Assalamualaikum
Ini cerita a few days back tapi arini baru nak cerita.
Last few days ada sorang kakak ni bertanya kat aku. What are
your criteria in findings husband? maafkan saya kalau grammar salah.
Ermmm.. Well.. agak payah nak menjawabnya. Sebab setiap
wanita mempunyai pilihan dan criteria tersendiri. Masing-masing berbeza minat
dan pendapat. Ada yang lagi suka bad boys. Ada yang suka stok2 pak imam. Ada yang
biasa2 dan ada juga yang tak kesah. Asalkan lelaki tu baik. Sudah..
Itu orang lain. Ok.
Aku tak nak cerita pasal orang lain sebab aku tak tahu apa dorang punya
pilihan. Ini cerita aku…
Dulu zaman remaja hingusan, aku minat sangat membaca novel. Minat
sangat2 la dan novel pertama yang aku belek adalah novel daripada Ahadiat
Akashah. Sape yang peminat novel mesti tahu penulis ni. Famous kot dan novel
dia bagi aku memang awesome. Daripada Ahadiat Akashah aku mula mengexplore
bacaan aku kepada penulis2 lain. Well, still dengan novel jugak. Aku tak berapa
minat bentuk bacaan yang lain. Remaja kan…. Banyak kepada angan fairy tales dan
sweet imagination. Huhu
Kebanyakan yang aku baca mempunyai jalan cerita yang sama. Watak perempuan yang
cantik dan lelaki yang hensem giler. Tapi cara pembawaan cerita tu je yang
boleh menentukan cerita tu bawa emosi ke tak kepada si pembaca. Ada novel yang
memang aku mengongoi menangis. Ada novel yang aku baca setengah je sebab tak
best. Dannnn.. Eishh banyak lah lagi. Tak
teringat aku nak flashback balik semua novel aku baca.
Ni apa masuk bab novel pulak ni??? Sebab….. Novel membuatkan
kita berangan untuk mendapatkan calon suami yang giler perfect macam dalam
novel tu. Sape yang tak nak kan stok2 suami yang macam tu. Dah la hensem. Kaya pulak
tu. Romantic pulak lagi. Perghh bahagia gilerrrr.. jujur aku cakap, dulu aku
memang nak kahwin dengan lelaki macam tu. Setiap kali baca novel setiap kali tu
aku berangan akulah watak perempuan cantik dalam novel tu.. Hehehe
Berangan kan freeeeee….
Tapi bila semakin meningkat dewasa. Bila dah putus cinta
sekali, persepsi mengenai lelaki hensem dan kaya ni berubah dan criteria
mencari suami idaman juga berubah. Kita berfikir sebagai wanita matang.
Aku tak lagi nak lelaki hensem gilerrr.. – potensi sebagai
seorang playboy tinggi
Aku tak lagi nak lelaki kaya gilerrrr.. – potensi mencari
pasangan lebih dari seorang
Aku tak lagi nak lelaki yang romatik gilerrrr… -- potensi
mengorat lebih tinggi dan ramai pompuan suka kat dia..
Apa yang aku nak??
Lelaki yang menerima diri ini seadanya. Baik buruk kurang
lebih yang ada dalam diri aku ni.
Lelaki yang bertanggungjawab. A family man.
Lelaki yang melihat aku sorang sahaja wanita yang paling cantik
di mata dia.
Lelaki yang tahu diri
Lelaki yang pandai jaga pandangan mata
Lelaki yang beriman
Paras rupa dan harta?
Kalau dapat tu bonus lah. Hehe
Paras rupa dan harta?
Kalau dapat tu bonus lah. Hehe
Dah jumpa ke suami idaman?
Sudah. My beloved husband.
Bukanlah perfect 100%. Tapi cukup apa adanya..
Tak hensem tapi manisnya ada.
Tak kaya tapi cukup makan pakai.
Tak romantic tapi cukup dengan ingatannya.
Eh kejap. Hubby aku ada sikit2 romantic. Suka buat surprise
which yang tu aku tak berapa gemar. Tapi I’m okay with it. Kadang2 seronok gak
di surprise.
Lepas bersalin ni, badan dah tak macam dulu. Dulu walaupun
buncit tapi still tegang. Tapi sekarang buncit jugak tapi kendur. Dah tak
mengancam sangat dah. Tapi dia tetap kata aku cantik dan manis. Awww! Maluuu..
Hehe
Tapi dalam puji2 dia ada mengutuk gak.
“Sayang, perut sayang ni cantik lah. Ada corak2. “
Damn! Stretch mark susah nak hilang okay!! Grrrr...
----------------------------------------------------------------
Kakak tu bertanya lagi kat aku. Macam mana nak tahu dia family
man?
Ini pendapat aku k.
A family man apabila dia bertanggungjawab dengan keluarganya dan
orang sekeliling yang rapat dengan dia. Hubby aku sangat rapat dengan makcik2
dia. Makcik2 yang single kalau ada apa mesti cari hubby aku dan sejak kahwin
ni, aku ada 3 rumah untuk dibahagikan untuk tidur hujung minggu.
Ipoh, rumah mak
Sg. Buloh rumah makcik2 dia
Kajang, rumah mak aku
Walaupun aku duduk sekali dengan parent aku sekarang, tapi
hujung minggu lah hari berkumpul adik beradik. So, kena consider untuk stay
jugak hujung minggu tu.
Hubby aku memang ambil berat pasal apa2 pun dekat makcik2
dia. Walaupun kadang2 tak berkemampuan tapi dia akan cuba jugak untuk adakan. Kalau dengan keluarga dia, dia buat macam tu, apatah lagi dengan keluarga dia sendiri kan? Dari situlah bertambah cinta aku kat dia kot. Heee maluuuwww..
-------------------------------------------------------------
Jangan hanya angankan bahagia setahun dua. Sebagai wanita
kita kena angankan untuk bahagia sehingga akhir hayat.
Jangan cari sempurna tu tapi cari yang akan menyempurnakan.
--------------------------------------------------------------
Kita wanita lagi tinggi risiko untuk ditinggalkan. So,
fikirlah elok2.
Aku pun tak tahu lagi 5,10 atau 20 tahun akan datang macam
mana. Kekal ke jodoh dengan suami. Akan bahagia ke lagi bila dah selama tu kahwin? Aku tak letak
impian yang tinggi sebab aku tahu Allah boleh je tarik bila2 masa yang dia
mahu. Aku just boleh berdoa je moga kebahagiaan dan cinta antara aku dan suami
aku bertahan selamanya dengan niat kerana Allah s.w.t. itu je termampu boleh
buat selain dari usaha untuk kekalkan bahagia tu.
Pengalaman aku dalam rumah tangga tak banyak pun. Masih dalam
fasa mencari dan menggali. Baru 1 tahun kahwin. Orang suruh bagi pendapat pasal
rumah tangga pun tak layak lagi ni. Buat malu je kalau kita sebok bagi nasehat kat orang tapi pengalaman rumah tangga baru setahun jagung. Malu3!!.. Yang pasti! Kita kena cerewet dalam mencari suami. Jangan cari yang hanya nampak
cantiknya sekejap tapi deritanya berpanjangan. Nak cari yang perfect, kena
perfectkan diri dulu. Ok! Sama2 kita muhasabah diri.
Pada yang single, suamimu ada dekat luar tu. Cuma Allah yang
tentukan jodoh tu bila sampainya. Lambat atau cepat. Kalau sampai ke sudah tak berjodoh, In Sha
Allah di syurga nanti menanti. Jangan kusutkan fikiran. Lantak apa orang nak
kata. Jodoh tu rahsia Allah. Berdoa je. Enjoy your single life. Nanti dah
kahwin rindu zaman bujang --- >Macam aku. Haha. Dann.. Pilihlan calon suami untuk bahagia lama k.
Yang dah berkahwin, sama2 kita korek lagi rasa bahagia tu
ye. Semoga rumah tangga kita berbahagia sampai akhir hayat. In Sha Allah.
^_^
0 manusia baik:
Post a Comment