huhuhu.. yelaaa.. abistu bj br pn x payah lah? (nada pasrah seorg anak taat).

Ma: baju xpelah tp x payah nk grand2 sgt.. beli yg blh pakai blk lps tu.

I: Baik ma... huhuhu

so musnahlah pelamin mini yg i angan2 kan.. huhu..tp ade point gak ape yg mama ckp.. bertunang je pun.. x yah grand2.. kalo x jd pastu maluuuu.. so bek kite bersederhana je kan.. agpun x elok nunjuk2 ni n plus poket i pun bukan penuh.. hehe.. ckp2 mkn sajooooo...

kesimpulannya buat simple saje.. family cik abg dtg sarung cincin pstu mkn simple2 skit n blk.. tu je ah.. tetamu pun mama kata family je.. xyah ade org len.. huhuhu

xpelah.. kawen nnti buat grand ye.. kalo bajet ade la.. hehehee

Friday, November 9, 2012

Fiance to be #1

1




Within 2 3 month I will be someone fiancee. Tetibe rase mcm nak share pulak detik2 cik abang pi ngadap mama n abah.. ingat2 balik rase mcm kelakar sgt.. memori plg best tuk diingati. Time tu la br tau susahnye nak dapat anak dara sorang nih.. hehe

Bulan 10 aritu cik abang dah datang jumpa parent aku. Seorang dan tidak berteman. Aku pun tak ada masa tu. Baru start tempat keje baru kan. Mane boleh ambil cuti lagi. Still under probation for 3 months. Kalau mintak cuti jugak alamat memang kene potong gaji lah. Tak mau mak. Nak kawen nanti tak ade duit. Kental tak kental pyer cik abang.

Sebelum tu ade gak ty. Tak takut ke? Jawabnye..
Takutlah! Ingat ape?! Nak awak pyer pasal kite sanggup tau sorang2..uihhhh..
Hehe..cayalah!

Nak dijadikan cerita, cik abang yang pergi mengadap aku pulak yg dok berdebo debo kat opis. Tak senang duduk betullah time tu. Buat keje pun macam tak buat. Tapi last2, Alhamdulillah…… semua OK!! Hehehe

Tanya balik cik abang ape cite?

Cik abang: (menjerit kelegaan.. hehehe..pastu membebel mcm2.. ssh nk dpt anak dara sorg nih. Kite nak kat dia.. bla3.. sanggup bergadai nyawa..bla3..) berdrama je lebey tau.. =’=

Aku: cepatlah cite ape yg abang kene soal tadi?

Cik abang: eii..sibuk la dia ni. Tunggu la kite sampai umah nnti..

Aku: ala lambat!!.. nak tau jgk.. cite ahhh..

Cik abang: eishh dia ni. Jap nak benti kat shell..

Aku: hehehe.. (menangggg)..ok.. cepat3..So?

Cik abang: Mama ngn abah ok. Suruh bertunang pas abang turun kapal lagi sekali.

Aku: lagi? 

Cik abang: adalah abah mama soal tadi. Pasal keje abang. Pasal family pn ade. 

Aku: lagi?

Cik abang: Eishh sibuklah awak ni! Nnti tunggu kite sampai umah. 

Aku: Erkk..cehh..

** sebenarnye dialognye panjang ag tapi mls nak taip. Kite pendekkan cite ye..

So, dipendekkan cerita, tak ada merisik bagai tapi nanti terus je tunang. Tarikh tak tetap ag coz keje cik abang yang tak tentu jadualnye tapi plan pas dia turun kapal ag sekali. So, perjumpaan berjaya dan InsyaAllah kalau dah memang jodoh tu, Allah akan permudahkan segalanya. Ye tak?
Untuk persiapan tunang, aku tak wat pape ag. Tak tahu nk start dr mne oi!. Pening pale ak. Nak beli kain nikah pun tak tahu nak mcm mane n kat mane.. huhuhu..tulunnnn… 

Actually beberapa bulan sblm ni, aku tak ingat la bile, dia dah jumpa all my siblings. ngadap abg2 bonzer I. time tu pun ketaq2 lutut gak. abang2 aku pun time tu over tak hengat tau. sblm ni akk2 ak  nk kawen tak ade pulak dok wat sesi gabra2 cmtu. sesi interview.. sian tgk cik abang i.. hehe.. tp finally he can get through!! oh yeah!! hehe..