Monday, August 17, 2015

Alya: Awak yang punya hal, ibu yang sibuk2..

0

Photobucket
Photobucket

Sekarang tengah membusykan diri pasal hal anak dara sorang tu. Bertabah la ibu. Awak yang nak sangat buat semua ni. Hehehhe.

Setengah orang kata membazir. Tapi bagi aku, walaupun 10 tahun akan datang dia takkan ingat hal ni, sekurang-kurangnya dari gambar from appointed photographer nanti, dia akan tau yang ibu sungguh2 create a happy moment dengan dia. In Sha Allah.

Ibu tahu kemampuan ibu and I will try to make it happen with the lowest cost that I can.

Anything for you my dear.

A few weeks more to go. Sikit lagi.. ^_^

Friday, August 7, 2015

Alya: 11 bulan dah dia..

0

Photobucket
Photobucket





Tak update pun masa Alya 10 bulan kan? Kita cerita sekali harung je kat sini la ye.

Masa umur 10 bulan, Alya dah boleh berjalan dengan jayanya dan pada masa yang sama gigi bawah dia dah tumbuh! Waahh semua berlaku dalam bulan yang sama. Hebat anak ibu!

Semua orang agak kagum bila 10 bulan Alya dah pandai berjalan. Yelah, dengan badan bambam macam tu kan semua orang tak sangka. Ha! jangan pandang budak yang bambam tak boleh berjaya tahu! Ibu pun tak sangka. Hehehe. Dia ni tak ada bertatih sangat pun. Bila orang suruh bertatih dia duduk. Lepas tu nak dukung je memanjang. Tup tup ada 1 minggu ni dia nak berjalan aje. Bangun jalan terduduk. Bangun jalan terduduk balik. Itu yang jadi bila dia nak mula berjalan. Tapi si bambam ni tak jemu. Tak putus asa pun. Jatuh la banyak kali pun, dia tetap bangun balik. Kagum ibu! Baru ibu tahu sekarang. Ibu tak boleh nak paksa Alya tapi bila keinginan Alya tu datang, Alya akan usaha sungguh-sungguh. That's my girl! Sekarang dia dah berlari dah. Nampak ibu dari jauh laju2 je jalan dia.

Gigi Alya pun tumbuh elok. Mula2 gigi dua bawah tu lepas tu gigi dua atas pulak. Yang lain ibu tak nampak lagi tapi ibu ada rasa2 jugak. Kat bahagian taring tu macam keras sikit. Nak tumbuh situ pulak ke? Kita tengok nanti ye. Sekarang bila dok menyengih nampak semua empat2 gigi dia. Menyengih pandai pulak tu. Siap tutup2 mata dia pastu sengih lebar. Aihh geram budak bambam ni.

Banyak la ibu ajar Alya sebelum ni. Ajar angkat tangan, ajar salam, ajar abc. ajar doa, ajar Al-fatihah, ajar takbir. Tapi yang nampak Alya ikut sekarang, angkat tangan, takbir, tunjuk gigi dengan salam. Ibu ada ajar jugak mana mata mata telinga semua tapi yang ditunjuknya kat gigi jugak. Hahah sabar je la. Slow2 la ye sayang. Ibu tahu awak bukan tak tahu. Awak saje je nak ngusik ibu. Gigi tu baru je ajar bila ada gigi empat ni. Cepat je tangkap. Yang lain ibu ajar sebelum ada gigi lagi. Saje je ek??

Tapi dia ni ikut mood dia jugak. Kalau suruh angkat tangan ke salam ke, kalau bukan mood dia jangan harap la nak suruh dia buat. Buat dunno lagi ada. Kita suruh la banyak2 kali pun memang boh layan lah.. Hahaha.. Mana la orang tak geram, Siap buat muka tak reti dia tu. Hishh..

Apa lagi? Ha! dia pandai meniru dah sekarang. Kadang2 bila kita tak bagi dia buat something yang bahaya, suara kita kan akan jadi kuat sikit. Pastu dia menjawab jugak dengan tone yang sama. Eh budak ni! Atuk dengan nenek pun geram kat dia ni. Banyak sangat dah akal dia. Tak kering gusi dibuatnya. Kalau nenek zikir sambil badan goyang depan belakang, dia goyang kepala dengan badan. Hahah!

Paling ibu tak berkenan sekarang peel suka mengutip dia tu. Pantang la ada benda2 atas lantai sekarang, laju je dia mengutip. Kalau dari jauh kita nampak dah sergah dia apa dia buat, terus laju2 masuk mulut. Pastu buat muka tak bersalah. Mengunyah dengan selamba lagi ada. Perati jugak dia ni. Kalau tak sergah dia belek2 dulu apa yang dia kutip tu pastu baru dia masuk mulut. So sekarang ni, tak sergah dah. Terus pergi dekat dia pastu ambik benda yang dia kutip kat tangan tu. Tapi yang geramnya, kalau dia nampak kita jalan kat dia terus dimasukkan benda dikutip tu dalam mulutnya. Eishh budak kecik ni!

Ibu memang dah jadi macam hulk dah sekarang ni. Tapi hulk ni tak sempat nak jadi hijau bila tengok awak. Tengok muka slumber dia ibu mesti tak jadi nak marah. Gelak lagi ada. Hahaha! Ni anak baru 11 bulan. Mulut pun dah becok. Tunggu dia pandai cakap, lagilah ibu tak tahu bertukar jadi apa nanti. Hahaha. Tapi balik kerja sekarang seronok la. Terkapai kapai tangan dia nak suruh kita dukung. Manja sangat nihhhh..

Alhamdulillah Allah bagi penyeri kat aku. Memang saje nak bagi aku peneman kot memandangkan husband kerja macam tu. Sekarang ni tak sempat nak rindu husband. Sibuk menghadap si bambam tu. Hehehe. Kalau dia tak ada ni memang ibu rasa sunyi je la memanjang. Huhuhu. Tq sayang sebab hadir dalam hidup ibu ayah. Lagi sebulan awak nak setahun. Be a good girl ok. Ibu love you!

Thursday, August 6, 2015

How the relationship started

1

Photobucket
  Photobucket

Sekarang jam 4:11pm. Bos tak ada. Kerja pun dah settle. Read an interesting stories at unknown ladies-blog about their love stories. How they met their soulmate and get married. Lovely sangat. Setiap orang ada cerita yang berlainan kan.

So now, I decided to type my own story too on how I met my hubby. Memandangkan memory yang getting lost ni due to... I don't know.. Dah tua kot or so much things to think, better i write down my story kot-kot kalau tetiba lupa macam mana it's happened, I can read here and ingat balik. Kan? Or.. for my children nanti. If they want to know and ibu malas nak cerita, suruh je dia buka blog ni. hehehe. Dasarr~ So sementara masih ingat2 lupa ni, mari kita karang cerita. Cerita akan jadi agak panjang sebab mungkin aku nak cerita detaillll sikit ok!

It's begin on 2010...

Lepas habis study and waiting for my degree convocation, aku dapat kerja dekat company di Shah Alam. It is on September 2010. To be more specific, aku start kerja on 20th September 2010. Wow! ingat tuuu.. Haha. First job kan. Akan ku ingat sampai bila2 the date.

Sampai di office, aku kena tunggu bawah dulu di bahagian receiptionist. Masa ni la aku nampak seorang technician ni. Boleh tahan jugak. Dia not so handsome tapi manisnya ada. Hahaha. Dia ada borak sikit dengan seorang staff ni and then dia sambung pergi buat kerja. Aku tak adalah usha mana pun tapi terperasan la dia dok pandang-pandang. Ke aku yang memang perasan? hahah!

First day kerja biasalah kan, pagi tu naik turun department perkenalkan diri to every staff. Nasib baik ada 3 tingkat je. Kalau tak mampus nak pergi semua floor. Hehehe. So 1st day tu tak ada kerja pun. Bos suruh aku duduk dekat bahagian receptionist. Learn on how to receive a call and politely answer the call with a right tone and so on. Memula tu macam. Eh kenapa kena buat macam ni? Then bila fikir and ingat balik, yelah aku kerja sebagai sales coordinator. Angkat and receive call from customer from receptionist mesti jadi tugas aku kan before aku transfer calls to boss or to other sales engineer. Kan? So ok lah. Aku memang jenis tak memberontak. Apa orang hulur suruh aku buat kerja, aku buat aje. Asalkan benda tu tak memudaratkan aku. Lagipun 1st job kan and 1st time nak kerja, kita hadap je apa yang diberi. As a fresh graduate and have zero khowledge and experience, mengeluh tu is a BIG NO!. Learning process is begin.

Tengah aku belajar angkat call, transfer call and hold call dengan akak India selaku receptionist yang sebenar, tiba-tiba ada gangguan dekat telefon tu. Tengok2 ada one technician yang buat interruption ni melalui interkom dekat luar pintu utama. Eh brader tadi yang aku perasan dia usha aku tu. Interkom dengan line telefon tu ada satu link yang tak reti aku nak terangkan. Part2 teknikal ni sila jangan tanya aku. Fail! Aku blur lagi masa tu. Apa hal la ni tiba-tiba tak function phone ni kan. Tiba-tiba ada sorang staff lama dekat situ teriak sikit. "Mengusik je keje ko kan Fendi" Something like that la. Ayat sebenar aku dah lupa. Hahah!. Tapi brader tu memang niat nak mengusik pun. Cuak aku jap tau. Hampeh betul. Itu 1st time hubby kacau aku.

Hari demi hari berlalu seperti biasa dengan aku memulakan tugas sebagai sales coordinator. Kerja aku melibatkan semua department. Service, Logistic, Account, Marketing, semua kena involve! Penat jugak lah sebab nak menghadapi banyak kepala dengan banyak peel. Tapi setiap kali aku pergi semua department tu tak ada pulak aku nampak balik brader technician tadi. Aku pun ok je la. Bukan ada apa2 perasaan pun. Lagipun kebetulan aku baru putus cinta masa tu. So tak ada lah nak over2 feeling tu. Hati tengah patah kan masa tu. Say no-no to lelaki!

Aku akan jumpa brader technician tu bila masa assembly je. Itupun boleh dikira la sebab kadang2 dia akan direct pergi tempat customer ataupun kadang2 dia tak naik untuk assembly. So bila dia masuk tu mata ni memang automatik ke dia. Alahai gatal betul mata ni. Hahaha..Tak tahu kenapa lah padahal baru putus cinta ni. Semacam la pulak kan. Heheh. Bila dia masuk assembly hall dia suka duduk belakang sekali. Itu pun aku tak tahu kenapa. I is nak usha pun tak boleh tauu.. Hahah. Ko dah kenapa? Kata tengah heart broken. No-no to lelaki la bagai tapi sibuk nak usha jugak! Something kan minah ni. Hahah.. Tak tahu lah. Macam ada magnet pulak oi. Laki lain pun aku usha jugak tapi tak usha macam dia la... Semacam mengharap supaya dia selalu ada masa assembly. Korang paham tak? Macam ternanti-nanti gitu. Over tau..

Dalam 3 bulan aku kerja kat situ sebelum brader technician tu berhenti, seingat aku, boleh dikira dengan jari berapa kali je aku terserempak dengan dia and dia tegur aku. Sekali, masa aku balik dari warehouse, aku nampak dia nak tutup bonet van company, dia ada tegur aku something tapi aku tak tahu apa dia cakap. Tiba2 aku  malu yang amat dan nak cepat2 blah dari situ. Aku just senyum je dan terus cepat2 naik atas. Bengong pompuan ni. Kedua, ada function dekat company. Kereta kena park jauh2 sebab nak utamakan parking untuk kereta2 customer. So company ada provide shuttle service dan dia drivernya. Nak balik tu, dia offer nak hantar aku ke kereta dan knowing me, memang aku tak adalah nak kata ya. Lagi rela aku jalan sendiri. Heheh. Nasib baik parking memang tak berapa jauh. So takpelah ye bang! saya boleh jalan. Nak berjalan tu pun kekok. Macam orang dok perati. Eh tak suka tau! Dah la pakaian aku tak menepati syariah masa tu. Hahah! Tapi masa ni aku dah tau dah mamat ni dok sangkut dengan aku. Hehehhe. Jom cerita bawah.

Aku rapat dengan staff di bahagian warehouse sebab kebanyakan waktu memang aku ke warehouse. Nak ambil barang la, nak print inovice la dan apa2 sahaja yang berkaitan. So aku memang rapat dengan budak2 warehouse merangkap geng lunch aku jugak. Ada sekali kitorg pergi lunch dekat chiken rice shop. Aku masa tu ada dua handphone sebab at that time aku ramai skandal. Baru lepas patah hati terus ramai skandal. Dasar betul pompuan ni. Hahaha. Actually bukan skandal sangat pun. Berkawan je itupun tak pernah dating tapi selalulah contact2. So masa tu aku letak dua2 hp tu atas meja. Takut la ada orang call ke apa. Sekali akak senior ni tegur banyaknya hp aku. Aku pun dengan nada nakal dan gurau bagitahu "ramai skandal kak. Kena banyak hp". Huhuhu nampak tak betapa jujurnya aku masa tu? Akak tu pun "oooooo". Tiba2 akak tu receive call. Cakap pun macam nak sembunyi something. Kitorang ingatkan akak tu cakap dengan Ruben the storekeeper. Tapi yang aku ingat sampai sekarang "Kau ni lambat sangat la. Melepas kang baru tahu". Apa ke peliknya akak tu cakap kat ruben macam tu? Huhuhu. Bila balik office baru tahu akak tu cakap dengan brader technician tu rupanya. Member aku sorang tu cerita. Akak tu message kot bagitahu something2 dan terus brader tu telefon. Dia kata dia banyak kerja. Balik pun malam. Mana sempat nak telefon semua bagai. Dia nak tapi dia busy. Aku tak tahu lah nak bereaksi macam mana. Malu pun ada segan pun ada bila tahu ada orang suka kat kita. Heheheh tapi selagi orang tu tak mulakan langkah ingat aku nak mula? memang tak lah. Aku bukan jenis perigi cari timba.

Lepas peristiwa atas tu, dorang ni makin galak mengusik aku dengan brader technician tu. Ada sekali tu sembang apa tak tahu antara dorang tu, member sorang ni pulak siap mintak name card dia lagi. Lapas tu pergi pass kat aku siap package email gambar dia kat aku suruh buat wallpaper. Motiff?? and member lagi sorang pulak siap bagi no telefon aku lagi kat brader technician ni. Woit! Melanggar hak asai peribadi orang awam! Akak tu pun sama naik tapi dia act cool lagi. Daripada dorang ni la aku tahu brader tu suka kat aku. Siap jadi cupid lagi tu tak tahan. Sabo je laaaaa..

Kemuncaknya bila brader ni nak berhenti sebab nak naik kapal offshore hujung 2010 dan baru lah dia face to face dengan aku. Aku masa tu ada dekat warehouse tengah makan kuih raya. Aku sumbat kuih tu semua dalam mulut. Tiba2 brader tu datang dan panggil aku. Hazabedah betul panggil aku time mulut tengah penuh macam tu. Time aku tengah ayu tak adalah pulak nak datang jumpa. Hampeh!.Aku dah tak tahu muka aku macam mana. Nak telan takut tercekik. Last2 aku pergi je la sambil tutup2 mulut cover mulut yang tengah penuh tu. Dia siap tegur lagi penuh mulut aku. Kuang asam betul. Kau tau tak macam mana malunya aku??!!. Tak yah tegur boleh tak??! Cesss.. Masa tu la dia bagitahu dia nak berhenti nak naik kapal apa semua. Pastu dia memang serius nak kenal dengan aku tapi sebab dia busy nak settlekan semua kerja sebelum dia berhenti tu yang dia tak berkesempatan nak call apa semua. Aku tak boleh nak cerna sangat apa dia cakap masa tu sebab sibuk nak habiskan kuih dalam mulut! Hahahaha!. Last2 macam tu je. Dah habis hadam kuih tu baru aku macam.. Eh tu je ke?? Tetiba macam sedih. Takkan tu je? Huhuhu. Lepas tu aku nak naik atas, aku terserempak lagi dengan dia kat tangga. Time ni aku tanya bila naik kapal dan kat mana? Kekok sebentar masa tu. Mesti dia pun malu2 jugak. Hikhikhikhik.

Bila aku dah duduk kat tempat aku, tetiba rasa sunyi. Hahaha. Kepoyoan apakah perempuan ini? Hahaha.. Yelah sape nak usha aku lepas ni? Eh sape aku nak usha lepas ni? Hehehehehe. Bila dah macam tu, mula lah aku gatal tangan message brader tu dengan ayat "take care awak". Wawawawawawa!!! Malunyaaaa bila ingat balik. Tak pernah aku yang mula text lelaki dulu tau!. Nasib dia reply dengan ayat "Time kaseh". Hubby kata dia simpan lagi message tu. Aku?? haruslah dah takde sebab hp rosakkkk. Nak tulis bagai dalam kertas?? It's so not me. Sense of romantika tu memang tak ada dalam diriku sampailah sekarang! Hahah!

Aku ingat sampi disitulah cerita kami tapi rupa2nya tidak ya..

Selang beberapa hari, dalam malam 3/1/2011 macam tu kot dia call aku dari kapal. Aku terkujat tahu! Dah la masa tu tengah gayut dengan skandal. Hahaha! Terus aku off call skandal ku macam tu je dan jawab call mamat tu! Hahaha! Aku off without saying goodbye ok! Giler kejam masa tu. Tapi lantak.. Demi brader technician apa pun pedulik..Tak rasa menyesal pun masa tu. Hahah!

1st time gayut telefon oit! macam2 boraknya. Macam dah kenal lama. Aku kalau telefon boleh lah. Depan2 memang out. Confirm tak pandang muka! Hehehe. Bila dah sekali call tu berlarutan la esok2nya. Last2.. Sambung nanti.. Nak balik..

Ok kita sambung. Last2 on 6 or 7/1/2011 macam tu dia mintak declare. Dalam hati aku cepatnya. Ingat nak kawan2 dulu. Tiba2 seriau macam tak ready. Yelah dah kata baru patah hati. Hati pun tak terubat lagi. Masih lagi ingat2 crush yang lama tu. Rindu2 lagi. Takkan nak terus declare new relationship kan. So aku mintak masa untuk bagi jawapan. Dia bagi aku 3 hari je untuk fikirkan. Amboi.. Kejapnya..

1st aku tanya my best bff. Dia terus kata okay! Aku macam.. Eh dah kenapa kau terus kata okay? Kau pun tak pernah jumpa mamat tu. Dia kata entah. Aku rasa macam okay je. Teruskan lah. Pulak~ Ermm aku memang macam ni. Aku akan tanya dulu bff aku ni. Dating dulu pun aku selalu ajak dia. Hahaha! Kalau dia approve aku ok. Dengan crush aku dulu tak ada pulak dia macam tu. Dia jumpa dulu. Tengok2 belek2 dulu. Baru la kata okay. Huhu

Aku tanya pulak member office aku dan sorang akak senior yang dah lama kenal mamat ni. Bukan main diorang puji mamat tu. Yang akak senior tu lagilah. Puji melangit. Dia kata, "Dalam banyak2 technician mamat ni paling baik dan dia sorang je yang akak tengok kalau ada kat office, dia pegi solat kat surau belakang tu. Yang lain mana ada. Cakap pun soft spoken punya orang. Kira on lah nani. Dia okay". Nampak? Jual habis akak ni. Hahaha! Aku cerita ni kat hubby aku. Bukan main bangga lagi siap tambah perisa lagi kat diri sendiri. Riak!

Setelah menilai tara walaupun sumpah masa tu aku tak ada perasaan kat dia, dalam hati aku pun kira on je lah. Cuba je dulu. Kalau betul dia jodoh aku, aku minta dipermudahkan lah dan tunjukkan jalannya. Kalau bukan, bukan lah. Nak buat macam mana kan. So aku tunggu lah hari ke 3 baru nak bagitahu. Tapi dia....

Hari kedua dah call minta jawapan. Kau dah gopoh kenapa? Hahah. Siap psycho aku lagi. " Kalau awak tak terima saya, saya harap sampai sini je lah. Saya tak dapat nak jadi kawan awak". Geramnya aku masa tu. Elok2 jawapan positif terus jadi negative kangg baru tahu. Huhu. Bila aku cakap aku okay terus suara tu happy bukan main. Mengada. Terus nak tukar panggilan pulak tu kepada abang ayang. Seriusly la kan. Aku geli sikit sebab tak pernah nak panggil macam tu. Selalu awak saya je. Ni nak tukar macam tu macam laki bini pulak tapi macam biasa lah aku layankan aje walaupun memula tu sumpah geli nak sebut. Hahaha!

Malam tu borak lama jugak lah. 5 jam mahu. Aku cuti takpe sebab weekend kan. Dia tu kena kerja. Dia kata takpe sebab dia happy. Suka hati lah nokss. Malam tu aku bagitahu dia awal2. Kalau niat dia just nak main2 dan nak lepaskan kesunyian je, aku tak mahu. Aku tak rela sakit lagi dan aku tak suka couple lama2. Umur makin meningkat. Aku ni perempuan. Bukannya senang macam tu je nak dapat ganti macam lelaki. Tetapkan niat tu dan tanya diri sendiri. Dia kata dia serius. Bukan main2 sebab sebelum ni dia pun dah banyak kali kecewa. Selalu pompuan yang tinggalkan dia sebab lelaki lain. Dia setia je. Dalam hati aku yeke??? Hahaha. Dia sambung lagi, dia pun harap relationship biar sampai yang sepatutnya diharapkan. Dia pun nak kahwin jugak. Hehehhe. Aku pun ok lah. Kita usaha la macam mana pun.

Dipendekkan cerita, lebih kurang lepas 1 tahun 8 bulan couple, dia decide nak jumpa mak ayah aku. Indirectly ajak kawen la tu. Part ni paling best. Aku bagitahu lah pasal brader ni dekat parent aku. Dorang senyap je. Aku minta la mama buat istikharah kalau dah tiba masanya untuk aku kahwin kan. Mama tanya la jugak serba sedikit pasal brader ni. Pastu mama diam. Abah bila tahu dia tak belajar tinggi, abah dah macam tak suka je. Aku cakap la, jumpalah dulu dan tengok dia macam mana. Pun dorang diam jek.

Nak dijadikan cerita, abang aku kononnya buat makan2. Panggil sedara mara dan kawan2 semua lah. Kak ipar aku suruh aku ajak brader ni datang sekali. Dia cuak dah. Hahaha! Dia takut. Aku cakap bawak lah kawan kalau nak rasa confident sikit. Dia pun ok lah. Dia bawak kawan sorang yang aku pun memang kenal.

Hari tu, sorang demi sorang adik beradik aku sampai. Parent aku tak ada lah pulak. Dan brader tu pun sampai. Lepas tu tetiba abang2 aku keliling dia. Dah la abang2 aku sorang2 badan dan gaya macam bonzer. Makin cuak brader tu. Aku pelik mana orang lain. Kata panggil ramai2. Rupa2 nya aku mati2 kena tipu dengan abang aku. Dia panggil adik beradik aku je dengan purpose memang untuk menghadap brader tu sorang je. Tak ke aku pun ikut cuak sekali? brader tu pun ingat aku yang tipu dia. Saya tak tipu awak. Awak dengan saya yang tertipu. Huhuhu.

Abang aku kan sorang2 poyo. Muka nak garang je. Tak ada kemesraan langsung. Yang banyak tanya soalan abang aku yang sulung merangkap tuan rumah. Yang lain nyampuk sikit2 je. Abang aku lagi sorang dengar dan perati je. Aku? menyorok di sebalik tangga melihat situasi berdebar tersebut. Aku yang cuak lebih oit! Tapi tabik spring la kat brader tu. Cool dia jawab soalan2 abang aku walaupun dahi dah berpeluh peluh. Eh tetiba bertambah pulak sayang. Eh eh eh eh..

Dah habis semua dan dia pun nak beransur pulang, aku hantar la dia kat kereta. Muka lega tak hengat! Hahaha.. Klaka2. Abang aku 3 orang, sorang tu kata boleh bawak jumpa mama abah terus. Kira lulus. Hahaha yang sorang lagi tu musykil mana satu calonnya. Cehhh.. Bila aku jawab yang mana, dia jawab "nasib baik yang tu. Kalau yang sorang lagi tu kira reject". Aku tak tanya la pulak kenapa tapi dalam hati dah seronok tu. Kira lulus besar la ni.. Hehehe.. Bila aku bagitahu dia, seronok bukan main!

Beberapa minggu lepas tu pada 20 atau 28hb 10 2012, hari Khamis, aku dah setkan perjumpaan dia dengan parent aku. Ingat date dan hari kau.. Tak tahan.. Hahah.. Aku kerja masa tu. Aku dapat update melalui telefon je. Tak menang tangan aku masa tu. Pakai baju apa pun dok tanya aku. Menggigil dia nak bawak kereta katanya. Cuak tak hengat. Hahaha. Aku kat office pun tak senang duduk. Doa la banyak2 moga mama abah lembut hati.

Dah habis tu, dia call aku dia jerit. Nak lepaskan rasa lega tu. Dok la ulang2."Susah payah tau abang nak dapatkan awak ni". Hahaha baru tahu??? I dah la anak perempuan bongsu. Haruslah terlebih susah payah sikit. Hehehe

So lepas tu, perancangan yang kitorang buat Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dari majlis pertunangan pada 27/1/2013 sampailah ke majlis nikah 1/11/2013 dan majlis bersanding esoknya pada 2/11/2013 semuanya smooth. Rongak sikit2 time majlis tu biasalah kan tapi majlis penyatuan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.


Cerita versi Hubby

Sebenarnya husband notice aku bila ada sorang abang technician ni cakap dengan dia "Fendi, tu ada budak baru masuk. Try la". Memandangkan husband pun baru je putus cinta dia pandang enteng je la tapi dalam masa yang sama dia usha la jugak aku. 

Rupa2nya bila masuk assembly dia memang saje suka duduk belakang2. Boleh usha aku. Dia dok perati aku ni tiap2 ari pakai baju pun lengan panjang. Kalau pakai lengan pendek pun cover dengan stongan. Pastu aku ni simple je. So dia dah tertarik di situ. Ada lagi benda lain tapi tu biarlah rahsia. Memandangkan dia busy, so memang masa assembly je la dia usha. 

Then ada sekali tu aku masuk pagar office, technician2 ni memang suke bertenggek tepi divider jalan tu. Dorang cakap2 apa entah sekali husband cakap "Ni kalau dapat confirm aku tak lepas". Huahuahua! geli pulak mak.. Husband cakap ramai saksi masa tu dengar dia cakap macam tu. Boleh la nak tanya si polan si polan ni kalau tak caya. Yekeeee??? Hahaha

Actually sebelum husband mintak declare dia ada tanyakan 3 soalan dekat aku. Soalan2 tu biarlah rahsia jugak ek. Kang riak pulak, Hahaha. So dari soalan2 tu la dia buat keputusan untuk declare dengan aku dan actually dia cuba je dulu tapi mencuba dalam mengharap. Kata dia "Kalau dia mencuba dia akan dapat 1% kejayaan daripada dia tak mencuba langsung". Wahhh ayat kauuu.. Jangan tatau husband aku ni sastera dia superb tau. Sekali keluar ayat sastera perghhhh tak menahan kau.. Hahahah

Masa dia nak menghadap abang2 aku tu memang dia cuak tak hengat la. Dia geram je bila aku nyorok di sebalik tangga perati kan dia dari situ. Biar dia sorang2 dok menghadap abang2 bonzer aku. Hahaha. Dah la panas. Kipas slow pulak tu. Dia nak suruh kuatkan kipas pun tak boleh. Hahaha! Yang ni aku gelak. Siap ampun ampun kat dia banyak kali. Tapi memang dia berpeluh giler masa tu. Ingatkan takut rupa2nya memang panas. Hahaha. Tapi dia lega lah bila dah lepas berdepan dengan bonzer2 tu. Dia rasa kecikkk je masa tu bila berdepan dengan dorang. Hahaha. Masa otw tu kawan dia ada tanya. "Eh ko hafal tak doa qunut? Nanti dorang tanya kang". Husband cakap apa tau. "Hafal lah kalau tak macam mana kau solat subuh?". Hhaha. Kawan dia konon nak takutkan dia last2 kena pulak jawanpan macam tu. Setepek je kena.

Bila nak jumpa parent aku pun dia cuak jugak. Berdebo debo tak hengat lah. Pastu cakap nape aku keja hari tu. Eh?? suke hati lah. Hahaha. Sampai2 tu dia kata bibik yang sambut dia. Suruh masuk semua. Lepas tu baru mama dan abah datang. Bila dia kata tujuan dia datang tu sebab apa, terus mama kata "nanti bawak la keluarga datang sini lepas turun kapal lagi sekali. Tak payah la risik2. Dah kenal pun kan". Ha kau. Terkejut husband aku. Eh terus greenlight ke? Hahaha. Dia tak sangka senang macam tu je lepas jumpa parent aku. Aku rasa lepas dapat lampu hijau dari abang2 aku mak aku confident jugak kot. Tu yang terus lepas tu. Alhamdulillah. Seronok dia call aku lepas balik tu. Tak sabar pulak nak meminang. Amboii abang.. Gelojoh lagi sekali. Hehehe.

Aku tak pernah bagitahu husband yang aku ni anak Datuk. Dari mula berkawan sampai lah nak bertunang kot memang mulut aku tak pernah bercerita. Untuk apa kan. Kalau nak tahu pun biar dia tahu sendiri. Dia tahu aku anak abah sebelum kitorg bertunang. Sebelum dia jumpa mama abah. Abah ada keluar berita tv3. Masa tu siap tulis nama la apa bagaikan. Dia tengok muka abah macam kenal. Tengok nama macam familiar. Aku kan ada letak gambar family dalam facebook. So dia pernah tengok la muka mama abah. Dia was2. Terus dia telefon aku untuk sahkan. Dia tanya "Abah masuk berita ek? Abah awak Datuk ye?" Aku pun dapat soalan macma tu senyum je lah. "Abah memang datuk pun. Ada 12 orang cucu ni ha". Dia geram aku main2 pastu suruh aku ngaku cepat. Pastu marah2 aku sebab tak bagitahu dia awal2. Aku cakap la "Buat apa nak bagitahu. Abang pun tak tanya. Takkan la tetiba nak declare. Hai saya anak Datuk. Eh tak kuasalah!"

Lepas tu dia cuak. Alamak dia bakal kahwin dengan anak Datuk!. Hahaha. Kenapa kalau kahwin dengan anak Datuk? Anak Datuk bukan manusia ke??. Kebetulan dia dekat Ipoh. Makcik2 dia ada. Semua macam risau. Mak mertua aku siap buat ayat lagi "Boleh ke Fendi kita dengan keluarga Datuk ni. Kita tak sama taraf." Hahahah! Adoi la.. Aku cukup tak suka orang membeza bezakan taraf ni. Kubur nanti pun kita sama mak. Pakai kain warna putih jugak. Mak ingat keluarga aku hebat sangat padahal biasa2 je pun. Hidup sederhana je pun. Tak ada mewah pun. Pakai pun kereta Malaysia. Hahaha!

Anjang makcik husband aku ada jugak masa tu. Dia cerita kat aku. Cerita lepas kitorg dah dapat Alya tau. Husband tak cerita pun sebelum tu. Dia kata Fendi dah macam orang mati kutu dah. Tak tentu arah. Keluar masuk bilik. Kejap keluar termenung tengok tv pastu masuk bilik balik pastu keluar masuk balik. Hahahah! Yang ni kelakar! Gelak2 aku dibuatnya! Punyalah gelabah lepas dapat tahu aku anak Datuk tu. Haishhh macam2. Nasib baik dia tak cancel kahwin dengan aku. Hahaha!

So... itulah alkisahnya kisah aku dan dia..

Yang kononnya dulu abah tak senang sebab pendidikan dia tak tinggi, sekarang dah jadi menantu kesayangan dah. Mama pun setiap kali husband nak naik kapal, mesti peluk siap nangis2 lagi. Sayang sangat la tu. Hari tu tanya mama. "Mama rindu fendi tak?" Mama cakap "Rindu". Hehehe. Mama suka kalau husband balik, Abah pun sama. Kalau husband balik dia la dok melayan selera makan abah. Bawak abah pergi jalan-jalan cari makan. Mama pulak senang hati kalau ada lelaki muda dalam rumah. Rasa lah secure sikit. Pastu boleh di harap apa2 yang patut untuk di tolong. Husband aku ni pulak memang ringan tulang. Bertambah sayang orang tua tu. 

Aku tak pandang pada berapa sijil dan berapa tinggi nilai sijil kau. Aku pandang pada kesungguhan kau. Pada betapa bertanggungjawabnya kau pada keluarga. Hormatnya kau pada orang tua. Itu yang aku pandang. Kalau belajar tinggi pun tapi kalau malas tak guna jugak. Kalau tak bersungguh tak ke mana jugak kan. Mungkin parent aku nampak kesungguhan husband aku tu yang lagi bertambah senang hati diorang. Alhamdulillah itu yang kita nak. Restu orang tua tu tersangat lah penting.

Baru nak masuk 2 tahun kahwin. Belum masuk waktu pra matang pun lagi. Banyak lagi adegan gaduh dari sweet2 macam dalam drama tu.  Gaduh2 tu perkara biasa la kan. Mana boleh tak gaduh. Lagi2 dengan aku yang ngada-ngada nih. huhu. Tapi kena pandai2 handle la kan.. Banyakkkk lagi waktu yang nak ditempuh. Banyakkk lagi peristiwa yang nak di create. Dengan kehadiran cahaya mata kesayangan pada 1/9/2014, membuahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga kami. Alhamdulillah dan In Sha Allah akan diceriakan lagi dengan kehadiran cahaya mata yang lain.

Pada stranger, doakan kebahagiaan orang. In Sha Allah bahagia datang pada kamu juga. Jangan dengki2 pada orang lain. Apa yang kamu dapat? bahagia tengok orang sengsara? percayalah wei. Bahagia kamu tak lama. In Sha Allah sengsara akan balik pada kamu semula. Pernah dengar kifarah? Hukum karma? Itu dia.. Kamu rasa kamu hebat, hebat lagi yang menciptakan kamu. Dia tahu kelemahan kamu dan dia akan balikkan pada kamu lebih sengsara daripada apa yang kamu berikan pada orang lain. Ingat ye. Tuhan itu lebih Maha Kuasa dari mana2 makhluk di muka bumi ini.

Ok la. Penat mengarang dan memerah otak. Salam ukhwah dan salam bahagia semua. ^_^


Friday, July 31, 2015

#kmmangels: Buka puasa sama 2015

0

Photobucket
Photobucket


Every year mesti ada planning buka puasa sama2 at least sekali. Alhamdulillah tahun ni ada juga dan suprisingly korum cukup kot. Hahah Cuma biasalah tang pasangan mesti ada rongak sana sini dan of course pasanganku mesti la yang selalu tak ada. hahah!

Tak bawak Alya jugak sebab malam kan lepas tu sape pulak nak pegang dia dalam kereta. Ingat nak amik risiko bawak je dia dan dudukkan dia dalam carseat tu tapi akak aku pulak tak bagi. Suruh tinggal je kat umah. Alahai beratnyaa hati. Sian anak ibu asyik kena tinggal je. Hurrmm kalau ada ayah ni memang ibu usung je mana ibu nak pegi.

Masa zaman bujang, tempat mesti luar2 je. Tahun lepas disebabkan nora je yang baru ada anak, kita makan kat luar jugak. Tahun ni lain sikit dan tahun2 depan mungkin kita boleh kekalkan tradisi macam ni. Hahah senang nak kontrol anak! Disebabkan anim baru kawen dan baru pindah umah sewa, masing2 bagi cadangan buat kat umah anim. Sekaligus buat house warming kekdahnya padahal bukan anim yang ajak atau suggest. Kitorang 4 ketul ni yang memandai-mandai. Nasib baik anim dengan husband dia ok je. Hahah

Anim masak lontong dengan kuah lodeh dengan sambal ikan bilis. Sedappp!! yang lain bawak la sikit2. Alhamdulillah licin. Yang tak habis tu bawak balik sikit2.

Tapi kalau ada pasangan masing2 ni, #kmmangels ni perangai tetiba behave sangat. Kalau kami2 je bukan main lagi. Gelak tak hingat dunia. Suara au suara jantan semua tetiba keluar. Hahaha. Korang ni memang la. Tak jadi diri sendiri betul. Rindunya dulu2..


#kmmangels: Anim Kahwin 30.05.2015

0

Photobucket
  Photobucket

Bersiaran lagi. Hahah..

Aku nak mukaddimah sikit..

Aku ada geng. Nama geng #kmmangels. Hahah! haip jangan gelak! hashtag ni dah lama ok. Since we olls anak dara lagi dan walaupun memansing sedang menubuhkan dinasti memasing hashtag tu tetap setia terpampang di instagram dan facebook. Jangan memain! Hahah

Geng aku ada 5 orang perempuan plus 1 orang lelaki bukan lembut.

Aku
Azni
Nora
Fasha
Anim
Ijat

Dalam geng, Nora menamatkan zaman bujang dulu. Bulan 5 tahun 2013. Diikuti Fasha (8,2013), Aku (11,2013), ijat (9,2014) dan anim baru2 ni (5,2015). Azni masih dalam mode mencari dan dicari. Adalah hendaknya jodoh dia. Aku tak sabar kawan aku yang sorang ni naik pelamin. Ameen.

So ni aku nak cerita anim kawen. Nikah 30.5 (Sabtu). Sanding 31.5 (Ahad)

Aku teruja sikit bila anim nak kawen ni sebab entah la.. Bayang2 tu tak ada nak kawen tu. Plus anim macam tunggu crush dia yang lama. Ke dia malas nak fikir pasal laki lepas clash dengan bf aka crush dia.

 Cerita dia macam novel u ollsss.. Aku cerita serba ringkas la ek..

Anim kenal hubby dia dekat U. Husband dia senior satu tahun kot. Tak pasti pulak kos sama ke tidak. hahaha kau nak cerita tapi semua tak pasti! Arghhh! tak kira nak cerita jugak! Hahaha

Lepas tu couple bape lama entah dorang clash. Rasanya husband dia buat hal kot ada pompuan lain. Tapi rasa ada satu kesah lain jugak nape dia clash tapi anim tak nak cerita. Tak nak bukak aib kot. Anim ni baik u oollss. Tak macam pompuan 4 ketul yang lain tu. Hahaha!

Dalam masa dorang clash tu ada jugak la adegan pujuk memujuk tapi anim macam keras sikit. Kali ni keputusan dia nekad. Kalau nak dia, masuk meminang terus. Terus kawen! Siap mak dan makcik husband dia call la tanya nape semua2 tu.

Ada sekali tu, kitorg keluar la together nak pegi picnic naik satu kereta. Anim dapat call, makcik hubby dia kot pastu borak2 anim nangis2. Masa tu kitorg ni tak tahu cerita keseluruhan lagi sebab dulu anim perahsia jugak la. Dia malas nak cerita kot. Kitorg dengan anim ni bangsa tak nak paksa sebab yelah anim ni stok baik2. Kitorang yang lain pulak stok mulut kaki tangan lepas. Huhu. So nak menghormati dia, kitorg tak nak la push2 kan. So lepas anim cakap talifon tu kitorg tanya la sikit2. Nape semua tu kan. Anim ada la cerita sikit2. So dapat la kitorg gambaran sikit2 nape anim nangis and clash dulu. Tapi aku ni yelah. Perempuan yang memory problem ni of coz la akan lupa kebanyakan cerita yang anim pernah cerita. So terjadilah cerita yang banyak kot2 atas tadi ni haaaaa.. Hahahah.. Maaf laaaaaa~

Tapi tu la. Kalau dah memang jodoh tu tak ke mana la kan. Anim banyak jugak menangis sebab hubby dia ni. Hati dah sayang kannn.. Mana senang nak lupa. Akhirnya kawen la jugak dorang. Masa hubby dia datang merisik anim diammm je tau. Tak bagitahu pun hubby dia nak datang merisik. Lama lepas tu baru dia bagitahu. Takut katanya. Takut tak jadi. Ermm kitorang pun ok je la sebab dia kata kitorg je yang tahu. hehehe.

Anim dia tunang seminit je lepas tu terus nikah. Hahaha. Tu memang apa yang dia nak la. Takmo tunang2. Nak nikah terus. Tapi nak beradat jugak kan. Selit la jugak tunang tu in between. Dapat la dua cincin. Hahaha.

Majls nikah dekat dewan nikah kecil di masjid shah alam sane. Oh ye, anim orang shah alam. Simple saje tapi penuh berkat dan meriah. Alhamdulillah. itu pun yang kita nak dalam perkahwinan kan. Baju pun semua sendiri. Baju maknya yang jahitkan. Cantikkkk sangat. Mekap pun anim yang mekap sendiri. Pun cantikkkkkk sangat. Anim ni simpe orangnya tapi berseni. Tu yang banyaknya dia boleh buat sendiri. Jimat. Cut cost. I likeee..

Majlis sanding dia esoknya pulak pun simple tapi cantikkk. Dia buat sekali dengan adik lelaki dia. Baju anim cantik gilerrrrr. Gabungan warna yang sangat sweet! dan yang paling best, mak dia yang jahit ok! sekali dengan baju pengantin lelaki. Huaaa! Jeles mak. Overall semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.


Compelete set of #kmmangels. Ini sekali dengan pasangan memasing. Cuma pasangan nora je takde. Koje. Lagipun nora memang nak datang sorang sebab dia kata kalau laki dia ikut nanti kena balik cepat!. Hahaha Lantak la kau noruuu..

Kitorg jadi bridesmaid yang tak berapa nak seragam hari tu tapi kaler meriah! Haha. Aku patutnya pakai  baju yang sama macam dorang tapi ada cerita di sebaliknya kenapa tak pakai. End up nasib baik ada baju kurung kaler lebih kurang. Dapat jugak jadi bridesmaid sambil kendong anak! Hahaha. Dapat pulak boria dengan hubby aku. So hubby aku pun jadi bridesmaid! hahaha. Ok tu tipu...

Yang si ijat pulak dah cakap dah suruh pakai pink tapi biasalah mamat ni. Suka hati dia je. Last2 kene marah dengan wife dia dan pesan lepas ni bagitahu dia. Jangan cakap dengan ijat. Apa pun tak boleh! Kalau tak mesti dah seragam warna..

Tak ada pulak gambar anim berdiri dalam fon aku kalau tak boleh tunjuk baju cantik Anim. Serius cantik u ollsss.. Aku admire sampai sekarang. Huhuhu.

Abaikan gambar aku yang 'kurus' itu. Pemilihan tudung yang salah boleh membuatkan figura kita sangat berbeza ye kawan2.

Berkembang la lagi #kmmangels. Serius tak tahu nak cakap macam mana. Hampir 10 tahun persahabatan kitorg. Nak berkawan lama memang senang tapi nak bersahabat lama tu bukan semua boleh kekalkan. Ini saje la satu2 nya geng aku yang kalau boleh setiap bulan tu nak kumpul ramai2 borak2 tapi dengan keadaan status masing2 sekarang memang sangat la membataskan. Dalam whatsapps je la kitorg borak2. Huhu

Nora dah mengandung anak kedua. In Sha Allah bulan 10 ni melahirkan. Kan aku cakap masing2 sibuk nak mengembangkan dinasti. Anim pun dah mengadung sebulan lebih kot. Alhamdulillah. Seronok je rasa. Tunggu Azni pulak lepas ni. Mulut aku selalunya cakap tahun depan kahwin tahun depan kahwin kat mek sorang ni sebab ye la orang kata kata2 tu pun satu doa. 

Semoga apa yang kita ada sekarang kita kekalkan ye kawan2. 

Sayang korang walaupun sakit ati je mamanjang. Hahaha. K bye!

Mak Mertua @ Keluarga Mertua 2

0

Photobucket
Photobucket


Amboi tajuk. Macam novel pulak ada sambungan-sambungan ni. Hahah

Saje nak share sini terobek kesinambungan daripada cerita lepas.

Alhamdulillah. Sabtu lepas dengan gigihnya aku berjaya jugak drive ke Ipoh bertemankan anak dan bibik sahaja. Bertolak daripada rumah dalam pukul 10.30 dan sampai Ipoh dalam pukul 12.30-1.00pm macam tu. Sebelum bertolak tu lupa nak call mak bagitahu nak bertolak. Bila dah nak sampai tetiba mak call. Dengan suara cemas tanya kat mana dah. Bila bagitahu dah masuk tol Ipoh terus lega suara orang tua tu. Hehehe. Mak2 kan. Mama ke mak ke. Sama je. Selagi tak call dah sampai selagi tu la dok risau.

Alya pulak sangat la behave. Aku duduk kan dia dalam carseat padahal dia tak suka pun duduk dalam tu. Tapi mak kau ni bijak Alya. Hahaha! Aku bertolak memang time dia tidur. Alya ni kan spesis bangun tidur awal jugak tau. Dia suka kejutkan aku bangun pi keja. Hahaha. Walaupun tidur lambat macam mana pun, dia tetap akan bangun pukul 7.30-8.00 pagi macam tu. Tapi lepas tu dia sambung tidur balik dalam pukul 10.00-11.00 pagi. So, hari tu memang aku saje la bertolak time tu. Dia nak tidur awal dari tu pun mak kau larang. Lambat2 bagi susu. Ajak dia main sikit2. Hahah. Kejam mak kau. Tapi kalau tak buat macam tu memang dia akan mengamuk bila duduk lama dalam carseat tu. So gerak dalam 10.30, 10 minit perjalanan dia dah mamai2. Hahaha! 2 3 minit lepas tu... Selamatt! Sepanjang perjalanan dia tido! Masuk tol Ipoh baru jaga. Senang hati mak kau drive. Alhamdulillah. Ditambahkan lagi jalan raya yang sangat smooth, Allah permudahkan lagi perjalanan aku. Yelah, niat nak menggembirakan orang tua kan. Allah permudahkan lah,

Sampai2 tu opahnya memang terkam cucu dulu la. Apa lagi kan. Memang itu la dia tunggu pun. Hahaha. Tapi pepaham la Alya. Bangun tido kan, mood swing2 lagi. Kita kasi dia cool dulu ye opah. Slow2 dekat. Lama2 Alya ok sebab bukan tak pernah jumpa opah sebelum ni. Alya ingat punya opah tu. Heheh

main bola dengan opah
Nak dipendekkan cerita, Alya ok sangat sepanjang kat Ipoh. Seronok main sampaikan malam tu tidur lambat!. Pukul 11 lebih baru tidur. Hahah. Siap main dengan paksu dia yang sebelum ni dia takut sangat. Almaklumlah. paksu dia tu spesis gagah perkasa jugak, Lain dengan ayah dia yang comel2 tu. Hahah.. Tapi pandai pulak paksu dia tackle kali ni. Alya pun dah besar sikit kan. Dah pandai dah sikit, Penerimaan dia kat paksu dia tu buat mak kau teruja! sebab dah besar sikit nanti sila buli paksu kau naik motor pusing taman! boleh mak kau rehat bila balik Ipoh. Hahaha! Yang best, paksu dia siap balik lambat dari kerja hari tu sebab nak belikan Alya baju baru. Alolololo anak buah kesayangan tu.. Sampai mak risau asal adik tak balik2 lagi. Talifon pun tak nak angkat! p/s: adik ipar aku ni single.. sape nak isi borang? heheh

main ketuk2 dengan paksu
Hari ahad esoknya, siap2 nak balik dah. Tak dapat  nak lama2. I kan kerja senin tu. Mak nak ikut balik KL. Nak pi sg.buloh rumah Alang. Bagus la tu. Ada jugak reason aku pi sg,bulog. Dapat la jugak dorang jumpa Alya. Tapi kat sana kejap je. Sebelum maghrib aku dah gerak balik. Nak balik lambat2 tak berani. Bawak kereta malam2 aku out sikit. Silau melampau lampau.

Seronok la dorang main dengan Alya walaupun kejap. Seronok tengok Alya jalan kedek2. Jalan jatuh jalan jatuh jalan lagi jatuh lagi. Hahah! Diorang risau tengok Alya jatuh2 tu tapi maknya buat dunno je sebab dah tau dah Alya memang macam tu. Tak balance lagi. Lagi satu Alya ok. Bila jatuh tu dia dah pandai control daripada tersembam belakang. Kalau nak tersembam pun dia tahan dengan tangan. So impak dia tak kuat. Bijak dah si kecik tu. Tapi takde lah selalu sangat jatuh ke belakang sekarang.

So, keseluruhan perjalanan tersangatlah baik. Alhamdulillah.

Balik tu dah lega.. lepas ni kita tunggu ayah pulak ye.. ^_^

Wednesday, July 22, 2015

Mak mertua @ Keluarga Mertua

0

Photobucket
Photobucket



Untuk mukaddimah.

Untuk sedia maklum, husband aku kejenya di kapal laut sana nun. Berkorban tinggalkan anak bini untuk mencari rezeki yang halal. Bila husband kerja, secara tak langsung aku ambil alih untuk sentiasa bertanya khabar dua orang manusia yang paling penting dalam hidup dia.

Mak dan Alang - Makcik dia yang jaga dia sejak dari kecil lagi.

Every week aku akan talifon tanya khabar. Kalau aku tak talifon pun, dorang yang akan talifon aku. Hahah. Almaklumlah ada anak kecil ni benda talifon2 ni pun kengkadang boleh lupa. Aku akan tanya khabar atau untuk sampaikan salam husband aku pada dorang dan update keadaan husband aku pada dorang kalau husband aku talifon aku.. Fuhh.. Sila baca dalam satuu nafas.

Husband aku pun ada sorang je adik lelaki. Mak memang tinggal dengan adik husband aku lah memandangkan dia pun keje dekat situ jugak. So haruslah dia menjaga mak disamping mak menjaga makan minum dia.

Hubungan dengan makcik2 dia pun aku ok. Layan macam makcik sendiri. Sama macam aku layan mak macam mak aku sendiri. Tak ada bias2.

Aku memang tak bape nak segan dengan makcik2 dia. Mungkin sebab dari sebelum kahwin husband aku memang dah dekatkan aku dengan dorang. So perkataan segan tu tak berapa nak sebati sangat dalam diri.

Untuk isi berkaitan dengan tajuk..

Semasa mengandung dalam trimister pertama, husband kerja di kapal. Aku selalu je balik Ipoh ditemani oleh Alang untuk menjenguk mak. Keadaan masa tu larat lagi la nak drive jauh2. Masuk trimister akhir2 husband aku tak bagi dah aku drive jauh2. So, tak boleh la nak melawat mak. Mak pulak yang datang KL.

Bila aku balik jenguk mak tanpa bertemankan suami, ramai orang macam kagum. Hahaha. Lepas tu tanya soalan "takpe ke balik sorang suami tak ada? Tak segan ke?" atau soalan sinonim macam tu.

Bila orang tanya aku pelik. Memang wajib suami ada ke baru boleh balik? Kenapa nak segan? Bukan ke mak mertua tu dah jatuh macam mak sendiri? Kalau 6 bulan laki kau tak ada, 6 bulan la kau tak balik? Kalau mampu drive kereta kenapa tak balik je? Kena tunggu suami jugak ke? Lainlah kalau suami memang tak izinkan. Itu lain cerita la kan?

Untuk raya kali ni, patutnya giliran mertua tapi memandangkan husband tak ada, tak dapat la nak balik. Nak balik pun tak dapat keizinan husband. So macam mana? bertabah lah. Ikutkan hati nak je balik tapi reason husband tak bagi pun ada betulnya jugak.

Anak aku sekarang tengah masuk fasa active sangat. Baru dapat kaki kan pastu dia ada stranger anxiety. Takut dengan orang. Kalau dia dah takut, memang berkepit aje keje. Aku tak boleh nak pegi mana. Tak boleh nak buat apa. Nak berak pun tak boleh. So macam mana? Nanti akan menyusahkan lagi orang ada. Orang dah la sibuk nak prepare untuk raya esok harinya kan. Entah.. Nak explain lebih pun tak reti. Ni dari pandangan husband aku sebab dia tahu peel anak dia macam mana dan macam mana susahnya kalau dia tak ada untuk bantu aku. Kalau ada bibik, maid mama yang jaga anak aku tu, takpelah la jugak. Tapi boleh la pulak aku nak heret dia sekali balik kampung? Mak aku pulak terbongkang sorang nak uruskan tetamu datang. Dah la anak2 semua turn balik rumah mertua. Memang tak la kan..

So lepas hari kemuncak raya ni, aku nak jugak balik Ipoh. Orang pun mungkin tak berapa ramai nak datang sangat kan. Plus akak2 aku pun ada untuk balik dan tolong kalau ada orang datang. Aku minta izin mak aku untuk bawak bibik teman aku balik ipoh. At least dia boleh tolong pegang dan jaga Alya masa aku tengah drive kereta. Alhamdulillah lepas dan Alhamdulillah aku dapat izin suami jugak walaupun mula2 tu husband risau jugak. Slow2 la kita bawak kan. Ipoh 2 jam je.

Sian kat mak sebab rindu sangat dengan cucu dia. Selalu tepon tanya khabar cucu dia. So biar lah aku sebagai menantu ni pi jenguk dia. Bukan selalu pun. Bila ada kesempatan ni, moh la kita. Nak suruh mak datang sini, tak sampai hati la pulak. Kesihatan mak tak berapa nak memberangsangkan. Kesian pulak mak nak kena bawak bag berat2 naik KTM. I tak sampai hati tau tengok orang tua usung bag berat2!!

Minggu lagi satu pulak, kene jenguk Alang pulak kat sg.buloh. Itupun nak tengok jugak cucu dia Minta la mama lepaskan bibik lagi sekali. Hehehe..

Aku memang suka balik kampung. Kalau husband tengah cuti, kalau dia tak ajak balik, aku yang sibuk nyanyi kat telinga dia nak balik. Kalau dia malas nak drive jauh2, aku ajak pegi rumah Alang. Motif aku senang. Aku nak anak aku kenal dan rapat dengan kedua2 belah keluarga. Bila husband ada, every weekend memang tak ada kat rumah. Berjalan aje ke rumah keluarga belah husband. Bila lagi kan?

Kesimpulannya..

Dah kahwin kan, tak payah la nak banding2 kan antara family kau dan mertua. Masing2 ada keistimewaan dia. Dua2 ada hak. Lagi2 bila kau dah ada anak. Sayangnya dorang pada cucu lain tau daripada sayang dorang pada anak menantu. Kira cucu ada tempat paling spesel sekali. Selagi daya dan mampu, balik lah. Tak rugi pun. Jangan bandingkan bandar dan kampung. Dua2 best kot. Ko Kahwin dengan anak dia, so adil la ea..

Tak sabar nak balik Ipoh. Mintak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semuanya perjalanan pergi dan balik nanti, Ameen..




Tuesday, July 14, 2015

Resah

0

Photobucket
Photobucket

Ramadhan pergi..

Syawal datang lagi..

Tahun ni Ramadhan aku tak berapa bagus. Kurang sikit amalannya. Kurang sikit alunan Al-Quran di dalam bilik. Astaghfirullah..

Ujian Allah tapi ternyata aku gagal.

Dengan keadaan badan yang tak berapa mengizinkan campur dengan khilaf diri beralasankan anak semata-mata. Astaghfirullah.. Tak cukup kuat rupanya aku ni lagi..

Niat hati nak pergi jumpa Ustaz la. Nak pergi berubat sikit. Rasa diri ni malas sangat nak solat sejak dua menjak ni. Baca Al-Quran apatah lagi. Allahuakbar. Padahal kalau nak ikutkan sebelum ni, paling kurang baca Al-Quran sehari sekali. Tak tahu la apa tak kena. Rasa berat sangat badan ni. Dipaksa paksa jugak tapi dalam keadaan tak rela dan tak ikhlas nak jumpa Sang Pencipta. Lepas tu malam2 tetiba takut tidur dalam bilik sendiri. Semacam ada yang memerhati. Tengah solat pun macam tu. Mainan perasaan ke apa?

Takut juga mengganggu anak. Dengan tanpa suami di sisi. Moga Allah bagi petunjuk.

Sebelum ni anak sangat payah nak tidur lena. Banyak kali terganggu tiap2 malam. Tiga empat kali terjaga walaupun masuk tidur cepat atau lambat, merengek tak tentu pasal. Semacam ada yang mengganggu dia. Satu malam, aku pasang dulu ayat ruqyah dalam bilik. Kuatkan volume. Biar bergema satu bilik. Lama sikit baru naik tidur. Alhamdulillah. Kalau tidur lambat, sekali sahaja bangun untuk minum susu itupun bila subuh nak menjelma. Pukul 5, pukul 6.. kalau cepat tidurnya, bangun sekali pada tengah malam dan sekali pada subuh waktu. Minum susu sahaja dan tak selesa dengan pampers yang memberat.  Alhamdulillah2. Ayat2 Allah tak ada sape yang dapat melawan kan..

Kan itu janji syaitan. Mengganggu dan menyesatkan anak2 Adam tidak kira usia. Masalah anak Alhamdulillah berkurang. Tapi aku?

Perlu berubat juga. Tiba2 sakit di bahagian perut kanan. Pergi doctor, cek sana sini. Ujian air kencing, Ujian darah dan ultrasound semuanya negatif. Tak ada apa2 masalah. Tapi sakit masih lagi berulang. Menyengat kadang2 tu. Allah.. Ujian apa kali ni? Tolong aku Ya Allah..

Sunday, July 5, 2015

Why melenting? sabar itu indah..

0

Photobucket 
  Photobucket

Few weeks back, aku melepak dengan bibik2. Ya,aku melepak dengan bibik2. Kenapa? jatuh standard. Takpe di mata Allah kami semua sama. Dalam kubur takde low standard high standard.

Sambil berbual tu, tiba2 one of my brother's bibik cakap yang aku ni orang yang sangat penyabar. SANGAT  tu yang tak tahan. Why did she said like that? Sebab dia kata, bila orang mengata aku, make fun with my figure, my body, I just... silent.. smile.. tak ada balas balik.

Ermm.. Kenapa?

Satu, sebab malas. What for? nanti benda meleret-leret dan mungkin banyak lagi aku kena dengar kata-kata jahat yang akan mengguriskan hati aku. And because of that aku malas nak balas balik. Tak puas hati? sakit hati? memang! sape yang senang hati bila orang kutuk kita. Make fun pasal kita. Pasal body yang dah tentunya sensitif bagi aku. Ya Allah, Allah je yang tahu macam mana tergurisnya hati aku. How badly I want to cry sebab tak tahan. Banyak kali ok orang make fun. Banyak kali sampai aku dah tak terkira.

Dua, sebab mostly yang make fun tu my own blood termasuklah anak-anak buah aku. Nak berlawan kata dengan budak2? Lagi buat aku sakit hati! Hahahha! Sakan dorang kutuk aku, maksu gemuk maksu gemuk. Ulang2 kali sampai aku dah tak larat nak dengar. Hati? Aku manusia beb. Sakit memang la sakit. Bukan setakat badan aku je dorang kutuk. Manja aku pun dorang kutuk. Susahkan dorang ke aku manja? Pakai duit dorang ke? Tu yang aku pelik. Manusia.. Even your own blood.

ihsan google

Tiga, sebab sabar itu lebih indah. Betul.. Bila aku sabarkan diri, aku tak balas, aku cepat akan lupakan apa yang orang cakap kat aku. Kepala aku tak terbeban. Tidur aku lena. Hati aku.. entah la tapi tak ada rasa dendam setakat ni. Hahaha! Aku percaya kalau aku sabar, ada benda baik yang menanti aku. In Sha Allah. Ganjaran Allah tu lagi besar kan dari nilai kesabaran yang terpaksa aku gadaikan. ^_^


ihsan google

Walaupun kadang2 aku khilaf, dek kerana terpedaya dengan hasutan syaitan maybe, aku sedaya upaya mendidik hati aku untuk terus bersabar dan bersabar dengan semua kata kata jahat yang mengguris hati aku. Aku manusia beb. Sometimes tu, walau macam mana aku berusaha untuk menjadi baik, kadang2 terbabas jugak.

Tapi Allah tu memang Maha Penyayang. Dia datangkan lagi ujian dan dugaan supaya aku terus dan terus belajar bersabar. Satu prinsip aku, letakkan semua pada Allah. Percaya. Aku berusaha untuk menjadi terbaik, selebihnya biar Allah yang tentukan.

Tak mudah untuk menjadi sabar tapi sekurang-kurangnya aku cuba. In Sha Allah.

Jom, sama-sama kita didik hati untuk jadi orang yang sabar.

#muhasabahdiri

Thursday, July 2, 2015

Haku Stresss!!

0

Photobucket
Photobucket

Rasa janggal pulak tetiba bila nak taip entry tak taip Bismillah dengan Assalamualaikum. Hikhikhik.

Ehhh.. tetiba tiap2 hari ko update ye kak.. Hahah.. Baju baru.. haruslah update hari2. nanti aku dah bosan dengan baju baru blog ni sebulan sekali la pulak update. Hahaha!

Kelmarin kan, akak aku ukur badan untuk buat jubah untuk raya. Yeee.. hakak aku yang jahit. Tapi dia tak amik upah pun. Dia buat baju untuk adik dia sebagai eksperimen. Jadi tak jadi ada dia kesah? Baju adik dia kot. Hahaha. Hampeh tol. Yang aku pulak ada aku kesah aku adik kau? Sila betulkan sampai aku selesa. Hahaha.

Ok back to the point. Alkisah lepas ukur, rupa-rupanya aku dah turun 0.5 inci. Kehkehkeh. Puasa ke berapa ek? Ke 10 kot. Aku ni puasa je. Kira hari ke berapa memang ke laut la. Tau2 dah raya. Hehe.

0.5inci turun.. Turun kat pinggang, lengan, dada, bahu.. Tapi masalahnya punggung den ni tak turun2 pun walhal seinci!. Huaaa!! menangis tau. Seksa betul membawa muatan terlebih kat belakang ni. Nak bangun payah, nak duduk kedebush terus. Hahahah! Haku Stressssss!!

Lepas bersalin aku hanya turun 10kg sahaja dari berat naik 20kg masa mengandung. Lepas tu tak turun2. Nak mencapai balik berat asal masa anak dara, aku kena turunkan 15kg lagi. Alahaii.. Kalau dulu rajin la nak pi jogging segala bagai. Sekarang? Jaga anak sorang pun aku dah letih. Hahaha.. Baru sorang! Kalau ramai agaknya jadi apa entah. Tapi berat tak turun2!. Memang salute la mak2 yang beranak ramai tu. Anak aku sekarang tengah fasa dia tak nak kat orang lain. Pastu asyik nak berdukung je. Dengan bawak berat aku lagi, berat dia lagi 10kg, memang tak larat ler aku. Sebab tu cepat flat. Nak excercis lagi, aku memang tak kuat semangat nak buat. Terus tido!

Puasa ni tengah nak train balik diri makan sikit macam zaman sebelum kahwin. Masa tengah mengandung nasi dalam pinggan menggunung. Hahah. Moga diri ini terus kuat la ye. Dah baka jenis cepat naik susah turun gini lah gamaknye. Kena usaha dan jaga lebih sebenarnya. Bila dah terkandas macam ni la. Stresss!

Doakan aku terus beristiqamah untuk turunkan berat badan. At least dapat kurang 10kg dulu pun jadi lah.Hahah

Da!