Monday, February 1, 2016

Alya: Banyak sangat ragam sekarang!

0





Dah lama tak bercerita pasal anak dara ni kan. Alhamdulillah hari ini dia dah masuk 1 tahun 5 bulan dah. Dah bosar anak omak ni ha. Alahaiii.. Dulu sepanjang lengan aku dari siku ke bawah je. Sekarang? Dah makin tinggi dah. Ni lah penyeri ibu ayah, opah2 dia, makcik pakcik dia dan atuk nenek.

Dah pandai bergaduh dah sekarang. Garang yang amat. Tak boleh ditegur. Entah sape yang ngajar cmtu tah. Geleng kepala ibu. Nasib baik kecik lagi kalau tak memang dah kena habuan dengan ibu. Huhuhu. Nak share mainan pun kedekut. Budak dah biasa sorang kan. Mana reti nak share2 ni lagi. Baru sentuh sikit mainan dia dah kena rembat balik. Tak sempat orang lain nak main tau. Ibu dah penat berbunyi dah. "Alyaaa main la sama2. Share la mainan dengan orang lain. Tak baikkk". Tapi hado dia nak dengar? Apa dia tahu itu mainan dia. Orang lain tak boleh pegang!. Aduhaiii.. Tapi bila mainan orang tak pulak dia nangis bila tak dapat. Haaaaa... Tau pun kannn.. Kekadang tu orang tak bagi memang dapat sedas tamparan hangit dari Alya ni. Huiii jangan main2 dengan tamparan wanita dia. Berbisa kooo.. Aku ni omak dia memang selalu la kena. Nak pukul orang tu dia tak berani. Mak nya jugak yang kena tempias. Sabo je laaa.. Tangan tu dah la berisi. Nampak je kecik bila kena memang biol ko kejap. Huhuhu. Tu gambar atas tu lepas pukul orang la tu. Nampak beno muka gangster nak oiiii.. Kecik2 ni aku malas la nak bertempik sangat. Budak2 lagi kan. Mana dia paham. Tunggu dia dah faham bahasa sikit. Buat perangai camtuh lagi memang nak kena dengan ibu. Sekarang ibu belai2 dan cakap lembut lagi. Sabo3..

Itu je la perangai dia yang buat ibu geleng kepala. Yang lain Alhamdulillah ok je. Ngada2 tu tak boleh nak elak la kan. Nama pun anak perempuan. Laki aku suka berzikir. "Ngada2 macam ibu". Aihhh.. Cari gaduh ke abang? Hahah. Tapi aku pun suka gak kadang2 cakap manja macam ayah. Hehehe. Manja sangat u olllssss.. Berkepit tu wajib lagi. Ibu tak boleh hilang ni. Nak ibu depan mata dia je. Ibu tak boleh bangun ke apa. Ada orang lain pun atau ayah ada pun nak ibu jugak. Manja sangat anak ibu ni nak oiii.. Ibu nak kencing berak pun kena nyorok2 macam penyamun. Hahaha. Kalau dia nampak memang tak jadi kencing berak ibu. Kekadang dok ketuk2 dari luar. Takpun dok meraung dekat luar pintu. Tapi selalunya kalau dia perasan ketidakberadaan ibu, dia tau macam mana nak cari. Tau2 je dah berdiri depan pintu bilik air padahal sebelum tu tengah main tu dengan sape2 je la. Tengah main2 pun boleh perasan ibu tak ada. Gigih mencari lepas tu. Hahahah.

Kadang2 geram la jugak sebab tak jadi kerja. Kalau kat dapur pun tengah syok2 cuci pinggan dia boleh nyelit kat kaki tolak2 aku dari singki suruh stop. Kalau tak di layan dia nangis2. Alahaiii. Masa masak pun macam tu. Dia mintak dukung. Mana la aku nak larat masak sambil dukung dia. Dah 13kg u ollsss. Kalau dia 6 7 kg larat lagi la nak buat keje sebelah tangan je. Last2 memang aku dengar jeritan padu Alya je laa .. huhu. Selalunya memang tak jadi kerja la. Aku banyak duduk dengan dia je la dari buat kerja2. Ini kebanyakkannya kejadian masa weekend atau cuti. Lipat baju pun ibu tak dapat tau..huhu

Tapi overall perkembangan dia Alhamdulillah. 1 2 3 dah pandai sampai ten. Kalau aku sebut one dia sambung two sampai seterusnya. A dia tak mahir sangat lagi tapi bila nyanyi abc tu dia suka la. 1 2 3 ni lagi banyak guna dari abc kan sebab tu dia lebih mahir counting ni. Animals pun dia dah tahu. Nak sebut tu tak tahu la lagi kan tapi bila suruh tunjuk mana cow cat semua dia tahu. Bunyi2 pun dia tahu. Contoh bunyi cow dia pun buat bunyi mooo tu. Tapi yang ni ikut mood. Kalau rasa nak tunjuk dia tunjuk kalau tak, buat donno je laaaa.. Kalau suruh tunjuk mata hidung gigi semua dia dah pandai dah. Telinga je tak reti2. Hahah. Penat ibu ajar yang tu. Dia tak minat kot nak tau mana telinga. Hehehe.

Kalau tanya "sapa nama Alya angkat tangan!". Dia akan angkat tangan dia sambil cakap "aye!". Kalau tak angkat tangan pun dia akan sebut "aye!". Tu malas la tu angkat tangan tu. Nasib ada respon jugak. Hahaha. Suku kata2 banyak dah dia tahu. Pelat la kan tapi untuk umur dia ok sangat la tu.

Nak gaduh dengan ibu pun dia pandai. Sabo je la anak dara sorang ni. Dengan muka banyak akal dia, ada je idea dia nak buat tu. Nenek siap cakap Alya ni loyar buruk. Opah memang geram sangat2 dah dengan dia. Dengan atuk pun dah jadi geng gaduh. Dengan cik nini dia memang geng berjalan aje la sejak cik nini jaga dia ni. Lagi2 suka perhatian sekarang ni. Kalau orang dok melayan aksi2 dia lagi menggedik budak kecik. Hahah.

Apa lagi? Dia dah jadi picky eater dah sekarang. Kalau sebelum ni sumbat aje kan. Sekarang tak. Memilih dah. Kalau makan pun sikitt aje. Perut buncit dia dah kecik sikit dah. Huhuhu. Main pulak makin banyak. Lompat sana lompat sini. Lari sana sini pastu makan kurang. memang kecik la badannya.

Banyak sangat nak cerita apa budak kecik  ni boleh sekarng tapi tak terkarang aku ni ha. Hehehe. Kalau mood rajin datang lagi aku cerita nanti ek.

Oh ye, Ayah dia dah balik dari laut minggu lepas. Sehari sebelum birthday ibu Alya. Hehehe. Dapat la hadiah hari jadi kilau2. Hehehe. Simple je tapi bermakna la kan sebab dari suami tercinta. Awww.

Ok lah sambung lagi nanti ye. Bye3!

Wednesday, January 20, 2016

Post

0



Eh blog ni nak di abaikan kembali ke? kikiki..

Actually ada je draft yang tulis tapi semua separuh jalan. Memula semangat nak tulis lepas dah separuh tulis tetiba malas pulak nak tulis. Dah kenapa tak tahu. Huhuhu

Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi tu la.. Malas malas malas malas..... Bila entah nak hilang malas ni entah. Haissshhh..

Husband aku nak balik dah ni. Dalam seminggu dua lagi ni. In Sha Allah. Cepat2 la husband aku balik. Banyak benda tak mampu nak fikir sorang ni. Bila fikir sama2 baru la tak bape stress ye dak?

Tahun 2016 In Sha Allah hope more good news and things happen. In Sha Allah. Harap2 nya. Perancangan banyak tapi kita tengok progress dia macam mana ye.

Ok lah. Nanti kalau rajin banyak la cerita yang menyusul. Bye3

Wednesday, December 30, 2015

Dia suamiku

0



Kadang2 mengingati kebodohan dulu ada baik dia jugak tau.. serius.. dari situ kita cuba perbaiki apa yang bodoh sangat dulu tu. Hikhikhik

Kebodohan dulu yang aku ingat sampai sekarang adalah menangis meraung hanya kerana seorang lelaki dan cinta tak kesampaian. Ecewahhh! Uiiiii.. sampai 12kg tu turun. Dari si gemuk gedempol jadi si kurus cengkung. Hahaha.. aku pun terkejut. Abah siap cakap macam mayat hidup lagi. Kurus tapi pucat. Yelah dah kurus dengan cara tak sehat, mesti lah pucat. Kan?

Dengan tak makannya. Tak makan tapi excercise. Ko bayang 12kg dalam mase 2 bulan lebih. Pencapaian terbaik sepanjang hidup. Hahah. Merasa la jugak aku berat 50kg++. Hikmah tu kan.

Adik beradik aku semua tahu kesah cinta tak kesampaian tu. Siap tabik la boleh kurus sampai macam tu sekali. Abang2 aku siap nak marah2 lelaki yang buat aku merana kononnya tu. Wahaha! Kelako..

Tapiiii... tadi dorang cakap.. Kalau jadi aku dengan lelaki tu dulu, aku tak akan dapat suami aku yang sekarang. Yang rajin, yang ringan tulang, yang banyak tolong aku uruskan hal anak dan suami yang sabar dengan aku. Serius.. fikir2 balik, dia memang suami yang terbaik untuk aku. Dia banyak cover kekurangan aku. Yang banyak melayan manja aku dengan sabar. Abah pun kalah tau! hehhee..

Alhamdulillah ramai cakap betapa beruntungnya aku dapat dia. Syukur sangat3! Walaupun selalu kena tinggal, tapi bila dia ada, dia selalu nak happykan family dia dan family aku..

Abang!!! I miss u!!! Lambatnya nak tunggu sebulan lebih ni!!! Huuuuuu

Betul la quote yang selalu share dlm fb ke ape ke. Allah jumpakan kita dengan orang yang salah dulu sebelum kita jumpa orang yang betul untuk kite belajar untuk pandai menilai dan menghargai.

Untuk suamiku, terima kasih yang tak terhingga kerana menjadi suami yang cukup perfect untuk ayang dan ayah yang terbaik untuk Alya serta anak dan menantu yang baik untuk mak, mama dan abah. Dah jauh baru kite belajar menghargai tapi bile dekat kita gaduh2 balik ye bang. Heheh. I love u!!


Thursday, December 3, 2015

Alya: Checkup 15 months

0




1/12/2015 hari tu, genap Alya 15 bulan i.e 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, membesar dengan sehat anak ibu. So, dengan appoinment yang dah dibuat 2 bulan lepas, masa cucuk 1 tahun, ibu ambil cuti untuk bawak Alya pergi checkup. Siyesly, aku ingat ada cucuk that day. Rupa-rupanya checkup biasa saje deknon. 18 bulan nanti baru ada cucuk. Mana lah nak tahu ye dak? Anak baru sorang. Heheh

Appoinmentnya belah petang pukul 2.00pm. Pagi tu ibu main2 la dengan Alya dulu lepas tu ibu keluar pergi bank settlekan hal ibu kejap. Masa nak keluar tu, Alya dah tidur dengan bibik. So senang la ibu nak keluar. Tak ada dengar tangisan anak ibu nak ngekor. Heheh. Balik2 tu, Alya baru bangun tidur. Dengan bibiknya pun tak siap lagi. Aku of cos la bawak bibik sekali kan. Senang.. Hehe..Kelam kabut la aku gegas nak nyiapkan. Aku suruh bibik mandikan Alya sementara aku siapkan keperluan Alya macam susu semua tu dan ambilkan baju dak kecik tu. Bibik tinggal sarungkan aje.

Seronok montel ibu bila tahu ibu nak bawak jalan. Bukan main excited lagi siap nak ibu dukung je takut kena tinggal. Aku nak letak pun dia paut leher kuat2.. Heheh. Dah selalu kena tinggal kan. Dia tahu main dengan strategi dan psikologi, Bijakkk anak ibu.

Nasib baik KKM tak jauh sangat. Sempat la sampai pukul 2. Aku kalau boleh nak sampai awal lagi sebab takut ramai orang kan. KKM kan. Paham2 aje la. Kalau tak tunggu 2 3 jam memang tak sah. Bila dah sampai, ambil no. bagai dan tunggu la macam biasa. Tapi aku tengok orang hari tu tak ramai. Cuti sekolah orang semua pergi bercuti ke? Baru awal bulan. Selalu akhir2 tu orang pergi bercuti.

Eh tetiba kesah pulak aku hari tu orang pergi bercuti ke tak. Haha.. Amazingly, Tunggu setengah jam je aritu, no dah kena panggil. Eh tak sampai setengah jam la. 20 minit je kot. Masuk2 bilik pemeriksaan, macma biasa lah nurse dah tunggu dan macam biasalah di suruhnya bukak baju semua untuk ukur berat dan tinggi.

Aku bila nak pergi KKM ni memang aku seriau sikit. Alya kan montel. So berat dia memang border antara gemuk dan obese tapi Alya ni aktif. Dia memang tak duduk diam melainkan tido. Satu hari tu dia boleh berjalan tawaf rumah tu berpuluh kali. Tapi bila makan memang dia makan. Anak aku nak makan tak kan aku nak halang kan? Bagi aku time dia nak makan ni, aku bagi aje la dia makan tapi tengok jenis makanan tu la tapi kalau boleh dia makan aku bagi aje la. Nanti bila dia dah tak nak makan, aku pulak yang risau. Aku observe ni dari anak2 buah aku la. Bila dorang kecik2 memang semuanya montel2 tapi bila dah pandai memilih tu, pening kepala mak pak dorang nak bagi makan apa. Semua dah tak nak. Haaaa.. Sebab tu aku bagi je. Alya memang suka makan sayur. Lagi2 kalau carrot dengan bayam tu. Dia suka. Kalau buah tu, jenis buah lembik macam pisang dan betik ke, dia kureng sikit tapi Apple dia suka. Tengok, sekarang pun dia dah pandai memilih padahal sebelum tu, pisang ke betik ke semua dia makan.

So bila kat KKM ni, dorang asyik tengok pada nombor. Mak Lang aku yang doctor pun cakap jangan dengar sangat cakap dorang tu. Asalkan Alya sehat, nak makan, dan aktif, bagi je makan. Budak tengah membesar. Even pakar kanak2 masa Alya warded aritu pun tak cakap apa2. Dia lagi suka tengok Alya makan dan kagum Alya nak makan. Haaa see??

Berbalik pada topik atas, bila dah timbang ukur semua, BMI Alya still dalam border line tu. Berat 12.59kg tinggi 76cm tak silap aku. Aku lupa tang tinggi tu. Bila dorang tengok still dalam border line tu, dorang suruh jumpa pakar pemakanan. Aku dah malas layan dah time tu. Hailaaa.. Lepas tu aku cakap la Alya warded dan doktor paed Alya cakap nothing to worry about her weight bla3 semua. Lepas dorang dengar tu dorang pun ok tapi cakap jugak kalau next checkup still border kena jumpa jugak ye pakar pemakanan. Ermm... aku ye kan aje la.. Malas nak cakap banyak.

So sekarang aku konpius. Aku nak catu makanan anak aku ke? Aku tak nak bagi anak aku makan ke? Anak aku makan nasi je kot itupun tak banyak tapi 3 kali sehari la. Pagi Tengah hari dan malam sblm maghrib. Cuma dia kuat minum susu je. Itupun aku dah kurangkan sukatan. Macam mana entah nak buat lagi. Malas aku nak fikir.

Then, tunggu je la next appoinment which is bulan March nanti. Time tu husband aku ada In Sha Allah. Time dia ada aku nak luah perasaan ni banyak2. Huhuhu.

Sambung..Lepas dah cek semua tu biasalah jugak dia tanya apa Alya dah boleh buat semua dan lepas tu jugak bawak Alya jumpa doctor sebab batuk kahak Alya tak baik2. Dah 2 minggu lebih dah ni. Doctor cek paru2 semua ok Alhamdulillah. Mungkin virus la sebab Alya ni kuat ngutip. Laju je pulak ngutipnya tu. Ibu pun tak tahu nak pantau macam mana dah. Kalau aku nampak tu memang laju2 la aku pergi kat dia dan tepis apa dia nak masuk dalam mulut tu. Kalau aku tak nampak?? Huhuh..

Tu sampai satu tahap aritu, husband aku suruh benti keje tengok anak je sebab dia tengok bibik banyak main hp je dari tengok Alya. Hehehe. Husband aku memang gitu. Concern terlebih dari maknye. Biasalah kan. Tapi dengan ekonomi sekarang macam mana nak berhenti? Entah ler..

Lepas settle semua tu, aku tengok jam. Eh laaaa baru 3.30pm. Hahaha. Susah ooo nak balik time macam tu kalau pergi KKM ni. Selalu pukul 4 5 baru balik tau. Alhamdulillah tak ramai orang time tu.

Sebelum balik, singgah dulu kedai perabot. Nak beli almari Alya. Sian tak ada almari. Baju semua still simpan lagi dalam bakul baby yang besar tu sampai meninggi baju. Hehehe. Beli almari murah je. Aku amik yang banyak laci tapi ada jugak tempat gantung. Tak tangkap gambar pulak. Nanti aku tangkap aku tepek sini ye siap dengan susun atur lagi bagai. Heheh.

Ok lah.. Bye!

Thursday, November 19, 2015

Anak buah: Tahniah Arwa!!

1





No words can describe how proud i am as a maksu.. Hahah

Ini baru anak buah oii!! Kalau anak sendiri aku tak tahu la macam mana reaksi aku. Mahu buat kenduri 40 hari 40 malam. Hhahah.. Amboii kemain kaya and over kau nak buat kenduri lama macam tu.

Ini Arwa. Anak kedua kepada kakak aku yang sulung. Tahun ini dia darjah 6 dan ambil UPSR dan UPSRA (Sek. Agama). Dia ni lain sikit dari abang dia. Mungkin sebab dia perempuan. Eh! tapi aku perempuan jugak. Aku baya dia tak ada pun macam dia. Hahah!. Dia ambitious sikit berbanding abang dia. Dia study hard untuk UPSR dan UPSRA ni. Sampai demam2 la aku dengar. Dia punyai target yang tinggi.

UPSR dia terpaksa carry 5 subjek dan UPSRA 7 subjek. Dengan sekolah pagi dan sekolah petang di tambah lagi dengan program KOKO dekat sekolah. Aku faham macam mana perasaan dia. Sebab aku pun dulu macam tu. Mana nak study subjeck UPSR lagi. Nak study pulak subjek untuk UPSRA. Stress ooo.. Dah la exam dorang tahun ni dekat2. Selang seminggu je kot kalau tak silap aku. Eh sama la macam dulu. Macam korang ambil SPM banyak2 subjek tu. Haaa stress kan.

Untuk dua2 exam ni dia memang target result yang terbaik. Study memang kaw2 sampai dia kata kat mama dia. Wawa tak larat nak study untuk UPSRA ni pulak, Tu yang sampai demam tu. Huhu.

Tapi rezeki masing2 kan. UPSR dia dapat 3A 2B je. Jauh dari jangkaun dia. Sama pulak dengan result maksu pulak tu. Heheh. Dia menangis weiii. Sian dengar bila akak aku cerita. Dia penat berhempas pulas tapi itu je dia dapat. Aku paham rase down dia. Huhu..Esoknya dapat pulak result UPSRA. Alhamdulillah, result dia dapat mengubat balik luka lara dia. Full score 7A's dia dapat.

Atok dia a.k.a abah aku cakap. UPSRA ni lagi bagus dan penting. Itu lagi banyak ilmunya untk bekalan kat akhirat. Betul jugak kan. Orang dok kira la UPSR semua bagai tapi back to basic sape kita ni, ilmu agam yang paling penting. Yang dapat pandu kita ke jalan yang lurus, ke jalan yang benar.

Tak kesah la dapt berapa pun. Itu semua markah duniawi. Yang penting kita dah usaha. Masa depan kita tak tahu macam mana. Orang yang tak lulus pun boleh berjaya. Yang penting kesungguhan. Betul tak? Aku memang dari dulu bukan jenis yang pandang pada sijil. Pada markah. Sebab tu dulu rilex2 je kot markah sempoi2. Hahah. Aku banyak kawan2 masa SPM result sendu je tapi ended up lagi terbaik dari aku. Yang paling best akhlak dia pun jadi lebih baik dari aku.

Buat apa markah tinggi, result gempak tapi perangai nauzubillah. Zaman sekarang ni aku lagi pandang akhlak budak2 dari A B C semua. Macam abang Arwa ni. Exam memang dia out tapi aku sayang anak buah aku tu. Akhlak dia baik sangat. Antara ramai2 Arwa dengan abang dia yang paling aku sayang sebab dorang ni tak pernah nak sakitkan hati aku sangat dari dorang kecik sampai dah besor panjang ni.

Alya pun memang serasi sangat dengan abang Arwa ni. Walaupun lama tak jumpa tapi dengan abang Arwa dia cool je. Lagi buat aku tambah sayang. Huhuhu.

Tapi tu la. Setiap anak tu berbeza-beza. Didik je la sehabis baik. Yang penting agama tu yang diterapkan. In Sha Allah.

To Wawa, Maksu bangga. Tahniah untuk kejayaan. Ini hanya permulaan. Teruskan usaha dan sentiasa menjadi anak yang solehah.

Alya: 1 tahun 2 bulan

0


 Si jantung hati ibu dah 1 tahun 2 bulan dah. Ini lah pengubat duka lara. Balik kerja je terus segar dari lesu lepas di sambut si comot ni. Hehehe. Typical feeling to all mothers kan.

Sekarang ni apa yang dia pandai?

Pandai copy
Apa yang kita buat mesti dia nak ikut. Dia kan selalu tengok bibik dan ibu mengelap. Sekarang ni pun suka sangat mengelap. Kain ke tisu ke, dia lap la semua benda dia nak lap. Lepas lap benda dia lap pulak muka dia. Huhuhu kotorlah sayang oiii..

Mimik muka
Mimik muka memang champion. Mimik muka nakal, mimik muka banyak akal, mimik muka mengenakan orang. Semua kat tangan dia. Kita yang kekadang nak marah pun tak jadi nak  marah. Banyak akal sangat anak ibu ni. Haishhh..

Faham arahan
Banyak dah faham arahan dia ni. Bila suruh pakai baju dan seluar, masukkan tangan dan kaki, dia pun masukkan. Bila suruh letak barang kat tempat asal, dia pun letak. Bila suruh kemas mainan, dia pun masukkan dalam bakul. Tapi! ini ikut mood dia. Kalau dia tak nak buat memang sampai ke sudah tak nak buat.

Pandai meminta
Bila dia suruh buka kan sesuatu benda, dia akan hulur suruh buka. Bila dia nak pakai kasut, dia akan ambil kasut dia dan bagi kita suruh pakaikan. Bila dia nak sesuatu benda dia akan tunjuk. Bila dia suruh kita bacakan dia buku, dia akan ambil buku, bagi kat kita dan duduk kat riba. Macam2 la. Tapi ni kalau mood dia ok. Kalau mood tak ok, mulalah dia tantrum tanpa sebab sampai ibu pun tak paham apa dia nak. Semua tak kena. Last2 bila bawak tido, terus zzzzzz.. Hahaha. Ooo nak tidur rupanya padahal sebelum tu dah tido dah. Mengantuk lagi la kot. Tidur kejap aje kan. Hehe

Pandai marah
Biasalah ni kan. Bila tak dapat apa dia nak, guling2 kan badan la kan. Mana boleh bagi benda yang bahaya kat dia kan tapi benda macam tu la yang dia nak. Lepas tu sekarang, bila kita marah dia, dia marahnya kita balik. Selalu dia bergaduh dengan cik nini dia la. Mana taknya, suka sangat ngusik Alya. Mimik muka marah tu memang buat orang geram. Hahaha. Kalau dia garang sangat tu aku tegurlah juga kekadang. Tak nak bagi dia terbawa bawa sangat garang dia tu.

Words
Few words dah menjadi mainan di bibir dia dah. Macam ball, bibik, bubu (Ibu), abah (ayah), nah n macam2 lagi lah. Tapi banyaknya bahasa german lagi. Hheehe. Slow2 la ye yang. Ibu tak mahu paksa. Tapi kalau cepat sikit tu ok gak sebab kekadang awak mengamuk tanpa sebab itu boleh mendatangkan ketidaksabaran pada ibu sebab ibu tak paham apa awak nak. Huhu..

Ada macam2 lagi lah dia ni. Peel memang buat ibu cuit hati.

Alya ni suka main radio dan aircond kete ayah. Radio kan bila buka terus suara memang kuat kan. Kitorang pun konon nak la takukan dia sebab tak nak dia asyik main je, setiap kali dia bukak radio kitorang acah dia macam " ha ha tak tahu" Sambil goyangkan jari telunjuk. Memula tu dia takut la jugak kan, Macam tu salah dia. Last2 dia bukak radio dia yang goyangkan jari telunjuk tu kat kita balik sambil muka tu mulut muncung bentuk oooo pastu mata macam kita buat salah. Heheheh. Ayah pun tak tahu dah nak buat macam mana.

Kalau Alya tak ada hujung minggu, sebab balik kampung ke apa kan, mesti nenek bising sunyi dekat rumah sebab dia ni je buat riuh. Dengan jeritnya. Dengan nangisnya. Nenek memang merungut la sebab sunyi. Hehehe. Tapi bila Alya ada pun dok bising gak sebab bising sangat. Hahah. Alya suka mengemas bilik nenek atok. Kalau masuk tu ada je barang yang bawak keluar. Hahaha. Tu yang nenek geram pon. Nak marah tak boleh sebab cucu. Hehehe

Apa pun, ini lah peneman ibu time ayah pergi kerja 2 bulan. Boleh la di ajak berjalan bagai sekarang.

Memang anak ni sebagai pinjaman dan ujian untuk kita tapi aku tak tahu lah macam mana aku kalau Alya tak ada. Bila baca berita ibu kehilangan anak. Rasa macam Allah, macam mana lah aku kalau aku jadi orang tu. Redha kan aku? Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Biarlah aku yang pergi dulu sebelum anak aku.

Semoga semua yang terbaik untuk anak ibu. Di dunia dan akhirat.

Thursday, November 5, 2015

Kisah Kami: 2nd year anniversary di Melaka

0



1/11/2015 tahun kedua perkahwinan antara Fendi & Nani..........

Hehehe..

Konon nak buat dramatik sikit tapi matiklah tatau macam mana nak karang ayat. Hahaha

Yeeee.. 2 tahun sudahhh.. Kojap je kan. Rasa macam baru semalam dengar orang cakap SAH! SAH!. Hehehe

Tahun pertama perkahwinan tahun lepas, aku baru lepas habis pantang so kitorang tak celebrate apa2. Dapat hadiah lagi berharga ada. Princess Alya sorang tu. Tu la dia hadiah anniversary kitorang. More precious than a present.  Alhamdulillah.

Tahun kedua ni pulak, husband ajak pergi bercuti. Bercuti bertiga sahaja tanpa kehadiran sape2. Gituu..

So bergeraklah kami ke destinasi yang di rancang husband. Melaka!

Kami pergi satu malam sahaja. Sabtu 31/10/2015 pergi ahad 1/11/2015 balik. Yelah. Si isteri kan kerjaaa.. Nak amik cuti pun cuti nan hado dahh. Huhu. Satu malam pun satu lah. Yang penting bertiga! Gitu semangatnya.

Mula2 pergi dalam kereta husband plan macam2 dah. Nak naik beca lah, taming sari lah, pegi zoo lah. Sekali sampai hotel.... Terus tak kuar2! Hahaha!

Kitorang stay dekat HOTEL HATTEN, MELAKA. Hotel dia best wooo.. 4 star kalau tak silap. Lagi2 husband dapat diskaun almost 35%. Daripada harga asal bilik RM410 turun ke RM267. Best tak? Heheh. Macam mana? Pakai kad osp petronas husband la. Kan husband kerja kapal. Aku baru tahu. Kalau pergi mana2 hotel 4-5 star, tunjuk je kad husband tu, terus dapat diskaun. Dah la hotel best giler. Yelah org kampung macam kitorg ni memang best la. Dah la jarang2 dok hotel. Selalu dok homestay je sebab bercuti ramai2. Hehe


Gambar2 kat atas ni boleh kot dapat sikit gambaran bilik dia macam mana. Ni kira bilik Deluxe. Bilik dia ada pembahagi. Yang ada corak2 tu la cermin dia. Kalau kat rumah kira macam ada side untuk tidur dan ruang tamu. Sebelah sana ada katil dan berhadapan dengan katil adalah dressing table dengan tv. Dressing table dia panjang. Aku suka. Hehe. Dan side lagi satu ada sofa seketul dan di hadapan sofa tu ada sebuah tv lagi. So means dalam bilik tu ada 2 tv. Yes! 2!..

Tak pernah ok sepanjang aku duduk hotel bilik deluxe ada 2 tv macam ni. Lain lah macam bilik suite ke. Itu adalah tv lebih dari satu. Aku pernah masuk bilik suite sekali sebab ikut abah pergi program apa entah dulu. Menumpang je sebab nak merasa. Hehe. Tapi ekceli tv lagi satu takde function pun. Masing2 dok lepak atas katil. So memang menghadap satu tv je la. Satu tv lagi dibiarkan sepi. Jakun masa mula2 masuk je. Hehehe.


Ini katil dia bersaiz king. Seronok betul budak kecik tu. Tak, memula ibu dia yang terover excited. Aku masuk siap lompat2 atas katil lepas tu baring dan goyangkan kaki tangan buat bentuk star tu. Paham tak? Alah korang pun mesti pernah buat kan. Best kan. Dengan rasa sejuk katil tu. Huisshhh best!

Dan Alya bila dia tengok ibu dia menggila macam tu, dia pun dok menggila sekali lah. Hahah. Memula buat muka pelik. Dah kenapa lah ibu aku ni kan tapi lepas aku provoke dia dan tayang muka best, dia pun nak rasa buat macam aku buat tadi. Hahaha. So menggila kami sama2. Ayah dok menatap je la kegilaan kami. Kikiki.

Ini bilik air dia. Aku mengharapkan ada bath tub sebenarnya sebab nak berendam dengan Alya tapi tak ada pulak. Tak apa lah. Ini pun ok. Toilet dia 100% puas hati!. Bersih dan wangi! Aku jaki sikit tang toilet ni kalau tak ok. Bilik toilet tak ok automatik semua benda tak ok. Huhuhu. Yang paling best toilet ni, shower dia. Dia bukan pakai shower biasa kat tepi dinding tau. Shower dia ni shower atas kepala punya yang selalu ada kat umah2 ongkaya. Haaaa.. Tu pun aku jakun sebab siyes ni 1st time aku jumpa.


Dan ini bahagian bar tender dia. Ini biasalah kan. Tak payah lah desrcibe panjang2 ek. Huhu

So ini lah keadaan bilik dia yang membuatkan kami tak kuar gi mana2. Hehe. Lagipun satu malam je. Kebetulan hujan pulak kan. Memang tak leh nak pegi mana pun. Hari ahad tu pun kitorang berkejar nak pergi kenduri pulak. Memang tak sempat nak jalan2.

Macam boring kan? Heheh tapi ape ada hal. Bila kita bersama dengan orang yang tercinta, boring tu dah tak ada makna dah. Ececececehhh. Hehehe. Hakikat u olllsss..


Last but not least, Pic tuan belog. Tuan belog nak bagi ucapan sikit ni. Happy 2nd year anniversary darling! Thank you sebab bawak cuti2. Semoga kita kekal sama2 sampai akhirnya. Semoga kita sama2 sabar dan tabah harungi hidup. Semoga kita sama2 gembira dengan apa kita ada sekarang. Semoga kita sama2 dapat bawak keluarga kita menjadi keluarga sakinah. Thank u untuk semua apa yang abang dh sediakan dan berikan. I love u so much!!

Alya: Bibir pecah berdarah

0




Ini kes semalam ni. Biasalah dia ni. Budak tengah nak up kan. Aktif dia tatau la nak cakap macam mana. Alya ni memang aktif sangat. Terasa macam aku bela anak lelaki pulak. Hahahah. Konpius jugak kekadang tu. Memang tak reti duduk diam.

Hasil tak duduk diam dia, ini la jadinya. Dok main2 atas katil. Ibu suruh duduk diam tapi memang tak jalan lah kan. Lagi pulak dia ni suka main tepi2 katil. Lagi lahhh.. Ibu pegang tak bagi. Ibu halang dia marah ibu balik. Last2 jadi la macam tu.

Semalam dia dok gelongsor2 dengan bantal yang aku letak tepi katil untuk halang dia daripada jatuh masa tidur. Tak sampai 5 saat pun dah bum! jatuh. Yang bestnya jatuh dengan muka tersembam. Mendapat la dengan bibir pecah semua. 

Darah memang banyak la. Penuh kat gigi memula tu. Aku dok risau la gigi patah ke ape. Luka kat dalam ke tapi Alhamdulillah gigi tak ada apa2. Kat dalam mulut pun tak ada apa luka tapi bibir pecah besar jugak lah. Seriau aku tengok darah banyak2 tu. Lagi aku panik. Nasib baik Alya nangis kejap je. Means tak ada apa yang serius la tapi dia tak selesa dengan bibir dia. Macam Angeline Jolie dah ha ibu tengok. Huhu. Dia dok jilat2 bibir dia sebab tak selesa. 


Pagi ni bangun lagi lah. Dalam kesian tu sempat la aku laki bini dok gelak. Seksi sangat la bibir anak ibu ni. Memukau gitu. Hahhaha. Alahaiii..

Masa tengah berdarah tu aku tatau nak buat apa. Pestime ni jadi macam ni. Aku lap je la darah dia dan comfort kan dia. Selain dari tu aku tatau nak buat apa. Huhu. Pagi ni aku tanya kengkawan aku apa nak buat dalam keadaan macam ni. Laki aku pun siap tanya makcik dia apa nak buat. Ini tips yang aku dapat la.

1. Kalau berdarah banyak dan darah tak berhenti cepat2 tuam dengan ais.
2. Letak minyak gamat sikit di bahagian luka masa dia tidur untuk kurangkan bengkak. In Sha Allah dalam masa 5 jam bengkak dia surut la sikit.


Aku tak ada nak buat sebab tatatu nak buat apa. Tapi Alya dok jilat2 bibir dia semalam. Darah pun stop berhenti dah. Bengkak je la tak hilang. Malam ni aku try letak minyak gamat. Tengok surut tak bengkak dia nanti.


Terniat jugak nak buang katil tu tapi tatau nak letak mana kalau kitorang cabut katil tu. Nak buang terus sayang kot! Katil elok sangat lagi. Katil yang seusia dengan perkahwinan aku. Ecewah! Heheh.. Ermm. Tengok la macam mana nanti. Pikir2!

Malam tadi pun tidur dok merengek rengek. Tak selesa la tu tapi dia ok je. Alhamdulillah.
Sian anak ibu kan. Sorry sayang ibu tak pantas. Lain kali dengar cakap ibu ek. Awak bila dah kena baru awak nak jaga2. Lepas ni more careful ye sayang.

Ibu sayang Alya.

Friday, October 23, 2015

Kisah Jerebu

0

Photobucket 
  Photobucket

Kisah jerebu. Bila lah nak habis kisah jerebu ni kan? Rasanya sepanjang aku hidup, jerebu ni paling teruk dan lama. Dulu jerebu tak ada sampai kene cuti sekolah. Kesian budak2 sekarang. Dekat kawasan rumah parent aku kat Kajang tu pun, kejap jerebunya okay. Kejap worst. Macam main cak2 pulak. Hujan pun tak bape nak turun sekarang. 

Kalau ikutkan rasa, memang aku nak maki hamun je tapi apa yang aku dapat? Bukannya depa pedulik pun apa yang rakyat rasa. Lagipun dekat Indonesia lagi teruk. Tak sampai hati lak aku nak maki. Tapi bila kelmarin bekas pembantu rumah; Kak Eli mak aku datang tidur rumah, aku rasa macam nak start maki balik. 

Kak Eli duduk kat Jakarta. Aku tanyalah kat Jakarta teruk mana jerebunya. Dia kata kat Jakarta tak ada pun jerebu. Dari situ aku dah menyirap. Orang atas negara seberang ni kan duduknya di Jakarta sebab tu dia buat donno je keadaan sekarang. Aku tengok berita apa semua tindakan nak kurangkan atau banteras sebab jerebu ni macam tak de. Alih2 perbincangan la apa lah tapi tindakan tak ada! Rakyat sampai dah berapa orang mati. Aduhaiii..

Anak aku pun, tak pernah nak demam panas tinggi macam haritu. Tiba jerebu, macam2 sakitnya. Luluh hati aku. Sekarang ni pulak dia batuk dan selsema. Malam susah nak tidur sebab selsema tu. Dia tak selesa. Ubat nak habis dah sebotol tu. Kesian dia.

Ermmm.. aku tahu ni semua ketentuan Allah. Dugaan dan ujian Allah pada hamba2-Nya. Mungkin aku ibu kan, tengok anak sakit tu aku jadi lelah. Aku jadi geram lagi2 bila doc cakap jerebu penyebabnya. Udara tak bersih yang anak aku hidu. Ikut emosi ibu tanpa fikir ini ujian memang membuatkan aku jadi geram dan marah. 

Aktiviti pun semua terbatas. Anak aku memang tak dah main kat luar. Kalau tak petang2 tu bibik bawak dia pusing2 naik basikal dia. Kesian anak ibu kene kurungkan.

Kita semua berdoa aje lah semoga keadaan sekarang cepat2 reda. Macam2 dah sekarang. Dengan tolnya dengan harga barangnya. Astaghfirullah. Semoga Allah jadikan aku insan yang sabar dan tabah. Semoga Allah membalas balik orang yang menzalimi orang lain. 

Jaga diri. Minum air banyak2. Pakai mask. Pelihara diri. In Sha Allah.

Tuesday, October 13, 2015

Alya: Demam panas

0

Photobucket 
  Photobucket

2/10/2015
Balik keje petang tu bibik kata Alya demam. Bibik dah bagi ubat demam. Alya little bit crancky. Biasa bila dia sakit atau tak selesa badan. Malam tu bagi Alya ubat lagi and tidur macam biasa. 

3/10/2015
Pagi subuh tu badan Alya panas. Husband decide nak bawak pergi KPJ Kajang. Bersiap la kami. On the way nak ke KPJ tu Alya ada tarik sekejap. Bibir biru dan mata dah ke atas. Ya Allah, time tu Allah je yang tahu hati aku macam mana. Aku takut. Ini 1st time Alya demam panas macam ni. Selalunya bagi ubat demam esoknya dia dah baik. Aku tak tahu nak buat apa. Dah tengok keadaan Alya macam tu aku dukung Alya rapatkan ke dada aku. Sesaat lepas tu Alya start nangis. Husband bawak kereta pun laju giler. Bumper and traffic lite semua rempuh. Siap double signal lagi. 

Sampai KPJ terus ke emergency. Dorang cek temperature and oxygen Alya semua. Suhu Alya 38-39'C. Terus Alya kena masuk ubat dekat punggung. Lepas tu ambil darah dan masukkan air dalam badan. Lepas dapat result darah, dorang suruh Alya admitted. Alya kena infection. Better macam tu. Boleh nurse pantau. Kalau kat rumah aku tak tahu nak buat apa. Ini 1st time Alya macam ni. 

Wad KPJ penuh. Petang baru ada bilik kosong. Aku minta balik dulu nak mandi semua dan mandikan Alya. Balik rumah lepas dah mandi semua badan Alya panas balik. Bergegas lagi ke KPJ. Takut benda sama pagi tu berulang lagi. Sampai KPJ Alya kena masuk ubat punggung lagi sebab terlampau panas. Kitorang stay ke kat hospital sampai ada katil kosong. 

Pukul 3 baru masuk wad. Alhamdulillah dapat katil single. Senang mak pak Alya. Hehehe. 

4/10/2015 - 7/10/2015
Sepanjang date ni, suhu badan Alya naik turun dan pernah cecah sampai 40.2'C. Ubat punggung memang kerap bagi selang 8 jam. Ubat demam selang 3 jam sekali. Alya memang sangat2 kurang aktif. Lain betul anak ibu masa ni. Lemah tak bermaya. Alya aktif lepas 2 jam masuk ubat punggung sahaja. Lain daripada tu Alya memang berpeluk je dengan aku. Dia tak larat. 

Malam pertama, husband balik rumah ambil baju aku. Tinggal aku dengan Alya je. Alya tiba2 menggigil dan badan dia panas sangat. Aku tak tahu nak buat apa. 1st time kan lepas tu panic tak boleh nak fikir apa. Aku pergi pakaikan Alya baju sejuk dan peluk dia kuat2. Nak nangis aku tengok dia menggigil masa tu. Anak ibu tak pernah macam ni. Ibu sedih. Rupa-rupanya action aku salah. Totally salah! Tindakan aku tu hanya akan membuatkan benda jadi lagi  teruk. Hanya akan menaikkan lagi suhu badan Alya. Nurse datang dan tunjukkan aku caranya. Dia bogelkan Alya. Tinggal pampers je. Kuatkan suhu aircond dan ambil kain basah lap2 satu badan Alya. Berulang kali sampai dia rasa ok. Alya dah kurang gigil dah masa tu tapi nangis non stop. Huhuhu. Alya dan anti nurse2 yang pakai baju biru sejak kena cucuk amik darah sebelum tu. Pantang dorang dekat mesti Alya nangis meraung. Huhuhu. Air sejuk dan suhu sejuk tu untuk membantu menurunkan suhu badan. Bila berbalut, itu akan menaikkan lagi suhu badan. 

Sepanjang malam di hospital memang Alya tidur dengan pampers sahaja tanpa berselimut. 

Doctor Meena; doc Alya every morning memang akan datang tengok Alya dan doc bagitahu, virus dalam badan Alya very strong. 2 jenis antibiotik dah bagi tapi suhu Alya tetap naik turun. Normally bagi satu antibiotik suhu akan turun tapi Alya tak. So doc decide untuk bagi Alya antibiotik yang paling tinggi dosnya. 

Bila dah bagi dos paling tinggi baru suhu badan Alya slow2 turun ke paras normal. Alhamdulillah tapi Alya still tidur berpampers sahaja jugak. Every few hours nurse akan datang pantau suhu badan Alya. 

8/10/2015
Pagi tu doc bagi 2 option samada nak balik atau nak stay untuk completekan antibiotik. 

Option 1: Nak Balik
- Doc akan bekalkan antibiotik untuk 5 hari. Habiskan dan monitor suhu badan Alya. 
Risiko: Keberangkalian demam datang balik itu ada disebabkan baby refuse to eat the antibiotic atau muntahkan balik ubat sebab ubat antibiotik ni tersangatlahh  pahit. 

Option 2: Stay habiskan antibiotik untuk 3 hari lagi.

Aku telefon kak ipar aku yang dalam bidang pharmacist ni. Dia ada adik doctor. So memang dalam line medic la jugak kak ipar aku ni. Aku tanya pendapat dia. Dia kata kalau suhu badan Alya dah normal, it should not be a problem. Tak ada masalah nak bawak balik. Balik rumah pastikan Alya makan ubat aje lah.

Ok then, aku dan husband decide nak balik. So, keluarlah kitorang malam khamis tu after maghrib. 

----------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah. Habislah saat 6 hari 5 malam kitorang berkampung dekat KPJ. Dengan suhu sejuknya sampai aku dengan husband pulak yang rasa nak demam. Selsema dan batuknya. Huhu. Balik rumah tu memang badan rasa letih sangat3!!

Lepas2 tu memang aku monitor je suhu Alya dan pastikan Alya makan ubat. Masa kat hospital tak ada masalah nak bagi Alya ubat sebab dia cukup suka dengan ubat demam yang manis tu. Masalah timbul bila bagi Alya antibiotik tu. Mula2 dia nganga la mulut tapi lepas dah rasa sikit ubat tu pahit, terus dia tak nak makan ubat dah. Berperang lah dengan dia. Pegang kaki tangan semua. Sian anak ibu.

Sekarang pantang nampak shringe terus nangis. Dia tahu dah masa untuk makan ubat pahit. Huhu

Duduk 6 hari dekat hospital dengan ibu, Alya jadi manja sangat2. Sebelum ni manja jugak tapi sekarang bertambah manja. Ibu tak boleh hilang dari dia. Pergi kerja pun payah dah sekarang. Menjerit jerit dia nak ikut. Alahai.. sayu betul hati ibu tau.. Kalau ayah bye2 dia tak heran sangat. Kalau ibu bye2 cepat2 bangun nak pegi kat ibu. Huhuhu

Isnin kelmarin ni checkup dengan doctor Meena. Doc tanya dia demam balik ke tak? Tak ada demam so tak payah ambil darah. Doc cakap good. Ubat sila habiskan. Huhu. Next checkup lagi 2 weeks. 

Kat spital tak sempat je nak ambil gambar. Ada 2 ni je dalam gallery. 

Alya yang sangat manja time ni. Sian anak ibu tak larat.

Tangan yang di drip.

Alkisah drip Alya ni kan, satu kisah lain pulak. Tangan Alya kan sehattt sampai payahnye la nak cari urat kat tangan dia. Drip ni dah berapa kali berpindah randah. Alya pulak jenis suka gigit dan tarik drip ni. Bengkak la tangan debab dia tu. Kali kedu tukar drip, kat tangan tak dapat cari urat dah. Pindah pulak dekat kaki kiri. Lepas tu kat kaki pulak bengkak pindah balik dengan tangan asal sebelum ni. Masa ni 4 kali cucuk baru berjaya cucuk kat urat dia. itupun ketua nurse yang buat. Alahaiiii.. dia punya jerit tu tak payah cakap la kan. Sian giler anak ibu masa tu. 

Duduk hospital pun sampai tak ada suara dah. Asal nampak nurse or doc mesti nangis siap jerit2 lagi. Belum tukar balutan drip tu lagi. Jadi serak suara dia. Ni tengah nak recover peti suara balik. Heheh.

Ok lah. Malas dah nak taip. Ini memang pengalaman la untuk ibu ayah. Nasib baik ayah keje kapal dan tengah cuti sekarang. Boleh teman Alya sama2 dengan ibu dekat hospital. Thanks ayah. Banyak tolong ibu. 

Anak ibu, semoga anak ibu jauh dari penyakit yang bahaya dan diberi kesihatan yang sangat baik oleh Allah. Ibu sayang Alya.