Macam ni la bila jadi isteri pada pelaut. 2 bulan ada 2 bulan tak ada.
Macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada.
Heheh
Kalau awal2 dulu berhhuhuhu la jugak bila dia nak pergi kerja tu. Lebih2 lagi masa tengah pregnantkan Alya. Tapi sekarang hati acik dah kental dah.
Hahaha. Antara laki bini tak ada adegan meleleh dah. Yang ada pun hubby la sebab tak sanggup nak berjauhan dengan anak. Lagi2 sejak tak ada bibik ni, hubby yang jaga Alya, lagi lah terasakan. Nak tidurkan anak malam tadi pun dok meleleh. Kita yang kental ni pun jadi leleh jugak.
Huhuhu.
Dialog
bila hantar hubby
ke stesen bas pagi tadi.
H: Ayg dah tak nangis kan bila abg nak pergi kerja?
M: Ermm
tak.
Sambil sengih.
hehe
H: Bagus.
Ayg dah cekal!
M: Perli ke apa? -_-
Kikikiki. Sebab kita dah ada teman. Bila dah ada anak, melayan karenah anak, tak sempat nak rindu dengan suami. Tup2 tiba2 je nak balik dah.
Hahaha. Orang kata dah biasa dengan rutin tu kan.
So kita jadi biasa lah. Sedih memang la sedih oi!.
Sape tak sedih!
Suami kot! Rasa sunyi kekadang tu ada lah sebab tak ada orang untuk kita bercerita, mengadu dan bermanja.
Tapi... tak boleh layan sangatlah. Kalau layan memang bengkak la mata.
Hahaha!
Orang nampak macam kita kuat tapi sebenarnya tak kuat mana pun. Kekadang tu dok mengeluh jugak. Rasa lelah dan letih semua kena buat sendiri.
Tak ada penolong. Tapi takkan kita nak merintih kan. Kuatkan la jugak demi anak tercinta dan demi suami yang tengah cari rezeki tu. Kalau kita dok merintih sangat kesian pulak dekat suami tak senang buat kerja.
Kalau hubby tepon ke, mesti aku cakap semua ok. Kalau tak ok pun aku cerita gak tapi cerita selepas semua dah ok. At the end ceritanya sedap sikit dengar kan sebab tak ada benda nak risau dah.
Benda dah settle
kan. Lainlah kalau cerita tu memang dari awal dia tau so dia nak tau progress. Aku pun cerita aje la wpun kekadang cerita tu tak sedap dengar tapi at the end cakap la jgn risau.
Semua blh handle.
Hehehe. Kalau aku sakit, sebolehnya aku minta hubby tak call time tu. Minta2 dia call lepas aku dah sihat tapi selalu dia pyer instinct boleh tahan jugak. Time
aku sakit tu la
memang dia call. So tak boleh nak lari la kan. Niat tak nak buat dia risau jadi sebaliknya pulak. Apa boleh buat?
Hubby paling banyak membantu time dia balik kali ni sebab dah tak ada bibik. Rasa berterima kasih sangat wpun aku kali ni banyak temper sikit sebab penat Ya Rabbi Tuhan je yang tahu.
Nak control pun
tetiba jadi ke lain. Hubby
banyak sabar.
Tq hubby. In Sha Allah
raya tahun ni sama2
ek. Selamat pergi dan balik. Alya
dengan ibu sayang ayah sangat2.
Jaga diri bebaik.
Muaaahhhh!!
0 manusia baik:
Post a Comment