#throwback
#alyanurnazihaturns1
1/9/2015 hari tu birthday Alya yang ke satu tahun. Niat aku nak buat la majlis kecil-kecilan untuk si kecik tu walaupun dia tak tahu apa2. Saja nak bagi kumpul family dan seronok2. Aku plan dah lama dah. 2 bulan sebelum majlis lagi tapi seminggu dua sebelum majlis baru tergopoh-gopoh nak buat. Hehehe. Itu biasa kannn...
Mula2 aku nak buat 12/9/2015 sebab main kira2 dengan husband sebelum dia naik kapal hari tu, kemungkinan dia turun seminggu sebelum tarikh tu tapi tup2 dia call balik yang dia terpaksa postponed turun kapal pada tarikh tersebut. So nak tak nak kena lah postponed jugak tarikh majlisnya ke tarikh 19/9/2015. Gitu~
Aku buat kecil2. Banyak pun buat sendiri je. Makanan pun banyak yang masak sendiri je. . Tapi untuk penambah perisa, aku jemput clown datang ke rumah. Ini niat untuk bagi budak2 happy je. Aku anak buah kan ramai. Fikir maybe kalau ada clown dorang lagi happy. Aku tak ada buat tema kartun2 sebab tak tahu apa minatnya si kecik tu. So aku buat tema kaler je. Aku pakai merah putih. Mengimbau balik zaman kahwin 2 tahun lepas dengan kaler tema yang sama.
Ini pun aku design sendiri pakai word. Photoshop takde. So pepandai la design sendiri. Jadilah kan. Dari takde. Hahah. Dah design, print atas sticker paper. Sticker paper pun aku tak beli. Pakai hakak ipar punya ada lebih. Alhamdulillah jimat lagi duit. Heheh
Atas ni bottle tag. Pun design sendiri. Pakai word jugak. Kotak2 bulat2 je kan. Dalam word senang. hehehe. Gambar ladybug semua tu google sudah. Yang ni aku buat banyak design then tunjukkan kat adik angkat aku yang amik ID masa belajar. So, jadilah macam ni. Simple aje tapi tetap bangga kat diri sendiri. Hahaha
Masa tiup lilin anak buah aku yang tolong tiupkan. Hahaha
Kek hari kejadian. Kek ni aku tempah dekat Kak Zu ape entah namanya. Dapat dalam FB. Russin cake ape entah namanya. Alhamdulillah ramai kata sodap. Boleh la repeat lagi dengan akak tu.
Princess of the day. Princess asyik nak kepit dengan ibu je. Ibu tak leh langsung hilang dari dia. Gaun Alya beli dekat SACC Mall. Murah time ni. Beli 1 gaun dengan harga RM60 dapat free gaun 1. Jimat juga di situ. Heheh..
Ini lah dia fungsi bottle tag tu. Lekat kat botol bulat2 yang akak aku beli dekat kedai pemborong kat Jalan Reko, Kajang. Murah tapi tak ingat regenye. Aku bagi RM100 kat akak aku tapi dia pulangkan tak sampai RM15 pun. Macam2 pulak dibelinya. Ini tak ada kena mengena dengan cerita birthday. Saje nak bagitahu kakak pun kaki paun duit adik dia jugak. Hehehe.
Clown pada hari kejadian. Aku cari dalam internet dan decide amik dengan Awang the clown tapi bukan Awang yang datang tapi Labu. Hahaha. Tak kesah janji servis tip top. Akak ipar aku puji dan adik akak ipar aku pun puji sebab clown ni pandai tackle budak. Adik kak ipar aku penah amik clown jugak untuk birthday anak dia hari tu tapi katanya clown tu hampeh. Budak2 semua takut dengan dia. Anak buah aku yang takut clown pun boleh join games semua. Memang terbaik!
Yang ni aku amik package Happy No. 1 Package untuk 2 hours. Dalam package tu include belon2 tu, magic show, fun games, host for cake cutting dgn portable audio system. Ok la tu harga dia kan. Semua puas hati. Even nenek2 pun puas hati ada yang siap tanya harga lagi. Clown Labu ni pun siap bagi kad pun ada. Hahaha. Rezeki..
Mula2 mak aku tak bagi aku amik clown ni. Membazir katanya tapi aku tahu niat aku. Bukan nak membazir semata-mata. Nak bagi happy2 je. Alhamdulillah memang semua happy. Mak aku pun ikut happy jugak bila cucu2 dia happy. Huhu.
Ini hiasan simple buat syarat je. Belon bentuk bunga kiri kanan, gantung sana gantung sini, then dah settle. Thanks pada husband yang banyak tolong gantungkan.
Simple kan?
Majlis simple penyampaian tulisan pun kena simple. Kikikiki. #dasarpemalas
Ada orang kata dari buat majlis2 ikut barat ni baiklah buat doa selamat ke apa. Alhamdulillah, aku masih ingat dan bersyukur dengan apa Allah kurniakan pada aku especially anak aku. Sebelum majlis2 ni semua, abah aku dah lead doa kesyukuran sempena Alya dah setahun. Majlis makan2 ni pun bukanlah pada pembaziran semata-mata. Niat untuk bagi makan orang dan bagi orang happy pun pahala jugakkan? In Sha Allah.
Ok. Bye!!
0 manusia baik:
Post a Comment