Assalamualaikum..
Petang tadi ada borak borak dengan abah. Abah cakap dia akan admitted dekat IJN ahad ni untuk checkup. Badan abah lemah dan abah tak lalu nak makan. Sian abah. Sebelum balik shah alam sempat la jugak buatkan susu untuk abah. Kasi isi sikit perut.
Dalam borak borak tu abah ada sebut ayat yang aku tak suka nak dengar. Abah cakap abah dah nak mati kan? umur dah 68 tahun. Cukup la tu kot. Dah nak sampai masa dah. Nanti kalau tua sangat menyusahkan orang pulak. Sekarang ni pun dah tak larat....
Aku cakap.. Abah panjang umur. Sampai 80 tahun pun boleh lagi. huhu. Ayat tu sebenarnya lebih kepada sedapkan hati sendiri. Tak mahu abah pegi.
Lama borak dengan abah. Abah kata lagi..
Rasa tak cukup lagi amal untuk akhirat. Rasa menyesal pulak sekarang sebab dari muda tak buat amal betul betul dan banyak.
Abah pesan..
Adik dari muda ni la buat betul betul. Cukupkan rukun Islam dan rukun Iman. Jangan buat maksiat dan buat baik dengan orang. Itu pun dah cukup kalau susah sangat nak beribadat time muda ni. Kalau lebih lagi bagus. Abah masa muda pun ada lalai jugak. So, abah tahu la condition orang muda ni. Selalu tinggal solat. Huhuhu..
Aku dengar je abah bercakap. Takut nanti bersuara air mata meleleh pulak. Tak mo la nangis depan abah. Malu seh. Banyak diam, dengar dan senyum dekat abah..
Fikir fikir balik..
Apa yang aku dah buat untuk abah? Banyak susahkan hati je. Teruk aku ni laaaaaaaa...
Katakesat:: Abah, adik tak pernah cakap kat abah yang adik sayang abah sangat sangat kan.. I love u sssoooo muchhh abahhhhh!!!!..
Saya sayang abah..
Posted on 9:58 PM
Related Posts:
Kisah Si Anak DaraBismillah. Assalamualaikum. Mama ada share something dalam seminggu dua ni. Benda yg paling merunsingkan kepala dia. Anak-anak. Alkisah, aku ni akan … Read More
Craziest warehouse sales!!Assalamualaikum.. Semalam aku tido agak lewat dari waktu tidur kebiasaan aku tapi aku bangun awal macam aku nak pi keje je padahal sabtu minggu ni ak… Read More
Aku anak bongsu tapi aku suka jadi orang yang independent! Bismillah Assalamualaikum.. Ini nak post/share something yang bermanfaat. Untuk kenangan diri sendiri. Coversation with my friends from KMM wh… Read More
Biggest Loser!! Suddenly today my boss asking me to beat with him to lose weight within this month. starting this month until december. Aku kalau bab bab… Read More
Ingatan pun dah cukup ^_^Assalamualaikum.. Just want to share. Last saturday is my birthday. Yes, I turn to 24th dis year. Getting older and older each year and still thinki… Read More
0 manusia baik:
Post a Comment