Thursday, January 24, 2019

Wow!

0



Wow, last wrote was in July last year and from last year I have been posting 4 posts only. Hahah. Sadis. You see, when the laziness is really something in my life currently 😃.

I want to start share balik about what i'm going through in my life right now tapi tu lah. I need extra determination to start back. wish me luck.

So for today, itu je la kot. Hahaha

See you soon!

Wednesday, July 25, 2018

Masalah diri -

0



Sebelum Blog Bebel ni wujud, aku ada satu lagi blog. Not to mention the blog's name, it was a memory. Memory yang kena simpan erat. Dah nama pun memory. Kita jangan pandang belakang dan terus melangkah ke depan.

Kalau dulu panjang betul bebelan dan carutan aku. Membuak-buak idea menulis. Ayat sastera, ayat puitis, ayat membabi buta, ayat tersirat tersingkap semua bukan main lagi bermadah. Sekarang? aku tahu ayat pasar je. Lepas tu malas betul nak menulis sekarang. Adehh

Dulu otak fresh segar lagi sebab tengah menimba ilmu. Sekarang ni, menghadap komputer dengan tatacara kerja yang sama setiap hari, apa segala ayat bermadah helah dulu tu dah terkubur dah weii.. Yang pasti satu je aku nampak kemajuan, kurangnya ayat wechat!

Aku punyalah dok maki bebudak yang pakai ayat wechat ni sekali baru tersedar. Aku dulu pakai ayat macam mana ek? Hahaha! Throwback FB Alhamdulillah macam aku masih terpelihara dari ayat2 wechat ni tapi ayat dan statement yang poyo2 tu biasalah kan. Remajaaaa.. 😇

Sekarang hidup sebagai manusia yang berumur 30 tahun, apa semua kena jaga kalau tak kena kecam. Hahaha! Nanti orang kata tak sedar diri pulak kan. Umur dah masuk 3 series tapi perangai macam budak belasan. Aduuhh.. hakak nak buat macam mana dekkk.. jiwa remaja menebal lagi ni haaaa. Perangai kebudakan tu confirm akan keluar punya. Kadang2 hakak gaduh dengan anak hakak yang berumur 4 tahun tu dekk sebab hakak geram.. Asyik dia je nak menang. Hakak pun nak menang jugak!! Hahahaha! Ko nampak???!!

Aku memang tak sedar diri. Kalau kat kedai ke apa kalau waitress panggil aku hakak aku macam hangin sikit. Mula la scan orang tu atas bawah pastu dalam hati - "eh panggil aku hakak! aku rasa dia lagi tua dari aku kot! Sesuka bijan je panggil aku hakak!"

Kau rasa????!

Aku pun tak faham diri sendiri ni wei.. tolong lah!

Aku rasa kulit muka aku tegang bergetah lagi so tak adalah nampak tua sangat padahallll

aku ni dah la gemuk. lemak spare part siap boleh libas lagi kiri kanan. Muka tak payah cakap lah - mata kedut - gelap - macam orang tak tido 100 tahun. Aku pun tak sanggup nak tengok muka kat cermin. Takut tersumpah kat diri sendiri. Hohoho

Diet??? hakak baru sekali tak nak makan malam laki hakak dah risau siap suruh gak makan. Dia tak tahu ke bini dia ni macam lori simen dah haaaa.. Menangis hakak kat hujung katil.. Sob sob sob.

Akak nak join JK1M tapi anak2 hakak kecil lagi weiii.. Laki akak macam tak restu je akak keluar bila hakak serukan ke dia hakak nak join program ni.

Tapi kalau hakak gi spa dia bagi pulak.

Tak paham la kan..

Eishhh..

K lah. ni masalah sosial diri yang tak berkesudahan. Selagi tak kurus selagi tu lah dok bising.

K lah bye!😞😞

Monday, June 11, 2018

Kenapa la dengan kau ni

0



Apabila kau mengharapkan perhatian daripada orang sekeliling tapi kau tak memberikan benda yang sama dan kau komplen kenapa tak ada sesiapa yang hiraukan kau?

Please.. slap your own face.

Dalam dunia ni tak ada yang menerima je tau. Kau nak terima kau kena bagi la juga. People nowadays not that stupid tau. Kita boleh tengok sape yang kesah sapa yang ambil berat dan sape yang ada insiatif untuk ke depan dan sape yang memberikan perhatian.

Bila kau buat benda yang sama, orang lain akan buat benda yang sama. People give and take.

Tetapi bila orang mula bertanya dan ambil kesah tapi kau masih dengan perangai kebudak- budakan, diam dan merajuk bagai tanpa kesah inisiatif orang tersebut dengan mencuba, ingat orang lain nak heran lagi? Middle Finger.

Lain kali cermin diri sendiri dulu sebelum berkata-kata sebelum menilai.

Mungkin kita rasa kite yang terlebih bagus terlebih baik tapi tengok balik la kenapa benda tu berlaku pada kau dan cuba lihat pada keadaan yang lebih luas.

Dengan kawan-kawan kau boleh berlakon. Dengan family yang kenal kau, yang tahu serba sedikit aib kau, minta maaf laa..

Nasihat aku, cuba-cuba lah berziarah dan bertanya khabar dan bersosial dengan family kau.

Sekian. Kurang pahal di bulan puasa yang mulia ni. *Sigh*

Thursday, June 7, 2018

Ramadhan tiba

0



Alhamdulillah Ramadhan datang lagi.

2 tahun ramadhan tanpa mama. Alhamdulillah getting used. Tahun pertama berpuasa penuh dengan suami. Sebelum ni boleh la ngelat malas sahur atau sekadar meneguk air dan sebiji kurma. Tahun ni setakat 22 ramadhan, Alhamdulillah akak bangun sahur memasak untuk suami dan kakak akak walaupun ada hari yang terlambat bangun, sahur tak pernah miss lagi.

Kalau nak ikut malas, akak memang tak bangun dah tapi akak risau suami akak tak sahur. Kerja dia berat. Banyak di luar kawasan. Berpanas berhujan. Kalau buat kerja dengan perut kosong takut pengsan pulak suami akak tu. So akak gigih la bangun dan masak. Semoga dengan gigih akakk bangun masak pagi2 tu akak dapat lah beroleh keberkatan dan pahala kan. Aminn..

Untuk berbuka pula selalunya kakak akak yang masak. Akak just masak time weekend je. Nasib baik ada kakak akak tu nak tolong masak petang2. Akak selalu bila sampai rumah mesti dah flat. Lagi2 si kecil tu sampai rumah je nak menyusu. Memang akak tak sempat.

Persiapan raya??

Persiapan raya tahun ni ok sikit sebab suami sama-sama dengan akak pergi shopping. Heheh. Untuk anak-anak kita lebihkan. Anak- anak dah dua kan. Meriah sikit la tahun ni untuk family kecil akak ni. Untuk ibu ayah, kita sediakan seadanya. Seadanya pun habis banyak juga duit akak. Hehehe. Yelah, akak beli baju raya setahun sekali je kot.

Tahun ni raya patutnya giliran belah akak tapi disebabkan suami dah lama tak raya sekali dengan family belah dia, akak berkorban la tahun ni beraya sebelah suami. Lagipun, tahun depan kalau akak ikut giliran asal, kakak akak pulak nanti beraya sorang. Dah mama tak ada, abah pulak dah beristeri baru, kesian pulak akak nak biar kakak akak beraya sorang2. Akak pulak yang sedih nanti walaupun raya kedua ketiga lepas tu akak balik kampung suami, at least raya pertama tak ada lah sorang2 kan. Raya pertama tu yang penting pun.

Apa-apa pun, raya tetap tak akan sama bila mama tak ada. Adik beradik ramai pun, raya tetap rasa sunyi. Tiap kali raya mama la yang sibuk nak buat itu ini walaupun mama hanya mengarah je sebab mama tak larat nak berdiri lama. Sakit lutut. Anak-anak dah besar kan, mengarah je lah. hahaha. Rindu mama sangat. Al-Fatihah.

Moga Allah kembalikan rasa kekeluargaan dalam diri kami, di kalangan adik beradik aku. Abah kahwin lain bukan bermakna kita kena berpecah. Kalau tak ada makcik sekarang, sanggup ke anak-anak nak melayan abah? Bawak abah pergi ke sana ke mari? Masing-masing pun ada hal sendiri. Ada kerja sendiri. Kesian abah. Abah pun bukan kuat sangat macam dulu. Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik buat abah. Aminn.

Selamat berpuasa semua!


Friday, April 6, 2018

2018

0



2018 dah menjelma 3 bulan dah deknon. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan bertaubat.

1988 - 2018 -- dah 30 tahun akak hidup. tak sangka dah masuk 30th. Bila dah masuk 3 series ni orang kata dah matang tapi kenapa akak rasa macam tak je ye? huhu.

Tapi pengalaman hidup tu ada lah. Pengurusan hidup pun Alhamdulillah macam teratur sikit.

Macam ok~ nampak sangat tak yakin.

2017 banyak down episod.

2018 tak tahu lagi

Tapi kita terus je la melangkah dan cuba sehabis baik sedaya upaya untuk hidup dan berubah ke arah manusia dan muslim yang terbaik.

Suami akak tak keje kapal dah. So hidup akak tak mewah macam dulu dah. Hahaha

Akak tak apa..asal suami akak tu nak kerja cari rezeki. Laut ke darat ke asalkan bergerak. Jangan dok malas tanpa usaha. Tengok la akak jadi macam Rita Rudaini. Hehehe

30 tahun anak dah 2. Alhamdulillah.

35 nak tutup kilang tapi kalau rezeki Allah masih bagi akak carry on je lah. Takkan akak nak buang pulak ye dak? penat kot main.

Tahun ni dan tahun depan ingat nak cari keje lain yang lebih baik. Akak dah 5 tahun dengan company ni. Masa untuk perubahan! Doakan akak ye.

Ok tu aje lah.

Wassalam.

Wednesday, November 1, 2017

Plan mengandung anak kedua

0



Ermmm actually sebelum aku kahwin lagi aku plan nak anak gap dalam 2 3 tahun sekali. Hahaha gigih tak I sebelum kahwin lagi dah planning? Kikiki

Seriously, dari aku zaman belajar lagi aku selalu cakap, aku nak kahwin dengan lelaki yang tak merokok, kahwin dalam umur 24-25 tahun dan dapat baby cepat. Kahwin je esok dah mengandung. Hahaaha. Kata-kata tu kan satu doa dan Alhamdulillah, suami aku tak merokok, aku kahwin umur 25 tahun, sebulan lepas kahwin aku dah disahkan mengandung dan gap antara anak pertama dan kedua aku 3 tahun. Kita hanya merancang dan Allah lah yang tentukan segalanya. Dia tahu mana yang terbaik.

Lepas melahirkan anak pertama, aku tak ambil apa-apa perancang baik yang makan, suntik atau masuk dalam badan sana sini. Aku memang amalkan natural planning. Alhamdulillah disebabkan period aku kiranya teratur juga dan cycle pun tetap, aku boleh buat la natural planning ni. Bila time subur, memang aku jarak2 sikit la dengan suami aku sebab takut terbabas. Heheh. Suami aku pun jenis kerja jauhkan so memang senang dan berjalan lancar la planning aku.

By the time alya dah 2 tahun, aku rasa aku dah sedia untuk anak kedua dan memang itupun target aku. Tak mahulah gap jauh sangat kan. Lagipun aku target nak dua orang anak sebelum umur 30 tahun. Eh-2 semua kau nak target.. hahaha

Sebelum alya nak cecah dua tahun, bila bersama memang pakai protection. Kalau tak ada protection pun aku kira ikut period cycle. So sepanjang planning tu Alhamdulillah tak terbabas. Aku risau gak kalau terbabas. Suami aku dah la kerja macam tu tak ada kat umah. Macam mana pulak aku nak handle anak2 kecik sorang. Ikut kemampuan la kan. Aku sedar kemampuan aku yang cepat panas ni so untuk kedamaian semua orang baik kita gapkan bebetul. At least alya dah 3 tahun tu dia dah faham arahan sikit2. Boleh la nak diharapkan untuk menolong sikit.

So bila dah bersedia, no protection no apa dah sebelum suami aku naik kerja. Time subur, kita pulun, tup tup bulan depan tu aku dah tak period. Muahaha! Oii dalam hati aku dah gabra.. Aku ni jenis terlalu subur ke apa? Huisshh ni memang kena extra careful. Takut terbabas banyak kali memang macam kilang dah aku. Huhuu.. Di sini kita kena pentingkan quality daripada kuantiti ok. Walaupun orang kata anak itu rezeki which is memang tepat tapi kena berjaga-jaga je lah. Takut anak tak terjaga diri sendiri merana. Kan?

So itulah dia. Alhamdulillah walaupun kita target boy sebab girl dah ada, tapi siapalah kita nak tentukan semua tu. Macam aku kata, kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. Anak kedua perempuan juga pun dah rasa bahagia berganda. Alhamdulillah. Untuk boy, kita proses lagi InsyaAllah bila yang kedua dah 3 tahun.

Biarlah rezeki anak2 melimpah pada keluarga kami. Amiinn..

Aku doakan kawan2 yang lain pun dimurahkan rezeki berlipat kali ganda. aminn..

Abahku Kahwin Lagi

1



Ini mungkin tulisan panjang selain dari pengalaman waktu bersalin.

Lebih kurang 3 bulan mama pergi abahku kahwin lagi.
# Mengejut
# Last minit
# Tanpa perbincangan

Atas 3 sebab di atas tercetusnya konflik dalam keluarga. Terbinalah satu kepincangan yang mana kalau mama tengok mesti mama sedih.

Tanpa perbincangan dengan anak-anak, abah ambil keputusan untuk kahwin lagi. Tanpa sesi taaruf dan tanpa sesi suai kenal dengan bakal pasangan abah. Kalau ikut kaki par aku, itu ego orang tua. Bagi orang tua lebih2 lagi yang bergelar bapa, apa2 keputusan yang diambil tidak perlu disertakan dengan anak-anak. Entahlah.. Dan kata hati aku, akan ada masalah di kemudian hari. Instinct aku tak pernah salah setakat ni. Last2 memang betul. Hahaha!

Jujur aku kata ya, aku tak pernah marah abah kahwin lagi. Knowing abah, yes he would marry back kalau mama tak ada. Abah jenis lelaki yang manja. Semua pakai dan kelengkapan mama yang sediakan. Cuma abah cerewet bab makan. Itu mama malas nak layan. Abah nak makan ikut tekak abah, abah dipersilakan masak. Hahah tapi takpelah memang abah pandai masak pun. So bila mama tak ada, aku pasti 100% abah akan cari someone sebagai pengganti. Baru sebulan mama pergi, abah dah kata sunyi. Aku faham. Abah bertemankan mama lebih 40 tahun. Mama lah tempat abah bercerita dan bersembang. Tiba-tiba hilang kawan untuk bercerita, siapa yang tak terasa kan? Anak-anak nak take over tempat mama? Masing-masing ada keluarga dan hal sendiri. Sanggup nak teman abah 24 jam? Kerat jari tak ada siapa yang sanggup. Heh!

Tapi tindakan abah membelakangi kami sebagai anak-anak, memang buat aku terasa yang amat. Siapa kami pada abah? Bila abah announce abah nak kahwin lagi, dah ada tarikh yang ditetapkan dan belum pun lama mana lagi mama pergi. Tapi itu lah.. ego dan kesunyian orang tua, setakat manalah kami anak-anak nak faham. Daripada situ memang anak-anak mula tunjuk protes. Ada yang tak balik jenguk abah,  ada yang tak kesah tapi bila fikir balik apalah hak kita sebagai anak nak buat abah macam tu?

Kesian abah sekarang. Memang dia dah ada makcik untuk teman abah sekarang dan mungkin anak2 tiri yang boleh bagi abah happy tapi mana nak sama dengan anak2 sendiri? Kadang-kadang aku rasa nak nangis tengok abah walaupun geram dengan tindakan abah. Ia tak akan hilang sekelip mata tapi apalah dayanya orang tua yang berumur 70 tahun lebih nak puaskan hati anak2 yang ramainya dah berkeluarga. Mungkin kita tak Nampak apa yang abah Nampak. Mungkin kita tak fikir apa yang abah fikir. Kita anak je u ollss.. tapi hati orang tua?

Arwah mama memang tiada pengganti. Siapa lah yang boleh menidakkan kebaikan mama, kelembutan mama, keperihatinan mama dan ketegasan mama? Mama yang terbaik pada anak-anak. Mama mertua terbaik pada menantu. Bukan sempurna tapi mencuba sedaya mampu untuk jadi mama yang terbaik. Mungkin ada pincangnya tapi siapalah kita untuk menghakimi. Bila aku dah jadi ibu baru aku dapat rasa. Kita takkan dapat nak puaskan hati semua kehendak anak-anak. Ada yang baik ada yang buruk. Ada yang mampu ada yang tak mampu. Tapi usaha berterusan tu tetap ada dan mama tunjang dan akar pada keluarga kami selama ni. Perginya mama hilangnya seri. Perginya mama hilangnya harmoni. Perginya mama hidup penuh kesunyian. Perginya mama semua membawa diri. Perginya mama pohonnya makin rebah ke bumi.

Mama selalu menjadi rujukan pada institusi kekeluargaan. Selalu jadi kaunselor untuk yang memerlukan rujukan. Mama selalu menjadi idola pada orang luar. Tengok sempurnanya keluarga mama di mata orang luar. Tapi perginya mama kesempurnaan bagaikan tak pernah wujud.
Mama jenis yang beringat. Kesenangan anak-anak kemudian hari, mama banyak menyimpan. Abah pulak jenis boros. Memang padan lah kan. Bila mama pergi, banyak lah harta mama muncul. Harta sepencarian dengan abah pun semua atas nama mama dan disebabkan harta2 ni pun adik beradik aku jadi pentingkan diri dan bermasam muka. Bagi aku baiklah mama dan abah tak payah tinggalkan harta dunia ni pada anak-anak. Biarlah kami usaha atas kaki kami sendiri kalau begini jadinya. Aku tak suka! Terasa dulu aku ada keluarga yang bahagia tapi bila pasal harta je memasing bermasam muka. Apa nak dibuatnya musuh dengan adik beradik sendiri, dengan ipar duai? disebabkan harta?? Huh! tak sangka benda ni terjadi dalam keluarga aku.

Untuk beberapa bulan yang pertama memang aku terasa. Aku berdua dengan kakak aku dan anak2 tinggal di dalam rumah besar tu. Sunyi dia.. Allah.. nak menangis air mata darah sekalipun yang lain tak akan faham. Hujung minggu selalu ada yang balik untuk memeriahkan rumah besar tu tapi sekarang? Hari biasa ke hujung minggu ke rasa tetap sama. Sunyi. Macam duduk dalam gua. Orang lain tak akan faham. Kami yang duduk didalam rumah tu dengan mama dan abah dulu yang terasa sangat. Nampak dasar macam tak ada apa2 tapi cuba korek hati kami dalam2 barulah tahu macam mana keadaannya.

Yang lain hanya meluahkan keperihatinan melalui kata-kata tanpa tindakan yang sewajarnya. Selalu berkata di mulut perkataan kesian tapi balik jenguk pun tidak. Teratak tu boleh dikatakan bukan rumah keluarga lagi. Ianya rumah tinggal! Keperihatinan yang diluahkan semuanya palsu! Semuanya pentingkan diri sendiri. 

Nampak tak masalah family aku sekarang?
 1. Sebab abah kahwin tak menyempat
2.  Sebab harta

Panas dalam hati memang tak kan dilupa tapi kita ada akal untuk berfikir. Memang, tindakan abah salah, percaturan abah pun tak kena masanya tapi sampai bila kita nak buat abah macam tu? Sejak mama pergi boleh dikira dengan jari berapa kali je adik beradik aku balik ke teratak kami. Banglo yang besar tu semacam dah mati. Banyak bilik kosong yang dihuni jin je aku rasa sekarang. Abah balik jarang-jarang sebab kena bergilir dengan rumah makcik. Yelah, makcik pun ada anak kecil lagi. Tapi bila abah balik tu, aku rasa kesian sangat. Apalah daya aku nak layan abah lebih2 sebab terikat dengan anak kecil lagi. Diri sendiri pun aku tak terurus sangat. Kakak aku yang duduk sekali tu pun ikut kata hati dia semata. Mahu dilayan abah, dia layan. Kalau datang anginnya, pertanyaan abah pun dibiar bagai angin lalu. Siapa aku untuk menegur kakak aku yang nak menginjak usia 35 tahun? Aku hanya adik bongsu yang bagaikan tiada hak. Pengalaman hidup aku lagi nipis dari kulit bawang. Tapi aku sebagai ibu ada rasa. Faham dengan perasaan abah bila anak2 buat endah tak endah. Allahu, maafkan adik abah bagi pihak diri sendiri dan adik beradik yang lain.

Abah dah tua. Menghampiri usia 80an lagi. Mama dah tak ada. Doa ibu yang mustajab dah tak ada untuk mengiringi perjalanan hidup tapi redha abah masih ada lagi. Abah je la yang kami ada. Masa abah kita tak tahu bila. Masa kita pun kita tak tahu sampai bila. Aku tak mampu berbakti lebih pada abah tapi matlamat aku biarlah di usia tuanya dia tak berkecil hati lagi dengan aku. Sama macam matlamat aku pada mama dulu. Aku tak dapat nak menjaga di saat akhir mama sebab tengah sarat mengandung. Terima kasih pada kakakku sebab banyak mengorbankan setiap waktu untuk jaga mama. Kalau dia sedar, itulah waktu terbaik untuk anak2 untuk dapat menjaga orang tua. Mesti mama berterima kasih sangat3.

Hari ni, kami terima message dalam family group whatsapps. Abah meluahkan rasa yang aku rasa selama ini dipendam lumat dalam hati. Mungkin kerana rasa bersalah abah biarkan anak2 buat apa yang dirasa perlu pada mereka tapi di hati orang tua? Rasa bersalahnya aku bila akhirnya abah meluahkan kata terkilan dia.

Aku bukan anak yang baik, bukan solehah dan bukan sape2. Ibadat aku pun tunggang langgang. Tapi sejak jadi ibu hati aku cepat terusik bila mama atau abah tidak di santuni dengan betul dan sepatunya walaupun kadang2 aku pun membuat benda yang sama. Huhu manusia. Tapi kita ada iman walaupun sebesar kuman. Abah dan mama dah memberi pendidikan agama yang sepatutnya. Kita ada jiwa dan fikiran untuk kita muhasabah diri supaya beringat untuk tak membuat kesilapan yang sama berulang kali.

Mohon maaf pada kekurangan kata-kata. Saya adik bongsu yang punya hati sensitive.

Bukanlah nak membuka pekung di dada. Supaya ianya menjadi iktibar bersama. Siapa saje yang nak buka aib keluarga? Tapi hati ni tak tertahan. Mahu diluah pada siapa? Adik bongsu ini tak layak untuk menegur. Sendiri sudah besar panjang dan berakal.

Semoga keluarga kita sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t. Adik bongsu ini sayang semuanya. Walaupun tidak di zahir secara lahiriah tapi di lubuk hati ni penuh dengan kerinduan.

Ok nak nangis. Bye


Tuesday, September 12, 2017

12/9/2017 - Tiada ganti

0



Tiada kata yang dapat diucapkan pada rasa kerinduan ini. Allah Allah Allah..

12 September 2017.

It's supposed your 72 years birthday mama. Kalau kitorang nyanyi ramai2 lagu birthday mesti mama senyum lebar je pada anak-anak. Seronok atas peringatan dan perhatian daripada anak-anak sekali dengan cucu-cucu nakal mama join sama, seronok betul mama. Rindu nak nyanyi untuk mama.

Mama, no words can be describe how i miss u. Rindu nak share story dengan mama. Rindu nak meluahkan sesuatu pada mama. Rindu nak bertanya pendapat pada mama. Rindu nak lepak dalam bilik dengan mama. Rindu nak manja2 dengan mama. No words mama.. I miss you a lot.....

Cucu-cucu mama dah besar. Alya dah besar sungguh sampai dah boleh bersembang dengan dia. Kalau mama ada lagi mesti mama geram dengan dia. Hehe. Dia ingat lagi mama. Don't worry.. Macam yang mama minta, adik akan selalu ingatkan dia pada mama walaupun dia tak faham lagi.

Kalau tanya dia mana nenek, mesti dia jawab nenek dalam kubur. Kalau tunjuk gambar mama dia masih lagi ingat mama. Nampak tongkat mama, dia tahu itu mama punya. Barang-barang mama kalau ditunjukkan, dia masih lagi ingat dan tahu itu mama punya. InsyaAllah mama i will try my best untuk sentiasa dia ingat akan nenek dia yang tiada pengganti walaupun dia ada nenek baru sekarang.

How i miss your presence mama..

Al-Fatihah..

Thursday, August 24, 2017

Tragedi bi Bulan Februari: Bibik Baru Lari

0



Susulan dari cerita pasal maid baru  tahun lepas. Hahaha!

Boleh aku nak update balik sekarang? Hahah. Sekian lama dia sesat dalam draft sampai tak jumpa jalan keluar. Hehe.. Dah dah dah.. Jom throwback.

Ini tragedi di bulan Februari 2016 sebenarnya. Tertinggal sebagai darft rupanya dekat post aku tu. So mari lah kita rajinkan diri bercerita. Bulan lepas aku ada bercerita pasal family aku ada ambil maid baru dekat entry ini dengan harapan yang menggunung dia akan kekal lama macam maid2 sebelum ni tapi betullah orang cakap, langit tu tak selalunya cerah. Baru seminggu kerja maid tu lari dari rumah.

Dia tinggal semua baju bajan dia segala yang dalam atau luar. Yang dia bawa just HP dengan charger HP je. Macam benda dah plan dah. Huhuhu sedih aku nokkk..

Sebenarnya dari awal hati aku tak senang. Rasa tak selesa dengan bibik ni. Something fishy gonna happens kononnya. Last2 memang ye pun. Aku penah tanya dia ada 2 HP ke? Dia kata tak ada tapi selang beberapa hari aku nampak dia charge dua HP siap package nampak wallpaper dia dengan lelaki lagi. Itu aku dah tak sedap. Menipu pulak tu. Rasa ke tak selesaaan tu semakin menjadi-jadi. Nasib baik kat rumah ada mak ayah aku dan kebetulan laki aku baru turun kan. So aku tak ada ralat sangat nak tinggalkan Alya dengan dia sebab ada orang lain jugak.

Dia lari tu masa akak aku tengah mandikan Alya. Sebelum dia mandikan Alya tu, dia tengok la bibik tengah menyapu dekat luar rumah sambil kepala terteleng-teleng tengok luar pagar. Kat rumah masa tu semua ada ok. Aku dengan laki aku pulak otw balik rumah.

Sampai tu aku tanya la akak aku mana pergi bibik? Akak aku pun tak tahu sebab dia tengah mandikan Alya. Alya tak nak kat bibik lagi. Yelah baru lagi kan. Ok lah. Mungkin dia pergi ke kedai. Aku tunggu la kat rumah tapi sampai ke malam tak muncul2 si bibik ni. Hurmm so confirm la bibik ni lari. Menangis tak berlagu la aku lepas tu.

Puas aku telefon, aku message langsung tak berangkat dan balas. Telefon masih berdering dan message pun delivered ke tuan empunya badan tapi sampai ke sudah tak ada jawapan.

Pada ejen, aku bagitahu keadaan masa tu. Ejen macam terkejut tapi aku tak tahu la betul2 terkejut atau buat2 terkejut. Aku minta ganti dan kalau tak ada ganti aku minta balik duit aku RM3000 tu tapi maaf lah. Sampai sekarang nan hado! Bermacam-macam alasan yang diberi sampai satu tahap aku bosan. Tak apa lah mungkin bukan rezeki dah. Ada lah mana mana khilaf aku tu sampai jadi macam ni. Tak mampu dah nak cakap pape. Huhu. Husband aku pun redha aje lah.

Start dari bibik lari tu, aku pasrah lah cari pengasuh luar untuk jaga anak aku. Pencarian dalam masa beberapa bulan akhirnya membuahkan hasil. Bulan 6, selamatlah anak aku dalam jagaan orang lain.

Sejak daripada tu sampai lah sekarang ni, aku dah tak ambil bibik dah. Anak-anak aku pun ok dan aku senang hati. Cuma letih la sikit bila balik rumah kerja rumah pulak meniumbun. Ya Ampun! tu cabaran lain. Lain kali kita story mori.

Tuesday, August 22, 2017

Ibu anak dua

0



Cita-cita mahu anak 5 tapi 2 ni pun aku dah rasa restless. Haha! Macam mana lah orang beranak ramai tu boleh jaga seorang diri tanpa bantuan pembantu. I can't brain it. Husband dah surrender rasanya sebab dia ada tanya aku, "ayang nak anak berapa orang"? sambil tengah pegang baju yang dibasuh. Aku cakap nak 5. Muka dia start penyek. Hahaha!

Selalu bila husband balik dari bekerja dan bercuti 2 bulan, memang kebanyakan benda dia yang tolong buat. Aku just uruskan anak-anak je. Daripada basuh baju, basuh botol dan etc. memang kebanyakan dia yang buat. Aku bukan buli husband ya, itu tanggungjawab namanya dan dari situ juga dia boleh tahu susah payah aku dengan anak-anak masa dia tak ada. Kalau dia tak hargai juga aku yang jaga anak-anak dia tanpa dia, itu memang cari nahas.

Masa husband tak ada, kakak aku ada tolong sikit2 tapi aku tak boleh minta tolong sangat macam aku boleh minta tolong dengan husband. Dia tolong tengokkan kejap masa aku siap2kan barang-barang anak-anak aku pun dah cukup bagus. Tambahan lagi anak sulung aku sangat lah manja budaknya. Semua nak ibu padahal ada je benda dia boleh buat sendiri tapi nak juga ibu melayan dia. Ini kes cemburu dengan adik la sebab adik asyik dengan ibu je.

Nak diterangkan dekat budak umur 3 tahun keadaan sekarang ni manalah dia nak faham. Keadaan yang adiknya perlukan lebih sikit perhatian sebab masih kecil. Aku cakap beratus kali pun mana dia nak faham sangat. Cernanya sekejap je lepas tu mana dia kesah dah adik dia kecik ke tak, yang dia tahu dia nak ibu. Aduhai.

Ini baru anak dua kisahnya. Aku memang tak ada masa sebab si adik tak mahu letak. Dah biasa dimanjakan oleh pengasuh dan orang lain. Lepas tu kerjanya asyik nak melekap dengan ibu sampai overfeed. Macam mana ibu nak buat kerja? Nak buat kerja kenalah dukung dia tapi dia dah makin berat kesahnyaaa.. Huhu.

Walaupun segarang mana ibu ni, memang ibu lah yang akan dicari dulu. Walau selembut mana pun ayahnya, ibu yang garang ni juga dicari dulu. Itulah kuasa ibu namanya. Hehehe

I will just enjoy this moment. Bila rasa nak mengamuk aku start basuh pemikiran aku.

Anak bukan selamanya kecil. Mereka makin membesar dan makin kurang memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Just enjoy the moment walaupun badan longlai giler. Banyak mana sangat la masa kau dengan anak-anak. balik kerja pun dah maghrib. Anak tidur pun awal. So enjoy sementara anak-anak perlukan ibu bapa sekarang ni.

Kesabaran aku melayan anak-anak, ermm aku lihat makin tinggi. Hahaha!

Bertegas itu biasa dengan suara sedikit ditinggikan dan di keraskan kalau anak-anak terleka sampai tak dengar cakap. Marah itu ada tapi mengamuk itu dah kurang sikit.

Aku nak jadi yang rapat dengan anak-anak. Aku nak jadi ibu yang anak-anak sentiasa perlukan aku walau sebesar mana mereka. Aku nak jadi ibu yang dirindui selalu.

Doakan aku. Dengan cabaran anak-anak sekarang dengan masalah sosial, masalah media sosial dan segala jenis masalah yang buat aku pening, aku harap anak-anak aku dilindungi. Apa-apa pun biar keluarga yang jadi rujukan. InsyaAllah.

Ibu anak dua yang bercita-cita nak jadi ibu anak lima jika dizinkan Allah. 😁