Assalamualaikum
Alya dah masuk 4 bulan Januari ni. Makin besar dah si bulat debab tu. Akal pun dah bertambah-tambah. Geram pulak tengok dia. Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru je dia main-main dalam perut ni. Alhamdulillah sekarang masa tidur dia dah teratur sikit. Tak adalah ibu dia jadi panda sangat dah. Walaupun dia banyak tidur siang, malam tu mesti akan tidur punya lagi tapi tengoklah. Kalau siang banyak tidur, pukul 10.30/11.00 malam baru tidur. Kalau kurang tidur siang tu, pukul 9.00 malam dah habis dah battery si kecil tu. Hehe. Bangun pun untuk minum susu je. Lepas tu tidur balik. So, Alhamdulillah senang sangat jaga si kecik tu asalkan ada je orang melayan dia. Tak ada orang layan mulalah suara soprano dia keluar. Hehehe. Rindu pulak.
Bila anak dah makin besar, sebagai ibu bapa, macam2 perancangan lah yang kita akan buat untuk masa depan dia kan. Tak tertinggal lah aku dengan suami. Alhamdulillah setakat ni kitorang dah buka kan akaun SSPN-i, Public Mutual (Education) dan Insurans untuk Alya. Banyak jugak lah duit yang keluar tu tapi dengan anak jangan nak berkira sangat lah kan. Harta dunia akhirat yang Allah pinjamkan untuk kita jaga. Duit bukannya kita boleh bawak mati pun. Lagipun duit boleh dicari. Yang penting masa depan dia terjamin. In Sha Allah.
Meh aku nak share cara-cara nak buka senarai-senarai di atas untuk perkongsian kita sebagai ibu bapa ye.
1. Akaun SSPN-i
Masa nak buka akaun ni, bermulalah sesi menggoogle dan mencari maklumat sana sini. Tak payah susah2 korang cari maklumat sana sini. Pergi je ke link SSPN-i ni kat situ dah ada informationnya. Ok?
Ok. tapi meh aku cerita pengalaman aku. Sebelum pergi tu aku dah sedia semuanya termasuk borang yang aku print dari website serta dokumen sokongan yang lain seperti salinan kad pengenalan aku dan salinan mykid Alya serta duit sebanyak RM50.
Aku pilih CIMB sebagai agent tengah untuk buka akaun SSPN-i Alya sebab... Aku suka CIMB. Hehe.
Bila dah sampai CIMB, aku pun terus ke kaunter pertanyaan untuk ambil no dan sebagainya. Amoi di kaunter tanya dah isi borang ke? Aku cakap dah. Saya print dari website. Aku pun tunjuk lah borang tu dekat amoi CIMB. Amoi tu cakap borang ni macam unacceptable je so dia bagi borang lain untuk diisi.
Dah settle semua, tunggu no dan bila nama dah dipanggil aku pun pergilah. Tunjukkan semua apa yang aku ada. Akak kaunter tu tanya. Salinan dan original surat beranak ada dik? Aku cakap tak ada. Saya tak sediakan sebab orang kata mykid boleh terima. Akak tu pun cakap ok dan masukkan nama Alya. Tapi bila dia pass borang SSPN-i Alya tu untuk pengesahan, orang lain pulak kata sijil lahir wajib. Original dan copy. Pulakkkk.. Sebelum aku datang aku dah tanya orang2 yang berpengalaman tapi nampaknya salah juga info. So, terpaksalah aku datang balik kali kedua.
So kesimpulannya disini:
1) Tak payah susah2 print borang dalam website. Setiap bank dah sediakan borang karbon SSPN-i tu. Mintak je.
2) Sediakan aje la semuanya. Salinan dan original sijil kelahiran dan Mykid sekali. Kalau diorang mintak bagi. Kalau tak, simpan aje lah. Tak ada lah 2 3 kali keje macam aku.
Untuk bayaran bulanan, akak kaunter kata kena pergi ke bank yang kita buka akaun tu kalau nak auto-debit tiap2 bulan. Satu hal pulak aku nak pi Gombak kan sebab aku buka akaun CIMB kat sana dulu. Aku try masuk Cimbclicks. Ada pulak. So just masukkan info yang dia minta. So setel. Segalanya dihujung jari anda. ^_^ Yang ni tiap2 bulan nak masukkan bape pon boleh.
2. Public Mutual (Education)
Ini aku buka bawah abang aku sebagai AGENT PUBLIC MUTUAL YANG SAH. Aku pun ada juga bukak untuk diri sendiri sebagai jaminan hari tua dan untuk Alya aku buka untuk persediaan dia masa belajar nanti. Ini pun macam biasalah. Yang diperlukan salinan IC ibu dan sijil kelahiran anak. Borang akan disediakan agent tu sendiri. Sign sana sini dah siap.
Untuk Public Mutual, kita dinasihatkan untuk masukkan duit tiap2 bulan lah kalau nak duit tu bercambah. Penerangan mengenai Public Mutual ni korang google la sendiri ye. Yang aku boleh ringkaskan ianya sebagai investment masa depan. Seminima yang boleh dimasukkan adalah RM100. Tak boleh kurang dari tu. Lebih bolehhhh..
Dan untuk aku dah Alya, aku memang suruh je abang aku tolak secara auto tiap2 bulan dari bank aku. Kalau nak jimat, bukak akaun Public Bank dan tolak duit dari situ sebab penolakan dari bank selain daripada Public Bank akan dikenakan charge sebanyak RM 0.80 sen. Tak paham? Ok. Aku tolak duit tu dari akaun CIMB so duit aku ditolak sebanyak RM 100.80. Kalau dari Public Bank duit hanya akan ditolak sebanyak RM100 je. Paham? Baca balik ulang2 sampai ko paham. Hehe
3. Insurans
Kita bukan minta anak sakit tapi kita wajib untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Zaman sekarang? Dunia sekarang? Anything can happened.
Dah kalau duit tu tak diclaim selama mana dia terinsurans, duit tu nanti akan jadi sebagai simpanan. So, tak payah risau. Duit tu akan terkumpul dan anak-anak akan dapat balik duit tu bila dia dah besar.
Untuk Insurans, aku ambil bawah Prudential. Sama macam ibu ayah dia. Dan agent yang sama. So senang. Dia jaga kitorang satu family. Hehe.
Pemilihan insurans ni bergantung pada diri memasing. Aku selesa untuk ambil Prudential. So itu pilihan aku. Bergantung.
Cara dia pun sama. Cari agent insurans, dengar manfaat dia, isi borang, sediakan dokumen sokongan (salinan IC Ibu Bapa, Salinan Mykid dan sijil kelahiran anak). Sign sana sini. Bagi duit dan siap. Penolakan duit secara bulanan tu bergantung pada berapa banyak korang nak atas insurans tu. Tak paham? pergi jumpa agent insurans dan dorang akan terangkan. Aku bukan agent so tak tahu macam mana nak terang. Huhu.
Macam aku, untuk Alya aku insuranskan dia sebanyak RM120,000 ke RM 60,000? Entah tak ingat. hehe..dan bayaran bulanan dia RM120. Agent tu akan tanyalah berapa banyak kita boleh commit tiap2 bulan. So dia akan kirakan lah untuk kita. Aku mampu banyak tu je tiap2 bulan. So itu je lah. Kalau ada rezeki lebih, In Sha Allah boleh naikkan in the future.
So itu lah dia. Pendidikan anak-anak in the future rasa lagi mencabar. Duit pun makin mencabar kot nak sediakan. So jomlah kita sediakan payung sebelum hujan. Aku ni orang sedang-sedang. Tak kaya tak la juga papa kedana. Mana yang mampu kita sediakan untuk anak, sediakan lah. Kalau tak mampu buka perkara di atas untuk anak-anak, buka kan lah akaun simpanan dia saje. Masukkan lah bulan2 tu RM20 atau seada yang mampu. Lama-lama jad bukit. Ye tak?
In Sha Allah apa pun kita boleh buat. Untuk anak-anak. Sekian....
0 manusia baik:
Post a Comment