Tuesday, October 8, 2013

Bride to be#11 - Jemputan

0

Bismillah

Assalamualaikum






Alhamdulillah.. Dah settle war2 kan dekat fb. Kumpul alamat semua then kita pos secara berjemaah.^_^
Ramai yang mendoakan. Terima kasih banyak2. Doa semuanya di permudahkan dan tiada sebarang masalah besar semasa majlis tu nanti. Amin
Banyak lagi wish tu tapi tak terdaya lah aku nak printscreen semua. Mak kan jenis pemalaihhhh..aiyooo
Ramai yg kata FINALLY! Apakah maksud itu? Semua tertunggu2 aku kawen kah? Wahhh retis jugak aku ni ek..kihkihkih..
Ke ramai tak sangka aku nak kawen?
Aku suka yang 1st.. Huhu
Yang tertunggu-tunggu tu kalo aku bg kad tak datang jugak tatau..
Memang nak kena something dengan aku..
Kad yang nak dipos adalah juga hampir 20 kad. Yang nak dibagi by hand pon banyak juge. Aku tatau la sempat ke tidak semuanya. Harap2 jangan ada yang kecik hati tak dapat kad. Aku ni bila dah kelam kabut, semua pakat lupa.

Jemputan setakat ni estimation 2000 orang. Tu semua kawan2 mama abah je tu. Kawan2 aku tak sampai 200 pun rasanya. Huhu. Sebab tu catering parent I nak support. Hehehe
Kawan2 aku tak jemput semua pun lagi. Jemput mulut je sebelum ni. Semalam up skit jemput via fb. Pos kad nan hado lagi sebab nak kumpul dulu sape nak kad semua kan..Dalam minggu ni jugak In Sha Allah aku pos.

Kad Jemputan 
kad kawenku yang simple..tapi i likeee

sorok2 konon kan nama tunang & husband-to-be I.. Tu haa.. Nama manja Fendi. Ke pernah reveal sebelum ni? Kalau tak silap aku selalu mentioned En.Tunang sahaja kan? 
Kad kawen yang simple dan termurah aku dapat cari. Puas hati dengan service semua bagai. Tip top dan dapat only after 2 weeks. 
Nanti lah lepas kawen aku buat preview besar besaran pasal preparation dan sape catering pelamin semua aku amik. Mana tau dapat tolong bride-to-be yang lain. Janji sampai hujung bulan 12 atau 1 k. Baru kawen kan takot kene berkepit je 24 jam dengan Encik Suami. Hehehe

Tata!


0 manusia baik: