Bismillah
Assalamualaikum.
Nota kaki: Tajuk atas: macam la pulak entry aku selama ni berilmiah sangat. Kui3.
Ok. start cerita jom..
Alhamdulillah anak dalam kandungan aku dah nak masuk 6 bulan
minggu depan. 6 bulan maksudnya 3rd trimester la kan. Haila anak
kejap je ko dalam perut mak nih. Tapi ko jangan keluar masa bapak ko tak ada
kat sini ye. Mak nak bapak ko tengok mak keluarkan ko. So ko kene tunggu bapak
ko balik. Bila ko dah dengar suara bapak ko depan2 baru ko keluar ye.
Tehehehe..
Dialog tu je la aku dok menyanyi kat anak aku sejak dua
menjak ni. Risau pulak kan kalau tetiba dia tak sabar nak tengok dunia. Tak nyempat
bapaknye balik kang dia dah keluar. Huhu
Pergerakan makin lama makin aktif. Tak mengira waktu dan
saat dah sekarang. Kalau emaknya lapar lagilah dia aktif bergerak. Takpe nak,
mak suka ko gerak2 dalam perut mak. Mak rasa bahagia sangat. Sampai kekadang
mak terkejut jugaklah tapi sayang punya pasal mak orait jek. Tapi aritu mak ada
terhimpit ko sikit. Masa mak nak tutup plug. Plugnya belakang katil so mak kena
panjat katil untuk tutup plug tu. Sambil mak membongkok nak tutup plug tetiba
mak tak dapat nak balancekan badan. Terhempap ko sekejap dalam keadaan
meniarap. Nasib baik lah atas katil nak. Impaknya tak besar sangat. Kalau kat
lantai tu, bukan ko yang menjerit kang. Mak ko ni yang meraung nanti. Alhamdulillah
tak ada apa2 tapi ko protes jugak lah dengan duduk diam sehari tu sampai naik
risau mak ko ni. Mak doa je ko tak ada pape. Alhamdulillah ko bergerak seperti
biasa esoknya. Terima kasih anakku.
Ewah. Macam cerpen pulak.
Aku cerita la kat suamiku yang jauh di lautan tu. Dimarahnya
kita. Katanya yang aku buli anak dia. Eh3.. Pikior anak dia sorang la? Yang aku
dok kendong ni bukan anak aku jugak lah? Gelak pulak laki aku bila aku cakap
macam tu. Dan pesanan ringkas setiap kali nak letak talipon sekarang adalah “Jangan
buli anak abang”. Hish.. Angin je rasa. Bila nak sebut I Love You pun rasa tak
ikhlas dah. Huhu (--‘). Nasib baik jauh kalau tak mesti ada sesi merajuk. Dah jauh2
ni tak kose pulak nak merajuk sebab tahu tak ada sape nak pujuk. Huhu
Ermm apa lagi yek. Aku sebenornya tengah tunggu jam nak
balik je ni. Tu yang merepek je ni sebab aku tak ada idea nak tulis apa. Eh jap.
Idea tu ada tapi setakat tajuk je lah. Yang isi2 tu aku tak tahu nak menggoreng
apa. Aku tahunya goreng nugget je. Itupun kekadang tak masak sangat dalamnya. Hehe.
Dah la. Takat tu dulu. Aku nak mengulor dengan melayan fb
pulak. Keje dah abis. Bos dah balik. Jom kite curi masa tuk diri sendiri pulak.
Hehe.
Daaaaaaaaaaaaa..
0 manusia baik:
Post a Comment