Sudah agak berkurun tak update blog kesayangan ni. Ada orang kesah? I dont think so..^_^
Well, new update, last weekend i attend this majlis pernikahan. Member dari Uitm. First time in my life time ekceli.. wpun ramai dah my siblings kawen tapi seriously this is my first time tengok orang akad nikah. Aku ikut sekali berdebar debar. Macam ak pulak pengantinnya. Hoho. Tapi mcm seronok tau. Time tu la gatal nak kawen jgk. Haha! Cik abg pun tak sabar tapi tetap kene sabar. Fulus tak cukup lagi. Nak kawen grand la katakannnnnnnn. T_T
Ermm.. after this, every month akan ada jemputan dari member member. EVERY MONTH ok! Dari skolah rendah sampai la universiti. Tak putus putus. And starting from this month aku kene sediakan bajet untuk beli hadiah. Baru nak menyimpan. Hoho!
Tengok mmber sorangsorang kawen, terfikir dan termenung sejenak aku. Baya baya aku ni dah memulakan satu fasa hidup yang baru. Getting married. Getting older. Dan mula lah orang berduyun duyun tanya. Bile time? Bile nak nikoh? Hok tanya aku watpe?? Bukan aku yg masuk minang. Pi tanya hok laki tu. Huhu. Tapi sian laki aku. Keje keras dr pg smpi ptg kumpul duit nak kawen. Kalo aku x syg jgk tatau la. Huhu
Tengok mmbr mmbr dh kawen, tergugat jugak rase. Hehe tapi aku kene sabar. Ade jodoh ak nanti. InsyaAllah....
Untuk kawan2 aku yg dh kawen dan bakal kawen, wpun korg baca blog aku ni aku tetap nak wish kat sini.
Selamat Pengantin Baru dan selamat melangkah ke alam baru. Alam yang korang kene belajar lebih erti tanggunggjawab. Tanggunggjawab sebagai seorang isteri dan suami. Semoga menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah. Dah tak boleh main main sangat macam masa zaman bujang dulu. Dah tak boleh buat perangai malas2 dan bangun lambat. Korang bukan anak dara lagi. Dah jadi bini orang dan InsyaAllah mak orang.. :-)
Bile lak turn aku kan.. tolong la doakan ye..huhu
Ni aku persembahkan pi mmbr aku yg sangat cantik dengan husband dia. Secocok gitu..
Selamat pengantin baru Nadia Tasrip dengan pasangan Irman..
0 manusia baik:
Post a Comment