Wednesday, June 22, 2011

Aku tengah tak daya ni..

0


Assalamualaikum..

Salah satu dugaan bila kau menjadi seorang perempuan ialah terpaksa menahan sakit dan perit bila datangnya time period. Period pain sakit giler okay!!..=(

Hari ni aku bertapa keboringan dekat rumah. Bukan saje2 mahu ponteng keje ok. Setiap kali datang period memang aku tak mampu nak bangun untuk pergi keje. Takkan aku nak buat ala2 gaya fetus dekat ofis pulak? memang tak sesuai dek non. Baik la aku buat gaya fetus dengan muka berkerut minta penyepak dekat rumah. At least aku menjerit 'sakit! sakit!' pun aku sorang je yang dengar. huhu. Dugaan kecil kan. Terima dan sabar je la. Special kan jadi pompuan. Lelaki ada ke macam tu? huhu..

Ini pun aku gigih mengupdate blog sambil meniarap. Biar perut kene tekan. Konon nak kurangkan sakit la~ Totap same~..Haishh..=(

Boring tahu tak. Sebab tu terpaksa tahan sakit dan update blog. Aku tak mampu nak bangun dan berjalan.. Tangan je mampu sikit untuk menaip. Kepala pun tak berangkat ni. Azab okay~

Tadi Mr.P call. Agak lama jugak dia tak call pagi2 macam tadi. Macam tahu2 je I perlukan dia. Hik hik.. Dia dah call mulalah aku buat aksi gedik dan mengada-ngada. Heee.. Sape suh call time orang sakit. Ko layan la ek.. Nasib baik paham. Kalau tak di layannya harus aku bertambah sakit.

Aku cuti ni mesti bos banyak message tanya mana itu mana ini. Then customer pulak call tanya pasal quotation. Suruh revise bagai. Aku nak tidur pun tak jadi. Tak boleh dah nak lelap mata ni. Last2 bukak laptop dan buat apa yang aku tengah buat sekarang ni.

Adoii..aku kena buat gaya fetus balik la..daaaa..


Katakesat: Bestnye kalau ada orang urut2 kaki yang sengal ni..

Tuesday, June 21, 2011

Cermin muka kau dulu. Keh..keh..

0

Assalamualaikum..

Meh nak share sikit artikel yang aku baca dekat I luv Islam website.

Ummi : Mat... kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad : Betul ke Ummi? Mat ok je kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai.... (senyum malu)

Ummi : Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya.
Ahmad : Nampak ok orangnya Ummi, tapi..... dia ni gempal sikitlah Ummi.

Ummi : Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu.
Ahmad : Masya Allah Ummi.... tapi B ni rendah lah Ummi....

Ummi : Nah ! Cuba tengok gambar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat.
Ahmad : Subhanallah..... cantik dan manis betul dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi : Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim.
Ahmad : Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi.... yang lemah lembut sikit wataknya.

Ummi : Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni.
Ahmad : Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah.

Ummi : Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia.
Ahmad : Allah Allah hebat dia ni... tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju.

Ummi : Ni pulak G, doktor muda balik Mesir dan ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari.
Ahmad : Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur'an lah Ummi.

Ummi : Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak.
Ahmad : Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak...

Ummi : Abang, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah : Calon yang macam mana dia nak?

Ummi : Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Al-Qur'an.

Abah : Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu... minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu.... Peace! ^_^
aku paling suka part 'tengok cermin puas-puas'. hehehe. Dunia kan. Nak yang perfect kebaboomm! Sehabis sempurna la tapi tak tengok lak kat diri sendiri. Sempurna ke diri kau tu?. Nak yang cantik tapi cukup hensem ke kau? Nak yang educated tapi kau belajar takat mana je? Nak yang tinggi dan slim tapi kalau badan kau macam Fahrin Ahmad and Aaron Aziz tak apa lah jugak. Nak yang putih muka licin tapi tak sedar muka dia tu banyak kawah. *ok bab putih ni sensitip sikit. huhu*.
Kita ni kan hidup tak sempurna mana so tak payah lah nak mengharapkan kesempurnaan tu. Selalu dari pengalaman aku, apa yang kita harapkan dan apa yang kita nak kita tak akan dapat yang tu especially dalam bab2 pasangan ni. Aku bagi contoh terdekat. Aku sendiri la kan. Dulu bukan main nak lelaki macam Fahrin Ahmad. Wahhh! kental dan mampat habis la kan tapi at last..... aku tak dapat pun macam tu. hehehe. Tapi aku tak kesah pun. Aku terima seadanya asalkan dia selalu buat aku happy sudah lah.. Daripada dia hensem dan gagah perkasa tapi kita selalu tak boleh tidur malam dan makan hati baik kita ambil yang just sedap mata memandang tapi at the night kita tidur dengan lena. Kan? ^_^
Tak ada manusia yang sempurna kot. Walaupun dia cantik dan kacak mesti akan terselit jugak keburukan dan kelemahan dia. Entah2 ketiak berbau ke. Ada kudis kat badan ke. Sape tahu kan? Jangan kita jadi orang yang terlampau mengimpikan kesempurnaan tapi nanti at the end kita duduk menongkat dagu dan menyesal. Kesempurnaan tu tak yang seperti kita harapkan. Kecelaan dia rupanya lagi besar dari kesempurnaan dia. Hurmm..Menyesal pun tak guna..
Biarlah pilih orang yang boleh buat kita banyak ketawa dan senyum dari pilih orang yang selalu buat kita menangis.
Biarlah pilih orang yang baik dan hanya sedap mata memandang dari orang tu hensem tapi perangai tak serupa manusia.
Biarlah pilih orang yang ingat asal usul dia dari pilih orang yang lupa daratan.
Biarlah pilih orang yang kaya dengan pengalaman hidup sehingga boleh membimbing kita dari orang yang hanya kaya sijil tapi bila tang nak menghadapi hidup, faiiillll!
Lastly, pilih la orang yang baik hati dia walaupun dari segi fizikal ada kurangnya...

Katakesat: Hanya Rasulullah S.A.W je yang sempurna tahu??!

Monday, June 20, 2011

Setia tu penting hokay~

0

Assalamualaikum,

Sebelum ni rasa macam...
Ok lah we can be a friend. A close friend. We can hang out together-gather after this *perosak ayat tegar~*.

Tapi rupa-rupanya...
Aku tak boleh keluar dengan dia. Walaupun hati cakap tak apalah kot kawan-kawan kan??. Tapi still tak boleh. Ada batas aku kena jaga. Ada hati yang aku kena fikirkan. Biar lah dia kata "xpayah nak setia sangatlah" tapi ada aku kesah?? Hati orang tu lagi penting dari hati kau!!.. daripada ayat kau tu la aku boleh nampak kau macam mana. Aku nak setia tak nak setia ke, aku punya pasal lah!..

Terus rasa malas nak kawan lebih2 dengan hamba Allah sorang ni.


Katakesat: Aku setia pada sorang je k..huh!!

Friday, June 17, 2011

Penangan cerita Nora Elena pada lelaki yang aku tak dapat lihat dari cerita drama yang lain.

0



Assalamualaikum..

Pergghhhh.. Tajuk tak sikit punya pendek kan~

It’s been a long time since last time I updated my blog. Niat untuk mengabaikan blog ni macam sikit2 tu dah ada. Gara2 sikap M yang datang bermaharajalela. Syuh2!!

Tengok Nora Elena? Aku tengok and kalau boleh memang tak nak miss pun. Pernah miss beberapa kali je tapi tengok balik kat tonton.com.my. Sanggup tu.

Impact Nora Elena bukan kena kat aku je. Tapi most of it kena dekat orang-orang sekeliling yang aku kenal dan rapat. Yang paling best Mr. P pun layan tau. Dalam kepala hotak aku sebelum ni, “Alah lelaki mana lah layan sangat cerita leleh macam ni”. Tup2 satu tempat kerja Mr.P yang semuanya lelaki tu tu pun layan. Abang aku yang anti cerita leleh pun layan tau. Wahhh~ gempak cerita Nora Elena ni….

Tapi motif utama tengok sebab Nora Elena yang mix dan cun melecun tu~~

Hurmmmm..pape lahhhhh..

Yang best Mr. P boleh tanya..” Nak I jadi macam Seth tu ke??”

Nak tahu I jawab apa? Tak ada lah jawab gelojoh nak3!!.. Si Seth tu perogol. Aku tak mahu lah dia jadi yang macam tu. Alamak aiiii. Seriau den..huhu..

Aku jawab, “ Kalau perangai yang baik dan romantic dengan bunga berdozen2 dalam kete, I nak. Tapi kalau nak ikut perangai yang tak elok Seth tu, jangan nak mengada2. Ada yang kena sunat kali kedua pulak”. Hoho. Ok. Part yang kena sunat tu aku tambah sendiri dalam ni tapi macam menyesal je tak cakap macam tu. Haha. Takpe. Nanti boleh cakap kot. Teheheheh..=D

Cerita tak habis lagi ni. Dia ada reply ag tapi ayat ni agak menggelikan orang lain kot. Aku yang dok dengar ni berbunga-bunga a gak. Haha.

Dia reply. “ok. Tunggu kita kawen k.” hehehehe.. Nasib baik dalam tepon tau. Kalau depan2 aku tatau mana nak sorok muka I ni. Malu taaauuuu! Abe ni.. saje buat I blushing. Haha. Gedik!

Apa pun, InsyaAllah kalau ada jodoh, harap2 dia boleh jadi hubby yang baik untuk aku. Amin..doakan jodoh aku tau!

Eh, tapi sekarang dia tak bape nak sihat. Amboiii..Nora Elena dah habis je terus tak sehat ea..=p



Katakesat: Kalau dia tengok Nora Elena, I tengok Seth Tan yang gagah perkasa tu. hakhak. I loikkkeee tauuu..=D