Tuesday, March 22, 2016

Familyinlaw: Birthday Gateway at Grand Lexis, PD

0



It's been a month. Hehehe. Busy dengan kerja. Tak ada masa nak online. Ini boss tak ada, curi masa la kejap ye.

Last Saturday baru ni, 19th-20th March, I went to Grand Lexis, PD. It is more to husband's birthday gateway actually tapi bawak kaum kerabat dia jugak. Heheh.

Semua urusan booking and pilih bilik, of course aku la punya kerja. Hubby tak reti sangat bab2 ni. So, lets this mam uruskan semua. Acah kuasa semua di tanganku la konon. Hehe. Buat booking time cuti sekolah, harga memang dah expect mahal cikeboom dah. Dah ready untuk semua kemungkinan.

Aku booked Grand Garden Pool Villa lower unit punya which is located just outside the hotel. Near with parking and near with everything. Just jalan kaki, and no need buggy to escort. Mula2 memang plan nak amik yang atas laut tu, tapi bila fikir balik pasal semua barang yang di bawa dan bilangan manusia yang pergi, aku fikir better kita amik yang senang access dengan parking. So here are we. You guys enjoy the photos first ok.

Susunan photos atas faktor kemalasan.
Ini toilet dia which is dalam toilet tu ada almari yang contain iron, hanger dan peti keselamatan.

ini aku tangkap dari pintu masuk. Besar bilik

Menjadi igauan dan faktor penyebab berat nak check-out. Heheh. Private pool tahap petala bestnya.

See. Private kan. Ini nak bog2 pun tade hal.

Pantry. Ada microwave siap

Ada mini ruang tamu. 

2 king size beds. Bergolek2 atas katil besar. Terbaik!

Penilaian aku?

It was awesome! For first timer macam aku yang jejak hotel macam ni, semuanya berbaloi. Dia memang quite pricey tapi atas keseronokan pada wajah memasing, it turns to be, its just a value. Takpe, duit kita boleh cari lagi. Untuk bilik yang aku ambil ni price dia RM900 without breakfast for 1 night. Aku ambil bilik besar sikit. Saje. Dan yang memeriahkan bilik, total person adalah 9 orang. Kitorang siap bawak toto and extra pillow lagi

Memandangkan kitorang pergi sehari je, makan tak jadi isu sangat lah. Kitorang check-in pukul 2pm. Memang dah siap lunch kat luar before check-in. Malam, we olls cari seafood. Googled and ramai suggest Seri Mesra Ikan Bakar. 20 minutes from the hotel. Yang ni kena pergi awal sebab weekend memang full house. Breakfast for the next morning, memang dah masak siap2 dari rumah. My MIL buatkan nasi lemak. Kat bilik just masak nasi sahaja. It turns very well. Banyak masa berendam je dalam pool. Dah sekarang ni musim panas kan, lepas tu dinasihatkan jangan buat aktiviti luar sangat, sebab tu decide nak booked sini. Heaven diaaaa.. Sape yang tak pergi lagi tu, pegi laa.. Syok woo..

Masa breakfast tu, tengah  makan nasi lemak, aku buat seprais kat hubby. 20/3 birthday dia kan, dah la sebelum2 tak buat any preparation pun i.e beli kek ke apa. Konon nak pergi receptionist la suruh buat seprais sekali after hubby angkat barang semua dia cerita dia nampak ada orang buat seprais kat couple dia. Hotel representative datang bilik hantar ke semua bagai. Dia siap cakap "Romantik kan yang, bestnye kalau dapat seprais macam tu". Aku dah buat muka gini (--). Spoil la hubby ni. Aku kalau dah macam tu memang tak nak buat dah. Last2 bila hubby kuar beli barang, aku kuar jugak pergi beli kek. Anjang temankan. Angkut Alya yang tengah meragam sebab ngantuk. Waze cari secret secipe yang paling dekat. Nasib baik 10 minit je. Punya bergegas la sebab nak balik sebelum hubby balik.Hehehe. 

At the end kantoi jugak beli kek sebab hubby nampak kek yang disorokkan sebab sibuk nak cari remote tv. Tak ku sangka dia boleh cari kat dalam almari bawah tv tu.Bajet dah paling strategik tu. Adeeehh.. Tensen hakak ni ha. Lantak.

Last2 seprais jadi sikit jugak la. Tengah2 dia suap nasi lemak tu, aku muncul dengan kek di tangan. Lilin tak ada sebab tak ada lighter. Hubby tak smoking. Kek togel pun ok asalkan ada wish atas tu. Dia terkejut sikit sebab ingatkan kek masih ada dalam almari tu. Dia tanya eh bila alih? Haha ingat aku jujur sangat la nak alih depan dia. Derrr~ Aku tak kira time ni. Seprais jadi sikit pun ok lah.. Next year kalau panjang umur kita plan lain.


Ok. Dah habis cerita pasal hotel. Kalau nak feel betul2, kena rasa sendiri. Setakat baca apa orang cerita memang tak masuk sangat rasa tu. Hehe. Don't worry dia ada bilik yang murah sikit tapi prepare your money la. Murah pun, tak kurang dari RM500. Hehehe. Sekali sekala nak merasa apa salahnya. 

Ok next. Ini aktiviti before check-in. We olls pergi Upside Down Art Gallery. Orang dok heboh2 kan, meh kita merasa sekali. Layan gambar dulu lah.





Budak ni paling seronok sampai tak bagi pegang tangan.
Penilaian aku?

Ok lah. Entry dia RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak dan warga emas. Tinggi bawah 90cm free. Makcik2 Hubby buat comparison dengan 3D Gallery dekat Langkawi. Memang jauh beza la. Situ memang lagi best sebab besar. Sini ok lah. Berbaloi la jugak pergi. Tangkap2 gambar semua kan. Sini pun tak besar mana. Shop lot dua tingkat tu je gallery dia tapi ok la nak tangkap gambar semua. Tak rugi la kalau nak merasa pun.

Lepas dah pergi gallery ni, ingat nak gi ostrich farm tapi panas sangat la time tu. Risau pulak bawak anak2 time musim sekarang. Cancel so kitorang cari makan dulu sebelum check-in hotel.

Itu je la alkisah short holiday aku ni. Happy2 dengan family kan. Tak ada yang berharga dari itu. Cewwah. Ok lah sambung kerja. Bye!

Monday, February 22, 2016

Cuti CNY punya cerita

0



Ini cerita masa cuti CNY hari tu. Aku cuti dari hari Sabtu sampai lah hari khamis. Jumaat masuk kerja balik. Hari Sabtu aku dah start busy. Mak masa tu ada dekat Sg. Buloh. So aku pun bagi la idea dah alang2 mak ada tu kan untuk pergi Jakel. Niat nak beli kain untuk buat baju raya. Awal kan? hehe. Terpaksa beli awal sebab tailor last ambil bulan 3. Kebetulan tengah sale CNY so mari lah kita. Pergi Jakel Shah Alam sana sebab hubby prefer sana. KL jam sangat katanya. Ok tak kesah lah. Mana2 pun sama je.

Pagi2 dah berdesup pergi Sg. Buloh amik mak, Alang dan Maksu. Dari Sg. Buloh baru bergerak ke Shah Alam. Jalan clear noks. Orang dah start kosongkan bandar. Bagus3.. Shah Alam pun clear tapi parking kat jakel tu tetap penuh. Huhu. Tu budak Uitm cuti tu. Kalau tak agaknya tak ada parking langsung kot.

Sampai Jakel kitorg mulakan lah pencarian. Gamble sebenarnya sebab tak pilih lagi colour apa nak pakai. Aku nak beli 2 jenis colour untuk 2 belah family. Of coz la boria anak beranak kan kebetulan pulak tahun ni In Sha Allah hubby aku ada nak beraya sekali. So kita sakan sikit tahun ni. Raya tahun ni turn belah aku dulu so family aku dah decide nak tema colour hitam oren. Oren tu bukan oren striking tau. Dia oren merah bata. Aku decide nak pakai colour hitam sebab nak nampak effect kurus sikit. Muahaha. Almaklum lah badan comel susah nak turun so kita main dengan mata sikit untuk nampak kurus. Mimimimi

Untuk belah family hubby pulak kitorang amik colour purple belacan. Sweet pulak aku tengok colour dia kan. So angkutttt.. Aku nak boria dengan mak mertua sekali. So beli sekali untuk mak. Tetiba Alang pun nak jugak. So kita boria sekali dengan semua makcik2 hubby. Muahahah.. Siyes.. kain memang amik dari papan yang sama.. Tengok lah nanti jadi kumpulan marhaban Kg. Tanjung Rengas ke apa nanti. Hahahah.. Dorang pakat suma nak buat jubah pulak tu. Aku tak nak lah masuk kumpulan marhaban kan so kita buat baju kurung moden sudahh.. Aku tak kesah pun sebenarnya nak sama. Lagipun i u ollss rapat je dengan makcik2 hubby.

Abis cerita Jakel.

The next day pulak Family Day keluarga aku. Ini family day campur dengan sepupu sepapat anak beranak semua. Memula plan ingat 10-20 orang je join sebab dalam group wassup sorang haram nak respon. Sekali yang datanggg.. Mak aih.. Mahu lebih 60 orang ni. Nasib baik makanan lebih oii sebab masing2 pun bawak serba sedikit. Berlebih jugak la sebenarnya tapi ape de hal.. Tak habis kita angkut balik rumah sambung melantak dekat rumah.

Buat dekat Bagan Lalang. Laut cun dah tapi sayang tak boleh mandi. Air suruuuutttt sampai ke tengah tengah tengah nun! Kalau kau mandi jugak mungkin akan menempah maut la. Takut la pulak tetiba mandi kat air dalam terus. Memang tak lah. So we ollss berjalan2 aje kat tengah laut  berkejaran dengan ketam2 comel. Banyak giler ketam oiii.. Siput sedut pun ada jugak.
Ini kitorg berdiri dekat kat tengah laut dah ni tapi boleh tengok dalam gambar jauhhhhhhh lagi baru nak nampak air. Kat sebelah tu ada Palm Resort???  Yang resort bentuk pokok kelapa kalau tengok daripada langit tu. Apa entah ke namanya.

Ini sesi mentekadarah. Ada BBQ siap. Kambing Abgdy terbaik! Habis dulu dari yang lelain makanan.

Tuan belog dengan anak dara tuan belog. Kikiki comel idokkk??

Anak daraku. 1st time pijak pasir. Tak geli pulak dia. Bagusss bagusss anakku tapi siap cedok pasir pakai selipar dia pastu jilat. Alaahaii anak omak! Itu bukan makanan anakku!! Laju betul buat kerja. Tak sempat ibu nak tepis.

Alamakkk family potrait haruslah mahu ada sekali kann.. Hehehe

Haaa so inilah dia 3 generasi kelurga atuk Harun.. Tak cukup korum ni. Ini pun ada yang tak join bergambar. Aku pun tak ada. Anak dah pengsan dalam kereta lepas berak sembelit. 1st time tak masuk frame tau. Hubby aku je sempat nyelit situ. Huhuhu tak aci. Depa pun bukan nak panggil, huhuhu..

Ok Ini pulak cerita next2 day sampai hari Khamis.

Hari Ahad mak dah balik dulu dengan pakcik hubby.. Dorang balik kampung dekat Kampar so kitorg hari Isnin tu pun gerak jugak balik Kampar. Duduk2 kejap malam tu balik Ipoh rumah mak. Yang ni tak ada point sangat lah. Balik kampung dah biasa.

Hari Selasa sampai Rabu, kitorang bawak mak dan Alang jalan2 dekat Penang. Tak pergi jauh pun. Batu Ferringhi saje. Saje nak merasa jambatan kedua. Siannnn tak pernah merasa lagi kan. So marilah kita menjakunkan diri. 

Ini lah jambatan dia. Kosong wei tak ada kereta. 


Ini bila lepas tol tak silap aku.

Sampai dekat Batu Ferringhi dalam tengah hari. Kitorang pergi gamble jugak ni without making any booking. Semua full house. Last2 kitorang tidur dekat hotel budget je harga family room 1 queen 1 single bed RM 120. Ok lah lagipun satu malam je. Bilik dia not bad. Selalunya hotel bajet ni aku concern sikit bab toilet dia but surprisingly toilet hotel ni bersihhhh oooo.. So i tak kesah. Hehehe. Lagipun dia betul2 strategik. Dekat dengan night market dan access ke tempat makan pon senanggg. Banyakkk pilihan. Semua pun jalan kaki je.

mak yang tunjuk peace. Alang sebelah kanan tu. Laki den focus driving. Muka lebar tu i ler.. Huhuhu. Anak? Membuta di pangkuan ibu tercinta.

Petang tu jalan2 dekat pantai dia. Dekat je daripada hotel. 5 minit je kot naik kereta. Sampai2 sana mak aihhh ramainye manusia. Foreighner yang ramai pun tapi best jugak pantai tu. Ada macam2 aktiviti. Banana boat la..jet ski laa dan macam2 lagi la. Tetiba dalam kepala otak terbayang family day dekat sini. Hehehe. Boleh plan ni.. Si kecik tu tak nak jalan. Mengantuk. Last2 mak nya la kena dukung. Kena angin laut memang terus pengsan. Hahah. Balik hotel malam tu aku dah start sakit2 badan. Penangan dukung Alya lama2. Huhuhu

Malam tu jalan2 dekat night market dia. Jalan kaki je daripada hotel. Macam2 la ada tapi paling banyak bag. Night market dia panjanggg. Sepanjang jalan tu memang penuh dengan bag je. Hubby pun sempat grab satu bag untuk diri sendiri. Aku? tak berminat la. Dah banyak bag kat tangan dah itupun tak terpakai. 

Nak balik ke hotel tu naik beca. Mak dengan Alang tak larat dah nak berjalan. Bila naik beca baru perasan eh jauh jugak kita jalan. Patut la mak dengan Alang tak larat dah. Hehehe. Tapi naik beca mahal jugak woo. Rasa macam lagi mahal daripada Melaka. Satu beca RM20. Berapa Km aku tak sure tapi tak ada la sampai 500m kot tapi tak apalah. Nak mengayuh bawa muatan berat kan. Orang tu cari rezeki. Halal kan aje semuanya.

Esoknya Rabu tengah hari kitorang gerak balik after breakfast. Sebelum balik singgahla pergi makan Nasi Kandar Line Clear dulu. Aku makan ayam madu dia. Kuah dia sedap! Ayam dia besor sangat. Tak habis makan. Hubby pulak kena RM27 sepinggan. Ambil apa tau? Sotong satu besar tapak tangan dengan udang pon besar tapak tangan aku. Itu je. Terkejut mak! Telan ailio nak bayar. Hahah

Lepas makan mak nak beli Jeruk Pak Ali. Tanya2 orang rupanya dekat aje dengan kedai Nasi Kandar tu. Jalan kaki aje la. Bila dah start jalan mak aih jauh pulak rasanya sebab aku dukung si kecik tu without ring sling. Mengah giler jalan lepas tu dia tak nak sape2 pulak tu dukung dia melainkan ibu dia ni. Lagi lah ibu semput nak. Huhuhu. Kalau tau jauh macam tu aku dah suruh hubby keluarkan stroller. Haaaaa sakit2 badan lepas tu!

On the way nak ke kedai jeruk tu sempat la singgah kedai2 kat tepi2 tu. Banyak rupanya kedai2 kat bahagian dalam2 tu. Sempat la aku grab telekung satu. Tengah ada duit dan tengah nampak ni ambil je la. Telekung banyak dah lusuh teruk. Baju bajan pun banyak. Beli untuk diri sendiri dan anak satu. Buat kenangan. Hubby tak nak. Mak dengan Alang pun sempat sambar sehelai dua. 

Lepas dah settle shopping, time to go home! Nak keluar pakai lagi sekali kitorang telan ailio. Parking mahallll oi! Sejam setengah RM20! Betul2 buat duit orang Penang ni. Huhu.. Pergi shopping kompleks yang grand pun tak mahal macam ni. Ini parking tak ada bumbung pulak tu. Gila. Benda tak boleh dikesal lagi. Bayo aje la.. Balik ni decide nak naik feri pulak. Dah penah rasa masa gi honeymoon dulu. Ini hubby saje nak bagi mak dengan Alang pulak rasa. Dorang keluar kereta nak tengok view semua. Den je duduk dalam kereta sebab anak tidur. Kejap je dalam feri. Lewat petang sikit sampai dah kitorang dekat Ipoh. Alhamdulillah selamat. Khamis dah gerak balik Sg.Buloh semual sebab Jumaat aku kerja.

Khamis tu mak follow lagi balik KL. Adik hubby pun ikut sebab nak beli barang dekat Low Yatt. Penuh kereta. Hehe. Kitorang tido Sg. Buloh malam tu. Jumaat aku gerak gi kerja daripada Sg, Buloh. Jalan lengang wei. 730am dah sampai office. 1st day kerja pun tak awal macam tu. Hahaha.

Jumaat tu boss belanja lunch. Company treat katanya. Dorang suruh aku decide. Gila! manalah aku tau taste tekak orang Cina. Last2 aku tunjuk je Tony Romas.

                                      
   The only flower. Kui3
Hari Jumaat bos lepas balik 330pm. Alhamdulillah. Aku pun tak senang duduk kat office tu. Hubby suruh balik cepat. Alya buat perangai tak nak sape2. Berdukung je dengan hubby. Dia buli betul ayah dia Jumaat tu end up sampai hubby tak boleh pergi sembahyang Jumaat. Alahaiii. Aku sampai rumah je bukan main seronok dia. Elok je perangai. Hubby pulak naik geram. Hahaha. 

Pagi nak pergi kerja tu Alya tengah tidor. Aku memang tak dapat nak say goodbye la. Selalu nak pergi kerja tu memang dia tengok. Agaknya merajuk ke sentap ke apa kan. Terus satu hari tu buat perangai dengan ayah dia. Macam2 la yang. 

Hari Sabtu tu hubby nak pergi jalan2 lagi. Kali ni tak jauh la. KLCC saje. Disebabkan dekat ramai la ngekor. Maksu ada Cu dengan Wancu pun ada. Tak ada apa pun. Jalan2 dekat taman je KLCC je dan cuci2 mata. Orang Masya-Allah boleh tahan ramai jugak. Sekejap je pergi. Sejam lebih camtu je kot. Lepas makan gerak balik. Kitorang nak kene pergi ambil bibik pulak bawak balik Kajang.








Itu aje la cerita cuti CNY aku. Time hubby cuti ni je dapat pulun berjalan. Heheh. Ok lah. Dah malas nak taip ni. Tu je dulu ye. Bye!






Monday, February 15, 2016

Maid baru

0



Aku tak pernah lagi bercerita dalam ni kan yang bibik mak aku dah balik for good tahun lepas. Rasanya awal bulan 12 macam tu dia balik. Memula dia ingat nak datang balik. Tiket balik ke sini pun dah beli permit pun dah renew. Baju bajan dia pun banyak lagi dia tinggalkan tapi at the end, bila sampai date dia nak balik sini, dia message kata tak dapat kerja lagi. Suami tak bagi pulak. Alahaii.. Awal2 lagi sebenarnya dia dah bercerita yang suami dia dah suruh berhenti dan duduk di kampung je tapi bibik nak kerja lagi. Bila suami tak bagi nak kata apa kan, berhenti aje la. Mak aku ada cakap dengan bibik habiskan dulu permit untuk 6 bulan dan lepas tu nak balik terus pun balik lah. Sebelum balik kampung tu pun dah cakap awal2 tapi suami dia tak bagi balik untuk habiskan permit tu. Hazabedah betul suami bibik tu. Aku pulak naik geram. Huhuhu.

Bila bibik dah balik for good satu hal la pulak kan sape nak jaga Alya. Aku nak berhenti memang tak dapat lagi la waktu ni. Anak baru sorang. Kalau anak 2 3 orang tu berbaloi la jugak kot nak berhenti kerja. Kena start cari bibik baru la nampaknye ni.

Untuk 2 bulan ni akak aku tolong jagakan. Dia pun duduk rumah je so mintak la tolong dia jaga. Bagi la duit poket sikit buat bagi semangat. Hehe. Mak aku tak bagi nak hantar nurseri ke taska ke sebab kesian dekat budak kecik tu. So memang terpaksa la cari bibik.

Dipendekkann cerita sebab banyak kerja, bibik baru dah sampai semalam. Amik daripada agent. Kena la bayar RM3000. Bibik ni tak ada permit so maknanye lepas ni kena usaha buat permit dia la.

Baru 2 hari, Alya pun macam ok. Macam cepat je ngam. Siap dah main cak2 padahal budaknya jenis lambat mesra dengan orang. In Sha Allah lah minta semuanya ok je. Awal lagi nak komen lebih2 kan. Kat rumah ada mama untuk pantau. Awal2 ni kena pantau dulu bila dah lama baru boleh bagi kepercayaan. Harap dia pun jaga Alya ok je. Itu je yang nak sebenarnya.

Ok lah tu je nak cerita.

Bye2!

Friday, February 12, 2016

#kmmangels: Please lah korang2 ni!

0




Please lah korang!! I dah jadi blogger lama tau. Since 2006-2007 lagi.Lambat nau2 tau nya pong.. Hishh...

 Low profile kan? Kikikikiki..Tulis saje2 buat release tension. Membebel dalam diam. Muahah..

Ok lah enjoy la reading kalau rajin. Selamat mengkhatamkan blogku dari zaman remaja until now. Wow lama! Hahaha..

Byeeeeeeeeeeee!!

Monday, February 1, 2016

Alya: Banyak sangat ragam sekarang!

0





Dah lama tak bercerita pasal anak dara ni kan. Alhamdulillah hari ini dia dah masuk 1 tahun 5 bulan dah. Dah bosar anak omak ni ha. Alahaiii.. Dulu sepanjang lengan aku dari siku ke bawah je. Sekarang? Dah makin tinggi dah. Ni lah penyeri ibu ayah, opah2 dia, makcik pakcik dia dan atuk nenek.

Dah pandai bergaduh dah sekarang. Garang yang amat. Tak boleh ditegur. Entah sape yang ngajar cmtu tah. Geleng kepala ibu. Nasib baik kecik lagi kalau tak memang dah kena habuan dengan ibu. Huhuhu. Nak share mainan pun kedekut. Budak dah biasa sorang kan. Mana reti nak share2 ni lagi. Baru sentuh sikit mainan dia dah kena rembat balik. Tak sempat orang lain nak main tau. Ibu dah penat berbunyi dah. "Alyaaa main la sama2. Share la mainan dengan orang lain. Tak baikkk". Tapi hado dia nak dengar? Apa dia tahu itu mainan dia. Orang lain tak boleh pegang!. Aduhaiii.. Tapi bila mainan orang tak pulak dia nangis bila tak dapat. Haaaaa... Tau pun kannn.. Kekadang tu orang tak bagi memang dapat sedas tamparan hangit dari Alya ni. Huiii jangan main2 dengan tamparan wanita dia. Berbisa kooo.. Aku ni omak dia memang selalu la kena. Nak pukul orang tu dia tak berani. Mak nya jugak yang kena tempias. Sabo je laaa.. Tangan tu dah la berisi. Nampak je kecik bila kena memang biol ko kejap. Huhuhu. Tu gambar atas tu lepas pukul orang la tu. Nampak beno muka gangster nak oiiii.. Kecik2 ni aku malas la nak bertempik sangat. Budak2 lagi kan. Mana dia paham. Tunggu dia dah faham bahasa sikit. Buat perangai camtuh lagi memang nak kena dengan ibu. Sekarang ibu belai2 dan cakap lembut lagi. Sabo3..

Itu je la perangai dia yang buat ibu geleng kepala. Yang lain Alhamdulillah ok je. Ngada2 tu tak boleh nak elak la kan. Nama pun anak perempuan. Laki aku suka berzikir. "Ngada2 macam ibu". Aihhh.. Cari gaduh ke abang? Hahah. Tapi aku pun suka gak kadang2 cakap manja macam ayah. Hehehe. Manja sangat u olllssss.. Berkepit tu wajib lagi. Ibu tak boleh hilang ni. Nak ibu depan mata dia je. Ibu tak boleh bangun ke apa. Ada orang lain pun atau ayah ada pun nak ibu jugak. Manja sangat anak ibu ni nak oiii.. Ibu nak kencing berak pun kena nyorok2 macam penyamun. Hahaha. Kalau dia nampak memang tak jadi kencing berak ibu. Kekadang dok ketuk2 dari luar. Takpun dok meraung dekat luar pintu. Tapi selalunya kalau dia perasan ketidakberadaan ibu, dia tau macam mana nak cari. Tau2 je dah berdiri depan pintu bilik air padahal sebelum tu tengah main tu dengan sape2 je la. Tengah main2 pun boleh perasan ibu tak ada. Gigih mencari lepas tu. Hahahah.

Kadang2 geram la jugak sebab tak jadi kerja. Kalau kat dapur pun tengah syok2 cuci pinggan dia boleh nyelit kat kaki tolak2 aku dari singki suruh stop. Kalau tak di layan dia nangis2. Alahaiii. Masa masak pun macam tu. Dia mintak dukung. Mana la aku nak larat masak sambil dukung dia. Dah 13kg u ollsss. Kalau dia 6 7 kg larat lagi la nak buat keje sebelah tangan je. Last2 memang aku dengar jeritan padu Alya je laa .. huhu. Selalunya memang tak jadi kerja la. Aku banyak duduk dengan dia je la dari buat kerja2. Ini kebanyakkannya kejadian masa weekend atau cuti. Lipat baju pun ibu tak dapat tau..huhu

Tapi overall perkembangan dia Alhamdulillah. 1 2 3 dah pandai sampai ten. Kalau aku sebut one dia sambung two sampai seterusnya. A dia tak mahir sangat lagi tapi bila nyanyi abc tu dia suka la. 1 2 3 ni lagi banyak guna dari abc kan sebab tu dia lebih mahir counting ni. Animals pun dia dah tahu. Nak sebut tu tak tahu la lagi kan tapi bila suruh tunjuk mana cow cat semua dia tahu. Bunyi2 pun dia tahu. Contoh bunyi cow dia pun buat bunyi mooo tu. Tapi yang ni ikut mood. Kalau rasa nak tunjuk dia tunjuk kalau tak, buat donno je laaaa.. Kalau suruh tunjuk mata hidung gigi semua dia dah pandai dah. Telinga je tak reti2. Hahah. Penat ibu ajar yang tu. Dia tak minat kot nak tau mana telinga. Hehehe.

Kalau tanya "sapa nama Alya angkat tangan!". Dia akan angkat tangan dia sambil cakap "aye!". Kalau tak angkat tangan pun dia akan sebut "aye!". Tu malas la tu angkat tangan tu. Nasib ada respon jugak. Hahaha. Suku kata2 banyak dah dia tahu. Pelat la kan tapi untuk umur dia ok sangat la tu.

Nak gaduh dengan ibu pun dia pandai. Sabo je la anak dara sorang ni. Dengan muka banyak akal dia, ada je idea dia nak buat tu. Nenek siap cakap Alya ni loyar buruk. Opah memang geram sangat2 dah dengan dia. Dengan atuk pun dah jadi geng gaduh. Dengan cik nini dia memang geng berjalan aje la sejak cik nini jaga dia ni. Lagi2 suka perhatian sekarang ni. Kalau orang dok melayan aksi2 dia lagi menggedik budak kecik. Hahah.

Apa lagi? Dia dah jadi picky eater dah sekarang. Kalau sebelum ni sumbat aje kan. Sekarang tak. Memilih dah. Kalau makan pun sikitt aje. Perut buncit dia dah kecik sikit dah. Huhuhu. Main pulak makin banyak. Lompat sana lompat sini. Lari sana sini pastu makan kurang. memang kecik la badannya.

Banyak sangat nak cerita apa budak kecik  ni boleh sekarng tapi tak terkarang aku ni ha. Hehehe. Kalau mood rajin datang lagi aku cerita nanti ek.

Oh ye, Ayah dia dah balik dari laut minggu lepas. Sehari sebelum birthday ibu Alya. Hehehe. Dapat la hadiah hari jadi kilau2. Hehehe. Simple je tapi bermakna la kan sebab dari suami tercinta. Awww.

Ok lah sambung lagi nanti ye. Bye3!

Wednesday, January 20, 2016

Post

0



Eh blog ni nak di abaikan kembali ke? kikiki..

Actually ada je draft yang tulis tapi semua separuh jalan. Memula semangat nak tulis lepas dah separuh tulis tetiba malas pulak nak tulis. Dah kenapa tak tahu. Huhuhu

Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi tu la.. Malas malas malas malas..... Bila entah nak hilang malas ni entah. Haissshhh..

Husband aku nak balik dah ni. Dalam seminggu dua lagi ni. In Sha Allah. Cepat2 la husband aku balik. Banyak benda tak mampu nak fikir sorang ni. Bila fikir sama2 baru la tak bape stress ye dak?

Tahun 2016 In Sha Allah hope more good news and things happen. In Sha Allah. Harap2 nya. Perancangan banyak tapi kita tengok progress dia macam mana ye.

Ok lah. Nanti kalau rajin banyak la cerita yang menyusul. Bye3

Wednesday, December 30, 2015

Dia suamiku

0



Kadang2 mengingati kebodohan dulu ada baik dia jugak tau.. serius.. dari situ kita cuba perbaiki apa yang bodoh sangat dulu tu. Hikhikhik

Kebodohan dulu yang aku ingat sampai sekarang adalah menangis meraung hanya kerana seorang lelaki dan cinta tak kesampaian. Ecewahhh! Uiiiii.. sampai 12kg tu turun. Dari si gemuk gedempol jadi si kurus cengkung. Hahaha.. aku pun terkejut. Abah siap cakap macam mayat hidup lagi. Kurus tapi pucat. Yelah dah kurus dengan cara tak sehat, mesti lah pucat. Kan?

Dengan tak makannya. Tak makan tapi excercise. Ko bayang 12kg dalam mase 2 bulan lebih. Pencapaian terbaik sepanjang hidup. Hahah. Merasa la jugak aku berat 50kg++. Hikmah tu kan.

Adik beradik aku semua tahu kesah cinta tak kesampaian tu. Siap tabik la boleh kurus sampai macam tu sekali. Abang2 aku siap nak marah2 lelaki yang buat aku merana kononnya tu. Wahaha! Kelako..

Tapiiii... tadi dorang cakap.. Kalau jadi aku dengan lelaki tu dulu, aku tak akan dapat suami aku yang sekarang. Yang rajin, yang ringan tulang, yang banyak tolong aku uruskan hal anak dan suami yang sabar dengan aku. Serius.. fikir2 balik, dia memang suami yang terbaik untuk aku. Dia banyak cover kekurangan aku. Yang banyak melayan manja aku dengan sabar. Abah pun kalah tau! hehhee..

Alhamdulillah ramai cakap betapa beruntungnya aku dapat dia. Syukur sangat3! Walaupun selalu kena tinggal, tapi bila dia ada, dia selalu nak happykan family dia dan family aku..

Abang!!! I miss u!!! Lambatnya nak tunggu sebulan lebih ni!!! Huuuuuu

Betul la quote yang selalu share dlm fb ke ape ke. Allah jumpakan kita dengan orang yang salah dulu sebelum kita jumpa orang yang betul untuk kite belajar untuk pandai menilai dan menghargai.

Untuk suamiku, terima kasih yang tak terhingga kerana menjadi suami yang cukup perfect untuk ayang dan ayah yang terbaik untuk Alya serta anak dan menantu yang baik untuk mak, mama dan abah. Dah jauh baru kite belajar menghargai tapi bile dekat kita gaduh2 balik ye bang. Heheh. I love u!!


Thursday, December 3, 2015

Alya: Checkup 15 months

0




1/12/2015 hari tu, genap Alya 15 bulan i.e 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, membesar dengan sehat anak ibu. So, dengan appoinment yang dah dibuat 2 bulan lepas, masa cucuk 1 tahun, ibu ambil cuti untuk bawak Alya pergi checkup. Siyesly, aku ingat ada cucuk that day. Rupa-rupanya checkup biasa saje deknon. 18 bulan nanti baru ada cucuk. Mana lah nak tahu ye dak? Anak baru sorang. Heheh

Appoinmentnya belah petang pukul 2.00pm. Pagi tu ibu main2 la dengan Alya dulu lepas tu ibu keluar pergi bank settlekan hal ibu kejap. Masa nak keluar tu, Alya dah tidur dengan bibik. So senang la ibu nak keluar. Tak ada dengar tangisan anak ibu nak ngekor. Heheh. Balik2 tu, Alya baru bangun tidur. Dengan bibiknya pun tak siap lagi. Aku of cos la bawak bibik sekali kan. Senang.. Hehe..Kelam kabut la aku gegas nak nyiapkan. Aku suruh bibik mandikan Alya sementara aku siapkan keperluan Alya macam susu semua tu dan ambilkan baju dak kecik tu. Bibik tinggal sarungkan aje.

Seronok montel ibu bila tahu ibu nak bawak jalan. Bukan main excited lagi siap nak ibu dukung je takut kena tinggal. Aku nak letak pun dia paut leher kuat2.. Heheh. Dah selalu kena tinggal kan. Dia tahu main dengan strategi dan psikologi, Bijakkk anak ibu.

Nasib baik KKM tak jauh sangat. Sempat la sampai pukul 2. Aku kalau boleh nak sampai awal lagi sebab takut ramai orang kan. KKM kan. Paham2 aje la. Kalau tak tunggu 2 3 jam memang tak sah. Bila dah sampai, ambil no. bagai dan tunggu la macam biasa. Tapi aku tengok orang hari tu tak ramai. Cuti sekolah orang semua pergi bercuti ke? Baru awal bulan. Selalu akhir2 tu orang pergi bercuti.

Eh tetiba kesah pulak aku hari tu orang pergi bercuti ke tak. Haha.. Amazingly, Tunggu setengah jam je aritu, no dah kena panggil. Eh tak sampai setengah jam la. 20 minit je kot. Masuk2 bilik pemeriksaan, macma biasa lah nurse dah tunggu dan macam biasalah di suruhnya bukak baju semua untuk ukur berat dan tinggi.

Aku bila nak pergi KKM ni memang aku seriau sikit. Alya kan montel. So berat dia memang border antara gemuk dan obese tapi Alya ni aktif. Dia memang tak duduk diam melainkan tido. Satu hari tu dia boleh berjalan tawaf rumah tu berpuluh kali. Tapi bila makan memang dia makan. Anak aku nak makan tak kan aku nak halang kan? Bagi aku time dia nak makan ni, aku bagi aje la dia makan tapi tengok jenis makanan tu la tapi kalau boleh dia makan aku bagi aje la. Nanti bila dia dah tak nak makan, aku pulak yang risau. Aku observe ni dari anak2 buah aku la. Bila dorang kecik2 memang semuanya montel2 tapi bila dah pandai memilih tu, pening kepala mak pak dorang nak bagi makan apa. Semua dah tak nak. Haaaa.. Sebab tu aku bagi je. Alya memang suka makan sayur. Lagi2 kalau carrot dengan bayam tu. Dia suka. Kalau buah tu, jenis buah lembik macam pisang dan betik ke, dia kureng sikit tapi Apple dia suka. Tengok, sekarang pun dia dah pandai memilih padahal sebelum tu, pisang ke betik ke semua dia makan.

So bila kat KKM ni, dorang asyik tengok pada nombor. Mak Lang aku yang doctor pun cakap jangan dengar sangat cakap dorang tu. Asalkan Alya sehat, nak makan, dan aktif, bagi je makan. Budak tengah membesar. Even pakar kanak2 masa Alya warded aritu pun tak cakap apa2. Dia lagi suka tengok Alya makan dan kagum Alya nak makan. Haaa see??

Berbalik pada topik atas, bila dah timbang ukur semua, BMI Alya still dalam border line tu. Berat 12.59kg tinggi 76cm tak silap aku. Aku lupa tang tinggi tu. Bila dorang tengok still dalam border line tu, dorang suruh jumpa pakar pemakanan. Aku dah malas layan dah time tu. Hailaaa.. Lepas tu aku cakap la Alya warded dan doktor paed Alya cakap nothing to worry about her weight bla3 semua. Lepas dorang dengar tu dorang pun ok tapi cakap jugak kalau next checkup still border kena jumpa jugak ye pakar pemakanan. Ermm... aku ye kan aje la.. Malas nak cakap banyak.

So sekarang aku konpius. Aku nak catu makanan anak aku ke? Aku tak nak bagi anak aku makan ke? Anak aku makan nasi je kot itupun tak banyak tapi 3 kali sehari la. Pagi Tengah hari dan malam sblm maghrib. Cuma dia kuat minum susu je. Itupun aku dah kurangkan sukatan. Macam mana entah nak buat lagi. Malas aku nak fikir.

Then, tunggu je la next appoinment which is bulan March nanti. Time tu husband aku ada In Sha Allah. Time dia ada aku nak luah perasaan ni banyak2. Huhuhu.

Sambung..Lepas dah cek semua tu biasalah jugak dia tanya apa Alya dah boleh buat semua dan lepas tu jugak bawak Alya jumpa doctor sebab batuk kahak Alya tak baik2. Dah 2 minggu lebih dah ni. Doctor cek paru2 semua ok Alhamdulillah. Mungkin virus la sebab Alya ni kuat ngutip. Laju je pulak ngutipnya tu. Ibu pun tak tahu nak pantau macam mana dah. Kalau aku nampak tu memang laju2 la aku pergi kat dia dan tepis apa dia nak masuk dalam mulut tu. Kalau aku tak nampak?? Huhuh..

Tu sampai satu tahap aritu, husband aku suruh benti keje tengok anak je sebab dia tengok bibik banyak main hp je dari tengok Alya. Hehehe. Husband aku memang gitu. Concern terlebih dari maknye. Biasalah kan. Tapi dengan ekonomi sekarang macam mana nak berhenti? Entah ler..

Lepas settle semua tu, aku tengok jam. Eh laaaa baru 3.30pm. Hahaha. Susah ooo nak balik time macam tu kalau pergi KKM ni. Selalu pukul 4 5 baru balik tau. Alhamdulillah tak ramai orang time tu.

Sebelum balik, singgah dulu kedai perabot. Nak beli almari Alya. Sian tak ada almari. Baju semua still simpan lagi dalam bakul baby yang besar tu sampai meninggi baju. Hehehe. Beli almari murah je. Aku amik yang banyak laci tapi ada jugak tempat gantung. Tak tangkap gambar pulak. Nanti aku tangkap aku tepek sini ye siap dengan susun atur lagi bagai. Heheh.

Ok lah.. Bye!

Thursday, November 19, 2015

Anak buah: Tahniah Arwa!!

1





No words can describe how proud i am as a maksu.. Hahah

Ini baru anak buah oii!! Kalau anak sendiri aku tak tahu la macam mana reaksi aku. Mahu buat kenduri 40 hari 40 malam. Hhahah.. Amboii kemain kaya and over kau nak buat kenduri lama macam tu.

Ini Arwa. Anak kedua kepada kakak aku yang sulung. Tahun ini dia darjah 6 dan ambil UPSR dan UPSRA (Sek. Agama). Dia ni lain sikit dari abang dia. Mungkin sebab dia perempuan. Eh! tapi aku perempuan jugak. Aku baya dia tak ada pun macam dia. Hahah!. Dia ambitious sikit berbanding abang dia. Dia study hard untuk UPSR dan UPSRA ni. Sampai demam2 la aku dengar. Dia punyai target yang tinggi.

UPSR dia terpaksa carry 5 subjek dan UPSRA 7 subjek. Dengan sekolah pagi dan sekolah petang di tambah lagi dengan program KOKO dekat sekolah. Aku faham macam mana perasaan dia. Sebab aku pun dulu macam tu. Mana nak study subjeck UPSR lagi. Nak study pulak subjek untuk UPSRA. Stress ooo.. Dah la exam dorang tahun ni dekat2. Selang seminggu je kot kalau tak silap aku. Eh sama la macam dulu. Macam korang ambil SPM banyak2 subjek tu. Haaa stress kan.

Untuk dua2 exam ni dia memang target result yang terbaik. Study memang kaw2 sampai dia kata kat mama dia. Wawa tak larat nak study untuk UPSRA ni pulak, Tu yang sampai demam tu. Huhu.

Tapi rezeki masing2 kan. UPSR dia dapat 3A 2B je. Jauh dari jangkaun dia. Sama pulak dengan result maksu pulak tu. Heheh. Dia menangis weiii. Sian dengar bila akak aku cerita. Dia penat berhempas pulas tapi itu je dia dapat. Aku paham rase down dia. Huhu..Esoknya dapat pulak result UPSRA. Alhamdulillah, result dia dapat mengubat balik luka lara dia. Full score 7A's dia dapat.

Atok dia a.k.a abah aku cakap. UPSRA ni lagi bagus dan penting. Itu lagi banyak ilmunya untk bekalan kat akhirat. Betul jugak kan. Orang dok kira la UPSR semua bagai tapi back to basic sape kita ni, ilmu agam yang paling penting. Yang dapat pandu kita ke jalan yang lurus, ke jalan yang benar.

Tak kesah la dapt berapa pun. Itu semua markah duniawi. Yang penting kita dah usaha. Masa depan kita tak tahu macam mana. Orang yang tak lulus pun boleh berjaya. Yang penting kesungguhan. Betul tak? Aku memang dari dulu bukan jenis yang pandang pada sijil. Pada markah. Sebab tu dulu rilex2 je kot markah sempoi2. Hahah. Aku banyak kawan2 masa SPM result sendu je tapi ended up lagi terbaik dari aku. Yang paling best akhlak dia pun jadi lebih baik dari aku.

Buat apa markah tinggi, result gempak tapi perangai nauzubillah. Zaman sekarang ni aku lagi pandang akhlak budak2 dari A B C semua. Macam abang Arwa ni. Exam memang dia out tapi aku sayang anak buah aku tu. Akhlak dia baik sangat. Antara ramai2 Arwa dengan abang dia yang paling aku sayang sebab dorang ni tak pernah nak sakitkan hati aku sangat dari dorang kecik sampai dah besor panjang ni.

Alya pun memang serasi sangat dengan abang Arwa ni. Walaupun lama tak jumpa tapi dengan abang Arwa dia cool je. Lagi buat aku tambah sayang. Huhuhu.

Tapi tu la. Setiap anak tu berbeza-beza. Didik je la sehabis baik. Yang penting agama tu yang diterapkan. In Sha Allah.

To Wawa, Maksu bangga. Tahniah untuk kejayaan. Ini hanya permulaan. Teruskan usaha dan sentiasa menjadi anak yang solehah.

Alya: 1 tahun 2 bulan

0


 Si jantung hati ibu dah 1 tahun 2 bulan dah. Ini lah pengubat duka lara. Balik kerja je terus segar dari lesu lepas di sambut si comot ni. Hehehe. Typical feeling to all mothers kan.

Sekarang ni apa yang dia pandai?

Pandai copy
Apa yang kita buat mesti dia nak ikut. Dia kan selalu tengok bibik dan ibu mengelap. Sekarang ni pun suka sangat mengelap. Kain ke tisu ke, dia lap la semua benda dia nak lap. Lepas lap benda dia lap pulak muka dia. Huhuhu kotorlah sayang oiii..

Mimik muka
Mimik muka memang champion. Mimik muka nakal, mimik muka banyak akal, mimik muka mengenakan orang. Semua kat tangan dia. Kita yang kekadang nak marah pun tak jadi nak  marah. Banyak akal sangat anak ibu ni. Haishhh..

Faham arahan
Banyak dah faham arahan dia ni. Bila suruh pakai baju dan seluar, masukkan tangan dan kaki, dia pun masukkan. Bila suruh letak barang kat tempat asal, dia pun letak. Bila suruh kemas mainan, dia pun masukkan dalam bakul. Tapi! ini ikut mood dia. Kalau dia tak nak buat memang sampai ke sudah tak nak buat.

Pandai meminta
Bila dia suruh buka kan sesuatu benda, dia akan hulur suruh buka. Bila dia nak pakai kasut, dia akan ambil kasut dia dan bagi kita suruh pakaikan. Bila dia nak sesuatu benda dia akan tunjuk. Bila dia suruh kita bacakan dia buku, dia akan ambil buku, bagi kat kita dan duduk kat riba. Macam2 la. Tapi ni kalau mood dia ok. Kalau mood tak ok, mulalah dia tantrum tanpa sebab sampai ibu pun tak paham apa dia nak. Semua tak kena. Last2 bila bawak tido, terus zzzzzz.. Hahaha. Ooo nak tidur rupanya padahal sebelum tu dah tido dah. Mengantuk lagi la kot. Tidur kejap aje kan. Hehe

Pandai marah
Biasalah ni kan. Bila tak dapat apa dia nak, guling2 kan badan la kan. Mana boleh bagi benda yang bahaya kat dia kan tapi benda macam tu la yang dia nak. Lepas tu sekarang, bila kita marah dia, dia marahnya kita balik. Selalu dia bergaduh dengan cik nini dia la. Mana taknya, suka sangat ngusik Alya. Mimik muka marah tu memang buat orang geram. Hahaha. Kalau dia garang sangat tu aku tegurlah juga kekadang. Tak nak bagi dia terbawa bawa sangat garang dia tu.

Words
Few words dah menjadi mainan di bibir dia dah. Macam ball, bibik, bubu (Ibu), abah (ayah), nah n macam2 lagi lah. Tapi banyaknya bahasa german lagi. Hheehe. Slow2 la ye yang. Ibu tak mahu paksa. Tapi kalau cepat sikit tu ok gak sebab kekadang awak mengamuk tanpa sebab itu boleh mendatangkan ketidaksabaran pada ibu sebab ibu tak paham apa awak nak. Huhu..

Ada macam2 lagi lah dia ni. Peel memang buat ibu cuit hati.

Alya ni suka main radio dan aircond kete ayah. Radio kan bila buka terus suara memang kuat kan. Kitorang pun konon nak la takukan dia sebab tak nak dia asyik main je, setiap kali dia bukak radio kitorang acah dia macam " ha ha tak tahu" Sambil goyangkan jari telunjuk. Memula tu dia takut la jugak kan, Macam tu salah dia. Last2 dia bukak radio dia yang goyangkan jari telunjuk tu kat kita balik sambil muka tu mulut muncung bentuk oooo pastu mata macam kita buat salah. Heheheh. Ayah pun tak tahu dah nak buat macam mana.

Kalau Alya tak ada hujung minggu, sebab balik kampung ke apa kan, mesti nenek bising sunyi dekat rumah sebab dia ni je buat riuh. Dengan jeritnya. Dengan nangisnya. Nenek memang merungut la sebab sunyi. Hehehe. Tapi bila Alya ada pun dok bising gak sebab bising sangat. Hahah. Alya suka mengemas bilik nenek atok. Kalau masuk tu ada je barang yang bawak keluar. Hahaha. Tu yang nenek geram pon. Nak marah tak boleh sebab cucu. Hehehe

Apa pun, ini lah peneman ibu time ayah pergi kerja 2 bulan. Boleh la di ajak berjalan bagai sekarang.

Memang anak ni sebagai pinjaman dan ujian untuk kita tapi aku tak tahu lah macam mana aku kalau Alya tak ada. Bila baca berita ibu kehilangan anak. Rasa macam Allah, macam mana lah aku kalau aku jadi orang tu. Redha kan aku? Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Biarlah aku yang pergi dulu sebelum anak aku.

Semoga semua yang terbaik untuk anak ibu. Di dunia dan akhirat.