Wednesday, June 5, 2013

Bride to be #6

2

Bismillah

Assalamualaikum.

Dah part 6 kan kesah bride to be aku ni. Kalau follow memang tak ada apa sangat persiapan aku. =p

Last 2 weeks masa hari Sabtu, we had a mini meeting with my family. Among sibling je lah. Discuss macam mana protokol majlis. Tempah itu ini. Sape punye task and so on. Semuanya berjalan lancar dan apabila semua macam dah settle 80% baru panggil sedara mara untuk discuss dengan lebih detail lagi.

Oh ye, kitorg ada minute meeting tau. Hehe. Dibuat oleh my oldest brother.

tak terasa pulak nak rotate. hehe

Tugas masing2
In Sha Allah semuanya will went well. Sekarang ni kerja aku adalah menyiapkan TQ tag. Design semua dah settle. Ada sikit yang dah print and potong.

TQ Tag for doorgift yang dah digunting.
TQ tag ni aku buat dalam bentuk 4 segi sahaja. Senang nak gunting semua. Cepat sikit keje jalan. Kalau bulat terkedek kedek sikit nak memotong tu. Leceh. Actually nak share something. TQ tag ni memula aku nak beli je untuk 2000 keping. Yang aku survey 1 keping dalam RM 0.10. Tapi bila fikir balik, why not kalau buat sendiri kan. Bukan susah sangat. Cari design dekat google dan edit pakai photoscape. Easy! Kertas sticker pulak aku beli yang jenis biasa punya. Tak ada shining2 tu. 100 keping dalam RM 40. Dalam sehelai sticker yang bersaiz kertas A4 tu, dapatlah dalam 20 keping. Bila tolak bahagi semua, 1 keping dapat RM 0.02 je tau! Kali dengan 2000 keping dapat lah harga dia RM 40! Kalau beli kat luar tu, dapat RM200 untuk 2000 keping. Berapa ringgit dah jimat tu? Untuk printer pulak, aku guna printer office tapi toner dia aku beli sendiri. Means aku refill balik pakai duit aku lah. 1 toner tu adalah dalam RM15 dan memandangkan aku punyer kalerful, aku guna 4 toner. So maknenye dalam RM60. Total semua still bawah RM200. Ok lah kan? jimat sangat2!

So, kalau rajin tu buatlah sendiri. economic sangat.

So, next kerja kita akan tunggu En. Tunang balik sebab dia suruh tunggu. Hehe.

Harap2 la dalam masa 4 bulan lebih ni, semua berjalan lancar. Campur tolak dengan puasa raya semua, hanya tinggal 2 bulan lebih je untuk lengkapkan persiapan. Doa2 kan lah ye.

2 manusia baik:

Unknown said...

hye nak tnye,. kertas sticker tu beli kat mane ek ?? tq:)

Unknown said...

Beli dekat kedai alat tulis ada. Tapi kalau nak beli sekali banyak beli dekat kedai alat tulis borong. Yang ni saya beli dekat beacon house.