Wednesday, November 28, 2012

Flawlessnyeee skin aku~ =_="

0

Assalamualaikum..

Semalam aku bersembang dengan kawan2 dalam whatsup. Kembang kempis je hidung aku bila dia puji teringin kulit aku yang flawless. Aku macam............ flawless ke??? dengan whitehaed yang suke beranak pinak dengan tang hidung ni. Aku tak rasa pun kulit aku flawless. Plus dengan kulit yang hampir serupa dengan mamak ni. Errrr.. Flawless ke??? huhuhu

Aku malas nak cari definisi flawless dalam google tapi bagi aku flawless ni kulit yang PUTIH gebu yang memang tak ada cela. Even whitehead pun tado!. Of coz la bukan macam warna kulit aku kan tapi kawan aku tu kata tak apa gelap sikit asal licinnn..heeee

Tapi dalam hati aku bersyukur la jugak kan. Walaupun kulit tak berapa nak cerah tapi aku tak ada masalah jerawat mawat ni. Syukurrr sangat3!. Mungkin faktor genetik la jugak kot. Dalam family aku yang perempuan2 ni, akak aku sorang je yang ada masalah jerawat ni. Yang lain Alhamdulillah memang tak ada. Mak aku masa muda pun tak ada gak bila aku tengok gambar2 lama dia. Memang tak boleh ada sebab mak aku dulu ratu kebaya. Jatuh la saham kalau ada. keh3!

Kalau nak tengok aku ada jerawat, time nak datang period je la tapi pandai dia cari port nak tumbuh tu. Selalu dekat dahi yang nak hampir dengan rambut tu. Aku tak tahu tang dahi ke kepala? hehe. tapi tang situ la so bila aku pakai tudung memang tak nampak. Tu nampak macam tak ada cela tapiiii hakikatnye... hehehe

Cara aku jaga muka? Well aku ni jenis pemalas banyak. Aku basuh muka pakai pencuci muka just pagi bila bangun tidur je sebab tidur malam tu kan, aku rasa macam minyak berkumpul je kat muka pagi tu. Tapi petang ke tengah hari ke aku basuh muka pakai air paip biasa je la. Time amik wudhuk tu pun kira basuh muka jugak la bagi aku. hehee.. malas tak malasnye aku. 

Untuk kosmetik, ermmm aku tak pakai mende pun. Aku just pakai safi balqis UV yang penutup kaler biru tu. pastu tempek bedak compact ke.. bedak baby johnson ke.. tu je la.. Nak make up lebih2 kalau nak kuar pi jalan2 je tapi kalau nak pegi keje pakai basis yang tu je. Kadang2 tak pakai pun safi balqis tu. Just tempek bedak baby. Selesai! terus pi keje. Gincu atau lip balm pun aku selalu tak pakai gi keje. hehehe.. Bayangkan punyalah huduh muka time tu. Tapi aku pedulik hape. Tak ada sape pun nak tengok dan aku pun tak ada nak ngorat2 sape2. Gila ke nak ngorat orang lagi. Mengamuk cik abang tu. Aku nak kuar ngn laki pun dia dah berat nak lepaskan. huhuhu.

Oh ye, time nak tempek bedak tu selalu aku mulakan dengan Bismillah. Untuk apa? Aku pun tak pasti mukjizatnye Bismillah bila bersolek tapi yang aku pasti mukjizat Bismillah ni sangatlah besar bila disebut. Bukan setakat time tepek bedak je. time nak drive, nak makan, atau nak mulakan sesuatu keje tu memang patut la kita baca Bismillah. Kalau time teringat2 tu bila tengah nak mula buat sesuatu keje tu memang aku baca tapi kadang2 tu terlupa jugak. heiii..

Ni aku ada google mukjizat di sebalik Bismillah ni. Sama2 kita tambahkan ilmu ye.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahualam

0 manusia baik: