Wednesday, June 29, 2011

Jangan bermulut longkang

0


Assalamualaikum..

Sekarang ni dalam bab menulis aku selalu ada masalah macam mana nak mulakan intro. Otak bengap tak habis-habis. Ceh!

Dalam pale otak aku sekarang ni dok berpusing fikir asal la kat opis aku ni orang melayu dok menjatuhkan bangsa sendiri dan asyik dok mendengki tak habis-habis. Yang aku bengangnya yang selalu buat keje macam ni tak lain tak bukan kaum aku sendiri. Adoi akak2, adik2.. Buat apa la kasi malu ni deii!.. Dah tu muka molek je. Orangnya cantik tapi mulut longkang dan tak reti nak hormat akak2 yang lebih senior dan tua. Mulut tu suka hati dia macam orang tak sekolah dok keluarkan ayat kuang ajaq..

Kita ni dah la keje dengan company Cina. Suppose kenalah saling sokong menyokong antara satu sama lain. Bak kata pepatah, pepatah ke ape ntah aku tibai je. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Ini kalau dah masing-masing dok menjatuhkan dan mengata macam mana lah kita ni nak teguh. Istighfar dalam hati banyak-banyak. Haishhhh~

Orang pakai dress up elok-elok pun dia dok ngata. Orang pakai kete besa pun still dok ngata. Sian akak-akak yang jadi mangsa tu. Aku tengok akak yang dia dok ngata pasal dress up tu elok je pakaiannya. Baju kurung dan tutup aurat je. Tak adalah pakai bajet macam diva. Tah hape hape laa. Yang akak pakai kete besa lak. Walaupun gaji dia kecik tak semestinya dia tak boleh pakai kete besa. Laki dia kan ada. Mestilah laki dia ada invest sama. Sebelum mengata plis lah fikir dulu. Jangan dok sedap mengata orang. Cermin diri sendiri tu. At least orang dress up elok-elok tak mahu nampak selekeh je tak macam dia. Ari-ari pakai ghupe gitu pastu muka tak bermaya pastu selekeh je dengan t-shirt dan jeans. Haaaa..kan dahhh..Aku pulak dok mengata kau. Astaghfirullah..

Aku bukan apa. Saja nak bagitahu moral dekat situ laaa.. Sebelum nak judge orang tengok balik pada diri kita sendiri. Kalau cermin kau kecik pergi IKEA sana tu. Beli cermin beso-beso. Cermin kat IKEA cantik tau. Aku ada berkenan satu cermin ni tapi bajet tak ada la pulak. huhu. Eh, wei lari topik daaaahhh!.. Ehem ok.. haaa.. tu la dia.. Tengok diri sendiri dulu ea..

Aku mengaku la jugak yang aku ni kadang-kadang tu terkeluar la jugak ayat longkang mintak terajang dan penampo sedas dua. Nanti kang ada yang cakap macam la aku ni baik sangat kan. Tapi sebusuk-busuk mulut longkang aku ni pun tau la jugak aku tapis bila nak bercakap dengan orang yang lagi tua dari aku. Even tua 4 6 tahun pun kira tua dari aku gak la kan?? haa..tua tu..hek hek.. Tak salah kot kalau kita bercakap elok-elok. Orang pandang kita pun molek je. Orang pun senang dengan kita. Kita mintak tolong pun orang senang hati nak tolong.

Aku mulut longkang pun dengan kawan-kawan aku tapi tengok gak kawan aku tu macam mana. Kalau jenis aku close giler dan dah biasa bermulut longkang antara satu sama lain aku tibai dan taram je la. Kira what u give u get back laa.. Dah aku mulut longkang ingat kawan aku tu nak bagi mulut gula siap ada bau kasturi?? Kau kirim salam je laa...Nan hado!!.. Harus dibalas dengan mulut longkang juga. Kah Kah.. Adil dan saksama la kan. Tak ada kat situ aku nak merajuk dan kasi penumbuk kat kawan aku tu..

Aku banyak jugak bermulut longkang. Pastu muhasabah sendiri. Mulalah bermonolog secara dalaman. Ada monolog luaran tak?..Time tu mulalah rasa bersalah. Tak patut aku cakap gitu bla bla yada yada.. Lepas2 tu aku control la sikit mulut aku ni supaya tak cakap macam tu kat polan2 ni.. Tapi kekadang mulut mengatasi minda. lawan tuan katanya.. Pegi gak keluarkan kata-kata tak sepatutnya. Haishh memang la mulut aku ni kan..Alaa bese lahh aku ni kan manusia biasa. Tak lari dari membuat kesilapan..* demn! alasan spastik~*


Katakesat: Manusia memang tak lari dari membuat kesilapan tapi at least kita kena put an effort untuk lari dari buat silap la. Macam kata cikgu aku "practice make perfect"...... Ok.. aku tak tahu apa kaitan tu. Bye!

0 manusia baik: