Monday, January 30, 2012

Ingatan pun dah cukup ^_^

0

Assalamualaikum..

Just want to share.

Last saturday is my birthday. Yes, I turn to 24th dis year. Getting older and older each year and still thinking i dont have any improvement in my life. Got to be positive~

First wish of course from my Pumpkin. He was not here. Only phone yang menghubungkan aku dan dia. He was so excited to wish me first. Usually he will went to sleep on 10pm tapi disebabkan nak jadi orang pertama yang wish supaya i will not forget, sanggup bersengkang mata sampai pukul 12am padahal dia kena bangun untuk keje pukul 5am. Sound sweet kan?

No present from him. dia terkilan sebab dua kali befday aku dia tak ada dekat disini. ada atas kapal. nak buat macam mana kan. dah keje dia. tak sempat pulak nak bagi hadiah. huhu

Its sokay. For me, dia punya ingatan tu dah cukup bermakna. Wajib la kan! kalau tak mahu merajuk 3 bulan. huhu.

And for the first time. i cried. He just so sweet. dia jadi jiwang that early morning. dan aku sedih dia tak ada beside me on that day. rindu la tuu..hurmm

I dont know whether he is the best or not but i pray for it. I know Allah knows everything. He knows the planned. Just hoping my pumpkin will do his best to comfort me and to make me as a happiest woman in the world and i will try to do the same thing for him.

i dont want to ask too much bcoz im afraid i will not get all things that i wish to. Just hoping and pray.

I believe the faith.

notakaki:: feel like want to eat something delicious but dont know what. die~

Thursday, January 12, 2012

Permudahkanlah Ya Allah!!

0

Assalamualaikum...

Heii..kesian blog aku ni. Serupa kalau aku tak payah buat blog kan. Hehe..

Lately macam busy. Kalau dulu kejap ada keje kejap tak ada tapi sekarang ni tiap2 hari ada je keje yang menanti. Orang tak penting pun boleh busy kan? hehe..

Big boss pulak dah suruh aku start keluar. Suruh aku handle 1 big account. Mampu ke aku ye? aku ni dah la tak reti nak bernetworking bagai. Kalau cakap merapu tu boleh la. Heiii.. Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kerjaku Ya Allah...

English pun makin terabur. Tak ada effort nak improvekan macam ni la gamaknye. Nak explain kat customer mula lah tergagau nak fikir vocab apa nak guna. Last2 explain from email. Haha.. Kelemahan yang sangat2 teruk! Nak cakap terketar ketar. Confident semua main aci semunyi. Tapi bila tang menaip buat ayat memang ok!. Rasa nak nyorok je bawah meja kalau bab nak explain kat customer. Lagi2 customer yang banyak tanya.

ADOIIIIII!!!!!!!!!!!!

Tu la dalam kete sibuk dengar hot fom.. lagu2 melayu.. memang sampai ke sudah la tak boleh nak improve.

Teringin gak diri ni nak cakap berhabuk kan.. hehe..

K lah.. Nak balik. Lambat2 sangat nanti payah pulak nak redah jam..

Friday, December 16, 2011

Seronok agaknya kalau orang tak suka kita..

0

Assalamualaikum..

Aku curious la. Sampai la ni aku curious.

Kenapa perlu dengki dengan orang? Kenapa perlu bermusuh dengan orang? Kenapa kena cari pasal dengan orang lain??

Kenapa? kenapa?

Bukan hati lagi bertambah senang ke kalau berbaik dengan semua orang?

Kesian betul dengan manusia yang macam tu. Yang punya hati macam tu.

Sangat kesian....

Saturday, December 10, 2011

Moments ^_^

0

Assalamualaikum..

COMPANY TRIP 2011 - BANDUNG





Pergi for 3 days and 2 nights. Memang seronok sangat and Bandung adalah syurga shopping.. hehe.. Aku dengan bangganya berjaya lah jugak menghabiskan duit yang seciput aku bawak that time. Tak kesah lah tapi aku sangat puas!

Staff company aku is over 100 people and company aku provide business and service so office memang tak boleh tinggal kosong la kan.. Thus, we need to be divided for 4 groups. 2 first groups pergi akhir bulan and 2 last groups pergi akhir bulan. My group is group last in the 2 last group yang pergi akhir bulan 1. 2 last group to pun bukan pergi hari yang sama. 3rd group pergi hari jumaat dan group aku pergi hari sabtu...

We have visit many places and it is such a very greenery and fascinating places but shopping2 places memang tempat wajib yang kene pergi la kan..Terutama kaun2 perempuan yang tentu2 nya giler shopping.. huhu

Tapi apa pun memang sangat sangat seronok!!


HIKING AT LEMBAH PANGSUN - WITH COLLEAGUES




This one is the activity that involving some of my colleagues and has been arranged by one staff yang memang suka outdoor activities. First time ada activity macam ni and it is very successful!!.

Penat tak payah nak cakap la kan. Semput lagi la tak payah nak cakap. Nak termuntah semua ada!.. Lagi lagi dengan gaya lembik aku yang dah lama tak excercise. Memula jalan tempat yang tak berapa nak curam memang maintain lagi. Jalan pun laju aje kan. Gaya poyo memang tak tinggal la. Tapi bila dah sampai tempat yang NAUZUBILLAH! TINGGI GILA WEI CURAM CENURAM NI!! MACAM MANA AKU NAK PANJAT NI!!! WAAAAA!!!..Hambik ko sekali CAPLOCKS semua.. Hahahaha!! tu la perasaannya. Tapi konon nak tunjuk kental la kan. Kaki ni pijak la jugak curam curam tu semua. Tapi akan stop selang 10 langkah. Haha! Dan akhirnya kakiku krem dua2 belah..Waaaaa!!! sakit!!.. Nasib baik ada  5 6 orang hero yang tolong..Sekali  5 6 hero kaaaaannnn..Padahal kaki krem ajeeee..

Dengan semangat yang membara ni, akhirnya sampai la jugak kat atas nunnnn lepas hati tu dah bersorak NANI U CAN DO IT NANI!! GO GO NANI!! NAK SAMPAI DAH TU!!

Kesimpulannya..naik 2 jam turun 30 minit..hehehehe..

ini terbaikkk..


ini lagi TERBAIKKK!!

Thursday, December 8, 2011

So far semua okay saje!

0

Assalamualaikum..

It has been a long time since my last entry..

Too many things happened. Too many things want to share but unfortunately, I've lost my camera cable. So, I cannot transfer my photos..=(

Yes, u can share by words but sometimes picture can do much talking than the words itself..

Pardon my vocab, pardon my language.

 Works??

Nothing much..

Love life??

Ermmmm.. So far ermm.. I'm very2 happy.. ^_^

Personal life??

Alhamdulillah, nothing big and huge things happen.

Family and friends???

All under control..

Tak rugi kan kalau kita berbaik dengan semua orang?? ^_^


Monday, November 14, 2011

Hello, hai!!

0

I'm from Panasonic Malaysia. We are in the middle of gathering all the Japanese Corporate Customer to join the Panasonic Seminar on this coming 23rd November. The seminar is about the art of cost saving and usage of green energy. Thus, we want to invite you and your boss to join this seminar. You can view the attachment of the invitation letter for more detail. It will be an honour if can join it and please give the RSVP of your confirmation ASAP. Looking foward for your reply


Assalamualaikum..

This is what I'm doing now. Make calls over 40++ companies to ask their come to my company event. Easy to look and easy to say for who do not know how many effort that need to put in this job, please take my job and see it by yourself..

it's hard to invite people that do not know about you and your company. It's like..tiba2 ada this one stranger guy ask you to go out (for girl of course), do you want to go?? tak mo kan..like that laaaaa..huhu

Each of us has quota to go. 10 company for each. kalau tak ada 10 company buat apa? penggal kepala sendiri. 

lagi 1 weeks++..just wish to myself gud luck. harap ada ong..harap harap..

till i see u again. tata..

Wednesday, October 26, 2011

Laku ke??

0

Assalamualaikum..

Aku tak boleh tido. Aku suruh cik abang tido tapi aku sendiri yang tak tido..hehe..Dah tak boleh nak tido ni, apa lagi.. mengonline diri aje lah..dah tak ada apa nak buat kan. nak baca buku pun malas..huhu..

Aku bila dah start mengupdate blog, akan selalu lah aku buat entry baru pas2 tu. then bila stop mmg lama lah aku tak letak entry baru. punyalah tak konsisten ini budak kan..huhu. nak buat macam mane. kekangan keadaan.~

Ekceli aku ada satu cerita kelakar tapi aku tak rase korang baca ni akan rasa kelakar. aku bet korang akan rasa meluat. hew3~ tapi aku peduli apa kan. aku nak cite jugak.

Alkisah aku baru la berasmaradana dengan cik abang dalam tepon..tiba tiba dia habaq mai yang dia risau. aku pun dok tanyalah apa yang dia risau sangat tu. part dia nak jawab ni aku dah rasa nak gelak..sebab jawapannya sangat la nonsense..

Dia kata dia risau aku kena ngorat ngan orang lain..aku dah makin lawa la. bertambah2 tengah usaha nak slim ag ni..lagi la dia risau...hua hua hua kah kah kah!!!..marah pulak dia aku gelak. dia serius aku pi bantai gelak pulak kan..hahahha..masalahnya..yang dia pi bagi jawapan kelakar sangat tu watpe???

Aku habaq mai la buat apa nak risau bagai. aku bukan miss universe atau miss world tu. tak santek mana pun tp comel and manisnya ada..haha..tak ada maknanya orang nak ngorat aku. badan n cutting dah la out of coverage. luaq nampak la cun. tang dalam tatau..lagi2 bila dulu aku gemuk kan. ingat dah kurus sikit ni, semua ilang ka? memang tak la kan..huhuhu..tang santek?? Wallahualam..dekat mata dia nampak santek, alhamdulillah tapi tiap orang kan pandangan n citarasa kan lain. kat mata orang lain entah2 aku nampak macam mak lampir..sape tau kan?? sedih~

InsyaAllah aku tak pi carik lain punyalah..aku bese lah..suka buat kawan tapi tak bermakna setiap orang yang aku nak buat kawan ni sorang2 nak sangkut. gilak apa?? aku bukan playgirl okayyy..ramai kawan ni senang..dorang susah aku tolong mane termampu. aku susah mane lah tau dorang boleh tlg kan. bukan rugi pape pun buat baik ngn orang..kan???

Agpun kan, cik abang ni bagi aku dah terbaik dah. kepala mereng pun sama dah. kepala memang masuk punya lah. bebel macam orang tua pun ye jgk. itu mmg kriteria yg aku carik pun..haha! kuat bagi nasehat mamat tu. at least terbimbing la sikit aku kan. kuat mengugut pun ye jgk. itu sebab takut aku lari..hahah!

Mana lagi aku nak cari macam dia? nanti aku gi kat orang lain takut kepala tak sama pulak kan. lain pulak peel dia. aku pulak yang pening nanti. tak mo ah. biar dia yang pening pasal aku jangan aku yang pening pasal dia. dari situ nampak la dia sayang. hua3!! kejam2..ermm..melainkan memang tak ada jodoh aku dengan dia..itu nak buat macam mana kan? tapi kalau boleh biar la jodoh aku dengan dia.. aku dah malas nak buat sesi pengenalan balik ni. dah makin tua kot..huhu

Ok lah..sesi bercerita sudah habis. sedar tak sedar dah pukul 12 kan..dah masuk hari baru. mentang2 sok cuti kan, boleh selamba badak aku berjaga sampai macam ni..ok lah..gua mau tidur dulu.. pape hal update lain ye..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, October 24, 2011

BL Update

0

Assalamualaikum..


Sudah berkurun rupanya aku tak update ini belog. Bukan melupakan tapi masa tidak mengizinkan padahal facebook tiap2 ari online. Huhuhu..Ekceli tak ada la berkurun sangat kan? Last update still dalam bulan October lagi cuma date sahaja yang bertambah. Kecoh!

Last entry aku ada mention pasal TBH biggest loser rite? hari ni aku nak update. Since last entry until entry hari ini aku dah lose lebih kurang 0.5kg. 0.5 je????? Yes, only 0.5 sahaja. Orang lain kata sikit. Kata aku not bad.

Kenapa? Bak kata Kevin Zahri dan lain2 Health Advisor and trainer. Better less and nothing. Biar turun sikit2 dari turun mendadak. Bila turun sikit2, badan kita boleh adapt dengan changes tu so keberangkalian untuk memaintainkan badan adalah lama. Means, dia nak naik balik tu lambat sikit lah.. InsyaAllah..

Aku ikut planner Kevin Zahri which i think i already mentioned before, i cut my calories taken and try a bit to exercise more. Tapi bab exercise tu only 1st week je aku pi. pastu malas sudah. hehe. Aku just cut calories la dan untuk buang balik calories yang aku ambil, instead of exercise, aku try to move a lot. Kat office, aku naik turun tangga banyak kali. Aku akan cari keje yang membuatkan aku kena turun nak tangga banyak kali. Dan kalau rajin sangat, aku akan buat lompat bintang and sit up. Target aku at least biar perut kempis dulu. Yang lain2 i will work out later.

Sekarang memang perut aku rase kempis sikit dari before. Sit up dalam 100 kali je sehari. Nak buat lebih2 aku malas. hehe. Tapi ok lah. Slow2. Aku tak mahu la kurus sangat sebab time berat aku dalam 57kg orang kata aku pucat. Nampak macam orang tak sihat. Aku tak mo lah gitu kan. Nak la nampak freshhhhhhh~~~

So, target aku biar sampai 57 je la..heee..4.5kg more to go. Hope can achieve until this end of december. Kalo idak abis lah duit aku kena belanja bos aku. hua3!!..

Until then, will update later..

Daaaa~

Monday, October 3, 2011

Biggest Loser!!

0



Suddenly today my boss asking me to beat with him to lose weight within this month. starting this month until december. Aku kalau bab bab turunkan berat badan ni memang semangat. bila ada competitor baru la semangat dan bersungguh sungguh nak buat kan and those who fail kena belanja TGIF. aku tak pernah makan dekat TGIF tu tapi dengar kata memang gila mahal. 1 plate of pasta is around RM25. gilak mahal! itu amount untuk aku makan nasi campur 3 hari tau dak.
So, I will take this challenge and we will see the result on December. Fuh2!! mintak mintak la aku kental. nanti bila nampak yang sedap sedap mahu aku tak balun sampai 2 pinggan! mintak dijauhkan. Aminnn..

What is my plan?? entah but lately aku sangat malas mahu pi jog. yang paling kuat aku buat sekarang is sit up and lompat bintang. tak pun kalau terlebih rajin aku buat lari setempat tu. bergegar rumah abang aku tu. haha. but yang paling obvious sekarang aku cut my calories that I take per day. kalau dulu aku ambil 1000 kalori sekarang ni aku try cut untuk ambil 800 kalori sahaja. tu je la. hope menjadi lah.
So, those who read this, please pray for me. mati aku kalau nak belanja boss aku kat TGIF tu. aku tak banyak duit macam boss aku tu. huhu.

Wish me luck!! *crossed fingers*

Saturday, October 1, 2011

Craziest warehouse sales!!

0

Assalamualaikum..

Semalam aku tido agak lewat dari waktu tidur kebiasaan aku tapi aku bangun awal macam aku nak pi keje je padahal sabtu minggu ni aku tak keje pun. Tapi aku ada misi yang penting yang harus aku kejar hari ni. Tengok je la gambar ye. Aku malas mahu berkata kata hari ni.

Bersiap sedia untuk beratur. Mula beratur pada jam 8.50am


masih beratur pada jam 10am. bayang gate masih jauh kelihatan


Akhirnya dapat jugak masuk pada jam 11am. sebelum masuk warehouse harus ada sekatan dan briefing dahulu. untuk kepentingan sejagat..



 Dan akhirnya!! ini lah hasil yang aku dapat..7 helai baju hanya pada harga rm35. mano nak carik ha? 

The most craziest warehouse sales ever yang pernah aku pegi kat shah alam ni!..PADINI WAREHOUSE SALES IS THE CRAZIEST!!

Beratur sahaja dah 2 jam dan ada adegan gaduh2 sikit coz ada malaun2 yang suka suka hati nak cut line..orang penat beratur 2 jam dia senang senang je nak cut line. aku cut pale ko!!..huhu emo2..

Berbaloi juga la pegi coz the shirt and kemeja that i bought for only rm5 each is quite nice even season sikit baju dia. its ok laa..at least i have something to wear kan..=p

Balik balik aku dah tak larat. kaki aku sangat sakit dan ada cramp sikit. tp it doesnt matter. yg penting aku puas!