Friday, June 17, 2011

Penangan cerita Nora Elena pada lelaki yang aku tak dapat lihat dari cerita drama yang lain.

0



Assalamualaikum..

Pergghhhh.. Tajuk tak sikit punya pendek kan~

It’s been a long time since last time I updated my blog. Niat untuk mengabaikan blog ni macam sikit2 tu dah ada. Gara2 sikap M yang datang bermaharajalela. Syuh2!!

Tengok Nora Elena? Aku tengok and kalau boleh memang tak nak miss pun. Pernah miss beberapa kali je tapi tengok balik kat tonton.com.my. Sanggup tu.

Impact Nora Elena bukan kena kat aku je. Tapi most of it kena dekat orang-orang sekeliling yang aku kenal dan rapat. Yang paling best Mr. P pun layan tau. Dalam kepala hotak aku sebelum ni, “Alah lelaki mana lah layan sangat cerita leleh macam ni”. Tup2 satu tempat kerja Mr.P yang semuanya lelaki tu tu pun layan. Abang aku yang anti cerita leleh pun layan tau. Wahhh~ gempak cerita Nora Elena ni….

Tapi motif utama tengok sebab Nora Elena yang mix dan cun melecun tu~~

Hurmmmm..pape lahhhhh..

Yang best Mr. P boleh tanya..” Nak I jadi macam Seth tu ke??”

Nak tahu I jawab apa? Tak ada lah jawab gelojoh nak3!!.. Si Seth tu perogol. Aku tak mahu lah dia jadi yang macam tu. Alamak aiiii. Seriau den..huhu..

Aku jawab, “ Kalau perangai yang baik dan romantic dengan bunga berdozen2 dalam kete, I nak. Tapi kalau nak ikut perangai yang tak elok Seth tu, jangan nak mengada2. Ada yang kena sunat kali kedua pulak”. Hoho. Ok. Part yang kena sunat tu aku tambah sendiri dalam ni tapi macam menyesal je tak cakap macam tu. Haha. Takpe. Nanti boleh cakap kot. Teheheheh..=D

Cerita tak habis lagi ni. Dia ada reply ag tapi ayat ni agak menggelikan orang lain kot. Aku yang dok dengar ni berbunga-bunga a gak. Haha.

Dia reply. “ok. Tunggu kita kawen k.” hehehehe.. Nasib baik dalam tepon tau. Kalau depan2 aku tatau mana nak sorok muka I ni. Malu taaauuuu! Abe ni.. saje buat I blushing. Haha. Gedik!

Apa pun, InsyaAllah kalau ada jodoh, harap2 dia boleh jadi hubby yang baik untuk aku. Amin..doakan jodoh aku tau!

Eh, tapi sekarang dia tak bape nak sihat. Amboiii..Nora Elena dah habis je terus tak sehat ea..=p



Katakesat: Kalau dia tengok Nora Elena, I tengok Seth Tan yang gagah perkasa tu. hakhak. I loikkkeee tauuu..=D

Tuesday, June 7, 2011

Bukan senang nak senang..

0

Orang kata fikir diri sendiri dulu sebelum fikir orang lain. Senangkan diri sendiri dulu sebelum senangkan orang lain..

Tapi bila aku fikir diri sendiri dulu orang kata aku selfish. Instead of nak senangkan diri sendiri dulu sebab tahu kemampuan diri tahap mana, last2 hati tak senang juga. Camno tuh?

Asal ayat aku macam berbelit??

Tak sampai hati untuk berkata tidak tapi hati sakit bila orang tak appreciate apa yang kita dah buat.

Hurmmmmmmm...


Katakesat: dilemma oit!

Friday, June 3, 2011

Tite menyampah au!!

2


Aku tahu benda ni ramai orang dah banyak tulis. Itu dah jadi common topic dah tapi aku nak tulis jugak. Selama ni aku just pendam je rasa dalam hati ni..

Selama ni aku just bersabar je. Tengok diam2. Nak meluah pun sorang2. Tapi bila lama2 rasa tu tak dapat di bendung dah..

Kalau diberi peluang la kan, nak je aku tanya sendiri dekat tuan empunya diri tu.

"kau ada masalah lidah tergeliat ke? lidah kau ada problem ye? ataupun kau ada masalah bahasa??"

Penat je orang kempen guna Bahasa Melayu yang betul. Kau pergi putar belitkan bahasa melayu tu. Aku yang membacanya pun ikut tergeliat sekali. Hampeh betul..

Ini random example k yang buat aku nak bagi penampo sedar dua untuk betulkan dia punya lidah tu..

cangat x selesa bila badan x ceat. tite x shuke la mcm ni..huk2..

ala2 tomeinyeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! Comel sampai buat aku rasa nak muntah. Boleh x??

Ok lah fine. Aku pun datang gak perangai ngada2 tu kadang2 tapi tak ada lah sampai setiap status dalam fb tu aku update selalu pakai ayat lidah tergeliat dan tak cukup umur tu. Dah pulak tu rajin pulak mengupdate setiap jam. Adehh..even kau tak ada buat masalah dengan aku, aku tetap panas hati..

Kalau budak bawah umur tu aku paham la jugak. Budak-budak~~ tapi kalau kau dah baya aku dan dah jadi bini orang, tak kena gaya la wei. Rasa nak tampar laju2. Silalah tampar diri kau laju2...

Katakesat: Panas! panas!