Akhirnya berakhir sudah majlis yang membuat aku berdebo-debo dua tiga hari ni. Ni nak cerita lah perasaan sehari sebelum dan selepas majlis tu.
Sehari sebelum majlis tu memang la tak boleh nak cakap macam mana perasaannya. Takut, bedebo debo dan tak tahu nak fikir apa. Tapi aku busykan diri dengan fikir pasal hantaran yang tak siap siap lagi tu. Barang pun banyak yang dapat last minute. Yang tak dapat lagi pun ada. Last day tu! Hei aku memang pasrah lah.
Yang bestnye, nak dekat2 maghrib tu, khemah pun tak sampai2 lagi. Aku fikir habislah... Muat ke rumah nanti. Mama pun dah try call 2 3 orang untuk cari khemah lain. Tapi tak dapat. Itu pun aku pasrah la jugak. Harap muat la kononnye dalam rumah nanti. Aku risau bukan apa. Takut pihak belah sana tak selesa je sempit sempit dalam rumah. Tapi akhirnya bila maghrib tu, sampai jugak orang khemah. OK time tu dah boleh tarik nafas lega. :)
Dua hari sebelum majlis memang aku dah cek. Untuk mekap aku remind kawan aku. Settle. Untuk makan pun aku tanya mak aku. Settle. Untuk khemah aku tanya bapak aku sebelum tu bapak aku kata settle. So, tak expect la benda2 di luar jangkaan jadi walaupun kite kena fikir. huhu. Hantaran pun, hiasan memang settle tapi tang barang2 tu yang tak settle.
Akak aku ada sponsor satu barang dan barang tu la last sampai pagi majlis tu. Kelam kabut la jugak. Nasib baik la ada kazen aku dan kak ipar aku dok susun susun benda alah tu dan tampal reben. Kalau tak memang pening pale aku nak handle semua last minit. Nak mekap lagi. Credit to my strongest family support. ^_^ Cite pasal mekap. Ini lah hasil mekap kawan I. Cantik tak? kih3. cantik la bila dah mekap. Time tak mekap nan hadooo. Eh! cakap pasal mekap ni lupa pulak aku tak bayar lagi duit servis dia. haha! teruk btol customer. huhu.
kaki saya yang comell..
Lepas tu pulak kan, dah last last minit tu aku dapat ilham untuk buat reben. Yelah hantaran yang aku buat kosong gitu je kan. So, tengok2 orang punya reben dalam majalah dan kak sedara En. Tunang punya reben, tetiba macam semangat pulak nak buat juga. Banyak kali jugak lah test & error. Dan last2 jadilah reben di bawah ni. Cantik tak? Nak tempah? Email lah I ye. hehehe tapi tahu buat jenis ni je la tau. Jenis lain tak habis khatam lagi. Oh ye, nak bagitau. Atas kegigihan I, reben ni siap cantik lepas satu jam sesi try & error tu. hehe.
Lupa pula nak rotate dulu.
Pic bawah2 ni contoh hantaran yang aku dah buat. Aku buat hiasan bunga tu dan reben sajok. Susunan dan lipatan hantaran kazen aku yang buat. Dia lagi kreatif dari aku. huhu. Tak banyak hantaran yang ada dalam pc. So aku attach yang ni je dulu. Bila forographer dah bagi nanti upload lain kat sini k.
Kain nikah dengan sampin
Bakul hantaran lain. Time ni barang2 tak cukup lagi nak letak dalam bakul
Siang sebelum majlis tu, dah pakat lah susun atur perabot semua bagi rumah lapang. Pic bawah ni tengah potong bunga daun pandan untuk buat bunga rampai. Kasi wangi rumah yang wangi tu.
cincin tunang dan risik
So, selesai lah majlis. Lepas ni nak pening kepala pula fikir pasal kawen. Bulan dua ni akan pergi kursus kawen. Persiapan memang kene buat awal sebab En. Tunang nak naik kapal dah pastu lambat lagi nak turun. Kelam kabut pulak nanti. Jadi, baik kita buat awal2 kan..
K lah. tolong doakan hubungan kami berjalan lancar ye sehingga ke akhirnya. Amin..
0 manusia baik:
Post a Comment